Khamis, 20 Disember 2012

No matter....



No matter what happened, always remember Allah.

No matter what you think, always remember Allah.

No matter what you choose, always remember Allah.

No matter what you want, always remember Allah.

No matter what you do, always remember Allah.

No matter how you feel, always remember Allah.




No matter how late I update the blog, always remember me...

No matter how boring the story, always remember me...

No matter how long I dissappear, always remember me...

No matter what.... always remember me...

Ahaks..... :)


Kaki nak kaki??

heeeee...


Assalamualaikum...

^_^v

Sabtu, 15 Disember 2012

HATI


26/11/2012 11:25pm.



Bilamana aku lagi rela gegendang telinga aku pecah sebab pasang lagu volume paling maxima daripada terpaksa dengar orang cakap…

“Buat apa kita nak boikot mcd tu? Setakat gaza tu x de nak effect apa pun kalau kita boikot mcd ni. Makan je wei…”

Dan aku?

Tak boleh nak kata…

“Wei, sikit pun kita cuba nak tolong juga sekurang-kurangnya…”

Nak tegur tapi tak boleh wei…

Sedih…

Dalam hati je aku doa biar mati tercekik!

Erk??

Tak… aku doa dia faham apa sebab musabab orang nak boikot barang2 israel ni. Aku doa dia pun akan sama2 boikot mcd tu nanti. Tak banyak sikit pun kita cuba lumpuhkan ekonomi yahudi laknatullah tu. Insyaallah…

Tangan tak mampu, lidah tak mampu. Selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hati…

Isnin, 10 Disember 2012

AZAM

Tu buken name pakwe aku. Aku tak de pakwe... aku ade kucing je sile jangen saleh fahem.



Ada bunyi slang KL tak masa korang baca???

Ya2... aku tahu bakat aku cakap KL memang hebat kan? *buat muka bangga. Mesti ramai yang nak bagi kaki dekat aku kan? biaq sedaq diri sikit yang diri tu, lidah dah sah-sah lidah Kedah. Tak payah key yell sangat la kan... macam cilakak. Pfffft!

Tapi seriously. Kadang2 aku cakap dengan kawan2 u aku guna slang KL yang bunyi slang Kedah. Pandai2lah hampa bayangkan sendiri macam mana Kl bunyi slang Kedah....

Pejam celik pejam celik pejam celik pejam lagi terus tak celik2 dah... eh? Dah nak dekat satu sem aku duduk demi bumi USA ni... USA stands for UiTM Shah Alam... bukan United State of America! sila jangan nak cerdik sangat. Aku belum berkemampuan nak study oversea sebab otak aku standard otak-otak sahaja. Hurmm... otak-otak sedap...

Final aku bulan 1 ni... which is less than 1 month... which is which is... sandwhich!


Sila doakan kejayaan aku dalam final exam kali ni ya. :) aku target tinggi kali ni... sebab tu afford yang aku letak kali ni lebih... kalau aku tak dapat apa yang aku target kemungkinan tinggi akan keluar berita kucing2 rumah di kedah dibunuh oleh tuannya dan dimasak gulai, asam pedas tiga rasa dan masak salai berbeque dalam paper metro!

Ha, aku la tu... 

Aku rasa berita tu lagi layak masuk paper dari cerita entah apa2 yang nak lucah ja semedang masuk paper.... -_-" Tak pikir ke benda2 tu menjahanamkan lagi minda2 belia muda remaja macam aku ni bila masa baca paper??? naseb baik ayah aku beli Harakah..... <---- macamlah aku baca... pfffftttt...

Oh yeahhh... lupa nak cakap... aku dapat lagi anak kucing baru untuk batch ketiganya dengan jayanya!! yeah... go khiriah... Gambar??? hurmmmm.... tunggulah aku rajin. Tu pun kalau aku rajinlah... rajin aku ni naik turun macam pasang surut pantai...

Motif tajuk entry dengan isi kandungan entry kali ni? 

Macam tak da kaitan ja pun... hurmmmm... 





Rabu, 10 Oktober 2012

Once upon a time

Aku sedang memaki2 diri aku!

Ya.... itulah ayat yang kita cari-cari setelah berbulan-bulan/berpurnama aku menghilangkan diri. Sob sob sob...




Esok aku ada quiz math dimana chapter yang nak keluar tu adalah chapter yang aku agak bangang nak paham. Plus esok aku ada kelas account yang mana kemungkinan... KEMUNGKINAN kalau lecturer aku yang hensem lagi baik hati lagi penyayang tu pun mungkin akan bagi quiz 1st jugak. Plus esok pagi pukul 8.30 aku ada kelas ADS(Public sector management) yang mana mungkin aku tak selamat kalau nama aku akan dipanggil untuk explain bab 1 dengan cemerlang gemilang dan terbilang di depan kelas! sedangkan aku tak prepare apa2 lagi. cis... cis... dan cis lagi. Dan sekarang pukul 1.54 pagi sipi2 pukul 2 pagi aku tak tidur lagi! x_x

*Sedang menghentak kepala di laptop seperti orang yang kematian kucingnya.

Ya2 aku tau dari aku dok berleter pepagi ni baik aku study... aku tau2. Tapi masalahnya aku sedang mengalami fasa2 takut untuk menghadapi hari esoknya.

Aku baru habis balance akaun tadi. Percayalah... sipi2 lagi aku nak meroyan tadi masa buat balance akaun tu! bila dapat balance tu serupa macam aku dah menang piala dunia la senang cita. T.T sapa2 budak akaun... cheq tabik spring la kat hang... hang memang tabah lagi bijaksana la. Budak akaun rock.... <----- tetiba...


Kesimpulannya.... HANG BUAT APA CUTI HARI TU PAJANA oiiii!


Seriously, aku memerlukan seseorang untuk ajar aku macam mana nak urus masa. sangat-sangat! memerlukan... uhuhuhu...


Any tips to manage the time wisely?? pleaseeeeee..... :(





Khamis, 28 Jun 2012

Seribu satu masalah.


Aku sedih. Bila aku sedih aku tengok hindustan. Kalau zee tak tayang hindustan... movie tamil pun aku bedal. Sekarang tengok zee ja la... dah B4U tiba2 astro ganti dengan apa ntah nama channel mexico tu. Adui... aku dah la tak minat sangat mexico2 nie. Cun memanglah cun minah2 mexico ni. Tapi tengok baju dah lah. Rasa macam nak buat parental guide ja kat tv tu takut abang aku tengok. -_-"


Dan tadi... aku pun tak tau tajuk cerita tu apa. Yang pasti cita tu memang stok zaman purba kala punya movie la kan... apa tak nya... dia punya screen solution tu memang tak boleh nak adjust dah. astro HD pun tak leh nak nolong dah... Tapi apa ada hal? hati frust semua nampak terang ja...

Hero dia nama Raghu, heroin nama Malti... ada huruf L bukan MATI. Sebab aku masa mula2 tengok tu macam bangang sikit. Apa hal nama heroin ni Mati? sangat tak komersial. Rupa2nya aku yang terlebih cerdik pandai baca nama heroin tu. Hurmm, nasib baik stok cun heroin tu. Perut tak buncit... keh3.


Setakat nie yang aku perasan la kan masa tengok movie tamil/hindustan dulu jalan cerita dia macam sama ja. Mula2 start heroin tu jumpa dengan hero. Yang best tu hampir semua cerita yang aku tengok cara depa jumpa tu heroin jatuh atas lori hero dari pokok. Tak pun hero jumpa heroin dalam belakang lori dia. Haha. Adess... hero memang bawak lori ja ke bhai? Pandai heroin dulu panjat pokok. Rupa2nya heroin tu larikan diri dari rumah sebab bapak or abang dia yang misai tebai kalah A.Galak gerak2 khas tu nak jual dia dekat laki jahat yang misai dia pun sama jugak tebai. Kalau tak kena juai mesti kena kahwin paksa... sebab tu heroin tu lari rumah sampai terjumpa dengan hero.


Lagi satu adegan yang agak cliche. Heroin selalu menyamar jadi orang laki. Yang tak boleh blah tu muka dah la sikit punya mulus macam pakai safi rania hari2, plus badan memang badan orang perempuan. Hidung memang stok mancung macam kalau tercucuk kat kulit boleh luka. Kening memang sah nipis cantik terbentuk. Heroin kening tebal mau orang bakar pawagam. Apa lagi? hurmmm.. suara! alahai, suara tu memang dah sah lah lembut macam nak menyeru itik pulang petang.  MEMANG NAMPAK SANGAT KATA DIA TU PEREMPUAN, Aci, Minachi, Tandechi and so on la... tapi... tapi!

Hero tu boleh terpedaya kata heroin tu memang jantan. -_-" Fine. Nama pun cerita... dah director suh buat2 caya kata minah tu laki. Percayakan ja lah... percaya2. Lepas dah PERCAYA kata heroin tu laki mulalah layan heroin tu macam laki. Tepuk tampar suka hati dia ja. Heroin pun konon2 tough. Tak rasa sakit padahal paling muka belah lain buat memek muka sakit. Again... pfttt...

Lepastu... cara terbongkar dia punya penipuan mesti sebab hero tu TERnampak... TERnampak masa heroin tengah mandi ka, tengah tukar baju ka... Hero sangat gatal. Lagi, yang hero tu pulak mesti dulu2 dia jahat tahap nauzubillah, mencurilah, merompaklah... kemudian dah tobat. Dah jadi baik... tu yang bawak lori tu. Tu yang boleh jumpa heroin. Heroin plak mesti jatuh hati dengan hero sebab hero kacak? mesti... baik hati... pandai lawan. Bila dia sepak orang jahat tu... ada la dalam 100 meter orang jahat tu terpelanting kebelakang. Lepas tu kalau lawan ramai2, sekali ja hero tu tumbuk habis bergelimpangan lagi 10 orang jahat. Hebat kan? Heroin pun mesti genggam2 tangan nampak bahagia pakwe dia sangat tough. -_-" Aaron aziz dalam KL gangster pun tak hebat macam tu.

Conclusionnya. Aku stress... tengok cerita tamil ni lagi buat aku stress. Tapi yang pelik tu boleh pulak aku tahan tengok smapai cita tu habis sampai bini dia pregnant anak ketiga keempat. 


Motif letak gambar shahid kapoor? Saja.... dah dia hensem letak aa...

Hurmm... perubahan era. Hero hindustan sekarang hensem banyak dari hero dulu purba kalanya.




Khamis, 7 Jun 2012

Newborn Baby...

Me got new kittens!!! :D

Happy? gila tak happy... happy menggedik kot. Sedih di hati terubat bila anak kucing baru aku yang first batch dulu habis hilang kena kidnap sampai tinggal sekor yang kerja melantak tu ja... So, thanks to Khiriah la kan sebab bagi aku anak kucing baru... :)

Nie kira anak kucing baru batch kedua. *Tak boleh blah betul siap ada batch2 lagi... macam sekolah pulak kan.


Aummmm!

I means... Mee owwww...

Tapi percayalahh... percayalahhh! *mood siti nurhalija.

Bukan senang family aku nak dapat anak kucing nie. Huhu... terpaksa melalui jalan yang berliku-liku beronak duri senang cakap. Susah tak susah tu, berdrama air mata gak la aku petang semalam masa nak ambik anak2 kucing nie. :( menangis betul ok. bukan stok titis eyemore kat mata tu.

Ceritanya... si Khiriah tu kalau bersalin suka bersalin dalam longkang rumah mak teh aku. *aku dah cakap kat dia. Bersalin kat hospital tapi dia tak mau! ketegaq... Lepas tu... entah dah takdir Tuhan dia terberanak pagi kelmarin (6/6/12) dalam longkang tu. Tu tak pa lagi. Naseb baik ayah aku tau...

Biasanya lepas dia bersalin, kami akan ambik anak kucing tu lepas dia dah bersih apa semua letak dalam rumah sebab takut kucing jantan lain makan anak2 kucing nie. Nak dijadikan cerita... umah aku ada orang mai. Kami postpone jap la misi nak merescue kucing2 tu. Tiba2!!

Hujan turun der... rintik2 boleh kautim lagi... sekali menderum jatuh. Lebat oii... aku dah panik dah teringat dekat anak2 kucing aku yang baru lahir. Sumpah ketaq lutut takut depa lemas... :(

Guess what? Memang nyaris2 nak lemas anak2 kucing tu... mak dia punya pasallah! aku maki tak sangka si Khiriah tu. Punyalah cerdik bestari... dia bawak anak2 dia tu masuk longkang paling hujung! memang la time tu aku nampak dia tu nak buat panggang BBQ ja. --"


Lebih kurang macam kat atas nie la tempat kejadian. Eh, kalau dah kaki panjang patutnya tak yah buh cm... erkk.. abaikan cm tu... hehe. Yang penting aku nak cakap penutup longkang tu sangat panjang. Yang hijau tu tempat anak kucing duduk mula2. Kiranya kalau depa duduk kat situ lagi masa hujan. Kami boleh ambik lagi... Kemudian yang merah tu masa mak dia ubah sebab hujan... Penutup longkang yang warna kelabu gelap boleh angkat yang kelabu light tak boleh angkat.

