Khamis, 26 April 2012

Macam mana nanti kalau aku jatuh cinta??


Berita terkini..... Esok result muet keluar... fuh3... Lusa result exam keluar.... Pengsan terus.

Benda nie buat aku terfikir "Macam mana nanti kalau aku jatuh cinta??" Yala, orang cakap kalau jatuh cinta nanti hati kita mesti berdebar2 berdegup kencang lah bak kudaku lari gagah berani. The fact is aku tak suka rasa berdebar2 tu... sangat tak suka bila jantung berdegup kencang. Pfttt.


Aku paling benci bila jantung aku berdegup kencang. Rasa tu buat aku tak selesa gila. Rasa macam orang tak tentu arah. Rasa macam2 la... STRESS tau. Rasa tak senang duduk. RIMAS. Rasa lapar tak pulak. demm...

Nervous and scared is the most hated feeling... rasa dua nie pun boleh buat hati tak tenteram. Sebabnya bila aku rasa dua perasaan nie aku mula jadi tak tentu arah. Dan bila aku rasa dua perasaan nie automatik aku nak gigit kuku. -_-" lepastu kena kena lempang tang belakang dengan mak, ayah, kakak2, abang sometimes adik aku. Cis, tu kiranya semua orang dalam family aku. Kalau aku benak jangan tanyalah sebab apa kan? hari2 kena lempang belakang mana tak bangang. Siapakah yang harus dipersalahkan? aku yang salah sebab suka gigit kuku atau family aku yang suka lempang belakang aku sebab aku gigit kuku? pilih2...

Jawapan orang ramai. AKU SALAH SEBAB GIGIT KUKU! cisssssssss...

Yala2 tau, tak elok gigit kuku. Kuku tu kotor banyak cacing kerawit. Nanti kuku masuk perut cacing beranak pinak buat perkampungan orang asli dalam perut. Lepas tu dia buat pesta menuai padi plak. Lepas tu aku kerja ulang alik masuk tandas. Tau2... tengah usaha berhenti la nie... haishhh.

Wei, benda tu dah jadi habit tau sejak kecik lagi kot aku dah memang macam tu. Ingat senang nak ubah bila dah besar nie? Kadang2 tu masa tengok tv pun aku tak sedar tangan dah naik ke mulut. Pastu tiba2...

BUKKKK!

kakak aku hentam belakang.

"Gigit kuku gigit kuku!"

Aku dengan muka blurr tengok tangan aku. 

"Eh, bila masa dia masuk mulut...??" sangat innocent muka aku masa tu... HAHAHA

Hayyy... sebab tu aku tak suka Nervous dengan Scared.... TAK SUKA! tapi selalu aku rasa macam tu. Even bila benda kecik and sesimple mungkin pun aku dah rasa dua tu. Contohnya macam aku bagi pecah pinggan mak aku. Sumpah cuak wei. Nak2 lagi pinggan mahal import dari luar negara. England ka New Zealand ka Uganda ka... *TIPU~rumah aku tak ada pinggan mahal.

Time tu la tangan masuk mulut. Reaksi spontan. Rasa macam boleh hilangkan rasa nervous dengan takut tu sikit. Tapi lepas kena ceramah dengan mak aku ok la lepastu. Nasib bek tak suh ganti balik pinggan tu.

So, pucuk pangkalnya... aku rasa NERVOUS dengan takut sekarang nieh... Dah penat aku pujuk hati nie. "tak pa zana, usaha dah, doa dah... tawakal ja... insyaallah ada rezeki." penat dah aku pujuk hati tu. Suh, duduk diam2 jangan dok nak bergelodak bagai dilanda ombak rindu sangat. Tapi dia tak nak dengar jugak. Dia dok jugak dupdapdupdapdupdap. Sakit dada nie tau. Hurmmm...

Esok penentu aku boleh sambung law ke tak. =) Tak mengharap tapi menaruh harapan tu ada la sikit2... hehe. Apa2 pun redha. Rezeki tuhan nak bagi dekat aku banyak tu ja. Setimpal dengan usaha aku ya tak?

















Warghhhh, tak mau check result. Takut luka lama berdarah kembali. Huhu... takut nak check result aku........

Khamis ~ result muet keluar
Jumaat ~ result exam keluar
Sabtu?? ~ DIE!

Bak kata Wah ~ Redha itu pasrah, berserah itu parah... eh ya ka??


P/s : dalam entry boleh lah kawal jiwa suruh cool. Realiti?? aku tengah bergolek atas katil sampai jatuh lantai macam orang mati laki.  -_-"




Khamis, 19 April 2012

Bila Artis Malaysia Bertudung.


SUMPAH LAWA!

Serius tak tipu, aku kalau nampak perempuan cantik memang rambang mata. Eh, betoi ka aku nie gegirl? Oh no! Tapi memang betul, perempuan kalau pakai tudung BERLITUP memang cantik. =) 




WARDINA SAFIYYAH

Yang paling aku suka tengok wardina la... cantiknya dia. =)

Ingat spanar jaya? masa tu dia muda2 lagi tak pakai tudung lagi tetap cantik tapi sekarang bertambah cantik. Sedap mata memandang. Even dah jadi mak orang pun makin cantik. Muka dia makeup ka tak makeup tetap cantik. Natural beauty kata orang. Aku pun kata cam tu dia natural beauty. Cantik yang semulajadi. 




IRMA HASMIE

Aiseh, sapalah yang tak kenal Irma hasmie nie. =) Sebelum dia pakai tudung pun aku dah minat dia. Muka dia comel then dia sangat happy go lucky. Pendek kata imej dia nampak ceria.

Tapi lepas dia pakai tudung nie sejuk mata tengok. Nampak macam ada nur pun ada. Kalau kat tv dia berlakon mesti aku tengok. Ntah rasa suka tengok dia, muka nampak keibuan. =) untung bakal suami dia. Dulu masa dia break up dengan nabil aku macam la kenapa.... tapi la pikir balik kan. Ada yang lebih baik tunggu dia. =)



 
RAJA FARAH

mesti kenal dia nie kan? Ala, yang berlakon iklan beras cap burung ke apa ntah. "Sebutir beras umpama setitik peluh petani!" Tagline iklan tu. Aku bila pikir sebutir nasi=setitik peluh... erkkk.

Nie pun cantik gak. =) Dulu lain sekarang lain. Dulu pun cantik tapi sekarang lagi cantik!



FARAH AF2

Yang nie comey!! yang nie pun aku nampak natural beauty. Ah, kalau dah artis semua cantik. Yang bukan artis pun cantik jugak. =) Mula2 dia pakai tudung kan sebab join rancangan halal orental tu. Then lepas tu dia terus pakai.

Tu la orang cakap bila Tuhan nak bagi nur nie. Tak kira cara. Mungkin mula2 tu niat dia sebab kerja ja. Tapi last2 memang pakai betul. =) Waktu mula2 tengok dia pakai tudung tu. Memang nampak sangat comel. Kulit dia kan cantik. Tidak orang tak ambik jadi duta produk lah. Tapi memang sesuai pun. =)




DIANA AMIR

Yang nie sapa tak kenal. Ala, yang berlakon cita impian tu. Cita Impian tu sambungan cerita Impian Illyana tu... Aku first time tengok dia berlakon cita tu la. Orang comel nie memang aku senang ingat. hehe.

Bagi aku dia berlakon best la. Tapi certain movie. Macam movie apa ntah yang  berlakon dengan pieere andre tu aku kureng berminat sikit. Tapi movie dia yang lain aku tengok ok la. Before pakai tudung nie kan dia banyak kontroversi. Tapi lepas dia pakai tudung nama dia dah bersih aku nampak. =) betullah orang cakap hijab tu pembuka pintu hati.

Tapi satulah yang aku salute kat dia. Dia punya fesyen tudung memang style la. Dia pandai bergaya =)




ANA RAFALI

Yang nie macam anak pak arab aku tengok lepas pakai tudung. Ana rafali mix ke? aku tak tau... hehe. Tapi before dia pakai tudung pun dia memang manis kan. Sebab baju2 dia semua tak seksi pendek kata baju dia still tutup aurat lah.

Manis tu kadang2 bukan dekat senyuman ja. Tapi dekat peribadi kita. =)


Alhamdulillah. Nie semua dah berhijrah betul2. Aku pun tumpang happy. Bukan nak katalah. Tapi bila aku dengar ada artis malaysia yang berhijarah pakai tudung ja mesti hati nie macam rasa happy ja. Orang berubah ke arah kebaikan kita kenalah sokong kan? Nie tak aku tengok ada ja yang sibuk mengata. Tak paham aku. Orang buat benda baik pun nak mengata. Dulu bila dia tak pakai tudung cakap tak pandai jaga dia la bla... bla...bla... dah tu dah dia pakai tudung pun kata. Hipokrit la nak tutup mulut orang la apa la... Biarlah. Niat dia pakai tudung tu dia ja yang tau. Tapi at least dia ada jugak usaha nak tutup aurat dia. Mula2 niat mungkin tak betul tapi lama2 mana tau pintu hati betul2 terbuka nak pakai tudung betul2 memang niat kerana ALLAH. Kita tak tau. 



Seriously, tudung maya karin paling tak leh blah. Bukan nak kata... ermm, malas nak kata.

Ada lagi artis yang aku rasa cantik bila pakai tudung and aku pun suka tengok. Tapi sayanglah... sebab depa pakai untuk berlakon or maybe untuk suka2 ja, wallahualam. Etc. macam Fathia, Tiz Zaqyah, Fazura, Neelofa, Jue Aziz, Nora Danish, Ayu Raudah, Fasha Sandha, Fauziah Ghous and so on....

InsyaALLAH satu hari nanti mungkin semua berubah. Sapa tau? Hidayah tu kan keja Tuhan... kita nie yang termampu tolong doakan ja la. =)


Isnin, 9 April 2012

Apa yang aku tengok dekat youtube? Part 1


Cecece... hampa2 yang dok bukak youtube tu dok tengok benda apalah kan... bek mengaku kaih. Hampa buka video Justin BibiR! dak? acece... tok sah dok mohong la... tak Justin BibiR mesti hampa tengok bini dia Selena GomeK... kan?

Aku tak men la bibir2 kemek nie... aku up sikit. Bila aku on9 youtube antara video2 yang aku selalu tengok and mostly bukaklah kan...





Sapa la tak kenai mamat nie... mohong ler tu. Sikit punya fames dia nie. Video dia pun best2, stok kalau ulang 15 kali tengok... 15 kali gak kita gelak. Tak gelak pun mesti sengih sorang2. =) 

Tapi baru2 nie dengar cita pasai something yang kurang best sikit pasal dia. Kononnya KRU nak saman dia pasal video dia Rant on popularity tu. Dalam video tu kan dia ada komen pasal lagu 3Kata tu. Bagi aku la... tak nampak pun apa yang salahnya mamat nie sampai nak kes saman2 tu. Entahlar...




Orang cakap muka dia macam eunhyuk super junior! Sama la tu... bibir angelina jolie dah dua2 orang aku tengok. =) Jom tengok video Matluthfi!




Nie sorang lagi. Kalau tak kenal menipu gak la tu. Haipp, tak bek mohong2 nie... tak bau syurga tau! *tiba2.

Dia nie pun best jugak. First video dia yang aku tengok yang euwww tu. Dia punya slang mat salleh... perghh! fluent gila kot. Tapi kan aku tengok video dia sekarang macam dah tak bapa nak kick macam dulu dah. Makin lama makin kureng sikit feel tu. =(

Tapi tapi tak dapat tidak... video dia sekarang memang bagus lar. Tu tak leh nak nafikan. Dia macam  nak bagi kesedaran kat kita semua yang tengok video dia tu buat benda baik. =) tu yang bagusnya. 

Aku rasa bagus jugak tu. Yala, dia dah fames so, rasa tanggungjawab nak jadi role model yang baik tu mesti ada kan? Tapi aku memang rasa dia satu role model yang elok pun. Terutamnya untuk student2 kat luar sana. =)


See! muka leader tu dah ada dah... gaya lagiiiii la ada. Hari tu masa dia  bertanding digi awards tu. Sekali tiga award dia rembat! gila tak hebat tu... 




Ha, yang nie pun role model yang bagus gak bagi aku. Maybe video dia tak se'funny' mamat kat atas nie. Tapi dia punya video memang daebak! banyak ajak kita buat benda baik. Macam bagi peringatan kat kita pun ada.

Memang tak rugi kalau tengok. Dia pernah ja buat kalobrasi *ejaan tak tau betoi ka dak. Ala, yang gabung2 tu la dengan Anwar Hadi buat video pasal bulan puasa. Budak oversea jugak nie. Ex mrsm langkawi tak silap aku. =)


Sekali tengok muka dia macam abang saudara aku pun ada. Muka dengan style tu sama. spek dengan janggut sejemput... haha




Yang nie sama ja kesengalan dia. Tengok video pun hilang stress. Tambah yang video dia kena lempang dengan mak dia tu. 10 kali aku ulang 10 kali aku bantai gelak. Style gila mak dia lempang. Rasa macam nak try buat jugak! haha

Banyak la video dia yang best2. Yang pasai Tijah "Push tijah push!" pasai deodoran la, make up for guys la... memang banyak. Try la tengok... memang best.

Dia nie aku baru discover baru2 nie ja... cheeee... baru discover! ayat tak boleh blah. haha


Selain jadi vlogger! dia nie penulis komik... see? multi talented dia nie. Buat video pandai melukis pun pandai. Komik dia setakat nie yang aku baca on9 best and comei... ;) Kalau beli pun berbaloi... lagipun kita kena support buatan malaysia! aku pun nanti nak beli. =) ingat KOMIK-M



Ha! mamat kiok/Kyo nie kawan aku yang bagitau. Cik fien! dia memang minat mamat tu... taste dia katanya... ada la sikit2 tangkap cintan... haha ampun fiennn... ;)

Fien nie la ajaq aku tengok mamat nie. Memang sengal la dia nie. Pasal mamat nie la aku kenal lagu Ahmad Jais yang budi setahun segunung intan tu... ala, yang lirik cik adik sayang tido sebantal tu....

Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Jangan sampai aku nyanyi kat sini... mau lebat satu malaysia satgi... Aku pernah letak ringtone phone lagu nie. Pakat bantai gelak family aku dekat aku... -__-" sangat retro kata depa...



Fien kata dia hensem... aku kata? hensem la jugak sikit2... hahaha



So? ampa minat dak yang aku sebut nie? Nie baru separuh... ada lagi yang aku tengok... kalau aku sambung semua letak satu entry alamatnya cecah lantai la. Panjang. Aku pecah jadi dua ja la. Kalau ada video orang yang best2 yang aku tak sebut tu bagitau la aku. Boleh gak nak tengok. Tambah link baru... hehe.

Kadang2 bukan pa... tengok video2 nie boleh buat aku rasa happy gelak sorang2. Aku tengok video sorang2 ja... tak dak nak teman... sob3...

Ah, dah2 la aku berdrama sebabak. Nanti kita sambung part 2 lak... ada vlogger perempuan. Apa ingat aku usya mamat ja ka? perempuan pun aku layan gak ok... ciss, berprasangka buruk kat aku. Tak bek no.


Till then...






Rabu, 4 April 2012

Anak kucing baru!


Aku ada anak kucing baru! 

Finally, akhirnya... aku ada jugak 'kekuatan' *kekuatan la sangat nak menghupdate blog pasal my new kitten! well, tak da la baru tera mana pun... dapat masa bulan januari hari tu... 3 months ago... hurmm.. orang busy tak sempat nak update blog. Biasa la tu. *mata ke atas kaki kemuka. So, memandangkan aku rajin plus kakak aku yang dok kat johor tu merayu siap peluk kaki cium lutut lagi suruh update. Aku update. *kompem mati aku lepas nie. -_-"


Let's beginnnn!


Gambar2 kat bawah nie semua masa umur baru 2 3 hari lahir... bukak mata pun tak lagi. So, pakat jadi apek longsi la tiga2 ekor. =) *including their mom... haha. Hurmmm, ingat tak mak dia? Ala, yang nama glamour khiriah tu! ha, nie la anak-anak dia. Weee...

Ok, kalau hampa klik link tu... boleh lah tengok transformasi si khiriah nie daripada jadi anak dara ke mak dara yang hot! opss.... 


Baru nak mengenal dunia... biasalah tu yang pulun nak keluaq dari kotak. Bajet depa ada skill macam cicakman la konon. Last2... hang pijak pala aku, aku pijak pala hang. -__-" Tengok mak dia... muka sangat tak hot. Tension semacam ja aku tengok. Mungkin la kot orang panggil penyakit meroyan lepas bersalin? tapi kat kucing pun ada ka? persoalan di situ ya...


Nie time menyusu. Yang menyusu dua ekor ja... lagi sekor kalut dok ghabat belakang mak dia. *ghabat tu panjat!


Tangan depa sangat lah lembut! lembut gila... rasa macam pegang balon yang isi dengan air and sangat sejuk. =) Bila pegang tu mesti rasa teruja! sumpah tak tipu. Plus saiz tangan depa tu sangat kecik besar jari telunjuk aku ja. Alololo... nampak sangat jari aku cute... I mean tangan kucing tu yang cute. -_-"


Saiz satu badan pun kecik ala-ala besar hamster ja. Dah nama pun baby kucing kan? tak kan keluaq2 besar bapak kucing kot? Haruslah masuk world's book of record! and haruslah aku cakap tu bukan anak kucing tu anak jin! Baru ja lahir besar gedabak macam bapak kucing mau tak pengsan mak nyah. Tapi comei kan? =D


-------------------------------------------


Tu cita umur baru 2 3 hari... nie cita plus gambar 2 3 minggu pulak. Bela anak kucing senang cepat besar tak macam anak manusia... lambat... iya dak? Wait2... nama depa apa? sabar2... satgi aku reveal sekor2 punya nama. Bombastik tu sudah pasti. Kucing mana main nama si tompok si comel nie. Sangat tak up to date. Nama kucing2 aku haruslah hebat2 dan berciri2kan manusia... erkk.



See the paw? disebabkan masih bergelar anak kucing ayah aku suh simpan letak dalam rumah. So, tangan depa sangat pinkish! hang ada? haha.


Menyusu time again... nasib baik nipples mak kucing tuhan cipta banyak. Tak yah nak berebut2 dah... haha. Tapi kan still kesian aku tengok si khiriah tu. Mata pejam ja semedang bila anak menyusu. Sakit agaknya.

Tiap2 kali masa dia menyusu anak dia mesti aku akan usap kepala dia sambil cakap "Sabaq naa khiriah... biasalah tu first time dapat anak memang rasa sakit nanti lama2 tak sakit dah la." Penyayang dak aku??

And khiriah dalam hati mesti cakap cam nie "Cilakonyor minoh... dio beranok pun tidok pandai nak nasihat aku. What the cat? what the cat?"


Anak jantan... kalau tak bergusti memang tak la kan. Cakap pasal jantan lupa lak nak bagitau. Anak kucing aku tiga ekor. 2 jantan 1 betina... hehe. Tengok! umur pun baru bapa minggu jalan pun dok terketar2 kaki lagi macam orang tua pakai tongkat tapi bila bab main no 1. Tu men cucuk2 mata dengan gigit2 tu sapa ntah ajaq. Mesti abang aku, dia tu bab2 benda jahat memang dia suka... ish3.

------------------------

Rasanya dah cukup kot cerita tu... moh aku introduce one by one... ;)

 
Nie yang betina. Rasa cam kasar lak bahasa dia betina. Aku panggil pompuan la... hehe. Walaupun dia pompuan tapi buasnya... nauzubillah! hari main tangga jatuh dari tingkat 2 umah aku. Jenuh ayah aku ligan budak nie. Ligan kemain. Kalah jaga anak manusia lagi. -_-"
Nama : Kila Fairy @ Miss Universecat 2020
Hobi : Tangkap gambar and posing maut.
Cita-cita : Nak jadi model AmeriCAT next top model katanya.



Next!



Yang nie jantan aka baby boy. Nie paling pemalaih sekali aku tengok and paling kuat makan. Semedang melekat dengan mak dia nak menyusu. -_-"

Nama : Khairul Fahmi Che Mat  @ Abang Khai @ Kherol
Hobi : Menyusu.
Cita-cita : Bukak kedai susu.


Next!!!



Nie yang aku paling sayang. Aku memang pilih kasih bab2 nak berkasih dengan kucing nie.
 Warna dia kelabu light2... haha. Corak sebijik cam kadiaq ada huruf 't' dekat belakang. Suka main dia nie... suka explore merata... and suka kacau kherol. Dok tak dok pi gigit telinga kawan tu. Notty dia nie.

Nama : Mohd Nor Khusyairi @ Mad noq @ Cairi
Hobi : Jalan-jalan.
Cita-cita : Nak ganti tempat maria tengku sabri jadi hos Jalan-jalan cari pasai.


Tapi tapi... bad news nya... dari tiga ekor dah tinggal sekor saja. ='( lagi dua ekor hilang tanpa kesan! Ntah hidup ntah mati... aku pun tak tau. Lagipun masa depa hilang tu aku ada kat U lagi. Tu yang agak frust jugaklah rasa. Tak dan nak jaga depa tiba-tiba dah hilang. Kalau betul orang ambik tak pa la aku halalkan anak kucing tu tapi jaga elok2 bagai menatang susu yang penuh! kalau tak memang aku tak halalkan. Titik! yang tinggal dengan tu cuma si kherol yang kuat menyusu tu ja. -_-" kenapa mesti yang pemalaih tinggal dengan aku? demmm.


Sekian... 


Ahad, 1 April 2012

I'm back! Haipp, aku hidup lagi tau... hehe


I'm still alive babeh! u miss me?? Apa? gambaq bajet? eh, aku memang dari dulu lagi suka bajett... ampa2 ja yang lambat perasan. Haha

Tangan rasa kaku. Dah lama gila tak tulis blog. Gila kot sebulan lebih aku tahan gelora di jiwa nak update entry... *ayat mesti mau style. Gelora di jiwa? Eh, macam tajuk novel. Apa-apa pun... assalamualaikum. Hehe, alhamdulillah I hidup lagi ya. Dah lama tak update blog... 

Aku menghilangkan jejak sebab final exam hari tu. Nie kan sem 2 aka sem last aku kat Merbok sebagai pelajar asasi undang-undang. Fuh, tobat lega dah habis. Fuhhhhh3! lega betul. Nampak aku tengah hembus nafas sikit punya kuat sampai terbang kain lapik meja mak aku nie. Nampak? Good... tu tandanya memang aku lega gila ok.

So, sebab final exam... kononnya nak fokus kat exam lah kan, aku usaha tak update blog langsung. Last aku update pun pasal derma darah hari tu. Well, I manage to do it. Tak update langsung blog. Yang mana sangat tak bagus untuk kesihatan blog aku dengan nuffnang. *bajet duit nuffnang dia banyak sangat.


Final exam aku hari tu... ok la. Ada yang boleh jawab ada yang tak boleh jawab. Tapi tak adalah jadi kes cam sem lepas tiba2 ada lagu dok berdondang sayang dalam kepala otak aku kan. Tapi still final exam sangat tough bagi budak yang hari-hari-telan-kismis-pil-minda-minum-jus-dr-rozmey-tapi-still-tak-cerdik macam aku nie. Macam paper law 3 aku hari tu... aku rasa memang lingkup! memang kelaut la aku cakap. Masuk dewan hari tu rasa macam budak bodoh pun ada. Macam tak belajar langsung. Kesian miss aku penat dia baca slides dalam kelas tapi aku still tak leh jawab. Hurmm, boleh dak nak cakap. "Bukan salah aku, salah paper law tu la susah sangat!" *what the cat what cat... -_-"



Ah, sudah2 la dengan kenangan final exam aku yang tak berapa nak manis sangat macam ceklat hack tu! malas aku nak ingat. Rasa macam nak flush ja dari otak aku masuk dalam jamban.



Tapi tak dapat tidak baru 4 hari habis asasi aku rasa rindu gak la kat kawan2 aku kat sana. :'( Setahun kot dok kat sana. First time belajaq berdikari cari makan sendiri apa semua kat sana walaupun tiap2 minggu 3 4 kali aku balik rumah. Still, aku belajaq banyak benda gak la kat sana. Rasa macam dah terbiasa kat sana sampaikan aku dah balik rumah pun aku macam "Eh, betoi ka aku dah habis asasi nie, betoi ka tak yah balik merbok dah nie??"


Rindu merbok.... oh tidakk... kalaupun aku rindu setengah mati dekat uitm merbok aku harap sangatlah aku cuma balik kat sana untuk ambik result periksa aku ja bukan sebab kena repeat paper... fuang fuang! mintak dijauhkan...


Tapikan seriuslah cakap 6 bulan cuti nie lama gila kot. Kalau kucing aku pregnant pun mahu dah 2 3 kali gak la beranak. Nak kerja tapi progress mencarinya belum jugak nak mulanya... hehe. Tapi plan tu dah ada la nak buat apa. Cuma tunggu nak dilaksanakan ja la. Doa-doa la tak terbengkalai niat suci murni aku tu kan. hehe. So, memandangkan aku ada banyak masaaaaa! kalau hari-hari aku update blog lepas nie jangan kata apa la na. ;)


P/s : Aku tulis entry nie sambil tengok kucing aku yang makin gemok dan pemalaih. Hayy, cuti nie aku jadi nanny dia la jawabnya. Bertuah la punya badan. Dia jadi bos aku plak jadi kuli... -_-"