Khamis, 19 April 2012

Bila Artis Malaysia Bertudung.


SUMPAH LAWA!

Serius tak tipu, aku kalau nampak perempuan cantik memang rambang mata. Eh, betoi ka aku nie gegirl? Oh no! Tapi memang betul, perempuan kalau pakai tudung BERLITUP memang cantik. =) 




WARDINA SAFIYYAH

Yang paling aku suka tengok wardina la... cantiknya dia. =)

Ingat spanar jaya? masa tu dia muda2 lagi tak pakai tudung lagi tetap cantik tapi sekarang bertambah cantik. Sedap mata memandang. Even dah jadi mak orang pun makin cantik. Muka dia makeup ka tak makeup tetap cantik. Natural beauty kata orang. Aku pun kata cam tu dia natural beauty. Cantik yang semulajadi. 




IRMA HASMIE

Aiseh, sapalah yang tak kenal Irma hasmie nie. =) Sebelum dia pakai tudung pun aku dah minat dia. Muka dia comel then dia sangat happy go lucky. Pendek kata imej dia nampak ceria.

Tapi lepas dia pakai tudung nie sejuk mata tengok. Nampak macam ada nur pun ada. Kalau kat tv dia berlakon mesti aku tengok. Ntah rasa suka tengok dia, muka nampak keibuan. =) untung bakal suami dia. Dulu masa dia break up dengan nabil aku macam la kenapa.... tapi la pikir balik kan. Ada yang lebih baik tunggu dia. =)



 
RAJA FARAH

mesti kenal dia nie kan? Ala, yang berlakon iklan beras cap burung ke apa ntah. "Sebutir beras umpama setitik peluh petani!" Tagline iklan tu. Aku bila pikir sebutir nasi=setitik peluh... erkkk.

Nie pun cantik gak. =) Dulu lain sekarang lain. Dulu pun cantik tapi sekarang lagi cantik!



FARAH AF2

Yang nie comey!! yang nie pun aku nampak natural beauty. Ah, kalau dah artis semua cantik. Yang bukan artis pun cantik jugak. =) Mula2 dia pakai tudung kan sebab join rancangan halal orental tu. Then lepas tu dia terus pakai.

Tu la orang cakap bila Tuhan nak bagi nur nie. Tak kira cara. Mungkin mula2 tu niat dia sebab kerja ja. Tapi last2 memang pakai betul. =) Waktu mula2 tengok dia pakai tudung tu. Memang nampak sangat comel. Kulit dia kan cantik. Tidak orang tak ambik jadi duta produk lah. Tapi memang sesuai pun. =)




DIANA AMIR

Yang nie sapa tak kenal. Ala, yang berlakon cita impian tu. Cita Impian tu sambungan cerita Impian Illyana tu... Aku first time tengok dia berlakon cita tu la. Orang comel nie memang aku senang ingat. hehe.

Bagi aku dia berlakon best la. Tapi certain movie. Macam movie apa ntah yang  berlakon dengan pieere andre tu aku kureng berminat sikit. Tapi movie dia yang lain aku tengok ok la. Before pakai tudung nie kan dia banyak kontroversi. Tapi lepas dia pakai tudung nama dia dah bersih aku nampak. =) betullah orang cakap hijab tu pembuka pintu hati.

Tapi satulah yang aku salute kat dia. Dia punya fesyen tudung memang style la. Dia pandai bergaya =)




ANA RAFALI

Yang nie macam anak pak arab aku tengok lepas pakai tudung. Ana rafali mix ke? aku tak tau... hehe. Tapi before dia pakai tudung pun dia memang manis kan. Sebab baju2 dia semua tak seksi pendek kata baju dia still tutup aurat lah.

Manis tu kadang2 bukan dekat senyuman ja. Tapi dekat peribadi kita. =)


Alhamdulillah. Nie semua dah berhijrah betul2. Aku pun tumpang happy. Bukan nak katalah. Tapi bila aku dengar ada artis malaysia yang berhijarah pakai tudung ja mesti hati nie macam rasa happy ja. Orang berubah ke arah kebaikan kita kenalah sokong kan? Nie tak aku tengok ada ja yang sibuk mengata. Tak paham aku. Orang buat benda baik pun nak mengata. Dulu bila dia tak pakai tudung cakap tak pandai jaga dia la bla... bla...bla... dah tu dah dia pakai tudung pun kata. Hipokrit la nak tutup mulut orang la apa la... Biarlah. Niat dia pakai tudung tu dia ja yang tau. Tapi at least dia ada jugak usaha nak tutup aurat dia. Mula2 niat mungkin tak betul tapi lama2 mana tau pintu hati betul2 terbuka nak pakai tudung betul2 memang niat kerana ALLAH. Kita tak tau. 



Seriously, tudung maya karin paling tak leh blah. Bukan nak kata... ermm, malas nak kata.

Ada lagi artis yang aku rasa cantik bila pakai tudung and aku pun suka tengok. Tapi sayanglah... sebab depa pakai untuk berlakon or maybe untuk suka2 ja, wallahualam. Etc. macam Fathia, Tiz Zaqyah, Fazura, Neelofa, Jue Aziz, Nora Danish, Ayu Raudah, Fasha Sandha, Fauziah Ghous and so on....

InsyaALLAH satu hari nanti mungkin semua berubah. Sapa tau? Hidayah tu kan keja Tuhan... kita nie yang termampu tolong doakan ja la. =)


Tiada ulasan: