YES, BOSS!
Penulis : Areila Sahimi
Halaman : 457
Harga : RM 19.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 1, 2, 3, 4, 5 & 6 - 2011
Secara ringkas :
Sudah tertulis nasib Aryana untuk bekerja sebagai setiausaha kepada seorang bos yang pantang nampak perempuan berdahi licin! Walaupun orang sedia maklum tugas sebagai setiausaha adalah mengikut segala arahan bos mereka tapi kerja Aryana agak istimewa berbanding setiausaha yang biasa. Semuanya disebabkan dia berbosskan Ilham!
Kerja Aryana adalah untuk cover line bosnya setiap kali lelaki itu sibuk dengan teman wanitanya yang keliling pinggang tu. Mengatur jadual bossnya supaya tak bertindih dan bertembung dengan setiap teman wanitanya juga adalah kerja Aryana dan walaupun tak puas hati dengan tugas-tugasnya tu, Aryana tak boleh membantah dia hanya boleh berkata “Yes. Boss!”.
Berkali-kali Aryana nasihati Ilham supaya berhenti menjadi buaya darat tapi kalau dah Ilham tu Ilham lah jugak. Aryana sebenarnya menaruh hati kepada Ilham dalam diam tapi tak berani meluahkannya kerana menyampah dengan sikap hidung belang bosnya tu.
Kehadiran Mellina akhirnya berjaya membuat Ilham berfikir serius tentang perkahwinan. Tetapi dia tidak tahu agenda Mellina mahu berkahwin dengannya sebenarnya. Aryana yang tahu muslihat Mellina cuba menyelamatkan Ilham tapi Ilham tak percayakannya membuatkan Aryana tekad berhenti kerja.
Ilham yang baru sedar akan kesilapan mula menjejaki Aryana tapi malangnya dia terpaksa bersaing dengan Asif, tauke ikan keli pula! Hati Aryana dah lali dengan taktik kaki perempuan Ilham. Jadi bagaimana Ilham nak tawan hati Aryana supaya pulang kepadanya?
Ikuti kisah sempoi Aryana dan Ilham tulisan Areila Sahimi dalam Yes, boss! yang menarik ini.
Komen saya :
Tak larat nak gelak baca novel Areila Sahimi. Kadang-kadang tu tersenyum sorang-sorang dah rasa macam orang sasau pun ada. =)
Areila Sahimi terkenal dengan gaya penulisannya yang santai, sempoi dan gila-gila. Yes, Boss! tak terkecuali jugak. Memang bacaan yang ringan sesuai untuk hilangkan stress belajar dan bekerja. Lagi satu novel nie tak tebal sangat. Dalam sehari tu boleh ja habis baca untuk student macam saya nie memang sangat disyorkan untuk dibaca.
Bagi peminat novel yang tak sukakan konflik bercinta yang panjang-panjang dan novel jiwang sangat sesuai baca novel nie. Jalan ceritanya tak terlalu meleret dan konfliknya tak panjang. Sedar-sedar Aryana dah baik pun dengan Ilham tu. Tiba-tiba pulak diorang dah ada anak. Hehe.
Bahagian penamat tu memang comel ja… memang masak kalau dapat suami macam Ilham tu. Habis diperturunkan ilmu buaya daratnya kepada anak nanti. Apa pun saya bagi tiga setengah bintang dari lima bintang. =)
XX Quotes : Kalau nak happy-happy, beli novel Areila Sahimi. Mesti senyum nampak gigi punya. =D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan