Selasa, 24 Januari 2012

Kisah abang dan adik : Aaron aziz


WARNING! entry nie dibuat oleh budak yang sedang mengalami simptom2 tension dengan exam. Harap maklum. Sebarang kecelakaan yang berlaku adalah tanggungjawab anda sendiri. Once broken consider sell! Beware.


Family aku besar... sebesar tapak tangan kucing. Ada 7 orang 1 ekoq semuanya. Tu campur mak, ayah dengan kucing aku tapi tolak ayah dengan kucing aku ke tengah jalan, tinggal abang aku yang tak berapa nak hensem tu ja laki. Yang lainnya semua spesis makhluk tuhan paling seksi. 


So, disebabkan aku ada dua orang kakak plus sorang adik perempuan maka mak dengan ayah ajar aku panggil abang aku dengan panggilan 'ABANG' which is not a big deal masa aku umo belum baligh. Bila dah besar dah mumaiz dah pandai beza mana shed kucing dengan coklat kisses dah mula pandai gatai nak berpakwe sampai naik jerawat batu kat muka... aku dah mula pertikaikan panggilan tu! haishh..



Ya la, aku kan manusia yang suka berwawasan tinggi. Suka pandang ke depan. Orang sibuk dengan wawasan 2020 aku dah sampai wawasan 2040. Walaupun aku baru 18 tahun berapa bulan entah malas nak kira. Aku macam terpikir.... MACAM TERPIKIR nanti aku kahwin mesti nak panggil hubby aku abang kan? Ya la, tipikal malay girl mesti panggil hubby dia 'abang' even Zahlia dalam bicara hati hati yang kahwin contract tu pun kena panggil Syahran 'abang'. Ni kan pulak aku yang nak kahwin for real kan? For sure nak jugak panggil 'abang'! *euuuwww geli-geleman. sumpah nak muntah.


Takkan nak panggil darling, baby macam dalam video dari kekasih kepada kekasih tu? No way man... aku kan tipikal malay girl. Stick to 'abang'. Tapi tu lah masalah aku sekarang. Aku panggil abang aku yang seibu sebapa dengan aku nie 'abang'. Takkan hubby pun nak panggil 'abang'? seriously? nanti terconfuse.


Situasi 1 - Nak mintak tolong suami, tapi ada kat ruang tamu.

"Abang tolong ambikkan bee susu anak." aku la tu... cecece...

Tiba-tiba...

"Buang tebiat ka apa... anak hang pi la ambik sendiri. Pa hal suruh aku plak?" Abang yang seibu sebapa aku pulak menyahut seruan aku tu. Bukan abang yang aku love forever tu kan yang sahut...

Situasi - 2 Tengah cakap telefon tapi salah dial.
"Abang, mak cakap nak bank-in 5 juta pound sterling dalam account bank abang... dia cakap saja nak buat amal jariah kat anak menatu. So, no account abang please. Lepas nie boleh lah tambah dapur belakang bagi jadi 5 tingkatkan."

Tiba-tiba...

"Gila bapak mak murah hati... kejap... no account aku &*$%#!. Jangan lupa dah bak-ink bagitau aku. Hutang along aku tak settle lagi. Dapur rumah hang tu pakai atap rumbia sudah."


See? confuse! Hilang 5 juta pound streling aku salah dial punya pasal. At least kalau aku panggil dia alang ka *abang aku anak no 3. Mestilah dia tau aku salah dialkan? hurmm. Disebabkan aku nak elak keconfusan kat atas tu lah, aku try buat rundingan dengan abang aku.

aku-purple, abang aku-biru.


"Tak mau panggil hang abang dah la. Nanti aku nak panggil apa kat laki aku nanti? takkan nak panggil abang jugak kot... super tak awesome!"

"Tukaq ja la, jangan panggil aku abang..."

"Dah tu nak panggil apa?"

Abang aku usap2 janggut kambing dia sambil tengok syiling. 

Dalam hati aku cakap, awat la syiling tu hempap dia tak tau senang cerita sikit. Tak payah susah nak pikir2 dah.

"Aku tau apa yang sesuai hang panggil aku..."

"Apa2?" muka aku teruja.

"Aaron Aziz!"

satu perkataan ja yang mampu aku cakap masa tu...

"Wakluuu!"

Rundingan tak capai kata sepakat!

Abang aku nie lah antara contoh2 manusia yang tak sedar diri. (-_-") Aku syak mak aku tertukar kat hospital la masa bersalinkan abang aku tu. Serius anak punjabi manalah mak dengan ayah aku nie terambik.

Nurse2 hospital sungai petani yang bertugas masa hari abang saya bersalin. Bertarikhkan 10.01.1989. Tolong! tolonglah pulangkan abang saya yang sebenarnya... Terima Kasih.



Aku dengan abang aku for cat sake lah tak macam kat atas tu kan... tapi kami macam nie...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Till then... sebab kalau nak cita pasal abang aku. Kucing jantan mengandung sembilan kali pun tak habis lagi. What? gambar abang aku? hohoho. Better tak payah. Aku bukan tak mau letak takut nanti virus pulak kat blog aku nie. Silap haribulan orang yang tengok gambar dia boleh terkena simptom2 orang kena mandrem! So, for everybody safety. Tak payahlah. ;)



Selasa, 17 Januari 2012

Seriously? n


Pernah rasa nak telan kasut saiz 8 plus nak terjun katil dari tingkat 2? tak pernah? then good... tapi aku tengah rasa nak buat macam tu sekarang nie... nasib baik kasut aku saiz 6 plus aku dok katil bawah...


Masa madam aku tunjuk schedule kami for bel 332 subject... pergh! aku rasa macam ada batu besar orang baling atas kepala aku. Maybe dia baling batu belah batu bertangkup atas aku tu pasal aku rasa berat. -__-" I make a jokes, why don't you laugh? demmm, pathetic.

Masa tu baru aku rasa mata aku terbuka luas. Baru aku sedar yang....

Bulan Mac nie aku dah habis study... tapi still banyak benda yang aku tak buat dan kalau aku buat pun aku buat sambil lewa! result muet dah keluar and guess what? Aku kena repeat... ya... dan kali nie aku kena pastikan muet band 4 ada dalam tangan. Dah cukup lah aku meyusahkan ayah aku sampai kena tunggu 4 jam semata2 nak beli no pin kat aku. Kalau kali nie I screw it up too... then consider I am anak derhaka! bagi mak bapak aku sedih.

Maybe orang nampak benda nie simple. Alah, tak leh sambung degree law, banyak lagi kos lain. Betul! memang betul... tapi matlamat aku sekarang further degree law. By hook or by crook aku kena jugak bagi dapat. Maybe this time I got to be more serious than before... Seriously.

Enough with the drama.... Till then maybe dah habis sem 2 baru aku update blog lagi... *MAYBE in case MAYBE.... kalau tiba2 aku update tu... errrr...


Walaupun orang cakap FB dengan Blog nie benda lagha! tapi bagi aku FB dengan Blog banyak tolong aku release tension... =)

Isnin, 9 Januari 2012

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh


See the title? Mega Giveaway tu... agak2 aku bertuah tak tahun 2012 nie? Nak try test lucky tengok. Kot2 la tuah ayah aku tu melekat kat aku ka. Ayah tu kalau masuk cabutan bertuah paling lekeh pun mesti dapat jugak cawan sebijik! anak dia nie ja tuah tak bapa mau nak datang. Pasrah -_-"



Blog : nemomimosh.


Ehem3, macam tau2 ja aku tengah cari beg baru. Hehe. Hadiah dia memang menarik giler! giler means gila. Teruja mak nak join nyah... So, teruja jugak? boleh ja join. Klik link blog tu ataupun klik banner kat atas tu pun boleyyy.



Roti canai roti john, 
Tunggu lagi? Jomlah join!



Ahad, 8 Januari 2012

Segmen review belog by Azzah

Baru habis test tadi terus on9... muahaha. Tiba2 nampak blog sis Azzah nak buat review blog. Wow! teruja mak nak... Bukan pa tak pernah lagilah join segmen review blog sebelum nie, nie kira first timelah. Tu pun sebab aku memang suka dengan blog akak nie. Doodle dia walaupun simple tapi ada signature dia yang tersendiri wokey. =)

Nak join? boleh ja. Klik Sini or klik the Banner.
Syarat dia mudah ja.

1) Buat entry ringkas dan tepek header azzah dalam entry tu.
2) Letak url entry korang dalam kotak komen entry azzah.

The best part? no limitation period! Wah, maknanya bila2 pun still boleh join segmen nie. Simple ja kan? So, have fun... =)

Sabtu, 7 Januari 2012

Siapa cakap budak law tak kreatif? Meh sini aku BACKHAND.


 Tugu cawan...

Agenda asalnya study LAW III. Tapi disebabkan kepala dah tepu, masing-masing dah mula mamai, otak memang dah tak da dah kat buku LAW III tu... mulalah dok merapu! Well, tak dak lah merapu sangat. Just nak release tension lepas baca banyak benda, pastu nak faham kes satu persatu bukan benda senang. Tak caya? take law and study for 3 days! non-stop... then u know what it feels like... jeng jeng jeng.


Venue : Parking lot depan kolej masria, belakang Food Court, tepi tasik, sebelah mahsuri. *hambek.
Time : 12 - 3.30 p.m. *sebelum tu kul 10 sampai 12 lepak kat library.
Aim : Study Law III.


Mereka2 aka depa2 yang terlibat. Dipersembahkan. *drum roll please!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Malas nak introduce sorg2 aku dah label sorang2. Baca je la ya. Including the camerawomen which is me of course lah kan? anak incik ali, Cik Zana. ;)



Aim memang nak study Law III... tapi bila dah sampai limit dia memang otak jem, memang tak leh masuk dah... Semua pakat melalut dah cakap pun macam orang hilang arah hidup dah. Hahaha. Pastu tiba2 pengasas COLOURFUL CUP ENTERPRISE cik liyana tu tiba2 start lukis atas cup dia. Nampak macam menarik aku join. Then semua pakat join! walaupun nampak macam aktiviti kanak-kanak kurang sihat. Tapi aku bahagia ok buat menda alah nie. Hilang stress.



 Hasil tangan budak law buat. ComeY kot! sapa berani cakap tak lawa? Meh, aku backhand sikit. Yang paling hujung bawah kanan yang colourful dia jauh sebatu boleh nampak tu aku punyalah. :)


Moh, eden tunjuk satu demi satu.


  
Liyana punya pengasas dan jugak pembekal pen kale2... Hehe. Lawa kan? Siap ada model lemon sampingan lagi tu. Budak dean list nie. Jangan main2. =)


 
Afiqah bakri punya. Muka cup teruja nampak lemon. Omayy! Blog : Afiey hari-hari hepi! hehe.


Adila punya cawan, cawan dia keliling penuh gambar lovey2 semua ada. Tapi aku ambik pic Spirit words nie la. =) Gudluck esok... Chaiyok Dila!!


 
Awanis punya cup! comel macam tuan dia.


Jijah punya. Ehek.. Dak aih, nama dia Fatin Filzah. Blog : SemanisChocolateIndulgence. Slruppp... sedap.


Ha, nie hero malaya punya hasil tangan. Siap ada sayap lagi. Nampak couple in love tu? jiwang ko amin...

Yang comey2 nie aku punya. Aku kan berdarah seni. *mata ke atas kaki kemuka. That's way cup aku paling colourful! jauh sebatu nampak pelangi aku tu. hehe.


 Fatin hasyim dengan khusuknya melukis! tapi hampeh... last2... "Jijah tolong lukis kat aku sat."


 Fokus out, Model import jauh punya from Negeri Cik Siti. Kelantan nieh. Nak no tepon? Dapat McD prosperity satu kira on. No tepon dia aku bagi... hahaha. *ampun dila...
 Awanis, comey kan? macam cawan dia lukis. Tapi... tapi... very go lucky girl! jangan main2, anak peguam nie. Mana tumpahnya nasi kalau bukan ke lantai. Awanis kira bakal ikut jejak langkah mak dia lah. =)


 Aminnn... the only guy dalam study group tadi. Single and available lagi aku rasa dia nieh. Kalau nak aku tolong kecek jadi gewe mu boleh jo. Hehehe


Fatin Filzah! kesian dia kan. Mata orang lain elok ja tuhan cipta ada dua bijik mata. Dia special kes sikit satu mata biasa satu mata LEMON! tu la, sapa2 simpati dengan kisah mata dia nie dan rasa nak tambah pahala buat derma boleh contact aku. Sama2 lah kita doa mata dia elok balik! aminnn.


  Apa2 pun... KPIOO52E... aja aja fighting! esok test buat elok2 naa... =)



 we DO love LAW III right? 
*mata keatas kaki kemuka mukut herot sikit...


Kucingku Kadiaq (vii)


Entry yang dipaksa buat oleh kakanda TERCINTA... tercinta la sangat kan... *mata keatas kaki kemuka.Well, aku kan adik yang baik mana sudi nak menghampakan niat orang. *again, mata keatas kaki kemuka. So, aku dengan gigihnya buat entry pasal kucing aku yang kuat tidoq nie walaupun dah pukul 12 tengah malam nak menginjak pagi walaupun esok aku ada discussion group walaupun lusa aku exam... tapi aku update jugak. *saja mention nak bagi kakak rasa serba-salah... muahahaha. evil laugh.

Here it goes, kadiaq versi tidoq! Nah, pahana... tatap muka kadiaq tengah tidoq nie. Comey macam aku...



Kucing aku kalau tidur mengebat! Dia cari bantal mahal ja. Bantal hijau tu mak aku punya fabret bantal. Mula2 nampak cuak jugak nak ja tarik terus bantal tu dari kepala dia nie. Tapi comey plak. Snap dulu 50 keping gambaq then baru aku tarik balik bantal tu. Aku tak letak pun bantal nie kat dia. Dia nampak ja bantal nie atas lantai terus dia ambik buat lapik kepala. Posing kat atas nie bukan diatur ya. Kucing aku yang tidur mengebat mengalahkan manusia. Kes tak sedar diri kata dia nie binatanglah kira nie.

P/s : Mak aku cukup pantang kalau kadiaq nie guna mahupun dekat dengan barang dia! pantang ok. Boleh terbalik rumah kalau dia tau. So, better elaklah kan... yang baca nie shuhhhhh! diam... jangan gtau mak aku.



See the perut buncit?? ya, sangat buncit macam dia tengah mengandung 5 bulan. Kucing aku nie kuat makan dan bila dia nak makan dia sangat demand! Dia nak makan ikan rebus dulu baru makan biskut kucing dia tu. Dua kali trip makan la kira.
Pernahlah sekali tu tinggal dia dengan abang aku ja kat rumah. Ada dua2 ekoq depa pun boleh jadi kerja gaduh! Cita dia, abang aku tak tau kata ikan dalam peti ais tu ikan kucing aku. Dia tak bagi lah kucing aku tu makan. Yang Kadiaq tu anginlah, time dia makan... ikan tak ada! dia kan makan ikan dulu baru makan biskut. Boleh dia tenung abang aku dengan muka tak puas hati! bila dia Meowww mintak ikan abang aku. Abang aku tak bagi! kedukut orang tua nie. Abang aku cakap... 

"Ikan aku, ikan akulah. Ikan dia, ikan dialah..." 

Tu tera kucing dengan manusia. That's way aku cakap dua2 ekoq. Pasal sama ja perangai...sabar ja la... -_-"



 Bila dia tidur, dia suka letak tangan dia macam kat atas nie. =) Memang dia suka tidur macam nie.... comeyyyyyyyyyy!



See? dia tidur fesyen nie lah... badan merekot jadi bulat.



Kain batik yang dia buat lapik tidur nie pun jadi isu jugak kot... kain batik tu mak aku punya... again... Kadiaq memang suka cari pasal dengan mak aku. Bukan dia tak tau mak aku pantang gila dia dekat dengan barang mak aku. Tapi tu la lagi orang tu tak suka kat dia, lagi dia nak menyempit!! siap baik punya posing dia bagi...
Yang kain batik nie, mak letak atas lantai dapur sebab nak basuh tumpah kopi ka apa ntah. Sat ja pun mak letak dia pi angkat telefon sat. Pastu? tanya lagi... bergegar satu rumah...

"KADIAQ!!! kain batik aku!" 

Yang best tu, kucing aku wat tak tau ja... last sekali mak aku tak pakai dah kain tu. Marah punya pasai jadi kain buruk ja. Kwang kwang kwangg...

 atas kerusi kayu pun layannn... janji boleh babam.

 Atas karpet? eh, lagi no hal... lembut kan...

 Atas kayu boleh, atas lantai lagiiiii la... pun boleh!


Pendek kata hobi kucing aku, TIDOQ! bak kata orang kedah dia suka mengheluh... adalah sikit2 macam tuan dia... =P


Memang comey tengok dia tidur nie tapi! tapi... yang buruknya. Dia tidur berdengkur okey! repeat one more time. Kucing aku tidur bunyi kroh kroh kroh... Well, tak dak lah kuat sangat bunyi dia berdengkur tu macam lembu kena sembelih. Tapi still kalau duduk dekat dengan dia memang boleh dengar dia mengeruh... dah macam manusia. Makin tua umur dia nie makin kuat bunyi dia berdengkur... -_-" Tapi sayang punya pasal kan? dengkur kuat macam kambing kena gelek keta pun aku tetap sayang. =)

Pernah dengar pepatah melayu.

"Kalau dah sayang kentut bau cempedak pun kata bau lavender!"
 
Tak pernah? well, actually... pepatah aku tu... hehe. Till then.



Jumaat, 6 Januari 2012

Nak kritik tu senang ja...


Pic baru untuk profile. Cecece, bajett ambik gambaq tepi ja. Bukan pa letak gambaq penuh satgi orang mengigau lak. Aku tak berani ambik risiko.

ehem3... aku tukar background tu... ;)


----------------------


Sekarang semua tengah kecoh sebab Nur Amalina tu... Erm, kawan cakap nama glamour dia kat sana Amanda?? amboih, sedap kemain. Tengok buletin tv3 tadi? bagus... aku pun tak tengok. Aku tengok gemersik kalbu ja. Omayy, best kot. Tapi tak dapat tidak aku frust la jugak adegan tak sama lah dalam novel. Padahal aku dah excited cita kat kawan aku...

"Ha, nak dekat dah. Nak dekat dah! lepas nie tunang dia mati lemas. Kompom punya mati lemas ayaq sungai laju..."

Tup tup tup??

"La, kena tikam ka..." 

Aisehh, apa kan daya aku bukan pengarah drama tu. Kalau tak dah lama aku buat dia mati tercekik biji durian.


Tapi overall ok lah. Bagi aku best. Tengok Ayu Raudah jadi Raihanna berlakon memang mantap. Yala novel sebelum nie yang jadi drama pun banyak jugak guna muka dia kan? so, dah biasalah. Part dia nangis menjadi bagi aku. Tapi aku jiwa kenatal mana nangis. *Tipu. Watak Wan Ariffin tunang Raihanna tu pun boleh la, boleh la... sesuai di mata aku nie. Tang watak Sufian ja aku rasa nak kondem sikit! Ish, banyaklah jugak rasa nak kondem tu. Bukan pa. Tak sesuai lah Aqasha jadi Sufian. Orang bayang Sufian tu tinggi kurus sikit ka... Aqasha chubby la... no no no for Sufian. Tapi tu kalau dari pelakon yang aku komen. Dari segi lakonan Aqasha berlakon jadi ja watak Sufian tu... hehehe. Aku biase kata tak sesuai sebab tak minat Aqasha tu.



Bicara Hati pun AWESOME! pengsan tengok Sharnaaz malam tu. Bak kata Bella. "Abang bisep hensem."

Tapi ingat senang aku nak tengok cita Bicara Hati tu? jenuh berpeluh nak tukar channel tv tu pun. Ya la aku bukan tengok kat rumah menumpang tengok dekat Dewan Makan U aku ja yang termampu! pathetic... Dah la malam tu cita Vanilla Coklat kot? start kul 9 gak. Aku nak tukar bukak prima satgi kena booo lak kat tengah2 dewan makan tu. Mau malu 7 keturunan kalau kena. Tak makan dah aku kat port bangla tu... tapi memandangkan aku nak sangat tengok cita tu plus kawan2 aku pun bagi sokongan moral. Aku rembat jugak remote control tu.

5 minit kemudian. Taraaa...

Astro Prima dah bukak. Sengih melebar you... nampak gigi bersepah I. Puas hati gila tengok episod 1 tu. Memang sesuai dua2 watak tu Sharnaaz dengan Cris Cempaka. Last2 misi utama nak buat kerja group terbengkalai.... sebab aku dengan Bella dok nganga tengok abang bisep. Ahli group lain ja yang buat... puhhh... naseb bek group aku nie memang paham sangat dengan aku bila part2 novel nie. Lap you all lah! =)


Akhir kata.... 


aku sebenarnya dah tersilap taip entry nie aku nak post benda lain tapi... TERcerita pasai drama novel lak.  Tersasar jauh. Ish3... tak pa la next entry aku post balik cita pasal Amalina. Tapi bukan pasal dia yang aku nak post tapi pasal akak yang sejuk mata memandang. =)



 P/s : Aku kecewa dengan Ombak Rindu! <----- KLIK .Tak paham kenapa nak buat filem... sedangkan kita dah memang sedia tau yang novel lebih sesuai jadi drama. Bila jadi filem semua nampak macam tergesa-gesa. Tak dan nak feeling2 hindustan tau! frust...



Isnin, 2 Januari 2012

Mari bercerita...


Baru dua hari kelas sesi 2012 start, aku dengan kawan2 sekelas yang tercinta dah banyak buat 'Drama'! hehh... tapi alhamdulillah drama menjadi so tak yah nak persoalkan kredibiliti kami sebagai pelakon hebat abad ke 21. *ahaks... bajet diva lerrr tu... tapi aku pelakon extra ja la. Hokey, enough with the drama. ;)

 Cik Afiey dengan Cik Fatin. =)




Last year punya story. Tapi baru ja jadi... aku ada join contest buat cerpen masa minggu KASA hari tu... Erk, jangan tanya KASA tu benda apa. Aku pun tak tau, orang panggil KASA aku pun panggil ja KASA. Nie semua berkat Cik Afiey yang comey kat atas tu lah. Kalau dia tak bagitau and suruh aku masuk mesti aku tak menang. Ya, I won... tak yah lah buat muka sembelit kot ya pun....  {-___-"} tu dia lah orang kata tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia untung boleh makan KFC... Aku dapat no 3... kira ok what? first time join dapat no 3 ok la tu... *ka sebab memang ada 3 orang ja yang join??? oh no!






Hari tu aka last year... hadiah novel Cabaran 50 Buku untuk bulan oktober dengan november dah dapat dah. Senyum lebar you pagi tu... "ehem3, pak cik posmen sudah sampai...." muka teruja tak boleh blah. Bukak ja pembalut tu......


Taraaaaaaa!.... 


Dua2 keluaran baru Jemari Seni. Yang oren tu tajuk dia Sehiris Bulan karya Hafizah Iszahanis. Yang ala-ala men in black tu AdaMaryam karya Xarine.  Xarine punya style penulisan pun best jugak ala-ala thriller. Me like. Nak komen lebih2 pun tak boleh lagi setakat nie sebab aku tak sempat nak baca lagi sempat tangkap gambar. Nanti bila2 free aku buat review dia.






Last but not least... jeng jeng jeng... kawasan jajahan aku. Meriah gila bukan? Tapi tu la port paling best dalam bilik aku. Nampak bendera tu? betapa gigih lagi semangat patriotiknya aku kan kan kan... tiga bendera sekali aku tempek. =)

Pfttttt... bendera free bolehlah. (Dapat masa PM kita yang rosy cheek, cherry lips and snow white skin... uhuk3! kalah perempuan you. PM kita lawa wei... serius tak tipu). Cuba suh beli? raya haji tukaq dengan raya cina tahun depan pun belum tentu aku habih pikir nak beli ka dak. Bendera aku satu ja, lagi dua tu Nabilah punya. Aku tolong pegang ja tapi memandangkan tuan punya bendera tak mai claim  kat aku. So, consider aku punyalah... ;) 

Motif letak gambar kawasan jajahan aku? tak dak motif saja menggedik.
P/s : Dah lama tak update pasai kucing kesayangan aku tu... nanti next entry aku update pasai kucing aku yang seksi tu okey. =)


Ahad, 1 Januari 2012

Bukan satu permulaan yang baik tapi insyaALLAH akan berkesudahan baik.


Mulai dari detik nie, hari nie, saat nie... aku tak suka nombor satu...! disebabkan nombor satu hidup aku tunggang terbalik sem dua nie... sedih.


Hurmmm... nak cita banyak benda, even 'tahun lepas' aka semalam punya cerita pun banyak lagi aku tak update. =) Tapi its ok what past is past... biaqlah aku kenang dalam ingatan ja. *bajet... puihh...

Cuma nak kongsi cita, tahun 2012 aku tak dimulakan dengan HAPPY story... sob sob sob... tengah cuba nak kuatkan semangat nie. Try to think positive yang dia marah aku sebab untuk kebaikan aku jugak untuk masa depan nanti. =)

Siapa yang marah aku tu?? ewahhh, macam besaq ja mandat dia nak marah2 aku kan? haha tapi memang pun. Dalam erti kata lainnya maybe dia marah sebab nak mendidik. Well, dah tu memang tugas dia kan... mendidik anak bangsa so, aku yang anak bangsa nie kenalah tough sikit! hati mau kebai! jiwa mau kentai!



Tapi...............................




Erkk, aku lembiklah wei... baru kena tengki sikit air mata dah mendayu2 keluaq. Demmm, hilang kemachoan aku ya di situ. Tak pa, tak pa keluaq sikit ja. *sikitlah sangat! meleleh-leleh hinguih... Tapi still, aku dengan group aku bukan sengaja. Kami tak mintak pun benda tu jadi. Hurmmm...


Tapi kan, tapi kan... ayat dia memang pedihlah wei. Menusuk kalbu tembus jantung lepas ke hati! pedih2... tapi tadi masa kena marah tu aku terasa sikitlah ayat dia BIASE... hari tu dia cakap dia akan pick group randomly. So, semua kena prepared. Tapi tadi awat dia cakap kalau tukaq group kemudian "It is unfair for others group. They haven't prepared yet. You cannot be selfish." Aku diam... hari tu cakap lain. Kalau semua dah prepared awat mesti ayat UNFAIR tu ada? oummmmm.... tak pa la aku nie sapalah nak pertikaikan keputusan dia. Maybe dia pun ada masalah lain. Ok2 think positive.



Tapi................ tak dapat tidak rasa sedih tu adalah jugak terlekat kat hati nie. Cuma apa yang aku boleh cakap kat hati nie, ada hikmah kenapa jadi macam nie. DIA lebih tau kan apa yang baik untuk hambaNya...




Biaqlah orang kata bahasa kedah nie macam kasaq. Bagi aku bahasa kedah tetap paling kiut habaq mai... Aku suka bendera kedah... bukan sebab aku anak kedah. Well, tu pun salah satu sebab tapi sebenaqnya pasai bendera kedah kale MERAH! aku suka merah... Bendera Selangor pun merah what? awat hang tak suka? Ermm, sebab aku orang kedah! hahaha... jawapan cam kelin juai ikan. =P *tiba2 masuk pasai bendera kedah.



SELAMAT TAHUN 2012 BLOGERIANS !! =D


p/s : dah masuk 2012 maknanya Cabaran 50 Buku dah berlabuh tirainya. Tahniah semua geng Lomba baca. =)