Isnin, 16 Mei 2011

Kucingku KadiaQ (ii)

COCKROACH HUNTING!!!

Hurmmm... aktiviti terbaru awang nie... well, tak dak la terbaru mana pun. haha


Pantang nampak lipas or etc yang bergerak-gerak mesti awang nie tertarik menarik nak main... dia suka benda yang bergerak-gerak sebab boleh dia main, kira lagi challenging la... cuba kalau letak lipas mainan depan dia. 1 saat 2 saat dia layan la, lepas tu dia buat dek ja. Bak kata dia "tak mencabar minda langsung."

lipas hidup! i like...

Lipas mana la jadi mangsa dia nie aku pun tak tau. Tak dan nak temuramah lebih lanjut.

ambik kau... hermm... rasakan... kasi picit sikit.

ala, boring la lipas nie. dah la kecik! x syok.. nyampah I

"Ala... dah tak gerak-gerak! nie yang tak best nie... lembik la lipas nie. Baru picit-picit, pijak-pijak, gigit-gigit sikit ja. Tu pun dah mati. Low class punya lipas. Lipas Kaberet!"


Macam tu la awang nie komplen kat aku bila lipas tu dah mati dek dikerjakan dia. haha

err...aku mati dalam iman... haha

Kesian lipas nie... tapi tak pa, lepas dia mati hari tu, aku dah tolong kebumikan dah... dalam tong sampah... 1st class punya tong sampah siap kapan elok-elok gi pakai tisu royal gold warna emas... mana ada lipas len bertuah macam dia. kan? kan? kan?

penat-penat... rehat sat...

Rehat sat, penat kerjakan lipas yang innocent tu...ambik mood dulu..

napping time with daddy.

Lepas aktiviti COCKROACH HUNTING!!! time to tidur-tidur lak... tu nampak tu tidur pun nak berlapik-lapik... dah la lengan bapak aku lak tu... sungguh melampau dia nie, siap peluk-peluk gi. Jeles kot...

Mengada awang nie... nak kata orang ajar tidur pakai berlengan berbantal-bantal segala bagai nie dulu tak dak plak aku rasa. Dulu-dulu masa mula-mula kutip, buh dalam kotak mineral water yang sea master tu ja... kain apa pun tak lapik. Ok ja aku tengok. tak gaduh nak berlengan-lengan pun. Nie bila dah besar dah terserlah lak kemanjaan tidur nak berlengan-lengan nie.

Dah jadi macam habit dia lak, bila tidur kena ada benda kat kepala tu and something to peluk-peluk. Cuba try letak kaki kat dia. Busuk bau belacan pun, bukan dia kesah, dia peluk jugak! aku pun tak paham.


Tapi tu la... best tidur peluk dia nie... macam peluk patung. Dulu masa dia kecik tak berapa nak best peluk. Pasai dia nie dulu kurap penuh! geli nak pegang peluk lagi harammm... memang dak dah la... tapi bila dah besar-besar nie jadi segak plak... hahaha... geli pun dak dah... peluk lagiii la... tiap-tiap malam tidur tepi aku... =P


Adoi...macam-macam...hahaha...tapi nie yang satu family aku sayang gila-gila sehari dia tak balik rumah rasa macam nak pi report kat polis suh cari balik! tapi tak pernah buat lagi la setakat nie...


Tu ja kot kali nie... hehe...


p/s : special n3 for my sisters pahana and parina. =)


p/s : ini entry recycle... atas permintaan seseorang yang suh tukar tajuk entry nie... dia cakap tajuk dulu tak sedap so, aku terpaksa mengepostkan entry nie lagi skali bagi menukar tajuknya... harap maklum... sekian terima kasih daun pegaga...

Tiada ulasan: