Sabtu, 21 Mei 2011

Entri speed! hehe...


mood : bercampur baur... hahaha


Err... entry nie aku nak tulis pendek2 ja... * ya la.. entry lepas pun cakap pendek ja tapi last2 berjela gakkk!...


Hari nie aku hari aku masuk UiTM Merbok tu... hehe... ok la... so far tak ada masalah lagi sebabnya ambik kunci baru, jap gi pukul 3 petang kena ada kat UiTM balik... time tu la kot baru daftar apa semua kan.

Lepas ambik kunci bilik tadi... tak tau nak buat apa, sebabnya kena tunggu pukul 3 petang sat gi tu la. Pastu family aku pun tak berapa nak rajin nak tunggu kat situ lama2 sebab tak tau nak wat pa... last2 balik umah la... rumah aku kan "DEKAT" ja.... hahaha... tu yang sempat update entry nie... hehe.


Masa mula2 sampai tu, ok la... UiTM Merbok memang sistematik. Tak gaduh ayah aku pening kepala nak pusing cari asrama aku kat na... dari mula masuk sampai keluar depa tolong guidekan. Sebab tu walaupun orang ramai tapi tak sesak. Tapi yang aku tak boleh blah tu... masa nak ambik kunci tu, ayah tersilap masuk barisan lelaki.... adoiii, naseb baik lah aku perasan tidak malu besar...hahaha! ok2 tak pa ayah zana tak marah =) hehe

Dah dapat kunci... time nak angkut barang la aku rasa agak la, agak cam nak baling beg tu terus masuk bilik aku tak yah angkut2 dah... hahaha. Berat nauzubillah, apa benda la yang aku bawak... hehh ... naseb bek ada ayah aku yang gagah... tidak memang tak bergerak la beg tu. Tapi yang aku pelik tu malam semalam masa aku angkat beg2 tu letak dalam keta tak berat pun, boleh ja aku angkat sendiri. Tapi hari nie tiba2 tak terangkat. Nampak sangat semalam excited hari nie tak mau pi... haha...


Part angkat beg satu hal... part paling mencabar setakat nie aku rasa masa nak angkut beg2 aku tu bawak pi bilik... perghhh! terbaik dari ladang aaa...... Tingkat 4 wei... tingkat paling atas sekali tu... dah la tu tangga boleh tahan la tinggi dah nama pun tingkat 4 kan... adoi... Sungguh tak tipu. Beg baju tu naseb baik ayah aku angkat... tidak tak tau la aku...  


Tu part nak nek tangga.... masa dah jumpa bilik aku tu, ok la aku orang first sampai, roommate aku yang len tak sampai lagi. Bilik dia boleh la tahan. katil bertingkat. Aku pilih katil bawah sebab aku gemok malas nak panjat tangga... haha.


Roommate aku ok la... nama tak sempat lagi bertanya... yang aku sorang dari perak... dua lagi dari bedong... setakat nie aku tak jumpa gi budak yang ambik kos asasi undang2 cam aku, Tak pa petang satgi tu jumpa la... =)


 Tapikan aku ingat tadi aku la yang bawak beg paling besar tak hinggat.. rupa2nya ada lagi yang besar dari aku, sampai dua sekaligus kena tolong angkut. =) Macam2 jenis la aku jumpa orang tadi, yang tak larat nak angkut barang last2 guna kereta sorong yang sorong baby buh barang dalam tu pun ada... hehe.


Gambar nak ambik tadi tak sempat tengah kelam kabut cari bilik nak angkut barang lagi... Fuh... boleh tahan gak la penat nya. Banyak guna tenaga masa nak panjat tangga pi bilik tu la, sebab aku kan dah lama tak exercise... ntah dah dekat 6 bulan pa. Lepas SPM sampai rini... hehe kira la sendiri... tapi tak pa ti bila2 aku update la gambar kat u... kalau rajin... kalau laptop dah sampai kat aku...=) seminggu kemudian la maksudnya... huhu




Hurmm.. tu ja kot pengalaman pertama masuk U..


tu diaaa... kata entry pendek.... memang la lepas nie kalau aku cakap entry pendek, janganlah caya... hahaha... k2 aku rasa nie kot entry terakhir aku buat masa sekarang... dah nak bertolak balik UiTM dah nie... =)


assalamualaikum.. semua...

p/s : entri nie memang boring tak da gambar... hehe... tak sempat aku nak godek2 google cari pic... sekian terima kasih pucuk paku. XD


Kalau suka boleh like...^_^

Jumaat, 20 Mei 2011

Last day at home...


mood : nervous2...



This gonna be a short entry from me.... =)


Tonight was my last night at home. Starting from tomorrow after Subuh... bye2 Legenda Heights and hye2 to UiTM Merbok. Hurmm, most of my things I already have prepared it since last night. So, it should be no problem tomorrow... insyaALLAH...


Well, people might say "Ala, umah hang dekat ja... bila2 boleh balik ambik barang kalau tertinggal." ya2... "rumah dekat" but it will be more easier if I bring all my things tomorrow rather than I have to trouble my father to come and send my things later. *ya, right... hahaha


 I'm quite nervous when thinking about tomorrow. This is my first time being apart from home, before this... I only being apart from home probably for 3 days at most. No wonder I feel nervous... I'm just an ordinary girl who does not go to boarding school... =) but it's ok, I'll learn it through time. Experience is a good teacher.


Starting from tomorrow... I will and have to learn to manage my time for study, blog, FB and YES! my English... I have to do something with it... (-_-") my english is a nightmare....really really really need to improve it a lot in short time.... hehhh... how I wish my english was supeb like Anwar Hadi...  I wish...


So far,all under my control... I hope so.. =) but tomorrow I dont know yet what will happen. I just hope everything will be fine and work as it had been plan. insyaALLAH...



Erkk... a little bit long than I thought... hehe.


Law Faculties, here I come... =)
p/s : saja try buat entry b.inggeris... bukan bajet minah salleh ka apa ka... memang nak kena improve english aku... isk2...

Like this if you likes...^_^

Khamis, 19 Mei 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (9) IMAN SURAYA


IMAN SURAYA
Penulis : Areila Sahimi
Halaman : 476
Harga : RM19.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 1 - 2010









 

Secara Ringkas 
Iman Suraya mengisahkan Iman, lelaki yang membawa diri ke pulau yang indah nun jauh ke utara, Pulau Langkawi gara-gara membawa hati yang berduka disebabkan kekasih hati, Amelia sudah bertukar gelaran menjadi kakak iparnya dan si gadis riang Suraya yang ke Pulau Langkawi semata-mata untuk melancong seorang diri dan melayan hobinya mengambil gambar sebelum bergelar isteri orang.

Kononnya perlancongan terakhir untuk dirinya sebagai orang bujang.Tunangnya, Azim. Walaupun berat hati tapi terpaksa merelakan juga permergian Suraya ke Pulau Langkawi tu seorang diri, sebabnya dia faham akan sikap Suraya dan hobinya yang satu tu. Mereka memiliki minat yang sama.

Semasa di Pulau Langkawi, Suraya secara tak sengaja bertemu dengan Iman di jeti. Bermula dari saat itulah Iman dan Suraya menjadi rakan sepelancongan. Tetapi mereka sedar akan kedudukan masing-masing. Suraya tunangan orang dan Iman tidak pernah melampaui batas sebagai seorang kawan.

Sepanjang mereka disana, Suraya sedikit sebanyak telah membuatkan Iman mulai sedar akan kesilapannya yang terlalu melayan perasaan kecewanya tu. Hakikatnya dia yang salah dalam perhubungannya dengan Amelia. Sikapnya yang selalu berfoya-foya dengan perempuan sehingga Amelia membuat keputusan untuk berpisah dengannya dan berkahwin dengan abangnya, Adam.  

Bagi Suraya pula. Apa yang berlaku dia Pulau Langkawi biarlah setakat itu sahaja. Dia tau batasnya sebagai tunangan orang. Tak mungkin dia akan menduakan Azim.

5 tahun berlalu. Sepanjang tempoh tu Suraya diduga dengan pemergian Azim ke rahmatullah. Norman, abang kepada Azim yang sememangnya meminati  Suraya cuba memikat Suraya. Tapi hati Suraya masih pada Azim sehinggalah dia bertemu dengan Iman semula.

 Kata Suraya, Norman bukanlah lelaki yang sesuai untuknya. Iman pula terlalu baik untuknya. Jadi siapa yang akan Suraya pilih? Persoalan yang sememangnya dah lama terjawab oleh cover novel nie yang comel sendiri. Iman.


Komen saya :

Areila Sahimi. =)

Iman Suraya adalah novelnya yang ketiga.  Novel  terdahulu  Baju Pengantin Mak Andam dan 2X5.

Lebih matang dari dua buah novelnya yang sebelum ni. Bukan bermaksud novel sebelumnya tak menarik, menarik dan sangat best bila baca. Silap haribulan boleh tergelak-gelak dan tersenyum sorang-sorang bila baca karya Areila Sahimi ni. Sangat santai. Bahasa yang digunakan tak keterlaluan sesuai dengan gaya percakapan anak muda zaman sekarang.

Saya suka watak Suraya yang sangat sempoi dan cool tu. Bukan semua perempuan boleh jadi macam Suraya. Tabah tapi menarik dengan gayanya yang tersendiri.  Suraya digambarkan sebagai gadis yang setia dengan tunangnya, Azim. Suraya nie memang sayang gila lah dekat Azim. Sebab Azim nie full package lelaki idaman dan lelaki budimanlah bagi Suraya. Tapi sayang jodoh tak panjang.

