Khamis, 9 Februari 2012

Pengalaman pertama jadi manusia berguna



*saja leta gambaq Maru =)

Omayyy... sebulan aku tak update blog! sebulan okeh... niat asal nak tunggu habis sem dua nie terus baru update blog. Memang tak sempat update blog sebab dah nak dekat2 dengan hujung final sem nie. Bak kata  omputih exam is around the corner. tapi aku rasa bukan around the corner, dah belok masuk corner dah pun! Bukan saja nak buat propaganda undilah saya ka apa ka. Tak! nie memang jujur dari lubuk lautan aku yang paling dalam. Memang sibuk. 

Kerja bertindan2 bertimbun2 bertimpa2 atas bahu nie. Tunggu masa ja aku nak buat. Plus dengan segala jenis ceramah yang wajib kami dengar lagi, dengan bengkel teknik menjawab soalan lagi, dengan kelas ganti lagi! sungguh... rasa macam masa yang baki sikit2 tu masa untuk aku tidoq ja. Masa nak berblogjoging nie memang tak dak! setakat check2 comment bukak fb tgk org2 dok update tu bolehlah. Tu pun aku bukak curi2 masa dalam kelas... hehe. 

Tapi malam nie tak pa la aku korban sat sejam dua sebab nak update pasal nie. Benda yang first time aku buat sepanjang aku hidup kat muka bumi nie. Something yang menarik bagi aku and rasa diri aku nie ada jugak function dekat manusia sejagat yang lain. Kiranya aku nie hidup tak dak lah nak perabis beras ja kan. Haha. Serius teruja gila... =D Tau aku buat apa??? jeng jeng jeng...

Aku pi DERMA DARAH! what the blood?

Model kempen derma darah tak berbayar! ish ish ish.

A'ah... betul aku pi derma darah tadi. Sumpah best giler! Mula2 plan aku dengan fatin jijah pi derma darah. But at the end the doctor says to fatin... "Your blood is not enough la dik. Tak cukup nie. Kalau perempuan syarat dia paling kurang 12.5 baru boleh derma darah. Balik nie makan banyak2 tidur bagi cukup na. Hari khamis minggu depan mai lagi cuba. Anda tersigkir!" *TIBA2 TERSINGKIR.  Jijah dengan penuh frustnya duduk kat kerusi belakang. Almaklum tak boleh buat amal jariah la kata kan... 


Muka frust tak leh derma darah plus muka syok dapat ubat free. Hurmm, tapi aku rasa lebih kepada syok sebab dapat ubat free dia nie. Haha



Aku? ceii.. dengan penuh semangat berkobar2 duduk depan doktor tu.

"Doktor saya nak derma darah!"

"Saya tau. Tak nak beli ikan keli pulak kat sini. Meh tangan check dulu darah cukup ka dak." Padan muka aku sekali kena. Pulun tak kena gaya!

Sekali check! nah.... 13.1 lebih dari cukup nak derma. Terdiam terus aku. Tiba2 rasa panik. Eh, satgi kalau depa ambik darah aku banyak2 matilah aku. Darah tak dak nak hidup cam na? Baru tau nak kalut masa tu. Tiba2 rasa nak lari keluar dari bilik tu masa tu. Sumpah takut gila. 




Well, adat orang panik. "Jijah... aku nak pi toilet!" dalam hati niat nak cabut terus ja. Kwang3. Tapi awat tak tau hati tak seiring dengan otak. Balik jugak aku kat bilik puaka tu. -_-"


Duduk2 sat. Nurse tu panggil nama aku. Demm.. cuak gila wei. Pastu dia suh aku baring atas kerusi. Sembang2 tanya tu tanya ni. Dia balut lengan aku dengan menda apa ntah yang macam kain tu. Yang doktor guna masa nak check tekanan darah tu la. Dia pam punya pam. Gila ketat! 


"Dah ready ka nie?"

"Aaa, aa dah dah ready." Jawab pun gagap. puihh. 

