Jumaat, 30 Disember 2011

3 Idiots memang awesome!


Macam biasa bila aku ada test ja mula la simptom2 Hindustan dia menjelma... ingat apa yang madam aku cakap pasai orang yang suka tengok hindustan nie? tak ingat... then klik sini.


Dah alang2 tv3 tayang 3 idiots... layan ja la. Nak bukak B4U depa keja tayang music hitz ja, movie dah kurang. Aku tak minat tengok carta2 bollywood nie kalau movie minatlah. Dah la tu, dia punya video klip... perghhh! macam nak terkojol bijik mata aku. Haish, seksi gila! Macam tak mau pakai baju pun ada aku tengok. Agaknya kalau boleh bukak baju telanjang bulat dah lama depa buat... agaknyalah... Hurmm, conclusion yang boleh aku buat :- 

Aweks2 hindustan sekarang dah tak suci macam aweks2 hindustan yang dulu... yang mana lagi ayu, sopan dan pakai sari. Yang sekarang punya stok pakai baju dalam ja...

Persoalan di sini bukan pasai baju aweks hindustan tu! aku dah terpesong jauh... Kita kembali ke jalan yang benar... 3 IDIOTS!


Believe it or not... aku baru first time tengok cita nie. What? aku ketinggalan zaman? Eh, no hal... Memang aku ketinggalan zaman pun. Cita nie dah lama keluar, tahun lepas ke tahun 2009? Entahlah... yang aku tau 2011 baru aku tengok... hehe. Pernah dengar pepatah mat salleh : Better late than never! ha, pepatah tu tercipta untuk orang2 yang macam aku nie la...


Memandangkan aku orang yang ketinggalan zaman... so, tak payahlah aku letak sinopsis kan? Hampa semua kan dah tengok, mesti dah tau... cuma nak kongsi apa yang aku rasa lepas tengok cerita nie.

3 Idiots berjaya buat aku kagum. Why? sebab sebelum nie bagi aku cita nie hindustan sangat karut macam sinetron indon yang mana cita dia memang tak masuk akal tapi orang still nak tengok! Tapi 3 Idiots memang lain. No wonder ramai orang suka dengan cita nie. Aku pun suka... =') rasa inspired gila tengok cita nie... ALL IS WELL!


Agak terasa jugaklah aku dengan statement Rancho yang ala2 mcm nie bunyi dia "Apa guna kalau kita menghafal tapi kita tak paham maksudnya?" Cis... terkena tepat dekat batang hidung aku ya di situ. Ya la, aku kalau dah malas sangat nak faham aku hafal sebijik2 seketul ayat dalam buku pastu tulis ja dlm paper exam... terasa  mcm failure di situ.

Faktor lain yang buat aku suka cita 3 Idiots nie sebab ada.... Kareena Kapoor! Hehe...


Lawa gila dia nie... seriously suka tengok muka dia. Paling aku suka tengok scene dia menangis! dengan aku2 sekali tarik tisu lap air mata kalau scene dia nangis... uhuk3... jiwa aku kan lembut *mata keatas kaki kemuka... Tapi memang dia cantik, bila dia nangis muka dia nampak sangat innocent. Tak tau la kot teknik make up ke apa kan? tapi memang nampak pure beauty... nampak cantik sangat. Aku suka. 

Without make up pun still cantik. =)

Pernah tengok Jab We Met? memang best cita tu... Kareena Kapoor berlakon dengan Shahid Kapoor yang hensem tu. Memang mantap la cita tu... Dalam cita tu bila part dia menangis, I say you... memang cantik. =)


Waa, 3 Idiots memang terbaik!! *tetiba... dah jauh menyimpang patah balik dekat 3 Idiots.. hehe. Tapi memang betullah cita nie banyak bagi pengajaran. 5 stars out of 5! bravooo... aku suka cita 3 Idiots.



Khamis, 29 Disember 2011

Tau kenapa ayam kfc lagi sedap dari mcd?? tau? bagus... tapi tak da kaitan dengan entry nie.


Sebagai pemegang sijil SPM yang tak straight A saya dengan berbesar hati, jantung juga usus mengisytiharkan bahawasanya SAYA aka puteridirajacawangankedah telah berjaya melaksanakan CABARAN 50 BUKU dengan jayanya!!! 

yeahhh! pom pom pom...! *sound effect mercun harap maklum...



Pftttt! statement tak boleh blah. Cakap mission accomplished sudah... nak jugak melebih2 kan? bajet diva lerr tuuu... 



Pucuk pangkalnya, nak cakap cabaran 50 buku aku dah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah! syukur gila tak terbengkalai kali nie sebab aku nie selalu Hot2 chicken shed hangat2 tahi ayam ja kalau buat something... Tak caya? klik sini.

Siap ulas 50 buku dah lama tapi nak sent email dekat ulatbuku dengan publish dekat blog makan masa sikit sebab aku kan buat kerja makngot so, baru hari nie siap. Tu yang aku sempat tambah extra dua buku. Ha, tu yang bagus pasal aku, aku lambat tapi rajin! *mata ke atas kaki kemuka. 

Tadi pagi masa check aku punya review dah post ke belum dekat ulatbuku aku perasan yang Kak Wan post sampai no 49 ja, no 50 mana? Jeng jeng jeng! terus aku buka email... Guess what? Kak Wan hantar email dekat aku... "Excited ya dah complete 50 buah, sampai lupa nak attached ulasannya.... hehehe"

Nampak sangat loklaq. Camna boleh termiss attach file tu? Kan dah termalu kat situ. Nasib baik kak wan tegur aku. Tidak sampai kesudahlah no 50 tu lesap! caihh.

Tapikan dah terbiasa buat review novel nie rasa macam best pulak. Rasa macam nak terus buat review ja lepas nie. InsyaALLAH... tapi kalau ada masa la. La busy dengan study lagi, lepas mid-sem nie ada test 3 4 test dok menyeru2 nama aku. Haishhh...apa kan daya nama pun student kan? Sem last nie kena pulun lebih banyak dari sem lepas tidak tak jejak kaki dekat shah alam la jawabnya aku. Masa depan tu.... =)


Quotes dari Hlovate yang paling aku suka. Btw setai style dak?? cheq buat sendiri tu...



XX : Cabaran 50 Buku : (52) MENYINGKAP KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH


MENYINGKAP KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH
Penulis : Ustaz Wahid Haniff & Ustaz Azrul Ismail
Halaman : 358
Harga : RM 10.00
Terbitan : Telaga Biru
Cetakan 1 - Julai 2011


Secara ringkas :

Buku ini memerihalkan tentang nama-nama bagi Allah SWT yang menjadi lambang sifat-sifat-Nya berlandaskan dalil al-Quran dan hadis-hadis sahih. Buku ini padat dengan kisah-kisah hikmah yang menarik untuk menguatkan lagi pemahaman pembaca tentang nama-nama Allah SWT. Buku ini juga bukan sahaja mampu menguatkan keimanan kita kepada Allah SWT bahkan menjadi pedoman hidup agar mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

“Jadikan buku kecil ini sebagai teman perjalanan anda atau jadikannya sebagai hadiah kepada ahli keluarga, sahabat handai atau sebagai cenderahati majlis anda.”


Komen saya :

‘Buku Asmaul Husna’ =)

Saya yakin bagi yang beragama islam sejak kecil lagi kita semua di ajar ibu bapa mahupun guru-guru kita untuk menghafal nama-nama ALLAH bukan? Bagi memudahkan lagi kita menghafal nama-nama ALLAH nie siap ada lagu nasyid lagi dicipta supaya lagi senang kita nak hafal. =) Memang berkesan, nasyid tu saya akui sedikit sebanyak membantu kita menghafal tapi macam mana pulak dengan makna-maknanya? Rata-rata orang hanya menghafal tanpa mengetahui maksud dan hikmah disebalik nama-nama ALLAH s.w.t. termasuklah saya yang khilaf nie tak lari dari semua tu… hafal tapi makna? Tak tau.

Dalam buku nie bukan sahaja menjelaskan tentang nama ALLAH s.w.t. tetapi sekali dengan maksud yang diterangkan secara terperinci! Diterangkan setiap maksud nama ALLAH s.w.t. berserta dengan ayat-ayat al-quran yang menjelaskan lagi fahaman kita tentang nama-nama ALLAH s.w.t. nie. selain itu, terdapat juga kisah hikmah bagi setiap nama-nama ALLAH s.w.t. yang boleh kita jadikan sebagai teladan hidup.

Imam Ibnul Qayyim berkata: “Barangsiapa yang mengenal Allah dengan nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan-Nya maka dia pasti akan mencintai-Nya” .

Bila hati dah cinta mesti kita nak lagi mendekati-Nya bukan? =) Semoga kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita dan beroleh manfaat dari ilmu yang kita cari nie. InsyaALLAH.


XX Quotes : Kalau kita boleh berhabis duit beli novel berpuluh ringgit harganya, takkan RM10 pun tak boleh nak korbankan beli buku-buku islamik yang boleh tambah ilmu kita? Tak rugikan… pelaburan yang baik! =)

 

XX : Cabaran 50 Buku : (51) SUAMI YANG KUBENCI


SUAMI YANG KUBENCI
Penulis : E-man Sufi
Halaman : 544
Harga : RM 20.00
Terbitan : Karya Seni
Cetakan 1 - 2011








Secara ringkas :

Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah mereka disatukan atas permintaan tok ayah yang mahu menutup malu keluarga kerana tuning Hannah, Tengku Muiz ditangkap khalwat dengan perempuan lain seminggu sebelum tarikh perkahwinan mereka. Bagi Hannah, Uwais memang tak layak memilikinya sebagai seorang isteri hanya kerana dia seorang CEO dan Uwais hanya seorang penjual burger! Mana layak enggang dengan pipit terbang bersama. Sebab tu, Hannah sentiasa memandang rendah kepada Uwais.

Selepas berkahwin, boleh dikatakan setiap hari mereka bergaduh! Hannah tak habis-habis menyakitkan hati Uwais dengan kata-katanya yang pedih, ada sahaja yang tak kena tentang Uwais di matanya.  Uwais pula suka menjawab membuatkan Hannah bertambah angin dengan lelaki itu.

Tapi adegan ‘Kucing dengan anjing’ tu hanya berlaku bila tinggal mereka berdua saja. Depan keluarga masing-masing berlakon seperti pasangan bahagia! Silap hari bulan Grammy Award pun mereka boleh gondol… tapi yang sebetulnya Hannah tu cuma ego. Ego nak mengaku yang dia sebenarnya dah mula sukakan Uwais. Bila Batrisya, cikgu muda yang ayu dan sopan santun muncul Hannah mula cemburu.

Fawaz sepupu kepada Hannah, dari dulu lagi sukakan Hannah tetapi membawa diri bila Hannah membuat keputusan untuk kahwin dengan Tengku Muiz. Cara Fawaz melayan Hannah menaikkan api cemburu Uwais. Dua-dua saling cemburu tapi tak mahu mengaku! Ego tinggi melangit…

Bagi Hannah Uwais tu Suami Yang Kubenci! Tapi persoalannya selamanya ke benci?? =)


Komen saya :

Jalan cerita agaknya dah boleh kita agak kan? dari benci jadi cinta dan sayang tapi… tapi! Ha, ada tapinya… cerita nie tetap best! Tak tipu memang best dan kelakar. Bila kita dah mula baca walaupun kita tau apa akan jadi seterusnya kita tetap nak baca sampai habis. Kita tetap nak tau apa jadi dengan Uwais dengan Hannah sebab ayat yang penulis guna bagi saya memang buat kita teruja nak baca sampai penghujungnya.

Suka ja baca cerita nie tambah-tambah bahagian Uwais dengan Hannah gaduh… Hannah pulak jenis pantang dicabar. Masa Uwais cabar Hannah pecahkan tingkap kereta Mini Cooper buruk dia tu Hannah dengan selambanya pecahkan tingkap kereta tu macam tak ada perasaan. Hish, extreme betul… tu baru satu adegan. Banyak lagi adegan yang boleh buat kita gelak.

Kemudian, saya suka watak sampingan Fawaz dengan Batrisya yang bagi saya salah satu penghidup jalan cerita Suami Yang Kubenci nie. Rasa sweet ja masa Fawaz nak mengorat Batrisya… bayangkanlah dari jejak kaki ke surau tiba-tiba kena jadi mat surau? Tak apa berubah ke arah kebaikkan kan? Batrisya pun boleh tahan jugak jual mahalnya… tapi lama-lama cair jugak…

Tarikan lain bagi novel nie bagi saya adalah nama watak tu. Bab menamakan watak dalam novel memang saya tabik la dekat penulis. Nama watak semua sedap-sedap… silap haribulan ada ja orang ambil letak dekat nama anak diorang… hehe. Uwais Ukasyah dengan Hannah Maryam… nama anak-anak diorang lagi sedap Unais Ukasyah, Hannah Nafisatul Ilmi dengan Daqiq Mumtazul Hayat… berbelit lidah tapi maksud nama-nama nie memang bagus-bagus. =)

Apa pun SYK memang berbaloi di beli buat penghilang stress study. Hehe.


XX Quotes : Siapa-siapa yang belum beli lagi novel nie, bolehlah dapatkannya sekarang. Sure gelak punya… =)



Rabu, 28 Disember 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (50) DOKTOR CINTA

DOKTOR CINTA
Penulis : Dyadila
Halaman : 833
Harga : RM 26.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 15 - 2012








Secara ringkas :

Hidup Mazliana Haji Nordin seorang gadis yang happy go lucky  berdasarkan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana tapi disebabkan seorang lelaki yang bernama Tengku Iskandar Tengku Mazlan, 3P pula yang muncul dalam hidupnya iaitu pening, pelik dan porak-peranda! Semuanya gara-gara lelaki itu mengupahnya untuk menjadi tuning olok-oloknya di hadapan Tengku Mariam. Perancangan itu dilakukan bagi mengelak dirinya dari dijodohkan dengan Natasha a.k.a minah lintah.

Masalah bertambah rumit bila Tengku Mariam betul-betul jatuh sayang dengan Mazliana dan mahu mereka bertunang. Mazliana terpaksa bertunang dengan Tengku Iskandar disebabkan surat perjanjian yang telah ditandatangan olehnya jika dia melanggar dia terpaksa membayar tiga kali ganda upah yang Tengku Iskandar bayar kepadanya.

Gelaran sebagai tunang Tengku Iskandar bukanlah sesuatu yang mudah. Tengku Iskandar selalu menyusahkan hidupnya, tapi dirinya sendiri pun tak kurang juga selalu menyusahkan hidup Tengku Iskandar jugak ada saja yang hendak digaduhkan. Mujur ada Zikri sebagai orang tengah antara mereka. Dalam pada masa yang sama, Zikri menaruh hati pada Mazliana tapi tak berani meluahkannya kerana dia tahu Tengku Iskandar pun sukakan Mazliana sebenarnya.

Julia Hana, kekasih lama Tengku Iskandar muncul semula menagih kasih lelaki itu. Mazliana dianggap saingan dalam memenangi hati Tengku Iskandar, menyebabkan dia merangka sesuatu yang jahat untuk menjatuhkan Mazliana. Akhirnya Julia berjaya juga menjatuhkan Mazliana sehingga satu tahap Mazliana seolah-olah terbuang dari orang yang sayangkannya selama nie, ibubapanya meninggal dunia dan dia membawa diri ke luar negara. Ketika Mazliana sedih muncul Doktor Cinta yang sering menghantar kad-kad comel beserta kata-kata cinta untuknya. Hati Mazliana terpaut pada Doktor Cinta tanpa mengetahui siapa gerangan lelaki misteri itu.

Tengku Iskandar yang dapat menghidu kerja jahat Julia mula sedar permata yang dia cari selama ini adalah Mazliana… tapi hati Mazliana dah berubah! Dia tak akan terpedaya lagi dengan Tengku Iskandar. Hadi Ridzwan yang selama nie meminati Mazliana menawar diri menjadi pelindung Mazliana dan dia menerima lelaki itu. Tengku Iskandar kecewa dengan berita perkahwinan Mazliana.

Tapi! Ada yang tak senang dengan kebahagiaan Mazliana. Siapa lagi kalau bukan Julia. Pada hari perkahwinan Mazliana dia telah merancang sesuatu untuk MELENYAPKAN terus Mazliana. Berjayakah Julia melaksana niat terkutuknya itu? Tiada ruangkah untuk Mazliana bergembira seperti dulu lagi? Dan siap doktor cinta tu sebenarnya?


Komen saya :

Memang super awesome novel nie! bukan saya sorang ja yang cakap macam nie ya. Rata-rata orang yang review novel nie pun akan cakap benda yang sama sebabnya satu ja… novel nie memang best. Memang berbaloi bayar harga RM 26 untuk novel nie. =)

Cerita dia memang sempoi habis… dari muka surat pertama kita baca pun dah boleh buat kita tersenyum sebab penuh dengan ayat-ayat sarkastik yang gila-gila sampailah ke muka surat terakhir cerita nie, lawaknya tetap ada… tapi ada juga bahagian sedih. Masa ayah dengan Mazliana meninggal… Fuh! Mengalir jugaklah air mata nie dibuatnya. Sedih ja rasa, macam kita ada dekat sebelah Mazliana tu. Nampak? Kat sini ja kita boleh tengok penulis pandai main dengan emosi pembaca.

Watak dalam novel nie pun bagi saya diolah dengan menarik walaupun Cuma watak sampingan. Dan yang paling saya suka penulis buat ending untuk setiap watak! Saya kurang berminat sikit kalau novel tu ending dia macam tergantung. Tapi dalam Doktor Cinta nie boleh dikatakan setiap watak ada penamatnya dan penamatnya semua best-best.

Part yang tak boleh saya lupa masa Mazliana cakap dengan Kamal (Si Skema)…

"Awak suka makan apa?"

"Nasi," jawab Mazliana sepatah

"Baguslah saya pun sama."

"Emmm... awak pandai baca Al-Quran?" Mazliana menjeling. Soalan jenis apa tu? Skim akhirat kut.

"Bolehlah setakat untuk diri sendiri." Hesy... mamat ni tak tahu ke aku ni bekas Qariah sekolah. Lagi mau tanya!!!

"Awak kerja apa?"

"Tak kerjalah, duduk rumah. Makan tidur lepas tu makan lagi sekali-sekala pergi tandas."

"Saya suka dengar lagu nasyid, mesti awak pun suka, kan?" Si skema bertanya lagi membuatkan dia mencebik. Matanya dapat menangkap aksi mak dan ayahnya yang membisik antara satu sama lain.

"Emmm... taklah. Saya suka lagu rock Metalica, Wings, Jinbara. Lepas tu, lagu Mulan. Akulah makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi... ah ah." Tiba-tiba Mazliana berlagu kuat siap dengan gaya. Kamal tersedak. Tersembur sedikit air dari mulutnya.


Adoi, memang gelak tak ingat dunia masa baca part tu sebab saya terbayang Maz menari macam Mulan Jameela tu siap bunyi “Ah… ah…” Memang Doktor Cinta ‘ubat’ stress yang sangat sesuai. Berani jamin lepas baca mesti stress tu hilang. Dari 5 saya bagi 4.5! Pastikan masa baca cerita nie duduk sorang-sorang. Bukan apa takut kena label otak mereng sebab tiba-tiba ja gelak sorang-sorang. Hehe.

p/s : e-novel dekat blog penulis (teratakdyadila) pun semua best-best. Paling saya suka Gila Kau, penulis cakap GK tu pun nanti dah nak di publishkan… kita tunggu…


XX Quotes : Memang highly recommended bagi siapa-siapa yang tak baca lagi. =)



Selasa, 27 Disember 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (49) KOPI SUSU SEPATU BIRU


KOPI SUSU SEPATU BIRU
Penulis : Ruby Hazri
Halaman : 565
Harga : RM 21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2007
Cetakan 2 & 3 - 2008





Secara ringkas :

Mengisahkan tentang Emy dan Mat yang hidup berjiran tetapi tak macam jiran! Ada sahaja yang mereka hendak gaduhkan… Bagi Emy jiran sebelah rumahnya tu tak perlu berbahasa dengannya sebab bukan dia tau berbahasa pun. Sama jugak dengan Mat bagi dia tak perlu bagi muka sangat dengan jiran sebelah tu!

Peperangan mereka berlanjutan melalui beberapa inside. Mat yang suka memarkir keretanya melebihi kawasan sehingga termasuk ke kawasan Emy membuatkan Emy marah sampaikan satu tahap Emy dengan teman serumahnya sanggup mengeluar tenaga menolak kereta Mat yang besar tu!

Kucing Mat, Bobo selalu jadikan kawasan rumah Emy sebagai ‘tandasnya’ salah satu sebab tercetusnya pergaduhan mereka. Sudahlah selalu membuang di kawasan rumahnya kemudian selalu mengemis mintak makanan di rumahnya pula! Manalah Emy tak bengang. Sampai satu tahap Emy geram sangat, kasut tinggi jenama Jukeboxnya melayang ke kepala Mat dibuatnya.

Tak terhenti di situ sahaja, Mat pula sanggup bersusah payah menggantung kasut tinggi jukebox tu di tiang elektrik! Untuk sakitkan hati Emy. Episod bergaduh mereka terus berlanjutan, sehinggalah satu hari tiba-tiba semuanya berubah 360 darjah! Musuh seteru berbaik? Mungkinkah terjadi…

Kata orang benci itu biarlah berpada-pada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang jiran sepakat membawa berkat!


Komen saya :

Kopi Susu Sepatu Biru novel pertama terbitan Jemari Seni yang saya beli. Lepas saya baca novel KSSB nie terus saya jatuh hati dengan novel keluaran Jemari Seni, bukan setakat jatuh ja dah terus melekat pun! Hehe. Kuat tak kuatnya penangan KSSB dekat saya sampai lepas baca KSSB terus saya cari buku Jemari Seni yang lain. Senang cakap KSSB nie lah yang buka mata saya tentang novel Jemari Seni. =)

Romantik komedi yang sangat menarik ya. Sekali dah mula baca payah nak letak balik sebab kita akan teruja nak tau apa jadi dekat Mat dengan Emy seterusnya. Selalunya bila kita baca kisah kejiranan yang selalu bergaduh nie mesti orang yang dah berkeluarga tapi kali nie dalam KSSB teruna dan dara yang berjiran, dekat point situ pun dah menarik minat kita nak baca KSSB nie.

Bahasa yang penulis guna pun bagi saya sangat santai dan simple tak terlalu berbunga-bunga , jiwang tahap karat… sangat cool senang cakap. Kemudian, ada banyak part yang buat kita boleh tersengih sorang-sorang bila baca. Dah nama pun romantik komedi kan? part lawak tu memang banyaklah. Hehe. *tengah tulis review pun boleh tersenyum balik teringat cerita KSSB nie… =) Part Emy dengan Mat bergaduhlah yang saya rasa lawak. Ada ja idea nak pekena hidup masing-masing Emy dengan Mat tu. Part mereka bergaduh yang paling saya suka masa Emy dengan teman serumahnya gigih menolak kereta Mat siap pakai kasut tumit tinggi lagi sampai melecet kaki mereka. Adoi, macam-macam…

Bagi yang belum baca cerita nie jangan terlalu cepat buat tekaan, memang sesetengah part kita boleh agak jadi apa. Tapi! Tapi… KSSB ada ja adegan yang kita tak duga akan terjadi dan boleh jadi. Adegan apa la tu… Ha, suspen kan?  Sebab tu saya cakap KSSB nie menarik. KSSB bukan berkisar cinta semata-mata, nilai kejiranan dengan keluarga pun penulis selitkan jugak. =)

Dulu tertanya-tanya jugak kenapa cover novel nie gambar budak lelaki dengan perempuan sedangkan cerita dia mengenai orang dewasa? tapi lama-lama saya buat andaian sendiri agaknya sebab Emy dengan Mat tu macam budak-budak sebab suka bergaduh… tu pasal cover letak gambar budak-budak. Hehe. Suka-suka hati ja buat andaian.

Apa-apa pun, walaupun lari jauh dari genre Percayalah… tapi KSSB memang best! =)


XX Quotes : Sangat-sangat disyorkan baca novel nie, berani jamin tak rugi. =)