Khamis, 25 April 2013

03-202 33 800


0320233800

Just wanna share. Kalau la no kat atas tu call hampa. Just ignore it. Like totally ignore! tekan button end call terus pun tarahal. Awat aa?

Hurmmm, no kat atas tu... entah la aku pun tak tau nak kategorikan sebagai apa. Penipu? Pengacau? Penyibuk? main point depa call kita pun aku tak sure. Aku dah pernah kena call by that number and aku angkat. Percayalah... menyesal angkat. Lepas2 tu no tu telefon berhari2. Total call ada la dalam  4 5 kali. Tapi lepas yg first call tu aku tak angkat dah la next2 call tu. Tapi dia still call! pelik sungguh. Tak mengenal erti putus asa sungguh depa ni. 

Nak dijadikan cerita semalam aku pi bank dengan ayah aku. No tu call lagi! Aku dah meluat dah... aku suruh ayah aku jawab. Selamba badak ja ayah aku kata. "Oh, sorry wrong number. Salah orang." terus off. 

Aku : Perempuan cina kan? Hari tu dia dah call zana dah... banyak kali. Suruh tukaq pi celcom.
Ayah : Tak ah, suara laki. Dia nak cakap dengan Sharif. Dia dari AIA insurans nak jual insurans...

Aku pelik... aik hari tu telefon aku 'bunyi' lain. Hari ni mentang2 orang lain yang jawab 'bunyi' dia pun lain?  padahal no aku tu. Hah, sah penipu! 

Aku search dekat internet tadi dengan cuma menaip nombor tu ja. And walla! berderet orang komen pasai nombor ni. Yang panggil stupid number pun ada. Ramai yang bengang... dari banyak2 komen tu conclusion aku satu ja.
No tu no penipu.

Masa aku kena tu aku rasa aku dengar suara chinese lady. Yang ni aku confuse sebab tengok dekat komen orang cakap indon. Tapi speaking la... bla bla cakap dia dari Celcom center pastu offer aku untuk tukar dari maxis ke celcom. Hah, memang salah orang la. Aku setia dengan maxis walaupun ramai orang cakap maxis cekik darah. Dia gebang macam nak rak cakap untung tukar celcom. Ada pakej menarik hadiah tu la ni la... bla bla... sangat untung tukar.

Yang aku pelik tu, aku cakap tak nak. Dia suruh nak juga! kes paksa la ni. Aku pun entah angin siam mana hasut boleh plak dengar dia bebel. Tapi kejap ja la... last2 aku dah menyampah dengar suara yang tak faham bahasa tu. Aku cakap aku ada kelas. Aku dah lambat... terus aku end call. Walaupun hakikatnya masa tu aku tengah sedap berlingkar atas katil. Penipu? Well, nak menipu si penipu kita kena pandai menipu juga.

Moral of value... kalau no pelik2 tu tak payah la angkat. Abaikan ja. Kalau dah angkat bunyi pun pelik semacam janganlah gatai2 pi habaq hampa punya no ic, no atm, no akaun bank. Segala jenis no la! says no no no ok... haha.

Selasa, 23 April 2013

Gadis dan bunga


Aku retro.
Adik aku Kpop die hard tomorrow never die.
Kakak aku yg 1st mat salleh tak berapa nak celup.
Kakak aku yg 2nd indon tegar.
Abang aku rock kapak jiwang besi karat.



Nampak? lain manusia lain citarasa lagunya. Tapi boleh ja hidup satu rumah walaupun saban hari ada benda yang melayang dek kerana tak sefahaman. Agak2 kuali kat dapur tu kami tak berani nak guna buat 'bola' sebab takut 'dibola2kan' oleh mak sebab memandai menjahanamkan barang dia. Kucing lalu depan mata pun jadi bahan lempaq.

Brutal? kejam? eh... mana ada. Penyayang tu....

Talk about penyanyang... aku rasa rumah aku dah overdose kucing aaa. Sekarang dah ada 8 hekor... *angguk2 kepala. Kakak aku cakap khiriah si ibu kepada segala kucing tu pregnant lagi! homayy, produktif benar dia ni menambah umat kucing kat rumah aku. Buatnya kali ni 4 ekor keluar lagi? 8+4=12!! berapa kilo ikan aku nak kena siang hari2?? lunyai beb tangan aku... -_-"

Aku rasa... aku patut usulkan dekat ayah aku supaya semua kucing betina dekat rumah aku disunatkan. I mean dicucuK! ermmm... ala2 family planning la. Nak buang semua tu dekat pasar tani, pasar malam mahupun pasar siang aku rasa ayah aku memang tak akan sanggup. Hurmmm...

Ok. next point yg berkaitan dengan tajuk entry?

Tahu lagu gadis dan bunga? tu lagu Rahimah Rahim. Che Mah tu kenal tak? tak kenal jugak??? haishh... google.

Ha... hari tu era pasang lagu tu tapi versi modern aaa... boyband nyanyi. Aku pun syok layan. Kepala ke kiri ke kanan. Mata kenyit2, bajet diri ni gadis dalam lagu tu. *Puihhh. Pastu dengan gigih balik mencari lagu ni boyband mana suara kebabomm sedap nak mati tu.

On lappy.

Cucuk broadband. *orang  kaya... haha.

Bukak Youtube.

Taip Gadis dan Bunga versi laki hensem. 




TERKEJUT!!!
Lagi terkejut dari aku tengok iklan Kak Ton comel!!


What the fish? Max 24/7 yg nyanyi???

Pengsan....

Kenapa mesti aku boleh TERsuka dengan lagu yg kpop melayu ni nyanyi? tamparan hebat...




Nah, dengar la sendiri. Pastu judge sedap ke tak. Kalau tanya aku.... Hurmm, kalau aku tak terbayang sorang2 muka depa sambil nari2 penuh tak semangat tu aku akan cakap sedap. Kalau terbayang... aku meraung. T.T

Ah... baik aku layan lagu Ramlah Ram.... lagi best.


Khamis, 11 April 2013

Priority


Aku student.
Jadi priority aku sekarang study.
Tapi aku ada benda lain jugak yang aku nak buat. 
Tu bukan priority. 
Tapi kalau ikut rasa hati aku benda tu lagi priority sebab aku enjoy buat benda tu.
Nak2 lagi benda tu bukan benda lagha!


Sigh.
Study.
Aku sedar yang tu lagi menuntut perhatian aku.
Sungguh aku nak sangat belajar bahagi masa buat dua2.
TAPI...
Alahai, susahnya.
Badan aku,
Otak aku,
Minda aku...
Tak nak bekerjasama.
Aku bukan multi-tasking.


Tapi!
Aku nak cuba jugak.
Cuma tak hebat nak imbang kedua-duanya.


But still...
The effort to try is good enough.
Well at least for now. :)

Daa... nak pi study.