Rabu, 29 Jun 2011

Home alone??

No no no... not home alone.... room alone.... haha


Roommates semua dah chow balik rumah memasing... aku??? room alone.... duduk menghadap lappy... update blog, cari articles untuk BEL 313, luckily maklumat untuk LAW maxis ada orang baik hati tolong carikan... haha, tak ada lah baik mana pun dia nak cari bahan untuk tajuk dia last2 jumpa yang tajuk aku lak... aku apa lagi ambik ja la... siap satu kerja.... =P mulia tak aku??? mulia gila kan...


Semua orang buat muka terkejut gila masa aku cakap minggu nie aku tak balik.... ek eleh tak balik umah ja pun... bukan aku cakap aku nak kahwin lari dekat siam! hahaha... tapi muka budak kelas semua macam "What zana tak balik??? zana tak balik? zana tak balikkkk??" siap repeat banyak kali lagi tu, melampau sungguh... hadoi... sabar ja la. Yer lah... aku tau dalam kelas aku, yang pecah rekod tiap2 minggu kompem balik umah... aku la tu, mana ada orang lain...

 aku agak kurang pasti macam mana orang hidup dalam umah nie... mungkin tuan rumah nie spesis jalan terbalik, kaki keatas kepala ke bawah... hehe...

info fakta : rumah terbalik nie dibina oleh Klaudiusz Golos dan Sebastian Mikiciuk diberi nama Die Welt Steht Koft dan di bina di Trassenheide, Jerman. Sumber : Rumah terbalik


 nie la rumah aku..... *tak sedor diri!


Kali nie cuti 4 hari kompem semua budak kelas aku balik umah, yang dok kelantan pun balik jugak... tapi ada ja yang tak balik... contonhnya : bebudak yang group sekali dengan aku... haha. Aku pun kalau ikutkan hati nak ja balik umah semalam, tapi mengenangkan ada benda lain yang lagi mustahak... tak pa la burn jap cuti 4 hari tu... tapi sapa tau kot2 kerja aku habis awal... dan la lari balik umah jap jumaat nie... 2 hari pun jadilah... haha tu la untung umah dekat. =P

 
Kalau suka boleh picit sini...^_^

Worst day...


mood : tired and emotional... =) euphemism... hahaha...


Currently stayed at "Surau Dewan Mini" sebabnya badan nie dah tak larat nak bangun dengan kaki dah lemah lutut nak berjalan... soooo pathetic... ya2... tau. Tapi memang la tak larat nie, sakit perut, sakit kepala... adoi, tu yang duduk dekat surau ja memang dah tak larat nak menapak balik bilik, aku takut kalau aku balik bilik kompem kuliah Madam Mazrah burn... ngeh3.. XD. Tu yang terpaksa bermastautin dekat surau walaupun kena tunggu 4 jam... tak pa tak kesah... aku kan gigih... hehh.


Minggu yang pack... minggu depan pun... tak tau sempat balik ka tak minggu nie... kerja grouping banyak lagi tak siap... kerja individual tak payah cakap lah... assignment pun dah start dapat... da la "sikit"............. kalau buat pun insyaALLAH hidup lagi... tak pernahlah lagi dengar orang mati terkejut sebab assignment banyakkan... bolehlah...


Hurmmm...komplen banyak2 pun kalau kerja tak jalan tak jadi jugak kan.... tak pa, tak pa... kalau usaha buat mesti boleh siap... aku tau boleh punya.... boleh boleh.... boleh!!

p/s : harus tulis perkataan positif banyak2...haha biar positif jugak.
p/s/s : err...entry sepatutnya post minggu lepas... tapi aku malas nak edit...so, bayangkan ja la anda semua sedang travel ke masa lepas... haha...


 Terima kasih daun kari, sila lah like sekali...^_^

Sabtu, 18 Jun 2011

Video Sepah Minggu-12.



Boleh klik SEPAH kalau nak tengok video kat youtube... =)


SEPAH terbaik!! serius cakap memang best gila... kalau tengok konfem senak perut gelak, mata berair gelak punya pasal. Memang dulu kini dan selamanya... wah, melebih lak aku... hehe... aku minat SEPAH. SEPAH tak macam group lain, tiap2 minggu konsisten sebabnya tiap2 kali aku tengok mesti gelak tak ingat sampai adik aku cakap " Woi, dah2 la tu... gelak melampau2..." hahaha... nak buat macam mana bukan boleh tahan nak gelak...


Minggu 12 nie pun super awesome lawak jugak bagi aku. Tengok Jep... perghh! lawa kot... haha comei ja dia pakai tudung... shuib lagi tak boleh tahan. Adoii... tapikan satu ja la yang aku kureng berkenan sikit minggu nie... rasa macam tak polite lak kalau ajuk ustazah nie. Kan banyak lagi watak lain yang aku rasa SEPAH boleh ajuk. SEPAH kan Super Superb sure bolehnya... papa pun enjoy..=)


Thanks for read...

Jumaat, 10 Jun 2011

Kucingku KadiaQ (iv)

CATCHING RIBBON TIME


Petang2 tak da kerja layan mamat kechik nie main lah... =)




Ribbon pink tu ribbon yang rumah aku guna untuk ikat tirai* langsir rumah... hehe... tau dek mak aku nie... mampus! hahaha. Nampak bakul yang dia duduk kat dalam tu?? ha, tu la bakul tempat dia tidur... meriah kan... siap bereben2 lagi boleh buat bakul hantaran dah aku rasa... hehe. Ok, aku pun ikat la ribbon pink tu dekat bakul dia biar tergantung macam tu... senang dia nak gigit2 tarikr2...




"AUMmmmm!" eh, salah sound effect... "EEeeeiiioWWW!" hahaha. Gigi tajam tak hingat dia nie... tapi dia tak gigit pun orang... setakat melawak2 usik kita gigit pelan2 tu ada la... tak sakit pun. =)



"Dapat pun! erm... gigit dia... arrghh. Gigit!"




As usual... dah habis main, penat menarik reben tu... napping time lak... nampak?? tidur pun nak berselimut nak berbantal2 segala bagai... macam baby manusia. Padahal dah boleh jadi bapak kucing dah dia nie... hahaha. Bantal dia pun tak main aa bantal yang buruk2... bantal import jauh tu yang pooh aku beli dekat negeri sembilan, yang strawberry belakang tu beli dekat cameron highland. Mahal tu... sebelas hinggit! ... hadoi... high demanding dia nie.

p/s : suka tengok dia babam... =) comei... memang lah aku sayang gila kat natang sekor nie... tak da dia nanti tak tau la umah aku macam mana nanti... dia tak balik sehari pun dah kecoh satu rumah cari dia... hehhh


Kalau suka boleh like...^_^

XX : Cabaran 50 Buku : (11) QUARTET

 
QUARTET

 Penulis : Saidatul Saffa
Halaman : 471
Harga : RM20.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011





Secara ringkas : 
“Dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tak terlintas dari hatinya.”


Misa, gadis yang sentiasa kecundang dalam masalah percintaannya. Sehinggakan adiknya yang lelaki berkahwin terlebih dahulu darinya. Mulut-mulut jahat mengata kononya dirinya tu ‘tak laku’. Sedangkan hakikat yang sebenar, hanya Misa yang memahami. Bukan dia tidak pernah bercinta tapi sudah takdir jodoh tak berkekalan hingga ke jinjang pelamin.


Dalam kehidupan Misa muncul empat lelaki dalam empat keadaan yang berbeza ketika empat jenis musim serta mempunyai empat jenis ragam dan semestinya empat jenis penamatnya. 


Apabila Fadhil curang dengan sahabat Misa sendiri, Aina. Misa tekad membawa diri ke negara orang berkulit putih, US untuk melayan hati yang rajuk dan sakit itu. Kemudiannya, Tasik Mendota membawa pula Misa kepada pertemuan yang tak disangka-sangkanya, quotes milik seseorang yang bakal merubah kehidupan Misa selepas itu. Tapi sayang, dah tertulis pemilik quotes yang juga ‘Bilal’ versi moden tu rupanya tunangan orang. Sekali lagi hati Misa berkecai.


Misa tak putus asa. Ketika cuti musim panas, Misa yang berada di Melaka memburu pula cinta seorang USTAZ! Ketika inilah misi ’30 hari mencari menantu untuk mak’ bermula. Tapi disangka panas sampai ke petang rupanya ribut taufan melanda di tengahari. Ustaz Mustaqim yang Misa sangka seorang yang alim rupanya hanya topeng ustaz itu. Di luar sekolah taring Ustaz Mustaqim yang sebenar terserlah. Misa hampa. Sekali lagi hatinya pecah berderai.


E-Van a.k.a Van Elektronik yang menjadi pengunjung setia blog Misa membawa kisah yang berlainan pula. Misa sangka perkenalan mereka hanya sebagai rakan maya, tapi rupa-rupanya tidak. Apabila Misa dah bersedia untuk berubah ke arah muslimah yang baik Misa tekad untuk memutuskan perhubungan mereka di alam maya kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Tapi takdir Tuhan bila dua pasang mata yang sebelum ini hanya berhubung melalui internet berjumpa lain pula jadinya. Misa kata dia tidak mahu tersalah tafsir lagi dalam hal hati ni. Kata E-Van pula dia tak pasti. Kalau sudah begini gayanya, apa kesudahannya?
Ironik bukan kisah Misa dengan empat lelaki tu. =)


Komen saya :

Quartet… I think, I’m in love with you. =)


Sungguhlah bila saya baca novel hasil Saidatul Saffa, hati ni rasa sebak ja. Rasa diri ni belum sempurna sebagai seorang muslimah. Bila baca novel ni buat saya ingat yang Tuhan tak kan duga hambanya melainkan sebab Tuhan sayang dekat kita. Bila baca novel Quartet, diri ni sedar yang dekat dunia tak ada cinta hakiki melainkan cinta kita pada ALLAH yang maha Esa sahaja yang kekal. Bila baca novel ni buat saya rasa nak berubah ke arah yang lebih baik. Tak tipu… sungguh.


Kisah Misa yang bertemu empat lelaki dalam empat musim yang berbeza dalam ragam yang tersendiri. Fadhil yang curang dengan sahabat Misa sendiri. Bilal yang Misa sangka menaruh perasaan dengannya rupa-rupanya dah bertunang. Ustaz Mustaqim yang Misa sangka sempurna rupa-rupanya ada juga cacat celanya walaupun bergelar USTAZ! Dan E-Van yang Misa panggil ‘Van Elektronik’ tu.


Penulis bijak mengatur plot cerita, tersusun dan tidak mengelirukan pembaca sebabnya setiap musim digambarkan dengan jelas. Setiap permulaan kisah Misa dengan seorang lelaki dimulakan dengan baik dan di tutup dengan sempurna. Jadi pembaca tak akan keliru dengan setiap watak yang diperkenalkan.


Siapa cakap novel berbentuk islamik boring? Salah! Quartet sangat best ya kawan-kawan sekalian. Saya ulang lagi sekali sangat best, walaupun mula-mula tu agak mendatar sikit pengenalannya tapi bila dah masuk beberapa bab kita akan rasa semangat nak baca sampai habis, sebabnya Quartet banyak pengisian yang boleh buat kita sebagai seorang wanita muslim sedar masih banyak ruang kita kena perbaiki untuk menjadi muslimah yang baik.


Apa-apa pun terima kasih kepada seseorang yang menghadiahkan novel ni kepada saya. ;)


XX Quotes : Sangat-sangat digalakkan baca… =)


Kalau suka boleh like...^_^

XX : Cabaran 50 Buku : (10) JET JONAH

 

JET JONAH
Penulis : Ika Madera
Halaman : 528
Harga : RM21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2010
Cetakan 2 - 2011








Secara ringkas :

Mengisahkan tentang dua sahabat yang berkawan baik sejak kecil lagi, Muhammad Izzat dan Nur Jannah atau lebih dikenali Jet dan Jonah. Sewaktu kecil merekalah juara budak nakal Kampung Ayam Berjambul. Membotakkan pokok-pokok rambutan Pak Dollah kemudian disedekah kepada orang ramai. Sembunyikan baju budak-budak nakal dari Kampung sebelah, Kampung Burung Serindit. Panjat pokok kelapa, kononnya air kelapa muda kalau diminum boleh terang hati. Macam-macam lagilah yang dilakukan mereka berdua nie bersama-sama.


Sehinggalah kemucaknya Jet merajuk dengan Jonah gara-gara mereka membotakkan pokok rambutan Pak Dollah. Mereka dihukum oleh Yah, emak Jonah. Hukumannya mereka diikat di batang pokok rambutan yang penuh dengan kerangga tu sehingga waktu zohor. Sejak itu Jet merajuk dengan Jonah sampaikan Jonah hendak berpindah rumah pun Jet tak mahu berjumpa dengannya.


Jonah pula lain ceritanya disebabkan terbongkar rahsia asal usulnya, dia membawa diri ke Kota London. Tapi kalau dah ditakdirkan ada jodoh, bertahun lamanya terpisah pun berjumpa kembali. Rupanya mereka menetap di bumi yang sama. Sesi jejak kasih pun berlaku antara Jet dan Jonah. Tapi Jonah yang merasa rendah diri dengan kekurangan dirinya tu cuba menjauhkan diri dari Jet.


Jet tertanya-tanya apa salahnya dengan Jonah. Idea yang Ikhwan beri tak sia-sia. Jet berjaya berbaik dengan Jonah semula. Kali nie Jet tak akan melepaskan Jonahnya lagi. Perancangan di atur Jonah mesti menjadi miliknya.

 
Komen saya :

Jet Jonah… tajuk yang ringkas dan mudah diingati. Begitu juga dengan jalan ceritanya yang boleh membuatkan kita tersenyum bila membacanya.  Jarang kita baca novel yang watak heroinnya  berkulit hitam manis, berwajah iras-iras orang india. Selalunya watak heroin digambarkan berkulit cerah berwajah pan-asian. Selalunya. Tapi bukan semua novel macam tu contohnya Jet Jonah sendiri, watak Jonah yang berdarah kacukan sebelah ibunya india dan bapanya melayu. Tapi saya masih dapat bayangkan Jonah seorang yang cantik melalui gambaran penulis.


Diawal cerita penulis banyak bermain dengan masa. Teknik penggunaan imbas kembali dihuraikan dengan baik sekali. Tak lah terlalu pening kepala membacanya. Kemudian gambaran kota London yang digunakan dalam Jet Jonah membuatkan saya rasa macam berada disana. Tempat-tempat di London yang disebut dalam cerita nie buat saya terasa nak ke sana. =) Sungguhlah saya yang insan biasa nie terbayang-bayang tempat di kota London tu macam mana. Stesen Seven Kings. Pasar di Canary Wharf, Kawasan perumahan di Breamore Road. =)


Bahasa yang digunakan santai tiada puitis-puitis, sesuai dengan remaja sekarang. Bagi saya Jet Jonah bukanlah novel mengenai cinta semata-mata ianya juga menekankan kepada hubungan kekeluargaan.


Watak Jet yang separuh mati angaukan Jonah kadang-kadang boleh buatkan kita tersenyum. Tapi dalam perhubungan Jet Jonah nie, tak ada konflik yang banyak sangat. Tak ada orang ketiga yang nak rosakkan hubungan mereka, cuma sekali Jet cemburu dengan Ikhwan yang dia ingat nak rampas Jonah darinya. Tapi tu pun penulis gambarkan dalam keadaan yang lawak, kita yang baru nak feeling-feeling ni pun boleh tergelak bila baca. Jet Jonah cuma terpisah masa umur 7 tahun sehinggalah umur mereka 22 tahun, mereja berjumpa kembali di Kota London.


Nie adalah kali pertama saya membaca karya Ika Madera, apa yang boleh saya katakan… ianya tak menghampakan. =)


XX Quotes : Tak rugi baca… Jet Jonah satu kisah yang unik. =)


Kalau suka boleh like...^_^

Bulan Mei nie rezeki aku murah... alhamdulillah.. =)


mood : syukurrrr...



Alhamdulillah... rezeki aku murah bulan nie... =) syukur sangat2.


Tawaran sambung belajar aku cuma dapat dua tawaran... =) tapi tu pun dah kira bersyukur sangat2... kalau dapat banyak2 tak tau nak pilih yang mana kan? yang dua nie dok pening kepala dah...

1. Dapat tawaran Matrik Kedah M001 Sains. PST lagi... =) 
2. Dapat tawaran Asasi Undang-undang dekat UiTm.
3. Dapat tawaran SPA, 10 Mei ri tu aku kena hadir temuduga untuk jawatan Medical Assistant.
4. Review buku aku terpilih lagi untuk Cabaran 50 buku bulan April punya. Tuah buku SUUN (surat ungu untuk nuha).
5. Review buku aku terpilih lagi untuk Cabaran 50 buku May 2011. Alhamdulillah...


Bagi aku nie dah banyak... tu pun kira syukur sangat... =)


Kalau suka boleh like...^_^