Rabu, 2 Mei 2012

Artis perempuan korea

Aku minat korea. Tapi aku bukan die-hard-fan-atau-kipas-susah-nak-mati-tapi-tak-mati-mati punya style. Aku minat aku tengok. Aku tak berkenan tengok aku tutup tv. Senang kan?? =)


Nie antara artis-artis perempuan korea yang aku minat. Sebab apa aku minat? well, sebab pertama dah sah-sah lah sebab lawa kan... heroin tv tak lawa sapa mau tengok. Sebab kedua hurmmm, cita yang depa berlakon best... sebab ketiga? sebab aku minatlah! Hurmm, natural beauty tu of courselah kan...



KIM TAE HEE

Nie paling aku suka. =) wei, lawa gila. *0* dia memang lawa. Setiap kali aku tengok dia berlakon mesti mata aku bersinar-sinar macam minum pati inershine... Aku start minat dia masa aku tengok dia berlakon cerita Love Story In Harvard dengan Stairway To Heaven. Dalam cerita Love Story In Harvard tu dia berlakon jadi pelajar perubatan. Gaya dia memang cool lah dalam cita cara pemakaian dia paling aku suka. Simple tapi lawa... Well, maintain lawa tu mestilah kan... dalam Stairway To Heaven tu dia berlakon jadi watak jahat. Hurmm, ikutkan aku lagi suka dia dari heroin... heroin tak best...



HAN GA IN

Waaa... yang nie pun suka.... =) Ingat Yoo Hee The Witch?? tak ingat??? ciss... dan cisss... ala, cerita tu fames gila kot. Dia pandai berlakon kot. Serius best dia berlakon. Banyak jugaklah cita yang dia berlakon. Super Rookie pun dia berlakon jugak. Watak jadi perempuan lurus bendul macam tiang letrik selalu kena buli dengan pakwe dia konon sebab dia tak lawa, tak pandai bergaya. Lepastu kena tinggal sebab pakwe dia cari awek lagi cun. Last2 bila dia jadi lawa, barulah terhegeh2 nak kat dia balik. The end. Taik lalat kat atas hidung tu yang comel tu... XD



LEE DA HAE

My girl! my girl! Movie korea paling aku suka... My girl. Sebab ada Lee Dae Hee nie sebab Lee Dong Wook! siapa tak kenal Lee Dong Wook memang laaaaaaaaaaaaaa. Aku ulang sepuluh kali tengok cerita tu pun aku tak jemu... XD best3. Lagu dia pun semua best2. Love Is Hard, Never Say Goodbye... banyak lagi. Sila google. Bagi aku semua movie yang Lee Dae Hee nie berlakon semua best2 sebab dia pandai bawak watak. Jadi jahat pun jadi, jadi sedih pun jadi, jadi ceria pun jadi, jadi gila pun jadi! Apa yang tak jadi?? semua jadi... Ingat Oh, My Lady?? dia jugak. =) Hari tu masa tengok dia dalam running man sporting gila. Aku suka!




EUGENE KIM

Dia sangat comel! movie yang dia berlakon paling tinggal kesan kat aku yang aku ingat sampai sekarang cerita Wonderful Life. =) Ingat budak comel dalam cerita tu yang jadi anak dia nama Shin Bae? Pergh, comel gila! muka pun aku tengok seiras dengan muka Eugene nie... nampak betul macam mak dengan anak. Aku ingat lagi satu scene nie, bapak dia hantar dia pergi tadika, then cikgu dia tanya bapak dia kerja apa. Boleh dia cakap bapak dia bawak teksi ja padahal bapak dia bakal pilot. Haha.. Movie dia yang lain aku tengok jugak tapi tajuk aku tak berapa nak alert. Bagi aku Eugune paling sesuai berlakon watak innocent sebab muka dia muka-innocent-perempuan-baik-baik-stok-pijak-semut-tak-mati. =)




HAN JI WON

Nie mesti kenal kan? Sekarang tengah hot sebab dia berlakon dalam cerita Secret garden dengan Hyun Bin... Aku tak tengok lagi cerita tu walaupun orang semua pakat cakap cita tu best gila. Aku cuma selalu ulang dengar lagu ost cerita tu ja... hehe. Lagu dia best-best... cerita dia nanti2lah aku tengok. Tak dapat hidayah lagi nak tengok. Dia nie pun aku start tengok sejak aku sekolah rendah lagi. Cerita Memories Of Bali tu memang tragis lah... cerita cinta bersegi-segi, lepastu tiba-tiba ending dia hero dengan heroin mati kena tembak! memanglah kan... waktu aku tengok ending dia tu adalah jugak perasaan nak hempuk tv yang ada depan aku tu. Tengah-tengah best layan cita sedih+romantik tiba-tiba mati! memang haruslah kan aku menyumpah...



SONG HYE GYO
Yang nie yang berlakon cerita Full House... cita yang memang sangat fames dulu, sekarang pun still fames. Sebut ja Full House mesti orang tau Song Hye Gyo dengan Rain. Aku tak minat Rain dalam cerita tu, aku lagi minat hero yang kedua yang kening tebal tu. Perghhh, hensem.... *melting. Pastu, ha! ingat cerita Autumn In My Heart?? dia la heroin cerita tu... muka memang lain gila. Dalam cerita Auntumn In My Heart tu dia baru start berlakon. Muka masa chubby lagi dengan mata sepet lagi. Sekarang lain gila. Cantik. Mata bulat and kurus. =) Dia nie pun pandai berlakon. Bila aku tengok dia mesti teringat Lee Dae Hee sebab depa dua nie pandai bawak watak gila-gila.



Tu yang berlakon... penyanyi?? ada jugak yang aku minat.



YOONA

Cecece, mestilah kenal kan. Nie Yoona SNSD@Girls Generation. Comel+Lawa+Cun kan? dia penyanyi tapi pelakon jugak. Dulu masa aku buta Kpop... aku tak kenal lagi penyanyi-penyanyi korea time tu. Kalau orang cakap 2PM tu kumpulan perempuan pun aku percaya bulat-bulat. Sebab memang tak tau langsung. Kemudian adik aku yang memang sangat hantu K-pop. Dia lah orang yang bertanggungjawab perkenalkan kat aku Kpop2 nie. First Kpop group yang dia tunjuk kat aku SNSD punya group. Time tu aku nampak semua muka ahli SNSD sama ja! tapi tang Yoona sorang nie ja aku boleh cam. Aku nampak dia lain. =) 

Kan dia pun berlakon, first cerita dia berlakon Cinderella Man. Memang tak best bagi aku. Hero dengan heroin dah perfect. Tapi lakonan tu kureng mantap la aku tengok. Boring. Sampai sekarang cerita tu aku tengok tak pernah habis walaupun aku nak sangat. Huh, tapi... tapi! latest dia punya drama Love Rain memang superb! improve banyak gila dia punya lakonan. Sumpah best cerita Love Rain tu. Hero dia Jang Geun Suk. Memang terbaiklah cerita tu. Sekarang tengah tayang dekat KBSW world punya channel.



DAVICHI

Yang nie group... Leader dia yang berdiri tu nama Lee Hae Ri. Sorang lagi member nama Kang Min Kyung. Beza umur depa jauh gaklah.  Kalau tanya mana aku antara dua-dua orang nie aku jawan dua-dua! sebab aku minat group bukan sebab lawa tapi sebab dia punya lagu memang best! semua lagu dia aku download ang memand best tak mngecewakan langsung. Memang kena try dengar. =) First time aku dengar  lagu group Davichi nie dekat Music Bank... masa tu aku tak kenal lagi group nie just aku suka dengar lagu ja. Tajuk Don't Say Goodbye. Lagu tu la yang buat aku menjejaki group Davichi nie! haha... menjejaki, tak boleh blah. Lepas dapat tau group nie nama apa. Terus aku download lagu lain. And memang sangat best. Suara depa tak sama, masing-masing ada keunikan yang tersendiri. =)


JI YEON T-ARA 

Ji Yeon nie mula-mula aku minat sebab aku tengok muka macam Kim Tae Hee... Lepas tu lama-lama dah boleh bezakan dia dengan Kim Tae Hee... Ji Yeon mata dia kecik sikit, Kim Tae Hee bulat mata dia. =) Kemudian baru aku start minat dia sebab dia pandai berlakon. Nyanyi dia bolehlah nyanyi sikit2. Cerita yang dia berlakon God Of Study. Cerita tu memang superb bestlah! wajib tengok... tambah-tambah budak sekolah yang nak exam. Dalam cerita tu dia bagi tips study. Ji Yeon berlakon jadi watak budak perempuan lawa-kaya-ceria tapi pada masa yang sama ada masalah keluarga. Comey gila dia dalam drama tu. Pasal nyanyi pulak, aku minat jugak group T-ara nie lagi T-ara semua catchy. Sangat cute-catchy-sexy... haha. Lagu dia bukanlah apa sangat. Tapi chorus dia tu yang best tu pasal aku download semua lagu T-ara. Penuh phone... huhu. Paling aku suka Time To love dengan W Were In Love tapi yang nie duet dengan Davichi. =)



THE END


Aku memang suka letak gambar awek cun dalam blog nie... muehehe... boleh lah jamu mata. XD




11 ulasan:

Liyana Roslan berkata...

Amboi tiba2 post pasal heroine ni mesti tgh tgk drama korea kan. haha. weh aku tak sanggup tgk god of study tu sebab aku tak tahan gelak tgk si kim sooro (yg jd lawyer then cikgu tu)sbb in real life dia lawak. aku suka tgk family outing and dia ada dlm variety show tu and lawak gila. so i can't take him seriously. wuwuwuwuwu

zana berkata...

hahaha...memang kim soo ro tu lawak in real life. Aku kan first time tgk dia blakon god of study tu so aku ingt dia mg jenis serius.. bila tgk family outing baru aku tau dia nie jenis cool gila..hak3.. tapi best kot tgk dia berlakon. huhuhu

Liyana Roslan berkata...

tu lah masalahnya. hang takpa lah tgk god of study before family outing. aku tgk family outing dulu, so bila tgk god of study mesti aku teringat "Chunderella and Stepmother Kim". Aiiyaa

zana berkata...

hak3... nasib baik aku tgk god of study... *time final lak tu..waseii... tapi kdg2 tu aku problem gk sebab bila aku tgk family outing aku tingat dia dlm god of study lak.. Dlm otak aku dah set Kim Soo Ro = serius... hehe.. Aku suka tgk chunderella dgn stepmother kim... kesian chunderella tu semedang kena buli dgn soo ro...haha

pssst : Liyana- Lyanderella..haha

Liyana Roslan berkata...

tu lah kan first impression tu bg impact tau. aiyooo. tu lah, masa finals tgk god of study lepas tu gelak sorang2 kat meja. lololololol. Syok kan depa dua tu, Chunderella selalu kena bully, dh lah clumsy. Then masa running man pun dia kena jugak. haha. Lol Lyanderella pulak. Terima kasih terima kasih. haihhhh dasar kak tiri. :p

Nadiah Muhamad Basri berkata...

kita serupa kita serupa~~~ hahaha, aku nak tergelak lah, haha,

zana berkata...

~Liyana

kui3...hang tau tak pa. masa 1st time aku tgk chunderella tu kan, aku macam hurmm not bad la mamat nie. Nampak gaya macho tough...last2...? jadi chunderellah asyik kena buli habaq mai..hahaha

pStt: I kak tiri yg gojes lagi baik ok. haha

zana berkata...

~Nadiah

kita serupa, kita serupa... tapi tak sama...hahaha...gelak2.. :)

Liyana Roslan berkata...

" I kak tiri yg gojes lagi baik ok." susah aku nak percaya statement ni. hahaha

zana berkata...

~Liyana

tu kenyataan, hakikat...nak tak nak hang kena terima jgk the truth..

hahahaha

Liyana Roslan berkata...

tolong lah. paksa aku menerima benda salah. nmpak sgt kak tiri, paksa aku buat mcm2. :p haha