Khamis, 6 April 2017

Student's Life

Hidup student ni fokus dekat tiga K ja...
1. Kelas... celik mata pi kelas, assignment, test, project... etc etc...
2. Kafe... melantak, perut kena isi lepas penat belajaq. *kononnya.
3. Katil... balik terlentang atas katil. letih. tidoq.
Tapi...
Ada 1 K yang selalu terabai.
KETUHANAN... sembahyang ke laut. Subuh kui 7.01... ni cth. cth.
Yang sunat tak payah cakap la.


Aku tengok2 draf dua tahun lepas tarikh 12 May 2015 ðŸ˜‚😂😂 berabad dah. Ni mesti aku tengah stress nak final exam + viva masa tu. Lol.

Sekarang?

Image result for arrow ke atas

Sekarang bukan student lagi... sekarang dah KiLLeja *baca kerja dah masuk alam orang dewasa giteww.. Cari duit sendiri, shopping barang guna duit sendiri, dah masuk fasa nak duit dekat mak ayah kulit muka rasa tebai berkati. Kalau tak dak duit, pastu mengidam nak beli macam2 mereput la kat situ memendam perasaan tak mampu nak beli ðŸ˜‚😂😂😂😂😂

But, life must go on.

Lumrah hidup beb, kena belajar hidup atas kaki sendiri.

Dulu keja tak dak, berdoa dekat tuhan... biarlah dapat keja apa pun tak apa, tak kisah. La bila dah dapat keja siap kena buat OT lagi. Jangan merungut. Tuhan dah makbul doa kita bagi dapat kerja itu pun dah besar rahmat.

Tak ada kerja mudah. Semua kerja ada cabaran masing2. *So, please jangan nak cakap kat orang--> Alah , keja hang senang. Keja hang tak sesusah keja aku.

*annoying bro.

Cik Zana... kerja kuat2 cari asset sendiri. :)

May Allah bless us.

Assalamualaikum.