Rabu, 3 Jun 2015

Jangan pernah...


Jangan pernah putus asa untuk berjaya dalam kehidupan, 
Jangan pernah biar orang perkecilkan diri kita,
Jangan pernah biarkan orang mematahkan semangat kita... 
dan yang paling penting! 
Jangan pernah biarkan kegagalan menghalang keinginan, kejayaan dan semangat kita!

Go for it... chase you dreams... your dreams will become true if you dont give up.



Jumaat, 27 Mac 2015

SHADOW – BROGA HILL EXPERIENCE.

A new hiking experience.

Ok, bismillah…

Let’s begin.

Hari tu. Plan dengan member2 uni nak pi ghabat *panjat/mendaki Bukit Broga yang dalam peta terletak dekat sempadan negeri Selangor and Negeri Sembilan. Yang sebetulnya dah lama dah plan nak pi Broga ni tapi sem 5 lepas jadual kami pack. Pack gila yang sikit lagi nak gila… postpone punya postpone taraaaa sabtu (21/3/2015) kami tujuh orang berjaya jugak jejak kaki dekat sana, dekat Bukit Broga yang hot stuff sangat dalam kalangan student. Nampak tak perancangan manusia yang lebih sedekad memang tak mampu nak lawan perancangan Allah. He knows the best.


Wama karu wama karallahu wallahu khairul maakirin – Manusia merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik. (Ali-Imran 3:54)





Pagi sabtu tu awal-awal pagi lagi semua dah bangun. Pukul 3 aku dah terjaga… sebabnya antara manusia-manusia yang nak join ekspedisi ni aku paling awal tidoq. Lepas maghrib dah wassalam. Isyak pukul 3 pagi -_-“ Ok… so… ketuk semua bilik2 orang yang berkenaan. Siap! Mandi pagi tak payah cakap sejuk macam mana. Tulang bergetar tahap boleh dengar bunyi krukkrapkrup bila berjalan. Bibir terketar-ketar macam tengah tahan sebak tengok drama Hindustan.

Pukul 4.30 pagi off we go. Tak berani ikut jalan bawah pagi-pagi buta ni. So, kami masuk Kajang and ikut Semenyih. Yaaa, sampai pukul 5 lebih sikit-sikit. Mula-mula tu cuak jugak sebab pagi kan, pastu semua first time kecuali Iqha dia dah pernah mai. Tapi still mostly newbie, teruja la sikit kan. Pastu bila tengok ramaiiiiii gila hamba Allah yang lain dekat situ, rasa takut hilang sikit2.
Tak sabaq nak rasa pengalaman SERONOK yang orang dok gembar-gemburkan tu……… serius.



And…



Sepanjang jalan aku naik bukit mulut aku dengan sopannya mengatakan…

“Sapa cakap ghabat bukit ni syok aaaa!!!? *%$#%$#”

“APa aku dok buat ni pagi-pagi buta kat sini ni!!???? #$%!*#”

Ps… aku tak mencarut… aku cuma bagi semangat dekat diri sendiri. Mengah wei. Tipu la kalau aku cakap tak rasa penat. Semput. Kami pi 7 orang tapi yang naik sampai ke atas 4 orang ja sebab lagi 3 orang tu ada alasan yang tak boleh nak dielakkan.  4 orang yang naik ni pun terbahagi lagi ke 2 dua team. 


1 team terdiri daripada Sabby and Wyda yakni orang2 yang semangat teguh bak wira patriotik. Aku syak depa sempat tengok sunrise.


1 lagi team terdiri daripada orang2 yang semangat tinggi juga cuma stamina rendah dek kerana dua orang ni terlebih bijak pi minum redbull sebelum naik bukit! Iaitu aku dengan Ee. Kami stop banyak kali gak la… penat kan.

Lagipun ni first time naik bukit. Dan aku bayang bukit Broga ni jalan dia landau tahap moto pun boleh lalu. *noob I know, I know. Tu la nak pi sana bukan nak buat research sikit-sikit dulu. Aku panjat bukit ni guna handphone je kut… huhu. Pastu tumpang sikit2 cahaya torchlight Ee.

Rupanya tidak. Maka kononnya misi nak tengok sunrise tu… heh, faham2 la. Pukul 6 lebih aku dengan ee baru sampai puncak. Masa panjat tu dah tak peduli dah sunrise ka sunset ka sunterbenam tertimbul ka… dah tak peduli apa dah. Yang aku tau aku sampai atas. Sebabnya time tu nekad dah ni the first and the last aku panjat bukit ni. Jadi macam mana pun aku kena bagi sampai atas. Ya, aku tak tough. So what? Aku benci kut exercise tapi saja gedik nak cuba benda baru.  Aku siap cakap lagi kat member2 aku, ni #exerciseuntuksetahunterus! Haha.

Tapi ya… I got new experience and it was tremendously fun! J

Tak tipu bila dah sampai atas tu rasa berbaloi2 gila penat lelah panjat.


Dekat atas tu friendly gila manusia2 ni. Ada kakak tu tiba2 ajak geng aku masuk selfie dengan dia. Kami yang entah siapa ni “Okey.” Sengih, snap… sengih snap. Haha

Yang baik hati bagi pinjam tongkat selfie ada, yang tolong ambik gambar guna dslr pastu send dekat kami pun ada. Macam2 jenis manusia tapi serius best….



super viewww!

cool kan?

Tudung hitam, putih gebu yang ni namanya Ee… Nama penuh Shahirah_Firdaus. *nama dia memang ada underscore. Jangan tanya kenapa. Aku syak jpn salah daftar nama dia.

We do have fun. Panjat Broga memang best. J

Dari kiri: Sabby,Ee,ME,Wy

hahaha


I always thought I have this kind of gayat thing punya penyakit… tapi nampak gaya… macam tak ja…

Broga Hills Accomplished!





Last but not least. Aku setuju sebenarnya panjat bukit memang best!! Fall in love habaq mai. Seriusly, memang aku tengah plan dengan member2 aku yang lain lepas ni nak pi ghabat bukit mana pulak.

Bukit Tabur?

Bukit Kutu?

Bukit Jugra?

Hehehe… pi ja la semua.

Balik cuti nanti nak naik Gunung JErai!!!!


Pssttttttttt: Sebelum panjat mana2 bukit pun please, do some research. Setengah orang cakap Broga tak berapa challenging. Agaknya. Kut sebab aku nampak ada budak2 kecik umo 4 5 tahun yang dok galas beg frozen naik sampai puncak dengan parents masing2.. Sumpah aku salute dekat budak beg frozen tu.

Selasa, 10 Mac 2015

Forgiveness


Some says.. forgive the person but don't forget the pain they caused.
Some says... forgive and forget not because they deserve forgiveness but you deserve peace..
In my case. I do forgive, but not easily forget...




Kita jaga hati orang macam nak gila, sampai sanggup ketepikan rasa hati sendiri. Tapi alih-alih orang buat taik dengan kita. Memang betul orang cakap Nabi pun maafkan umat. Tapi itu nabi, syumul. aku manusia biasa. Sakit hati susah nak lupa. Maaflah... susah aku nak lupa orang yang jenis tinggal kesan hitam dalam hidup aku ni. Nak move on pun kadang-kadang rasa payah sebab masalah yang kau dah tinggalkan dalam hidup aku. Bukan nak emo, tapi aku nak luah rasa hati. Terkilan.