Rabu, 27 Mac 2013

Tayangan Perdana : Filem Tanda Putera

Pernah tengok cerita ni???
Dulu aku pernah dengar ada satu filem patriotik ni tak tayang sebab ada isu perkauman. Kononnya la kan... tapi aku tak ambik pusing sangat sebab aku bukan kaki wayang. Tak sangka pulak filem ni rupanya yang aku nak pi tengok dekat Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) semalam. 
Maaf lerr, gambar kecik2 sebab cheq duduk jauh ke belakang. Konon mula sampai DATC tu aim nak duduk belakang senang nak cabut kalau boring. Kalau tahu ada retisss... mak serbu kerusi depan sekali! tapi apa kan daya.... 


Malam tu, penuh DATC. 3000 lebih manusia dengar katanya malam tu. Tapi rasanya betullah sebab penuh sampai ke tingkat tiga! full sit. Yang menjadi penyeri lagi malam tu Naib Canselor, Dato Sahor, Datin Paduka Suhaimi Baba dengan Zizan Nin, Kavitha yang berlakon dalam cerita tu pun ada! Bila nampak ja Naib Canselor ada sekali, bukan main budak UiTM Shah Alam... kembang kempis hidung masing-masing nyanyi lagu UiTM! semangat wei. Aku pun. :) 
Dalam banyak2 watak, watak Zaman dalam cerita ni lawak la bagi aku. Lurus bendul dia menjadi ja... haha. Kemudian Faezah Elai pun... lawa ja aku tengok. Dia berlakon pun best... Bagi aku pelakon2 dalam cerita ni mostly memang tak kaku. Kemudian cerita pasal Tun Abdul Razak, mestilah kita expect yang PM kita yang sekarang pun ada kan? Ha, ada-ada... first watak dia muncul dengan dialog "Jib sihat mummy, daddy ok?" aku rasa satu dewan macam...

"Waaa... najib wei. PM! PM... wei, PM hensem dowww muda." Haha... serius. Semua macam excited. 
Inilah PM kita dalam cerita tu! tapi aku rasa dia pakai speck much much more better :) lagi nampak sama macam PM.

Seriously, memang kagum dengan Rusdi Ramli. Memang menjiwai watak Tun Abdul Razak... sampaikan masa Tun meninggal dunia. Aku menangis... boleh terasa 'kehilangan' tu.

Masa Tun tengah sakit kawan sebelah aku, Saidah dah tarik tisu poket dia. Bunyi pun dah sob, sob, sob. Aku macam 'Hak eleh, tengok cerita sejarah pun boleh nangis?' sekali kena tang aku... ha! "Sai, nak tisu..."

Sedih... tak tipu. Memang terkesan dekat jiwa. Jujur aku cakap ni la first time aku tengok cerita sejarah, cerita patriotik. Aku menangis. Kalau tengok cerita hindustan dengan korea tu lain ceritalah!


Banyak desas-desus pasal cerita ni. Konon sentuh isu kaum la, isu politik la... Pasal waktu tayangan pun jadi isu. Bertangguh kemudian tangguh lagi. Dari tahun 2012 sampai sekarang 2013 tak tayang-tayang lagi. Lepastu konon dah habis PRU13 baru tayang cerita ni.

Lepas tu jadi bahan politik pulak. Kononnya akan menyebabkan isu perkauman. Maybe sebab part orang cina bunuh melayu macam potong daging ayam tu kot yang orang risau timbulkan masalah. Aku pun masa mula-mula tengok tengok tu sentap jugak. Terdetik dalam hati teruk gila masyarakat kita dulu. Tak kira la cina ke melayu ke. Paling bangsat sekali komunis. Hasut cina. lepastu cina pun termakan hasut penggal kepala melayu. Yang melayu dah bengang nak balas balik. Bunuh sama sendiri.... part ni ke yang nak timbulkan isu nanti? think.
Aku budak hingus tak boleh komen lebih-lebih. Tapi kalau tanya pendapat aku yang belia ni. Filem ni buat kita hargai negara kita lagi. Kalau ada orang yang lepas tengok cerita ni terus benci orang cina la sebab nenek moyang dia dulu perangai puaka, bunuh orang, percaya komunis, and sebaliknya. Orang tu tak matang lagi agaknya... benda tu sejarah!

Aku rasa benda ni yang filem ni nak tunjuk. Punca tragedi 13 Mei tu... dan kita yang sekarang ni jangan nak ulang atau biar benda tu jadi balik! ELAK.


*Sigh.

Bila tengok filem tu aku macam like seriously dulu macam tu? Kenapa seram sangat?? Terus rasa sayang gila dengan keamanan sekarang. Tak ada darurat. Kita generasi Y ni yang lahir-lahir boleh main PS2 sila bersyukur nak keluar rumah tak payah rasa takut kepala hilang! sila bersyukur.

Komen aku satu ja. 
Filem ni rugi kalau tak tayang. 
Rugi untuk anak-anak muda baya-baya aku ni.




Sinopsis : TANDA PUTERA mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak (Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr Ismail (Zizan Nin) yang terpaksa merahsiakan penyakit kronik mereka dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan negara yang huru-hara akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. Read more.

Filem Tanda Putera membariskan pelakon-pelakon yang hebat seperti : Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif). 


Link fanpage filem Tanda Putera. FACEBOOK.






Sabtu, 16 Mac 2013

Rindu


Ni koyyum!

Ayah aku eja Qoyum. Tapi aku eja koyyum sebab aku nak kucing2 aku semua mula huruf K! macam kadiaq. maybe satu hari nanti akan ada Datuk K plak... siapa tau kan?

tuah ayam nampak di kaki,
tuah kucing? khiriah pregnant lagi tahun ni...

gambar passport dia. haha.

kucing2 aku semua ada celak dekat mata. :) spesen ja semua...


koyyum ni salah sekor dari empat ekor anak kucing aku yang third batch hari tu. dia anak ke berapa jangan tanya! aku tak sambut pun kelahiran depa. masa depa beranak aku dok kat uitm shah alam ni lagi. balik2 rumah tengok semua dah besaq dah boleh main lari2 lagi... -_-"


budak sekor ni sangatlah manja... rindu kat dia wei... rindu gila. sampai satu tahap aku tengok kucing2 dekat uitm ni rasa nak peluk ja... teringat wei... kucing2 kat rumah tu. :(


bulu dia kembang... corak macam kadiaq tapi bulu kembang macam mak dia. Si khiriah yang gojusss... tu.  


Yang lagi tiga ekor nama Koyyim, Kodri and Kasih! haha. macam biasa sekor ja betina. yang lain semua jantan. Gambar depa yang lagi tiga ekor nanti2 la aku tempek. sebab yang lagi tiga ekor tu rupa biasa ja. yang ni paling comel. tak tau pasai pa kali ni anak khiriah macam2 campuran warna and corak ada! aku syak dia main kayu tiga belakang kadiaq dengan kucing jantan lain. -_-" sangat tak bertamadun!



dia pandai main... and sangat suka main. :) segala jenis ninatang kecik2. kalau dapat dekat dia memang kuluinalillah jawabnya.



Hurm... bulan depan cuti. tak sabaq nak balik rumah. walaupun aku tau aku balik rumah cuma buat tambah isi rumah tu ja, tak function pun sebab aku pemalaih... haha. tapi still bila duduk kat rumah tu rasa lain. walaupun kadang2 gaduh dengan kak sulung aku yang banyak songeh, kakak kedua aku yang kuat bebai, abang sorang tu yang otak dia wayar putus, adik aku yang perangai macam kambing... tak kesah.

janji ada dekat rumah.

nampak mak ayah. nampak kucing2 aku.

pagi2 boleh tengok depa semua macam dinosour kelaparan nak terkam aku masa pegang bekas ikan depa. serius sweeeeeet sangat. hahaha


tadi call rumah... dulu masa datang ni sini. konon second sem azam baru. tak mau telefon rumah selalu sgt, takut homesick. tapi tadi petang teringat sangat. aku tepon jugak...

tunggu punya lama... *manusia dekat rumah aku sangat pemalaih nak angkat telefon! kalau orang call.

tiba2 dengar suara mak. mak yang angkat!

merambu terus air mata. teriak sungguh2.

sebak wei... tiba2 rindu kat rumah. kot sebab kelas selalu tak dak lepas tu banyak masa kosong tu yang otak mengelamun selalu. pastu teringat kat rumah.

tempat jauh lagi dikenang... ni kan pulak rumah sendiri...

rindu wei... ni bukan homesick. ni homemiss...