Khamis, 15 September 2011

3 in 1 sep ruang...

Disebabkan terasa kemalasan nak buat sampai tiga entry so, i make it fast,fit and fewitttt! haha

1st story~

I'm alone!!! yeayy... I mean ouhhhh sad... sobsobsob... tak pa tak pa selalu aku balik roommates aku yang sekalian tu tak balik kena tinggal dengan aku... hehe so my turn lak leave being alone... biar berani sikit *mata keatas kaki kemuka... agak2 jalan tak plan aku nak study law malam nie?? *muka curios... ka aku lepak depan lappy tengok movie??? hurmm movie, study? movie study? movie study?? movie kot.... hehe...

p/s: Liyana, Feeqa, Ain... aku setia menanti kepulangan anda semua di bilik yang suram penuh labah2 saiz 4 inci, di tingkat 4 yang jauh ke atas dan di blok 4 yang jauh nun sana terkebelakang dari manusia...


2nd story~

Alhamdulillah... bulan ogos ada balik rezeki... bulan julai hari tu langsung tak sempat buat review *kononnyalah.


Betul2 raya raya juga buku jangan lupa review.. =)
Apa2 pun thanks pada siapa2 yang terlibat sebab pilih review saya =)


3rd story~

Ada satu teka teki... cer try jawab na...

Sejenis makhluk berkaki dua, bermata empat, berkulit sedikit putih tapi banyak gelapnya, berambut BLONDE ala2 paris NEWton dan bermulut bising bak murai disumbat stokin ke  dalam mulutnya...

ha, jawab2! jangan tak jawab...



24 minit 36 saat kemudian~~~



La tak tau ka jawapan dia??? haish tu la aku kata teka teki nie susah... tak caya kan dah 24 minit 36 saat pun tak boleh nak jawab... ish2... tak pa la jawapan dia.... sila lihat gambar dibawah... jangan terconfuse ya yang baju biru tu bernama fatin filzah dan tak ada kena mengena antara kucing mahupun hamster... yang berbaju kelabu bermuka LOVE tu yang issuenya... dia nie la jawapan kepada teka-teki di atas. harap maklum. =)

muka harus disensoredkan atas permintaan tuan punya diri.


Err, sat2 nak promote blog dia dulu sebelum aku meneruskan agenda meluahkan rasa TERIMA KASIH aku kat dia satgi... WARbudakja'at. Silalah ke blog dia memang best...boleh follow kalau berminat.

Ok dah... nama penuh dia Wahidah Wassini binti Abdul Rahman... orang panggil Wah ja tapi tu la dia nie suka merendah diri tu yang dia suh orang panggil dia BeyonSEN (pronouncation beyonce)... dia nie budak baek yang selalu buat jahat... aku selalu lepak dengan dia. Cakap dengan dia memang best... =) hati yang tenang setenang air dalam sungai pun boleh jadi sederas air tejun. =) sejukkkk jerrr hati ni... lupa nak mention, Wah nie budak pandai... hari assignment critical thinking orang score 11, 12 ja... tang dia score 15... pandai kan.

Tu ja nak cita... owh alamak TERLUPA plak nak cakap TERIMA KASIH kat Wah... a'ah terima kasih sebab tadi teman aku yang sorang2 nie kat bilik tadi... TERIMA KASIH sebab tolong peringat aku jangan bukak pintu malam2 kalau ada orang ketuk pintu bilik aku... aku memang tak kesah pun dengan ayat hang tu, tambah2 aku dok sorang2 kan? lagilaaaaaa tak kisah... TERIMA KASIH sebab kutuk laptop toshi2*Toshiba aku tu ada sound speaker problem, yala laptop hang speakaer kuat tak payah headphone macam aku... TERIMA KASIH sebab cakap laptop aku hopeless sebab payah nak dapat internet, yala tak macam laptop compaq hang tu.. siap boleh pewit2*TWIT dengan doktor Faiz lagi kan... =). No hal lah.. TERIMA KASIH sebab tolong bagi warning kat aku jangan jawab kalau ada orang panggil nama aku malam2... memang TERIMA KASIH sangatlah Wah... aku memang terharu la sangat kan dengan sikap prihatin hang yang tak berbelah bahagi tu... yo yem gee, yo yem geee... terharu!!! tengok bilangan TERIMA KASIH aku yang kat atas tu dah la... sangat terharu kan... =)

p/s: tengok Wah aku sanggup turun ground floor semata-mata nak update dedicate special entry nie kat hang... terharu tak...?? =) hahaha... apa2 pun thanks lepak dengan aku tengok movie... enjoy lepak dengan hang. *ikhlas nieh. =D




Kalau suka WAH boleh like...^_^

Rabu, 14 September 2011

Minat hindustannnn?? heh

 it's me... at my grandgrandgrandfather backyard... *tipu

Madam saya cakap orang yang suka tengok hindustan nie dia ada SERIBU SATU MASALAH in other term 1001 problems! hohoho i'm glad to hear that kind of statement... >.< weeee~~ (simptom2 orang nak menghadapi final exam harap maaf... sebetulnya dah stress sangat sampai dengan hindustan pun jadi kerja...)

Nak final tapi layan hindustan... cantikkkk...




Ranbeer aka pak cik serius tapi hensem sikit2... sikit ja la... haha


alalalalala... nie la Geeta malaikat tu*konon-kononnyalah...


Nie tengah rangka plan jahat nak mengenasi Ranbeer tu... otak jahat nauzubillah budak2 nie...


Nie part paling tak boleh diterima pakai akal waras tapi paling aku suka! malaikat turun ke bumi naik basikal atas pelangi!! bravo! memang terbaik ah.. aku pun mau naik gerek kayuh atas pelangi... -_-"


dah macam night in museum pun ada... dinosor hidup segala bagai...


Endingnya... dah sah2 la Ranbeer dengan Geeta!


Sinopsis...klik sini (tapi bahasa indon ya... kat bawah nie aku dah ejas2 sikit ikut kefahaman sendiri.)

Kisahnya dimulai dengan Ranbeer Talwar (Saif Ali Khan), seorang industrialis India yang berjaya namun kesepian karena kehilangan semua orang yang disayanginya. Lantaran itu, ia tidak memperhatikan keadaan di sekelilingnya. Disebabkan kecuaiannya, tanpa sengaja dia telah menyebabkan terbunuhnya sepasang suami isteri. Mahkamah memutuskan hukuman kepada Ranbeer dia perlu menjaga keempat-empat anak pasangan suami isteri tersebut yang kini menjadi yatim piatu.

Walau Ranbeer menyesal dan bersedia menjaga mereka, tetapi keempat-empat anak itu yang masing-masing bernama Vashisht (Akshat Chopra), Aditi (Shriya Sharma), Iqbal (Rachit Sidana) dan Avantika (Ayushi Burman) menganggapnya bersalah kerana menyebabkan mereka kehilangan orang tua mereka. Mereka seolah-olah bermusuh walaupun tinggal dalam sebuah rumah.

Anak-anak pasangan itu berdoa kepada Tuhan agar mereka tidak menderita lagi, dan ternyata doa itu didengar dan Tuhan mengirim malaikatnya, iaitu Geeta (Rani Mukherjee) turun ke Bumi*guna basikal... Geeta ditugaskan untuk menyatukan Ranbeer dan keempat-empat anak itu agar menjadi sebuah keluarga bahagia. Geeta pun menyamar sebagai pengasuh anak-anak itu di rumah Ranbeer. Untuk menjayakan lagi tugasnya, ida sengaja menggunakan kuasa magiknya, walaupun sudah dilarang.

Anak-anak tersebut terpedaya dengan magik yang Geeta gunakan dan mula berpihak kepada Geeta. Manakala Ranbeer pada awalnya keliru dengan kehadiran Geeta namun perlahan-perlahan mulai jatuh hati kepadanya. Padahal Ranbeer telah memiliki seorang kekasih, Malaika (Ameesha Patel). Anak-anak yang telah mulai memaafkan Ranbeer, malah cuba menrapatkan antara Ranbeer dan Geeta.

Apakah tugas Geeta itu dalam menyatukan Ranbeer dan keempat anak itu akan berhasil? Bagaimana kelanjutan hubungan Ranbeer dengan Geeta?


p/s : dah nama pun hindustan... tipulah sangat kalau tak ada adegan nari-nari, nyanyi-nyanyi TUJUH LAPAN LAGU TUKAR BAJU 12 KALI tu kan... memang lah ada... tapi ok la layankan ja...overall best lah... part2 yang tak berilmiah tu abaikan ja la... so, happy wasting 3 hours of your time watching hindi movie!! =)

Kalau minat hindustan boleh like..^_^

Selasa, 13 September 2011

You know what...


Honesty is the best policy... honesty is always the best policy... and honesty still is the best policy.

You should always tell the truth even when it seems as if it WOULD BE USEFUL to tell a lie... hell yeah... super true. I admit that. Sometimes we think we had made the right decision  the decision were totally wrong... that's why the words of DISCUSS exist... to help you to prevent from the words of LIE by being HONEST.

Human make mistakes and always make mistakes but still they deserve to get second chance right?


Remember one thing... once you commit a lie, even if you do it for a reason, people will never trust you again, even you apologise still it is not enough...

Jumaat, 2 September 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (20) HANYA DIA SUFI


HANYA DIA SUFI
Penulis : Lili Norlaili
Halaman : 430
Harga : RM 19.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011



 



 
Secara ringkas :

Sufi Najiha, seorang gadis manis yang terpaksa dewasa sebelum masanya akibat pilihannya sendiri. Kisah bermula apabila dia tidak berpeluang menyambung pelajarannya setelah tamat peperiksaan SPM. Dia kemudiannya diterima bekerja di sebuah syarikat, Texin Instrument. Di situlah buat pertama kalinya Sufi bertemu dengan Shah yang disangkanya hanya pekerja am biasa rupa-rupanya bakal menjadi bosnya apa taknya berambut panjang, kemeja kotak-kotak hitam putih, topi dipakai terbalik dan jeans lusuh yang koyak di lutut sekali tengok macam penagih dadah! Tu la pandangan pertama Sufi pada Shah.

Orang cakap benci tu biar berpada-pada takut nanti bertukar jadi sayang. Nah! Kan dah jadi kenyataan. Hari-hari meja Sufi menerima kunjungan kuntuman bunga lili. Mula-mula kebal la Sufi menahan godaan Shah. Tapi akhirnya cair juga hati gadis belasan tahun ini tanpa mengetahui apa yang bakal dihadapinya kemudian harinya kebahagiaan atau penderitaan. Diterima kehadiran Shah dengan hati yang terbuka. Tidak pernah Sufi tahu yang Shah sudah ada calon isteri dan bakal berkahwin tak lama lagi. Melihat gaya Shah yang betul-betul sayangkannya membuatkan Sufi tidak pernah jangka akan perkara ini sehinggalah mama Shah muncul dan menceritakan segala-galanya. Munirah nama gadis yang bakal menjadi suri Shah.

Walaupun hakikatnya Shah tak pernah berminat untuk ambil tahu tentang perkahwinan yang dirancang mamanya itu. Sufi cuba menjauhi Shah setelah mengetahui perkara sebenar tetapi sekali lagi dia tewas dengan pujukan Shah supaya mereka berkahwin. Sufi masih mentah. Dia tidak berfikir panjang tentang masa depannya hanya kerana tidak mahu Shah menjadi anak derhaka dia bersetuju untuk berkahwin dengan Shah bersyaratkan Shah setuju kahwin dengan Munirah dan tidak membelakangkan mamanya dan syarat terakhir Shah tidak boleh memberitahu hal perkahwinan mereka kepada keluarga Sufi.

Sufi sudah merencana sesuatu. Sesuatu yang tak terduga oleh Shah. Hanya satu malam mereka bergelar suami isteri sebelum Sufi akhirnya menghilangkan diri. Selama 10 tahun Sufi menyembunyikan dirinya dari suaminya, Shah. Walaupun Sufi tahu dia telah menderhaka kepada suaminya tetapi dia merasakan pengorbanannya perlu dilakukan demi kebahagiaan Shah. Persoalannya betulkah segala pengorbananya ini berbaloi? Bagaimana keadaan Sufi dan Shah setelah bertemu 10 tahun kemudiaanya?


Komen saya :

Hanya Dia Sufi buah tangan pertama Lili Norlaili. Pada saya novel nie tak menghampakan Cuma penulis masih boleh perbaiki beberapa perkara yang saya rasa kurang memuaskan hati pembaca contohnya penulis tidak terlalu menekankan perasaan watak utam, Sufi. Bagaimana dia rasa sedih setelah kehilangan bayinya dan bagaimana sedihnya Sufi menjalani hidup secara bersembunyi dari Sufi. Mungkin penulis ada tekankan tetapi tak cukup kuat untuk pembaca rasakannya.

Tapi pada saya jalan ceritanya sudah cukup menarik. Idea penulis tentang seorang gadis yang melakukan pengorbanan demi lelaki dia sayang dah menarik. Cuma macam saya katakana tadi ada sesetengah bahagian tak cukup penekanan dari penulis.

Dan pada pendapat saya, penderitaan Sufi nie tak berbaloi… err, sebabnya di akhir penceritaan rupa-rupanya semua hanya salah faham. Hanya sebab Sufi tak berterus-terang maka kisah hidup dia yang sepatutnya boleh ja bahagia dengan Shah jadi rumit sampaikan dia dengan Shah terpaksa berpisah selama 10 tahun! 10 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, lama tu.

Masa Sufi buat keputusan untuk berkahwin dengan Shah hanya berwalikan hakim dan membelakangkan hak  ayahnya saya dah macam nak kondem ja Sufi. Tak patut Sufi buat macam tu! Tak adil, Sufi tak nak Shah jadi anak derhaka tapi pada yang sama Sufi sendiri membelakangkan keluarga dia terutama sekali ayah dan emaknya. Nampak Sufi tak matang dalam buat keputusan tapi boleh diterima lagi. Yalah Sufi kan baru belasan tahun. Tu apa yang saya rasa masa mula-mula baca bahagian tu tapi kemudian di pengakhiran cerita barulah penulis ceritakan balik apa yang sebenar-benarnya terjadi. Rupa-rupanya ayah Sufi dah izinkan Sufi kahwin dengan Shah, maknanya memang ayah Sufi tahu tentang perkahwinan Sufi tapi tak pernah bagitau dekat siapa pun.

Penamatnya mesti semua orang boleh agakkan. Sufi dan Shah hidup bahagia… hehe, best-best. Apa yang saya dapat dari cerita nie, betapa pentingnya restu ibu bapa kalau anak-anak nak bahagia dalam perkahwinan mereka. insyaALLAH.
                                 
                                                                                  
XX Quotes : Tak rugi baca, ada mesej yang cuba penulis sampaikan. =)


 
Kalau suka boleh like...^_^




XX : Cabaran 50 Buku : (19) NURUL LAILA SURIA


NURUL LAILA SURIA
Penulis : Fatihah Pauzihal
Halaman : 539
Harga : RM 21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011





Secara ringkas :
 
Tiga sahabat rapat ketika zaman sekolah dahulu terpisah kerana masing-masing terpaksa membawa haluan sendiri akhirnya bertemu dalam keadaan yang tak dijangkakan! Bertemu semula dengan pelbagai kisah mereka yang tersendiri.

Nurul, kerana tak mahu dikahwinkan dengan seorang ustaz, Nurul telah melarikan diri beberapa hari sebelum perkahwinannya dengan ustaz tersebut. Nurul yang agak social padankah dengan seorang ustaz yang sentiasa menjaga perilakunya? Tetapi takdir tuhan telah menyatuka mereka juga sebagai suami isteri walaupun Cuma untuk seketika sahaja. Bertahun-tahun Nurul meninggalkan tanah airnya dengan merantau mencari pengalaman hidup berdikari di tempat orang bersama anaknya, Danish. Di sana Nurul tak keseorangan, Alif sentiasa berada di sisinya untuk membantunya dan bersamanya. Lama kelamaan Nurul mula rasa bersalah dengan Joanne, isteri Alif. Dia akhitnya membuat keputusan untuk kembali ke bumi Malaysia. Setelah bertahun berpisah Nurul bertemu semula dengan Ustaz Hakim. Terlampau banyak persoalan yang perlu Nurul rungkaikan kepada ustaz muda itu.

Suria, disebabkan perbuatan khianat lelaki tak bertanggungjawab, Imran dia kehilangan keluarganya tak cukup dengan penderitaan tu pula dia mengandung anak luar nikah hasil perbuatan Imran. Tetapi nasib Suria agak baik, Fahmi sudi jadikannya sebagai suri hidupnya dengan niat mahu membantu Suria. Sedari dulu lagi Fahmi sudah menaruh rasa dan harapan terhadap Suria tetapi disebabkan Suria denganImran sedang berkasih Fahmi hanya memendamkan rasanya. Setelah berkahwin, Suria bersikap dingin dengan Fahmi walaupun Fahmi melayaninya dengan baik sekali. Segala keperluan Suria disediakan sebaik mungkin oleh Fahmi, bahkan Fahmi tak pernah mengungkit tentang kisah hitam Suria dia menerima Suria dan anak yang dikandung Suria itu dengan seadanya. Layanan baik Fahmi akhirnya menyedarkan Suria betapa dia sangat menyayangi Fahmi setelah dia kehilangan anak yang dikandungnya. Saat Suria sedia menerima Fahmi Zulaikha bersama seorang kanak-kanak lelaki hadir. Suria mula keliru dan akhirnya dia tekad membawa diri dan anak yang baru dikandungnya itu tanpa pengetahuan Fahmi. Tetapi siapa Zulaikha? Adakah tindakan Suria membawa diri nie adalah jalan yang terbaik?

Laila mempunyai kisah tersendiri. Perkahwinannya bersama Syafiq yang dibina atas dasar cinta musnah gara-gara ibu mertuanya sendiri yang mementingkan darjat dan harta kekayaan. Akibat fitnah mertuanya Laila dihalau keluar dari rumah mereka. Menambah kelukaan dihatinya, Laila tidak boleh mengandung kerana rahimnya cedera ketika dia terlibat dalam kemalangan suatu ketika dahulu bersama Syafiq. Sikap Syafiq yang sering mempermainkan perasaan Laila dengan datang meminta maaf kemudian melukakan kembali hati Laila membuatkan Laila sudah tawar hati dengan Syafiq. Setealh perpisahannya dengan Syafiq, Laila telah memelihara seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Alia. Alia dijadikan anak angkatnya. Kehilangan Alia semakin menyiksa hati perempuan Laila. Bertahun-tahun dia menderita akibat perbuatan Syafiq dan kehilangan Alia sehingga dia hilang kewarasan dan dikategorikan sebagai pesakit mental. Ketika Laila sakit, hadirnya Nizam sedikit sebanyak menghilangkan rasa sedih Laila. Saat Laila sudah pulih Nizam melamarnya tetapi pada masa yang sama Syafiq turut muncul kembali menagih kasih Laila. Syafiq mula menjelaskan bagaimana dirinya dan diri Laila dianiaya oleh ibu Syafiq dan meminta Laila memberinya peluang kedua. Nizam yang kecewa dengan kehadiran Syafiq terus meninggalkan Laila tanpa sebarang kata. Siapa yang bakal menjadi pilihan Laila?

Tiga sahabat dalam tiga ceritera yang berbeza dan tiga rencah cabaran yang dihadapi mereka dalam mengecapi bahagia tersurat dalam sebuah cerita Nurul, Laila, Suria.


Komen saya :

Seolah-olah membaca tiga cerita yang berbeza di dalam sebuah novel. Tetapi yang menariknya ketiga-ketiga cerita ini saling berkait antara satu sama lain dan bercantum di akhir ceritanya.

Penulis bijak merangka jalan cerita novel nie dan tak mengelirukan pembaca yang menbacanya sebabnya setiap satu cerita dimulakan dan ditamatkan dengan baik sekali. Maksud saya kita tak terkeliru bila penulis menceritakan tentang kisah watak yang lain. Bahasa yang digunakan juga mudah dan memikat hati. Paling saya suka ialah penulis pandai memasukkan unsur-unsur suspen yang buatkan kita sebagai pembaca ingin tahu apa yang akan terjadi.

Contohnya kisah hidup Nurul. Mula-mulanya agak klise bagi saya seorang anak gadis yang tak mahu dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga kemudian dia melarikan diri. Tetapi kalau dah jodoh tu lari ke kutub utara pun tetap bertemu juga dengan lelaki tersebut. Macam tu la kisah Nurul nie, Nurul berkahwin juga dengan Ustaz Hakim tu walaupun untuk tempoh yang sangat singkat dan disebabkan salah faham mereka ditangkap khalwat. Perkahwinan ni tiada seorang pun ahli keluarga mereka tahu. Kemudian beberapa tahun kemudian kita dikejutkan dengan watak kanak-kanak lelaki yang dikatakan anak Nurul. Masa ni otak saya dah mula fikir siapa ayah Danish?? Sebabnya penulis berjaya membawa kita sampai ke penghujung cerita tanpa memberitahu siapa ayah Danish dan yang paling mengejutkan ayah Danish adalah Ustaz Hakim! Sungguhlah saya tak jangka pun… hehe. Masa nie dah berharap sangat penamat kisah Nurul dengan Ustaz Hakim biarlah diaorang bersama balik. Tapi tup tup… Nurul dengan kawan baik dia akhirnya. Kalau lah ada part yang saya tak suka novel dalam nie. Satu ja ending kisah Nurul. Sebab saya lebih suka Nurul dengan Ustaz Hakim. Tapi nak buat macam mana dah jodoh la katakan. =)

Kisah hidup Suria pun menarik bagi saya. