Sabtu, 10 Disember 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (39) SAAT CINTA BERSEMI


SAAT CINTA BERSEMI
Penulis : Damya Hanna
Halaman : 487
Harga : RM 18.00
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1, 2 & 3 - 2005








Secara ringkas :

Mereka bermusuhan sejak dari zaman sekolah lagi. Dendam mereka terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tapi satu tempoh telah memisahkan mereka sebelum mereka bertemu semula dan semestinya pertemuaan itu tak pernah Dhuha minta.

Abang Dhuha, Badrul telah menjual Dhuha kepada Fendi sebagai pertukaran wang bagi melangsaikan hutangnya kepada Fendi namun begitu Dhuha tak percaya yang Badrul akan melakukan perkara nie. Tak di duga ketika Dhuha berusaha melepaskan diri dari diperkosa Fendi, Syamir pula muncul dan menyelamatkannya.

Dhuha dibawa ketempatnya. Seolah-olah termeterai perjanjian antara mereka. Dhuha adalah milik Syamir! Dan Syamir tidak akan sesekali melepaskan Dhuha jauh darinya. Sedangkan Dhuha berasa terseksa dikurung sebegitu oleh Syamir. Tak layakkah untuknya bebas? Tapi tanpa mereka sedar hubungan mereka sebenarnya lebih sari sekadar musuh. Mereka boleh berbaik pada satu masa dan kemudian bergaduh semula. Hubungan mereka terlampau rumit untuk dinyatakan.

Badrul yang disangka abang kandungnya ternyata bukan abangnya. Rupanya Dhuha masih punya keluarga dia bukan sebatang kara lagi. Tapi siapa pula keluarga kandungnya? Syamir turut mempunyai konflik keluarganya sendiri. Siapa pula diri Syamir yang sebenar?


Komen saya :

Tak mengecewakan. Boleh dikatakan selain Bicara Hati, novel Saat Cinta Bersemi adalah novel pilihan saya. Saya suka watak Dhuha yang saya rasa menarik. tak tau kenapa tapi memang saya suka sangat naskah nie. Dhuha dengan Syamir macam pasangan yang sempurna bagi saya. =)

Tapi mungkin Saat Cinta Bersemi tak sehebat Bicara Hati. Ada kekurangan dalam novel nie, jalan ceritanya agak membosankan sikit. Rata-rata orang akan fikirkan sedemikian. Agak klise bila Dhuha dijualkan kepada Fendi oleh abangnya, Badrul bagi melangsaikan hutangnya. Tapi mestilah hero akan selamatkannya, Syamir yang selamatkan Dhuha sekaligus membayar harga Dhuha kepada Fendi. Tapi bagi saya romantik. Hehe.

Kemudian dalam Saat Cinta Bersemi banyak main dengan emosi kita. Bila Dhuha menangis automatik kita pun rasa nak menangis. Bila Dhuha sedih, kita pun terasa tempias sedih tu. Sama jugak bila Dhuha gembira kita boleh rasa yang dia gembira. Wah, dah macam real watak Dhuha nie. Tapi tu la yang saya rasa bila baca cerita nie.

Syamir pun bagi saya bukanlah jahat sangat. Dia bukan berdendam dengan Dhuha tapi lebih kepada dia tak pasti dengan perasaan dia sendiri dengan Dhuha. Dia tak tahu yang dia sebenarnya suka dekat Dhuha dari dulu lagi. Nampak? Macam sweet kan? =)

Tapi tu la lain orang lain rasanya. Bagi saya cerita nie memang best.


XX Quotes : Karya Damya Hanna wajib buat koleksi. =)



Tiada ulasan: