Sabtu, 10 Disember 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (37) AKU MAHU POPULAR


AKU MAHU POPULAR
Penulis : Ain Maisarah
Halaman : 222
Harga : RM 14.50
Terbitan : PTS One
Cetakan 1 - 2007
Cetakan 2 - 2007
Cetakan 3 - 2008





Secara ringkas :

Ina dan Farah sudah bosan menjadi pelajar biasa di sekolah mereka. Mereka ada atau tidak, tak membawa kesan langsung dekat sekolah tu. Farah dah bosan asyik makan di kerusi panjang tanpa meja berlatar belakangkan longkang besar! Tekaknya dah muak dah kembang. Tidak seperti The Wannababes, meja VVIP bermeja dan terletak strategik bawah kipas dah tersedia untuk mereka walaupun semua orang tahu mereka ke kantin bukan untuk makan almaklumlah jaga badan. Tapi apakan daya Ina dan Farah tak popular seperti The Wannababes mereka tiada pilihan.

Bagi mahu menduduki kelas 1 mereka perlu melakukan sesuatu dan akhirnya ‘Aku Mahu Popular!’ Tu misi baru Farah dan Ina. Bertungkus-lumus mereka merangka strategi bagi melonjakkan populariti mereka di sekolah. The Wannababes perlu diatasi. Tapi bagaimana?

‘To-do list in order to achieve popularism!’ akhirnya wujud. Dalam senarai tu satu-persatu mereka catitkan apa yang perlu dilakukan. Ada 10 benda yang perlu mereka lunaskan. Tapi apa dan berjayakah?

Berjayakah Farah dan Ina menjadi popular seperti The Wannababes di sekolah? Mampukah mereka menyingkirkan The Wannababes? Misi Aku Mahu Popular bakal direalisasikan.


Komen saya :

Sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan bahan bacaan remaja di luar sana. Banyak pengajaran yang kita perolehi dari Ain Maisarah. Sememangnya disebalik setiap cerita yang di karang Ain Maisarah ada pengajarannya untuk kita jadikan sebagai iktibar dan dijadikan sempadan.

Watak utama masih lagi gadis-gadis gedik The Wannababes, Farah dan Ina yang gila-gila pemikirannya dan tak membosankan bila baca keletah mereka nie. Ada ja idea baru nak memporak-perandakan hidup masing-masing. Sudah la tu idea pulak memang terbaik dari ladang tak pernah dibuat orang, siap buat senarai lagi.

Sepanjang baca cerita nie senyum ja memanjang. Kadang-kadang tu tergelak sendiri pun ada sebab jalan cerita dengan bahasa yang penulis guna memang ringan dengan best. Lagipun nie kan novel remaja jadi jiwang-jiwang tu memang tak ada. Memang kalau nak hilangkan stress saya syorkan buku nie.

Dalam kita seronok baca tetap ada pengajaran jugak di akhir cerita nie. Popular bukan segalanya. Popular tak semestinya perlu cantik fizikal saja tapi ada banyak lagi cara boleh buat kita popular. Tapi yang pasti usaha tu perlu ada.

P/s : Masa tulis review nie tersenyum sorang-sorang sebab teringat balik cerita nie. Hehe.


XX Quotes : Memang kena beli sebab best sangat-sangat. Sekali baca memang payah nak lepas. =)



Tiada ulasan: