Jumaat, 25 November 2011

Perempuan bila tengok bola sepak....


Mesti ramai tengok Malaysia vs Indonesia hari tu kan?? aku pun tengok. Semangat gila kot malam tu awai2 gi aku dengan fatin roomates merangkap classmates aku turun pi bilik tv siap bawak public speaking punya note lagi tau...  nampak? tengok bola, tengok jugak study jangan lupa. Tu pasai notes kami sampai lunyai! haha. Tercabut dua kot notes tu. =)
 

Tapi memang best lah malam tu masa Malaysia lawan Indonesia. First time tengok bola ramai2 dengan budak kolej masria. Meriah gila wei! masuk gol pakat terjerit macam kena histeria semua orang dengan aku2 sekali sampai sakit tekak kot! Haha. Serius best! Aku dengan Fatin la gila punya eksaited macam kami yang main bola tu, siap bersep tangan lagi bila gol masuk.

Tak boleh blah tu setiap kali Khairul Fahmi boleh tangkap bola lawan mesti aku cakap "Hensem Khairul Fahmi malam nie aku tengok." Kali kedua bola dia tangkap lagi. "Makin bertambah hensem aku nampak dia nie." Bola lepas tu pun dia berjaya tangkap jugak "Super duper hensem dia malam nie!" ya2 memang sengal. Tapi, tapi... jangan salah faham na, hensem yang aku cakap tu bukan  hensem muka. Dia punya skill yang aku maksudkan. Kira dia hebat la bila boleh tangkap bola...

Hensem = Hebat! bukan Hensem = Kacak! beza tu.... 

Tu cerita malam M'sia lawan Indon. Malam M'sia lawan Syria sumpah tak best... =( Aku tengok sorang2 kat bilik tv dengan budak2 masria lain. Tapi memang tak best gila! malam yang M'sia lawan Indon budak2 yang tengok bola sekali dengan aku memang sporting tapi malam yang M'sia lawan Syria tu... YaALLAH... *mata keatas kaki kemuka. 

Situasi 1

"Sapa tu sapa tu??" A tunjuk dekat B.

"Owh, tu si polan si pulun." B jawab.

"Ooo, yaka? Muka dia petak. Buruk!" A balas.

What the cat? tengok bola ka tengok orang?? beragaklah, muka petak pun orang jugak...

Situasi 2

"Aku minat pemain no #*& tu... hensem tahap dewa..." D cakap.

"Aku tak minat mamat tu. Aku minat Badrol Bakhtiar ja. Muka sweet, comel sejuk mata memandang. Eh, napa tak nampak pun muka dia malam ni?" E tanya

"Badrol mana main malam nie." D jawab.

"Owh, patutlah M'sia kalah sebab dia tak main." E balas.

Again... what the cat??? apa kaitan menang bola dengan muka hensem? Agaknya sebab tu kot mostly peminat bola orang lelaki kan. Perempuan tak pandai nilai game bola, depa pandai nilai PEMAIN BOLA ja. =) like Fatin says...

"Bola tu bulat, macam2 boleh jadi..."

*cam tak kena ja quotes tu dengan entry aku... hentam sajalah.


--------------------------------------
 

Tak kan nak cita pasai bola ja? pasai aku tak mau tau ka??? hehe. Well, new sem, new things, new lecturer, new subject, new room! Bilik baru aku best besar... Memang puas hatilah nak bergolek2 atas lantaikan. Cuma part internet la slack... kawan aku dapat la jugak 2 3 bar. Aku? satu bar pun tak lekat! ok fine. Tenet cam siput. Tapi so far puas hati la dengan bilik baru. =)


Kemudian 1st week sem dua start agak hectic. Jadual agak pack plus subject2 law yang agak nak membunuh! lecturer pun bila cakap tak sebut subjct killer tak sah! siap bagitau tiap2 sem budak kena  yang repeat paper tu ramai. Aku macam "Tau dak tu menambahkan lagi tekanan haishhhh." Kerja pun dah start ada... pastu, pastu... oummmmm, tiba-tiba rasa malaih nak cita...

Till then... bye2.
 

Ahad, 20 November 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (36) MASIH ADA RINDU


MASIH ADA RINDU
Penulis : Mimie Afinie
Halaman : 432
Harga : RM 17.00
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1, 2 - 2004
Cetakan 3, 4 - 2005
Cetakan 5 - 2006






Secara ringkas :

Syafika sanggup dibuang ibunya demi mengahwini Hakim. Mujur bapanya tidak seperti ibunya bapanya sendiri yang menjadi wali dalam pernikahannya. Bagi ibu Syafika dia mahu anak-anaknya tamat pengajian dulu sebelum berkahwin menggengam segulung ijazah itu penting baginya! Tapi Syafika terpaksa memilih antara lamaran Hakim atau mengikut perintah ibunya. Dan akhirnya Syafika memilih menerima lamaran Hakim dan dibuang ibunya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia bertindak sedemikian, mungkin sudah tiba jodohnya dengan cara begitu. Syafika redha.

Syafika bernasib keluarga mertuanya melayaninya dengan baik sekali seperti dia anak keluarga tu sendiri bukan sebagai menantu. Syafika bahagia dengan kehidupannya bersama Hakim. Terasa hidupnya bahagia walaupun kadang-kadang hatinya menangis mengenangkan ibunya yang masih enggan menerimanya.

Tapi langit tak selalunya cerah. Hakim dijemput illahi ketika mereka sedang berbulan madu. Kenangan yang sepatutnya menjadi kenangan terindah mereka bertukar menjadi sebaliknya. Syafika di uji lagi dengan berita kehamilannya. Syafika juga insan biasa yang kadang-kadang lemah. Dia tak mampu menerima kenyataan tersebut tetapi akhirnya dia bangkit juga demi anak yang dikandungnya.

Setelah kematian Hakim, Hadi abang kepada Hakim pulang ke Malaysia dan jatuh hati kepada Syafika. Sepanjang tempoh Syafika hamil Hadi lah yang menjaganya bukan kerana simpati tapi kerana sayang! Dia sayangkan Syafika dan dia ingin melindungi Syafika dan Adam, anak Syafika dengan Hakim.

Akhirnya Hadi memberanikan diri melamar Syafika. Syafika menerimanya setelah lama berfikir tapi sayang kepercayaan yang Syafika beri kepad Hadi telah dikhianati. Syafika bencikan Hadi lalu keluar dari rumah itu. Hadi menyesal dengan perbuatannya tapi Syafika masih tidak mahu memaafkannya.

Muncul pula Imran di antara mereka, Imran yang meminati Syafika dari dulu lagi berterus-terang. Syafika terpaksa membuat pilihan antara Hadi atau Imran. Hadi dah khianati kepercayaannya. Tanpa dia sedar sepanjang tempoh perpisahan mereka masih ada rindu buat Hadi tapi pilihan harus dibuat. Hadi atau Imran?


Komen saya :

Masih Ada Rindu karya kedua penulis Mimie Afinie. Karya pertamanya adalah Bisikan Rindu. Saya tak pernah baca lagi jadi saya tak tau corak penulisannya bagaimana. Tapi bila saya baca Masih Ada Rindu boleh dikatakan pebulis memang berbakat. Sebabnya cerita nie lari dari tema yang kita selalu baca dan sangat menarik!

Elemen kekeluargaan banyak dimasukkan dalam cerita nie walaupun tema utamanya adalah percintaan. Memang melelehlah air mata baca cerita nie, tambah-tambah bila bahagian Hakim meninggal dunia. Fuh, laju air mata nie turun… kesiannya Syafika jadi janda diusia yang sangat-sangat muda. Menambah pilu lagi saat dia disahkan mengandung setelah kematian suaminya.  Tapi Syafika digambarkan sebagai wanita yang tabah walaupun pada mulanya hidupnya terumbang-ambing selepas kematian suaminya Hakim.

Watak Hadi sebagai hero kedua sangat menjadi! Walaupun Hadi adalah abang kepada Hakim tapi dia menaruh minat kepada Syafika. Dekat sinilah yang saya rasa lain dari yang lain. Jarang kita baca cerita yang hero atau heroinnya ‘salin tikar’. =) Fahamkan. Selalunya kalau hero pertama mati hero kedua mesti orang lain tapi dalam cerita nie hero tu iparnya sendiri. Agak unik di ditu.

Jalan ceritanya pun tak terlalu meleret disamping isu-isu semasa turut diselitkan. Dari situ banyak jugak pengajaran yang boleh kita dapat. Contohnya, kes sumbang mahram dalam kalangan masyarakat kita yang semakin berleluasa kini. Dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya cerita nie sangat menarik dan tak membosankan. =)

XX Quotes : Masih ada rindu memang patut ada dalam koleksi novel kita. Jujur cakap nie. =)



XX : Cabaran 50 Buku : (35) OMBAK RINDU


OMBAK RINDU
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 563
Harga : RM 19.90
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1, 2, 3 - 2002
Cetakan 4, 5, 6 - 2003
Cetakan 7, 8 - 2004
Cetakan 9, 10 - 2005
Cetakan 11, 12 - 2006



Secara ringkas :

Izzah gadis yatim piatu yang tinggal bersama bapak saudaranya dan hidupnya tak sebahagia teman sepermainannya yang lain. Dia terpaksa dewasa lebih awal walaupun dia hanyalah seorang kanak-kanak. Maki hamun dan sepak terajang dari Taha, bapa saudaranya dah jadi makanannya. Izzah dah lali dengan semua tu. Izzah tak pernah berfikir untuk lari dari keluarga saudaranya yang kejam tu sehinggalah peristiwa di jual kepada Kevin, seorang bapak ayam.

Kesengsaraan Izzah tak tehenti di situ saja. Mahkotanya sebagai gadis diragut dengan cara yang dia tak rela dan lelaki bernama Hariz penyebabnya! Izzah merayu kepada Hariz supaya menyelamatkannya. Dan sekali lagi Izzah di jual kepada Hariz pula. Izzah seolah-olah barang dagangan.

Hidup dengan Hariz sama saja bergelumang dengan dosa kerana itu Izzah merayu supaya dia dikahwini dan dia rela haknya sebagai isteri diketepikan. Dia sanggup berbuat demikian demi membela secebis maruahnya yang masih tertinggal. Perkahwinan yang berat sebelah akhirnya terjadi antara Izzah dan Haris. Dan perkahwinan itu menjadi rahsia mereka berdua.

Izzah mula menaruh hati pada Hariz pada Izzah, hanya Hariz yang dia bergantung harap cuma layakkah dia menyintai Hariz? Sedangkan dirinya sendiri pun Hariz yang beli… Datuk Sufiah iaitu ibu Hariz pula menjadi penghalang antara mereka berdua. Tak kurang jugak Mila Amylia seorang pelakon popular yang sentiasa mahukan Hariz sehingga mereka berdua berkahwin.

Bagaimana pula nasib Izzah? Tak terbelakah haknya sebagai seorang isteri yang sah? Adakah Izzah memang ditakdirkan tak mengecapi bahagia bersama Hariz? Sama-sama kita ketahui dalam Ombak rindu!


Komen saya :

Sangat-sangat mengasyikkan baca Ombak Rindu nie. =)

Fauziah Ashari memang tak pernah hampakan peminatnya. Ombak Rindu memang cerita yang penuh romantis, kekeluargaan dan pengorbanan. Semuanya diadukkan dalam satu cerita dengan baik sekali hinggakan sebagai pembaca boleh terkesan dek setiap ayatnya.

Penulis bijak membawa kita merasai keperitan hidup Izzah yang menumpang di rumah bapa saudaranya yang kejam dan bengis itu. Kita akan turut sama rasa simpati pada Izzah bila dirinya dijual kepada bapak ayam. Tak habis di situ penderitaannya. Dia dijual pula kepada Hariz seorang lelaki yang Izzah bergantung harapan supaya dapat keluar dari tempat maksiat itu. Harga dirinya seolah-olah boleh dinilai dengan wang ringgit. Wah, sangat menyedihkan kisah hidup Izzah ibarat terlepas mulut buaya masuk pulak mulut harimau.

Hidup dengan Hariz pun tak jauh beza dengan hidup bapak saudaranya sepak terajang tu Izzah dah hadam. Sampai macam tu sekali perumpamaannya. Konfliknya memang banyak. Lepas satu, satu pulak Izzah terpaksa hadap. Tapi konfliknya dihuraikan dengan baik sekali.

Tapi bila Izzah dah happy dengan Hariz. Kita pun sama-sama akan happy sampai tersenyum-senyum. Kadang-kadang tu kita pulak yang lebih over happy dari watak dalam novel tu… haha. Tapi semua tu menunjukkan penulis berjaya menghidupkan watak dengan baik sekali tak kira lah watak protagonist atau antagonis! Dua-dua menjadi. Watak Datuk Sufiah dan Mila Amylia yang diwujudkan sebagai perasa tambahan cerita nie benar-benar hidup!

Memang best. Rasa enjoy ja baca. Rasa macam kita pun ‘termasuk’ jugak dalam novel nie.

XX Quotes : Sangat-sangat tak rugi kalau beli. Memang best! Tapi kalau saya novel Fauziah Ashari memang wajib ada. =) Mesti ramai dah tak sabar tengok novel nie versi filem kan?



XX : Cabaran 50 Buku : (34) PERGILAH SEPI


PERGILAH SEPI
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 325
Harga : RM 12.00
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1, 2, 3, 4 - 2001
Cetakan 5, 6 - 2003
Cetakan 7, 8 - 2004
Cetakan 9 - 2005
Cetakan 10 - 2006

 


Secara ringkas :

Mengisahkan tentang Afiqah seorang gadis yang tidak menginginkan Syafiq sebagai teman hidupnya. Tapi apakan daya, jodoh maut ditangan Tuhan dan dia tak boleh menolak kehadiran Syafiq sebagai suami dalam hidupnya.

Afiqah langsung tak mengenali Syafiq, begitu juga dengan lelaki itu. Tetapi mereka terperangkap dalam satu muslihat dan terpaksa berkahwin demi reputasi dan maruah keluarga mereka. Afiqah yang tak merelakan perkahwinan ini sentiasa bersikap dingin dengan Syafiq. Manakala Syafiq tak pernah berputus asa untuk memenangi hati Afiqah.

Kesabaran Syafiq berbayar apabila Afiqah mula menerima dirinya tapi… rumah tangga mana yang tak pernah bergolak? Zikri kekasih lama Afiqah muncul di antara mereka sebagai penghalang. Syafiq mula ragu-ragu apakah Afiqah masuk cintakan Zikri? Afiqah akan meninggalkannya dan kembali kepada Zikri? Syafiq buntu. Pilihan ada di tangan Afiqah. Siapa yang akan dipilihnya Syafiq atau Zikri?


Komen saya :

Fauziah Ashari hasil tulisannya tak pernah menghampakan peminat-peminatnya. Naskah Pergilah Sepi nie sangat menarik bagi saya.

Bagi saya, watak Syafiq paling menarik minat. Dia yang sungguh-sungguh berusaha memenangi hati Afiqah akan buat kita rasa Syafiq seorang yang romantik. Kemudian dia sanggup berubah demi Afiqah dan sabar dengan kerenah Afiqah yang dingin tu sedikit sebanyak buat kita tersentuh.

Senang cakap Fauziah Ashari pandai mainkan emosi pembaca. Yang paling saya suka konfliknya tak terlalu banyak dan meleret. Sedang-sedang saja. Sesuai dengan jalan ceritanya. Sebab tu bagi saya novel nie tak meleret macam sesetengah novel kahwin paksa. Tapi sweet cerita nie tetap ada walaupun tak panjang. =)

Bagi pembaca yang tak sukakan novel yang tebal, saya syorkan baca cerita Pergilah Sepi nie. Sebab? Sangat best ya ceritanya tentang kahwin paksa. Mungkin tema kahwin paksa dah biasa kita dengar tapi bahasa yang digunakan buat kita rasa novel nie lain yang lain. Tak percaya? Boleh ja beli dan baca kemudian putuskan betul tak apa yang saya cakap tu.

Apa pun pada saya Novel Fauziah Ashari memang patut dijadikan koleksi.

XX Quotes : Tak rugi beli! Sangat best. =)


Khamis, 17 November 2011

Insan bernama Kucing nanti aku rindu dia.

Esok nie dah nak balik merbok... =(  Hati nie berat gila nak balik... apa kes la kan? tinggal lagi satu sem ja kat sana tiba2 dok buat perangai tak mau balik pulak. Memang nak makan kaki la kan. Mengada tak kena gaya.

Sem dua banyak subjek... bila subjek banyak study kena banyak, bila study banyak usaha kena banyak, bila usaha banyak tenaga digunakan pun banyak, bila tenaga banyak digunakan makan pun kena banyak, bila makan banyak perut kenyang banyak, bila perut kenyang banyak tidor pun banyak, bila tidor banyak tenaga dihasilkan banyak, bila tenaga dihasilkan banyak movie nak ditengok pun banyak!

Nampak kaitannya??? hehe...

myhandwrittingcikgusejarahakucakaptulisanakutulisanbudakpandai....keh3...seriuslawak. 

TULISAN boleh cerminkan kepandaian seseorang tu ka? setahu aku tulisan mencerminkan keperibadian seseorang... =)

 Nanti balik sana tak da dah yang nak teman aku masa update blog... huhu

 Walaupun function dia tak lebih sebagai penyemak meja aku... tapi aku tak kesah. 'Lapang' hati rasa. =)

 Aku bersengkang mata update, dia bersenang lenang tidoq... pun aku tak kesah... nanti aku rindu... * tiba2 syahdu ja rasa...isk isk isk...

 Sayang gila kat dia nie... serius cakap kalau dia tak da mau tunggang terbalik satu umah. =) pengarang jantung family aku nie.
Geram aku tengok dia nie... Eiii, geram! geram! rasa nak gigit2 ja... tapi geli la plak. Badan berbulu tak lalu nak gigit

Buat teruk boleh aku nie, bukannya tak leh jumpa langsung... mengada! so what... dah aku sayang nak buat macam mana... Alahai, sat nya cuti, tiba2 dah start sem 2 pulak. Doa2 la kan aku kat sana biar sem 2 nie lebih baik dari sem 1... janganlah aku jadi malas macam masa sem 1. (-__-")

P/S : Baru teringat... budak2 second intake masuk semalam. =) Welcome to UiTM merbok!

Selasa, 15 November 2011

6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun selepas kahwin...

Found something interesting... nie ka realiti orang berpasangan? da stage2 dia rupanya dalam relationship nie ikut timing pulak tu. 6 minggu, 6 bulan & 6 tahun... erkk... memang  tersenyum + tergelak sorang2 baca... =')



SebelumTido:
6 minggu:  Selamat Tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan:  Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun:  Sana sikit lah… Tido kalau tak menyempit tak bole ker???!








Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..








Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???






Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..








 

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!





Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?





Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!



 *tiba2 ada couple kucing...hek3
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???






Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!



TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..








Article menarik nie jumpa masa blogwalking dekat blog Wan Muhd Ali... *nama nak sama dengan ayah aku like3. Baca blog WanWMA memang best banyak info entry dia pun best2... (entri asal)

P/S : Tak semua couple macam tu kan? ada ja yang romantik sampai ke tua. =')