So, boleh imaginekan tak masa tu tengah hujan lebat gila... air longkang dah nak penuh. Anak kucing aku yang baru umur sehari ada dalam tu tapi aku tak boleh ambik! sebab tangan aku dengan adik pendek sangat tak leh nak capai bila anak2 kucing tu ada dekat hujung longkang dan penutup dia tak boleh angkat! bayangkan perasaan aku dengan family aku masa tu? sakit hati wei, panik... menangis aku takut kucing2 tu lemas.

Memang lencun la aku dengan adik aku masa tu. Nasib baiklah si Khiriah tu mau keluar dari longkang tu dalam saat kritikal time tu. Dia sempat bawak naik sekor ja. Lagi tiga ekor duduk kesejukan dalam longkang tu. Dalam air mata dok turun aku punyalah usaha jolok kayu masuk dalam longkang tu kuis sikit2 anak kucing tu sampai tangan adik aku boleh ambik dia! ketaq tangan2 tau dak bila dok kuis kucing2 tu sebab dia tak boleh jalan lagi. Sekali2 kepala terbenam dalam air! pergh... takut aku.

Tapi alhamdulillah... misi menyelamatkan kucing berjaya... ^^.. empat2 ekor dah selamat. Lega gila hati rasa. Aku punya marah dekat Khiriah tu tak habis2... siap jentik2 telinga lagi. Yala, sebab dia nyaris anak2 dia nak mati! Last2 ayah aku cakap "Hang marah dia pun bukan dia paham. Nama pun binatang... dia pun takut gak anak dia lemas tapi nak buat macam mana dia tak tau nak buat apa." Ok fine. Khiriah binatang, otak tak ada, naluri ja ada. Aku diam.

Anak2 kucing yang berjaya diselamatkan!

Panjang lebar aku cerita kat atas... dah boleh fahamkan betapa susah tak susahnya family aku nak dapat anak kucing baru kali nie. Kalau ada orang kidnap lagi aku tak tau nak kata apa... aku ambik senapang gajah tala kat kepala dia ja kot tak cakap banyak dah.

Tapikan... hilang penat lelah nak kais kucing2 nie tadi bila tengok muka sekor2. :) comei.. anak2 kucing nie sangat kecik! letak empat2 ekor sekalipun besar tapak tangan aku ja... huhu. Kiut meh... tak macam yang first batch punya size. Yang tu besar sikit... 

See the colours? 3 ekor ikut warna Kadiaq... bapak segala kucing dekat umah aku. Satu ja warna kelabu. Olala... memang dah lama tunggu ada kucing warna kelabu. Dulu dah ada Mad Noq Kusyairi warna kelabu... tapi kan kena kidnap. So, dah tak da... tapi tu la. Tuhan tu maha adil, penyayang. Dia ganti yang baru dekat aku... :)

Jom tengok pic anak kucing umur baru sehari. Mata pun tak buka lagi... segaris ja. :) suara pun... nyit nyit nyit... haha

The 't' Twins... :)

Haha... sangat sama... posing pun sama. What a coincidence...

Yang dua ekor nie corak memang sebijik copy cat fotostat corak Kadiaq dengan Khiriah. Ada huruf 't' dekat belakang. Comei2... tapi ekor dua2 anak kucing nie walaupun tak kontot tapi dekat hujung tu macam patah sikit. Keturunan gamaknya... sebab Kadiaq pun ekor dia hujung tu terkelepek macam patah sikit. 

Kami serupa tapi tak sama. :)

Yang nie yang lagi dua ekor... tak ada corak 't' dekat belakang. Yang warna gelap sikit nie walaupun tak ada 't' dekat belakang tapi tak out of theme lagi sebab warna sama dengan yang lagi dua ekor kat atas tu. Yang kelabu tu la yang paling lain sekali. Dah la warna kelabu tak ada huruf 't' kat belakang. Tapi so what? janji comei... huruf t tak huruf t belakang kira. Aku sayang... jangan banyak cakap. Kelabu my fabret hokey.