Watak Iman yang penampilannya mula-mulanya digambarkan selekeh, berambut panjang siap pakai gelang hitam penuh tangan macam mami jarum betul-betul macam rockers… hehe.  Punyalah dia sayangkan Suraya sampaikan sanggup kena belasah dengan Norman semata-mata nak tengok Suraya sayang ke tidak dengan dia. Waktu Iman menyanyi lagu Bruno Mars yang sememangnya terang tang-tang kita tau dia tuju dekat Suraya buat saya tersenyum. Romantik rupanya Iman nie. =)

Bahagian paling saya kurang minat masa timbul watak Norman. Alahai, tuan pendakwa raya nie suka betul memaksa Suraya. Sangat tak suka dengan Norman mentang-mentang dia hensem macam Fahrin Ahmad boleh suka-suka ja paksa Suraya kahwin dengan dia. Hurmm. Nampak sangat penulisan penulis berkesan sebab boleh buat orang tak suka dengan watak Norman tu… hehe

Dalam kita terhibur membaca Iman Suraya ada pengajaran yang cuba penulis tunjukkan melalui watak-wataknya. Melalui Suraya kita belajar kita kena kuat dan terima takdir Tuhan walaupun orang yang kita sayang dah pergi tapi kita yang hidup kena teruskan hidup. Melalui watak Iman kita boleh belajar yang  hubungan kekeluargaan lebih penting dari perempuan. Jangan disebabkan seorang perempuan lelaki bergaduh. Watak Norman. Satu ja kot… jangan suka memaksa orang. =P

Sejujurnya saya lebih sukakan Baju Pengantin Mak Andam. Walaupun banyak peribahasa yang telah diubah suai tapi menarik minat, boleh buat saya tergelak dan tersenyum bila membacanya.

Tapi Iman Suraya pun tak kurang hebatnya.

XX Quotes : Cover novel nie sangat comel! Saya suka Iman Suraya.  =)


Kalau suka boleh like...^_^

Selasa, 17 Mei 2011

Kucingku KadiaQ (iii)

TRAVEL TO KUBANG PASU


Hari tu aku, adik dengan ayah aku gi ambik sepupu aku dekat sekolah asrama dia... MRSM Kubang Pasu... masa nak pi ri tu tiba-tiba lak 'adik' kecik aku yang bongsu tu balik dari meronggeng... haha... dia dok mengiau ja semedang... last2 ayah aku cakap bawak ja la awang nie sekali...



Tengok! ayah aku tengah bawak keta pun dia sibuk2 menyendeng kat tangan... bajet manja dengan comei la konon... *erkk, memang comei pun huhu...




Hahaha! buruk benor muka mu... time2 nie pun dok menjilat bulu dia lagi... lidah dia panjang lah tapi nipis ja...and and and sangat kasarrrr... hehe =)




Nie dok menyembang dengan ayah aku... eiowww ja memanjang... haha... yang ayah aku pun layan ja... dok lawan mengiaow la time nie... dua2 bunyi kucing... tapi aku tak tau la komunikasi depa dua nie sampai ka dak yala dah nama pun berlainan spesis... ngeh3...




Nie konon merajuk la... sebab aku angkat dia masa tengah 'menyembang' kencang dengan ayah aku tadi... haha... bukan apa, ayah aku dok bawak keta yang dia dok ajak menyembang dengan sibuk menyendang buat2 manja...tu yang aku angkat dia... pastu, tengok aku suh senyum paling ambik gambar pun x mau... merajuk! huh... tak sedar di untungnya kucing... =P




muka masam! "grrr, tension aku" kadiaQ


Waktu balik tu lagi best... macam2 gaya awang nie buat tapi batery handphone aku dah tinggal satu bar ja... (-_-") adesss... simpan dalam memory ingatan ja la... memory handphone tak dak... hehe. Bagus jugak bela dia nie... ada masa2 tu boleh lah senyum2 gelak2 tengok dia... buat main buat menyembang walaupun memang tau dia bukan paham pun apa yang kami cakap. Tapi bila dia respon "Eioww!" hahaha... rasa best, macam dia balas balik apa yang kita cakap kat dia... =) 


p/s : binatang peliharaan yang paling Nabi muhammad s.a.w. suka kucing lah...=)


Isnin, 16 Mei 2011

Kucingku KadiaQ (ii)

COCKROACH HUNTING!!!

Hurmmm... aktiviti terbaru awang nie... well, tak dak la terbaru mana pun. haha


Pantang nampak lipas or etc yang bergerak-gerak mesti awang nie tertarik menarik nak main... dia suka benda yang bergerak-gerak sebab boleh dia main, kira lagi challenging la... cuba kalau letak lipas mainan depan dia. 1 saat 2 saat dia layan la, lepas tu dia buat dek ja. Bak kata dia "tak mencabar minda langsung."

lipas hidup! i like...

Lipas mana la jadi mangsa dia nie aku pun tak tau. Tak dan nak temuramah lebih lanjut.

ambik kau... hermm... rasakan... kasi picit sikit.

ala, boring la lipas nie. dah la kecik! x syok.. nyampah I

"Ala... dah tak gerak-gerak! nie yang tak best nie... lembik la lipas nie. Baru picit-picit, pijak-pijak, gigit-gigit sikit ja. Tu pun dah mati. Low class punya lipas. Lipas Kaberet!"


Macam tu la awang nie komplen kat aku bila lipas tu dah mati dek dikerjakan dia. haha

err...aku mati dalam iman... haha

Kesian lipas nie... tapi tak pa, lepas dia mati hari tu, aku dah tolong kebumikan dah... dalam tong sampah... 1st class punya tong sampah siap kapan elok-elok gi pakai tisu royal gold warna emas... mana ada lipas len bertuah macam dia. kan? kan? kan?

penat-penat... rehat sat...

Rehat sat, penat kerjakan lipas yang innocent tu...ambik mood dulu..

napping time with daddy.

Lepas aktiviti COCKROACH HUNTING!!! time to tidur-tidur lak... tu nampak tu tidur pun nak berlapik-lapik... dah la lengan bapak aku lak tu... sungguh melampau dia nie, siap peluk-peluk gi. Jeles kot...

Mengada awang nie... nak kata orang ajar tidur pakai berlengan berbantal-bantal segala bagai nie dulu tak dak plak aku rasa. Dulu-dulu masa mula-mula kutip, buh dalam kotak mineral water yang sea master tu ja... kain apa pun tak lapik. Ok ja aku tengok. tak gaduh nak berlengan-lengan pun. Nie bila dah besar dah terserlah lak kemanjaan tidur nak berlengan-lengan nie.

Dah jadi macam habit dia lak, bila tidur kena ada benda kat kepala tu and something to peluk-peluk. Cuba try letak kaki kat dia. Busuk bau belacan pun, bukan dia kesah, dia peluk jugak! aku pun tak paham.


Tapi tu la... best tidur peluk dia nie... macam peluk patung. Dulu masa dia kecik tak berapa nak best peluk. Pasai dia nie dulu kurap penuh! geli nak pegang peluk lagi harammm... memang dak dah la... tapi bila dah besar-besar nie jadi segak plak... hahaha... geli pun dak dah... peluk lagiii la... tiap-tiap malam tidur tepi aku... =P


Adoi...macam-macam...hahaha...tapi nie yang satu family aku sayang gila-gila sehari dia tak balik rumah rasa macam nak pi report kat polis suh cari balik! tapi tak pernah buat lagi la setakat nie...


Tu ja kot kali nie... hehe...


p/s : special n3 for my sisters pahana and parina. =)


p/s : ini entry recycle... atas permintaan seseorang yang suh tukar tajuk entry nie... dia cakap tajuk dulu tak sedap so, aku terpaksa mengepostkan entry nie lagi skali bagi menukar tajuknya... harap maklum... sekian terima kasih daun pegaga...

Kucingku KadiaQ (i)

Ha... my akak a.k.a anis pahana ada request nak gambar dak kechik nie ri tu... yala, kan dia dok jauh nun di kutub selatan sana... dia rindu la kat adik kami yang bongsu tu, yang lain bapak lain mak mahupun lain spesis..=P nak tengoklah perkembangan budak tu... kalau telefon bukannya dia boleh cakap ya tak? so, biar lah gambar yang berbicara... acewahh... haha.

Dia suh aku upload dalam mukabuku (FB) tapi tahap kerajinan aku nak tunggu menatang alah tu upload gambar satu satu... aisehh, sangat tipis la... tak larat nak tunggu, internet lak slow bangat dehh. nie pun upload dalam blog perghh... berjam gak la... tu pasal aku upload sikit jer wokey...

So, aku dengan gigihnya pikir... baik aku upload dalam blog... ada gak menda nak tulis kan... dari biar blog nie kosong... hehe... tak pa la upload sikit-sikit no wei... bila-bila rajin lagi aku tambah lagi dua tiga keping... tak rajin tak tambah keping langsung...

Ok.... now... taraaaaa...
aku suka pic nie... comey..

bajet comey, bajet comey...

u wanna shake hand wif me??

bajet feeling habis lar nie.. caih..

main nyorok2 dengan aku masa nie.

Yer.. kakak ku...adikmu yang sekor nie tengah demam kepiluan. makan tak banyak, tidur tak lena, mandi tak langsung!

Penat jugak la aku suh dia nie posing  nak ambik gambar dia. elok dah posing comey, mata plak katup. Elok mata dah bulat comey, duduk bawah meja plak... adeii...

Tapi berkat usaha gigih aku akhirnya... boley la jugak ambik gambar dia nie, walaupun terpaksa aku pun turut berposing sama dengan dia sampai terbaring-baring atas lantai semata-mata nak ambik gambar dia nie... berbaloi la kot no... hehe..

Orang cakap dia makin gemuk. tapi aku tengok besar tu la jugak. makan tak banyak mana pun yang pelahap KidiaQ ja aku tengok... yang kat atas nie tidur ja memanjang. Hobi diakan. Keturunan. What can I say.

Hurmmm... tu ja kot. T aku upload lagi kalau rajin... insyaALLAH.

p/s : kulit dia tu dah sama warna dengan kusyen katt rumah... hahaha

Daaaaaaa...


p/s : ini entry recycle... atas permintaan seseorang yang suh tukar tajuk entry nie... dia cakap tajuk dulu tak sedap sebab tak ada nama kucing aku so, aku terpaksa mengepostkan entry nie lagi skali bagi menyedapkan tajuknya...kononya lah... hahaha... harap maklum... sekian terima kasih daun pegaga...


ok dah decide nak couple dengan Ah Mer atau Ah Chang... =)


mood : biasa2 ja...


*susulan entry nie


Jeng... jeng... jenggg!


Ok, benda nie dah lama pun decide... tapi baru sempat update ri ni... ermm, susah gak la nak buat keputusan. Tak semudah memakan ABC atau menelan sebijik penadol yer... erkk... susah nak buat keputusan sebabnya nak kena pikir pro dengan contra dia kan? mana boleh aku men rembat ja sesuka hati. Salah pilih nanti hati yang merana. Hal masa depan nie wei! jangan memain.


Hurmm... lepas dah buat istikarah, dah tanya semua orang punya pendapat, dah serach kat google bidang2 yang aku dapat nie, dah timbang baik buruk dia, dah tolak, tambah, bahagi, darab , dah  discuss dengan satu family semua, dah tanya kucing aku... erkkk, dah penat 'TAKUT' tak lepas ambik mana2 tawaran... senang cakap dah habis ikhtiar dengan usaha lah... aku buat keputusan... nak sambung belajar dekat..........


UiTM Merbok.

Aku pikir la buat apa aku nak pi matrik tu kalau sememangnya sejak dari azali lagi  aku tau yang sains aku memang tak kuat, memang hampeh hampagas... kan? memang saja nak buat kes 'berani mati' lah la kalau aku ambik gak sains. Ya2... orang mesti cakap 


"La, apa ada hal... ambik ja la... masuk matrik nanti pulun la study sains tu betul2. Alasan!" 


Hokeh2... memang betul tu, tapi masalahnya aku dah try aplikasi ayat nie masa nak masuk form 4 dulu! masa sekolah tawar dekat aku aliran sains. Aku tak nak  sebenarnya aku nak tukar ambik LK(lukisan kejuruteraan). Tapi masa tu aku try think positif pakai ayat kat atas tu la. 


"Tak pa, tak pa aku ambik ja aliran sains nie, nanti pulun betul2 belajar bio, fiz, kim tu..."


Last2... SPM ri tu, subject sains dapat cukup2 ja syarat minima nak masuk mana2 Uni. Dapat kredit ja... Tapikan aku syukur! syukur gila... bagi aku dapat credit tu pun dah besar rahmat gila. Dalam erti kata lainnya, aku dengan sains memang tak ngam. Dulu2 UPSR pun, semua subject A mai tang sains B... masa PMR pun sama... hahaha... nampak sangat aku biol sains.


Sebab tu aku decide ambik UiTM... at least aku tau otak aku nie jenis otak membaca, bukan jenis otak2 albert einstein ka alexander gigi geraham (graham bell) yang jenis mereka2 nie... =) Tapi pun mana2 pilihan yang aku buat pun sama ja sebenarnya. Kalau aku ambik asasi nie pun tapi tak score tak jadi jugak... kena jugak aku ambik diploma balik. Sama ja la macam matrik tu. Risiko tinggi! tapi kalau UiTM aku tak rasa sangat sebab ayah aku kata aku boleh buat... tenang sikit hati dengar... apa2 pun aku redha2... Mana2 pun, janji boleh sambung belajar... =)

Mudah-mudahan aku dah buat pilihan yang terbaik... insyaALLAH. 

p/s : tengah menghitung hari nie... countdown2 lagi  4 5 hari ja nak masuk u dah... ngeri2... takut kena kejutan budaya nanti... haha. Barang2 pun alhamdulillah dah nak settle, borang kewangan asasi pun ayah dah pi matikan setem hasil tu... =) 

Mudah-mudahan dipermudahkanlah semua urusan aku dengan kawan2 aku nanti kat sana... =)

p/s : agak sedih jugak lah, 1st time nak masuk U... tapi MyMak dengan My Ayah tak boleh hantar kan... ='(  My Mak ada kerja dekat nun jauh ke utara perlis... My Ayah kena jadi pak supir tolong hantar... hehe... tapi tak pa My eldest sister ada... dia yang tolong hantarkan, tolong angkat barang nanti... haha... =P sabar ja lah Kak Anis oiii...



Kalau suka boleh like...^_^

Selasa, 10 Mei 2011

Tersepit antara Ah Mer dengan Ah Chang...


mood : sakit kepala....


Tajuk macam apa lagi... haha Ah Chang dengan Ah Mer??? derr, ada ka orang cina nama MEr??


Sunggulah hidup nie banyak cabaran.... Selalu kena buat pilihan. Dan pilihan tu mestilah sebaik-baik-baiknya pilih... salah pilih nanti menyesal tak kesudah pulak kemudian hari... tapi masa nak pilih tu! masa nak pilih! SUSAH...... memang betul la tu orang cakap kehidupan nie tak boleh lari dari perkataan 'PILIHAN'.

Ya2... hanya orang tak ada matlamat hidup, tak ada arah tuju aja yang SUSAH NAK BUAT KEPUTUSAN.

 persimpangan hidup...


Aku ni kan memang suka feeling2 emosional sikit... redha ja la sapa2 yang baca. Hehe... Hurmmm, still tak dapat decide nak ke Changlun or Merbok... Serasa nak ke Merbok dekat sikit... tapi setengah rasa lagi nak ke hujung Utara (Changlun) =) cari pengalaman... chewah, macam dekat Merbok tu tak boleh cari pengalaman... Mengada!


Masih tertunggu-tunggu isyarat dari kekasih hati yang tak kunjung tiba... huhu... risau jugak la... UiTM masuk 21 Mei nie... Matrik masuk 23 Mei nie... hadoi, tinggal lagi 4 hari ja nak decide... leceh2. Yang migrain pun satu! tau nak meng'attack' aku ja kerja... dia tak tau ka aku tak suka dekat dia??? Menyampah gila dengan dia.... hehh..


Banyak benda nak kena settle lagi... tapi keputusan aku tak buat lagi. Barang2 yang nak U or Mat nanti... satu apa tak prepare lagi, Owh... i'm the typical 'last minute' type! hehe...=')


doa2 kan la cik zana nie supaya buat pilihan yang terbaik untuk dirinya ya... =) terima kasih...


Kalau suka boleh like...^_^

Ahad, 8 Mei 2011

To my Mak... =)



mood : makkkkk ^_^




Yes... matluthfi sapa la tak kenal kan... sangat sempoi dan genius... video nie aku dah tengok berpuloh-puloh kali tapi tak  pernah tak sengih nampak gigi sampai ke telinga setiap kali tengok... part 3.56 sampai habis aku rasa sangat sweet, lagu dia very very the touching ok... so, kali nie nak kongsi dengan my mak.=)


Sempena hari ibu, mak, mami, ummi, mama, emak apalagi ek??... ama, mimi, mom, mummy and others yang sekutu dengannya HaPPy MotheR's DaYS!! =) 

Viedo nie di tujukan khas untuk My Mak, walaupun  some of the content tu macam tak sesuai ja untuk aku... tapi part yang gerak sembahyang subuh tu memang la sangat kena toing toing kat batang hidung aku...hahaha.

Ya... mak walaupun anda garang suka suh picit kaki time zana tengah layan tenet... tapi tak pa lah zana redha mak redha...  hehe

walaupun kadang-kadang lawan cakap mak, tapi mak bagi gak apa yang zana nak... 

walaupun zana selalu merungut masa mak suh sereka baju keja mak tapi mak tak marah mak ungkit ja....haha just kidding... 

walaupun mak mulut cam bertih jagung suka cakap tapi bila sunyi2 tingat kat mak... *nie betul-betul jadi especially kat kak anis and abang =P ... 

walaupun mak suka marah dekat kadiaq ngan kidiaq tapi mak bagi jugak menatang dua ekor tu makan ikan, siap tolong rebus lagi satu periuk besar... 

walaupun mak suh kami adik beradik panggil mama tapi kami adik beradik liat, panggil gak mak sebabnya malas nak sebut dua suku kata....hehe... 

walaupun mak bengang kami order makanan kat mak malam-malam masa mak tengah  layan Si Capik tapi mak beli jugak... hehe...

Mak sorry sangat-sangat kami adik beradik suka nyusahkan mak, bagi mak nangis, suh mak masak macam-macam =D... mintak macam-macam but at the end melawan macam mana pun kami dengan mak. Kami sayang mak!

p/s : ada ja matluthfi buat video baru untuk hari mak tahun nie... tapi aku lebih suka yang tahun lepas punya... sebab ada part penyangkut baju tu... hahaha

syurga kami bawah tapak kaki mak kan??? how can we not obey you =)...  well sometimes we do... hehe
 
LINK video hari ibu matluthfi90 tahun nie. As usual... he got my attention. =)



Kalau suka boleh like...^_^

Sabtu, 7 Mei 2011

Check kampus UiTM anda...!


mood : checking time...




Sapa2 yang dapat asasi atau diploma dekat UiTM boleh lah klik Link nie... =) Thanks to Anaiha Yusof sebab bagi link nie dekat saya... tidak sampai ke esok saya tak tau nak check dekat mana.

Saya dapat kampus Sungai Petani punya. UiTM Merbok... huhu... walaupun tak pasti nak ambik ke tidak Asasi Law nie tapi at least saya dah tau saya dapat kampus mana. Yang paling penting tak kira la saya pilih Matrik ka UiTM ka... dua2 dalam Kedah... hohoho... i like2... tak yah belajar jauh2. Lagi best tu UiTM Merbok dengan rumah saya teramatlah dekat... =) dekat macam setengah dah boleh sampai kalau naik kereta la... Alhamdulillah rezeki2...


Chewah... happy bajet macam komfem ja nak ambik Asasi Law tu padahal tak pilih lagi. Tengok2 dapat mimpi dari "kekasih hati" dia suruh ambik Matrik Sains... hah! baru tau. Tapi kalau situ pun tak pa. Matrik tu dekat Changlun ja. Walaupun jauh dari rumah tapi still dalam Kedah. =)

p/s : Mesti orang kata aku nie budak jakun aan... Yala suka sangat duduk dalam Kedah tu! cuba lah duduk jauh2 sikit beralam dengan orang negeri lain. Nie dak. Kedah jugak!... Hurmmm, dah rezeki dekat Kedah negeri kelahiran nak buat macam mana???
 p/s : agak2 sapalah "kekasih hati" tu kan.... =)

 Kalau suka boleh like...^_^

Review aku terpilih lagi...!


mood : excited!!
Kalau hari tu tuah si Rayyan hari ni tuah Nuha pulak... =)

Alhamdulillah rezeki aku bulan april hari tu. Review buku aku dipilih lagi sekali. =) senyum sampai ke telinga la aku. Apa taknya dapat tambah lagi koleksi JEMARI SENI. Novel JS memang novel paling aku suka. Tanyalah adik aku, novel lain kalau dia nak baca memang aku bagi tapi kalau JS punya hahaha, mintak maaflah. =)


Hari tu review aku terpilih melalui buku Rayyan Fantasi. Kali ni melalui Surat Ungu Untuk Nuha. =)


macam biasa boleh ja klik gambar kat atas nie kalau nak ke blog ulatbuku tu... =)


Terima kasih ya Kak Wan dengan para juri semua sebab pilih review yang tak seberapa nie... bulan nie saya cuba tulis review lagi.


Hurmmm... nampak ayat last yang Kak Wan tulis tu?? 
"Jangan lupa tanggungjawab kalian untuk terus menghantar ulasan-ulasan terkini ya."


Err... saya tak pernah lupa... tapi masalah bila nak mula tulis ja mesti otak blurr tak tau kenapa sejak dua menjak nie saya diserang simptom nie. Tapi bila nak updated blog ok ja... bila nak buat review ja dia jadi balik... adesss (-_-") tengok contoh bulan lepas dah la... dua buku ja yang saya review... huhu... terukkan. Macam mana nak jadi pengulas yang baik kalau macam nie... (-_-") tapi nasib baiklah review saya masih sudi dipilih... (^_^)


Bulan Mei nie dah mula sibuk nak prepare barang nak sambung study. Harap sangat dapat tulis review buku lagi. Takut bila dah sibuk nak suai diri dengan tempat baru terus terbengkalai cabaran nie. Tak best la macam tu. Alang-alang dah masuk mulut. Biar sampai ke perut ye tak?? *peribahasa sendiri harap maklum.


Harap sangat la simptom otak beku nie cepat2 hilang... tidak tak ada idea nak tulis... hurmm... sebabnya la kan bila buat review tu biar ikhlas =) bukannya sebab "Ok bulan nie aku wajib hantar 10 review! wajib siap. Ayat tunggang langgang lantaklah. Janji hantar." Oo yah... sangat tak suka kalau ada Geng Lumba Baca yang fikir macam nie... sangat tak cool ya... Tapi tu pandangan saya lah... orang lain saya tak tahu... =)

p/s : harap sangat bulan Mei nie aku dapat hasilkan lebih banyak review yang berkualiti...


Kalau suka boleh like...^_^

Alhamdulillah... dapat tawaran Asasi dekat UiTm...


mood : Lega...!


macam biasa nama harus dicensoredkan... bajet glamer harus! hehe...


Lega la sikit tengok ucapan tahniah tu... =) cuma kali aku tak lah sehappy masa dapat matrik dulu... sebabnya aku sedih gak la ada kawan2 aku yg tak dapat Upu nie... rasa macam tak adil pun ada, sebab result kawan2 aku bukannya teruk... banyak A... hurmm. tak tau la... Tapi harap sangat rayuan yang kawan2 aku buat diterima tak pun ada alternatif lain untuk depa sambung belajar. InsyaALLAH.


Berbalik kepada tawaran yang aku dapat tadi. Ya, Undang2... Law... tak tau nak cakap apa. Orang cakap law susah. My Kakak also told me the same thing... My Abang tak habis2 dengan ayat dia "Hang kan ada SPM" pastu gelak berdekah2 *maybe orang tak faham kenapa dia gelak, hehe my sibling ja yg tau kenapa ayat tu lawak. My Mak lebih suka kalau ambik matrik. My Ayah "Pilih mana yang minat nak belajar." =)


Kira sekarang dalam dilema la nak pilih *kononnyalah...hehe ... Nak pilih matrik sains tau sains aku memang tak kuat sejak azali lagi. Nak ambik asasi law takut terkandas sekerat jalan lak.. aish..  


Lepas dapat tau dapat law nie, aku ada lah search dekat Pak Cik google. Tanyalah dia Law nie macam kos dia, subject apa nanti yang aku kena study. Asasi dia dekat mana pusat belajar dia. Macam2 lah. 


Dan result yang aku dapat :-


- Subject teras yang wajib kukuh BM, BI dengan Sejarah.


- Asasi Law yang ditawarkan kat aku nie muet kena dapat band 4. 


- Pointer pun disebabkan budak2 sekarang dah terlebih minum susu lembu masa kecik2 sampai bila dah besar jadi genius2 belaka maka dinaikkan sampai 4. 


- Kalau tak menepati syarat yang ditetapkan kemungkinan besar bila dah habis asasi nak sambung degree tak dapat sambung law, dapat sambung kos lain yang orang tak mau ambik.*kos lelong la kot.


- Campus dia dekat Shah Alam, tapi dekat Kedah pun ada. Hurmm, bab2 lokasi sampai sekarang aku tak berapa pasti sangat. Kalau sapa2 yg tau boleh la komen ya. Aku pun nak tau jugak... hehe. Thanks.


- Tempoh belajar 1 tahun buat asasi, 3 tahun degree. Tu kalau UiTm la. Kalau uni lain makan masa sampai 5 tahun tak silap aku sebab degree proceed 4 tahun. Kenapa tak sama??? tanya kementerian. =)

- Antara subject yang akan kita belajar dalam law nanti :-

A) LAW 1
B) LAW 2
C) LAW 3
D) GLOBAL ISSUES
E) MALAYSIAN LEGAL SYSTEM

Dan subjek teras universiti seperti :-

A) COMPUTER
B) ECONOMY
C) PYSCHOLOGY
D) ENGLISH FOR MUET PREPARATION


Tu la hasil yang aku jumpa... tapi kalau ada salah informasi tu let me know ok... dan tahniah ya, semua2 yang dapat tawaran uni dan sapa2 yang dpat law sama macam dengan aku... tahniah! =)


p/s : nak mengadu dekat 'kekasih hati' nak mintak tolong dia, tolong bantu buat pilihan yang terbaik. Takut nanti kalau salah pilih menyesal kemudian hari. Tunggu dapat 'insyarat' mimpi darinya... =) insyaALLAH. Pilihlah yang terbaik. Aminnn.


Kalau suka boleh like...^_^

Jumaat, 6 Mei 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Bagi Lepasan SPM atau Setaraf Sesi Akademik 2011/2012


mood : tak sabar menunggu detik 12 tengah hari! acece...



Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) *kita2 semua la tu...batch1993. atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperolehi mulai pukul 12 tengah hari esok (6 mei) 


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web berikut UPU.MOHEJPT.UTM dan JPT.UUM nie..


Boleh jugak disemak melalui pesanan ringkas atau lebih mesra kita panggil Sheikh Muszaphar Shukor (SMS) =) : Taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.


Rayuan boleh dilakukan melalui Aplikasi e-Rayuan di Laman Web Rasmi Kemasukan  ke IPTA selepas 10 hari keputusan rasmi diumumkan dan hanya calon yang gagal sahaja yang boleh mengemukan rayuan. Tarikh tutup rayuan adalah pada 16 MEI dan keputusan akan diumukan pada minggu kedua bulan JUN. Jika tiada sebarang tawaran selepas 4 minggu rayuan dilakukan maka permohonan rayuan anda gagal. *kejam!

Wink2...! excited youu... =) lepas nie boleh la kita pilih dekat mana nak sambung belajar... boleh lah start pack barang mana2 patut. Beli barang2 baru. Good luck kawan2 semua!

Kalau suka boleh like...^_^