Sekali dia tarik jarum... perghhh! mau pitam rasa. Aku dalam hati dok kata memang inallilahwainalillahhirojiun la aku hari nie. Nak ja aku tanya nurse tu. "Tak dak jarum yang lagi besaq ka?" tapi dalam hati ja la tanya... nak mati tanya depan. Sekali dia bawak keluar bapak jarum mau rabak tangan aku.

Mula2 aku panik gila tak sempat cucuk aku tarik tangan aku balik. Takut wei. Kali kedua... sesungguhnya aku hidup dan mati kerana ALLAH. Memang tawakal gila la masa tu. Tiba2 rasa nak wat wasiat kat family aku suh jaga kucing2 aku nanti bila aku dah tak dak. In case la kan. Derma darah ja pun bukan nak pi serah diri depan kubu israel. *Mata ke atas kaki kemuka.


Kali kedua mulut aku terkumat-kamit baca doa qunut, ayat kursi, bismillah2... Kawan aku cakap muka aku memang cuak gila la masa tu. Last2 doktor tu cucuk! and guess what?!

AKU TAK RASA APA PUN! tak sakit. Ermm, sakit sikit la rasa cam kena gigit semut. Nampak sangat orang yang menipu aku selama nie cakap derma darah tu sakit gilaaaaaaaa. Sampai aku takut nak derma darah. Memang fishcake la orang tu berjaya tipu aku hidup2. Aku siap boleh2 posing tangkap gambaq bajet hot kat situ sembang2 dengan nurse tanya dari hospital mana lagi. *tiba2 jadi peramah la pulak kan.


Darah aku memang banyak. Cukup banyak. Bak kata liyana... "Vampire kalau jumpa hang syok gila dia makan kenyang. Darah banyak." Sangat kejam statement minah tu ok.


Dah habis derma darah tu aku siap boleh cakap.

"Eh, nurse... tangan kanan ja ka? Tangan kiri tak cucuk lagi nie. Ambik lah lagi darah saya." (-_-'')

"Tak boleh dik... darah adik dah cukup satu beg nie. Maksimum darah kami ambik 300 g ja..."

"Tak boleh ambik lagi la nie? Saya ok ja nie."

"Tak pa2 lagi 3 bulan adik mai hospital derma darah lagi."

Aku dengan muka kecewa pun membawa diri yang luka... tapi tiba2 nurse tu bagi satu beg plastik penuh dengan makanan... hehe. Senyum balik. Serius best gila. Bagi aku la... rasa dah berbakti kat rakyat malaysia yang sakit ja aku rasa. Nanti orang sakit kat luar sana tu kalau guna darah jenis B tu.. Ha, darah saya la tu! Jangan lupa mesej2 dengan saya kalau dah guna. Haha. *Sumpah pelik gila budak nie, bajet macam dia sorang ja darah jenis B yang derma darah! (-_-")



Moral of the long story : Kucing pun berhati mulia tau derma darah! eh3, maksud aku Jangan takut nak derma darah. Jarum tu ja yang besar tapi rasa tak sakit pun. Cer pikir kalau ada orang yang dah nyawa2 ikan hidup segan mati pemalaih sebab tak cukup darah. Tengok2 darah yang kita derma tu sesuai dengan dia. Dia guna darah kita dan hidup! err, boleh diselamatkanlah maksud aku. See? kat situ kita dah selamatkan orang. Dapat pahala tu... orang buat baik tuhan balas benda baik. Tak mau ka benda baik jadi kat diri kita? Ha, pikir2 kan dan selamat menderma darah!


"Blood is red... and red is red lah... tak kan yellow plak." - zana

P/S : panjang gila kan aku meroyan?? kan3? well, sebulan beb aku pendam. Sekali cerita memang la stok macam orang tak pernah lappy kan? =) Thanks la no sapa2 yang baca. Memang hampa nie kategori orang yang tabah lagi penyabar. Nanti aku update pasal anak2 kucing aku yang baru lahir lak. Nama depa... havoc I tell you. ;)