Ekspedisi mendaki gunung daik bercabang empat belas! Padahal nak jalan pun tak boleh lagi... one day old... baby manusia hari pertama beranak dah boleh jalan ka? Tak kan... sama la dengan anak kucing. T.T

Oh, si kelabu kena buli sebab dia sekor ja warna lain.

Smackdown dia!! hiyakkk...

Gigit kepala dia. Pijak badan dia... Tarik ekor dia...

WWC!! World Wrestling cat... haha.

Kami gaduh lawak-lawak ja kat atas tu... adik-beradik tetap adik-beradik... hidup fourplet!! nak jugak plet kat belakang tu kan...

Penat gaduh... tido...

Depa nie suka tidur berhimpit-himpit macam nasi impit. Dah la tu tunggang langgang tidurnya. U kiss my butt I kiss ur head U hug my leg I kick ur tummy... haha... ha, gitulah cara anak kucing tidur ya tuan-tuan dan puan-puan :) 

See? :) 

Nama??? Aiceh... tu la part paling orang nak tau sekali bila masuk bab aku dapat anak kucing baru nie. Well, kucing aku kan stok2 nama klasik kampung kekedahan yang vogue ge de bass meletup-letup ohsemm... perghhh! panjang benar kata2 takbur aku puji nama kucing sendiri. Family aku tak decide lagi nak letak nama apa. Sebab tak tau jantinanya lagi. Nama pun newborn baby kan? Tak leh nak kenal pasti lagi jate ka tino...


Tapi for sure nanti dah ada nama aku bagi tau... untill that time... kita panggil ja menatang kecik2 nie... woi2... anak kucing ok?


Till then...



Selasa, 5 Jun 2012

4 JUne is my day



Memandangkan sekarang dah lepas pukul 12 tengah malam... I'm officially turned 19years old and 1 day... auch... one more year and aku akan start counting besday dari angka no 2 pulak.. huhu.




Tahun lepas sweet 18 sambut dekat UiTM Merbok dengan roomatesku yang tercinta... wanie yang supply kek aku masa tu. Sangat touching k. :) Wanie thanks again.






KLIK SINI kalau nak baca cerita besday aku yang tahun lepas... plus kalau klik boleh tengok gambar2 roomates aku yg cun2... *x tipu. memang cun! ^^


Jom baca cerita dongeng zanastacia... haha. *Fien aa buh nama tu kat aku >.<
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Sesi makan tak ada adab!






Psst... adik behadik aku semua nama start with F... so instead of calling the real pronunciation Farina... kami panggil ------> woi, PARINA!!! 
Farhan?? Pahan.... (Piranha dia la.)
Faiz? Paiz...
Farhana? Sepanar... hahaha. Dak2. Pahana.
Farzana comei? Ish.... tanya lagi. Budak baik aaa...




Pangggg!



ok2.... Pajana. dua huruf kena tukar. Sebab? saja menggedik.



 Haaaa... tu sesi yum-yum... :)

Psst... pahana... dalam peti ais ada bahagian hang. Siap ada dua ketul bunga ros lagi aku tempek. Aku petik dekat pasu bunga mak... lalala.







*saja buh besaq2. :)

tapi....

tapi....

tapi....



cajaaa!!!

mana boleh biaq kosong ja... :) kak anis kena ada gak.... baru lengkap family potret... :D




Tu ja cerita dongeng zanastacia yang dah umo 19 tahun. Well, selalu kan dalam fairytales ada ahli sihir jahat yang dok letak spell jampi serapah mak nenek tu dekat baby princess yang baru lahir kan? kemudian umo 18 tahun barulah spell tu boleh dirungkaikan...*mata ke atas kaki kemuka. Dalam case aku alhamdulillah. Tahun lepas aku umo 18 tahun hidup sihat walafiat. Tak dak la pulak kena rungkai2 jampi nie. Selamat naik umo 19 tunggu nak masuk 20 plak. Alhamdulillah. 

Tapi kan... dalam kes aku. Cerita anastacia tu dia terpisah dengan keluarga betul dia masa baby bukan kena spell. Bila dah besar ada hero datang bawak dia jumpa family betul dia... aku? Hoo, x payah lahh... tima kasih. Gambar kat atas tu semua family aku. Kalau ada mamat yang mai jumpa aku cakap nak bawak jumpa family betul aku. Ala-ala cita anastacia tu. Siap... aku tauk dia dalam logi taman peruda.


Merapu ja keja minah nie. Dah la merapu benda keji. -__-"


Ok2... nak tulis the end dah nie... tapi last... sila baca cerita MIMPI MOONzana nie... sangat best cerita mimpi moon nie. Betul tak tipu.... kisah dua sahabat yang sejak dalam perut mak depa lagi dah cup nak jadi kawan. :)


Now dengan rasminya. THE END....


Sabtu, 2 Jun 2012

Semalam punya cerita...




Can't stop laughing! bhahahaha....!

Adesss... serius cakap aku suka tengok pic kat atas nie. Lawak. 10x tengok 15x aku bantai gelak. Ermm, kalau orang lain aku tak tau la. Tapi bagi aku lawak la... hehe. Terus tingat kat kucing2 aku yang ketegaq piang *degil nak mampus la tu maksud dia....

Patutlah selama nie bila aku marah kucing2 yang panjat meja suruh turun, depa buat dek ja... rupanya sebab YOU'RE NOT ME REAL MOM!!! hahahaha

Adoi...

-------------------------------------


Semalam 1june... gila belambak cita best2 kat tv... ada versus, super spontan, alice in the wonderland and and and... The MATRIX yaww.


Rambang mata aku nak pilih cerita mana nak tengok. End up nak lingkup remote control dengan tv jadinya sebab aku dok tukar2 channel... hehe. Berani la buat macam tu dah tengok sorang2. Tv pun dah jadi hak milik kekal aku malam tadi.

Antara semua2 aku fokus The Matrix. :) walaupun cerita tu dah berkurun abad. Keanu Reeves pun dah tua bangka sekarang. Tapi cerita tu awesome sangat! kalau tv ulang banyak kali pun aku still minat nak tengok. Salah satu tarikan utama mestilah sebab Keanu Reeves yang sangat-hensem-nak-mati-gila-macho-style-hebat-pandai-elak-bullet tu! Serius cakap hensem... huhu. Rasa2 aku filem yang dia berlakon yang nie la kot aku rasa paling smart. Filem lain dia terlampau santai sangat sampai aku nampak macam selebeh pun ada. Dengan janggut yang berselerak atas muka. Tak suka. -_-" tapi ya lah, dah nama pun hensem... gigi tengah hilang dua batang pun orang cakap hensem jugak. Kan? *bayangkan aaron aziz... hak3.

Cool

Dah lama cari spek tak ada tangkai nie. Kalau pakai tak la tudung kembung kat tepi. Tapi cari kat kedai spek mata sampai la tak jumpa... hurmmm...

caption??


just scroll down... :)
-
-
-
-
-
-
-

Hahaha



Super spontan pun best jugak semalam. Zizan juara untuk musim pertama. Dah agak dah... tapi dia memang best pun. Antara peserta yang kuat. Johan memang dah sah2 la awesome. Tauke pun best... Rahim walaupun tak dapat top three. Tapi bagi aku dia antara peserta yang best. Lawak dia lagi best dari peserta2 lain. :)

Dapat RM 100 000 dengan toyata camry... cangak tak ambik.


Maybe next season ada group baru nama KUCING MEROYAN pulak... kan?

-
-
-
-
-
-

Maskot Kucing Meroyan.


-------------------------------------


Nak mengadu domba. SOb3. 

Semalam kepala aku terhantuk dekat dinding... :'( 

Sumpah sakit. Gila kuat kot terhantuk. Bergegaq otak kat dalam kepala nie. Bak kata-kata yang aku update kat status FB... sikit lagi nak rupa flowerhon. Tapi tak tak kritikal... baru flowerhon stage 1 (benjol sikit ja aaa...) Tapi rasa tu berdengung kot! Masa jalan pun dalam 10 saat kot adalah dok terhuyung-hayang macam kung fu mabuk.

Tu tera dalam rumah sendiri boleh kepala terhentak kat dinding. Kat luaq rumah tak tau aaa nak kata pa. Dah la tu... rumah tu sikit punya banyak lampu terpasang. Cerah semedang... bukannya gelap gelita elektrik tak dak. Tapi pun dia dok pi langgaq jugak dinding! 

Nak try test dinding tu lembik macam marshmellow ka keras macam konkrit. La dah tau jawapan dia... keras macam hantu! opsss... I means batu... :')



Pssst.... makin lama makin malas nak update blog aku nie. Hehe. Seminggu sekali update. Sekali update 3 4 cerita aku tempek sekali. :)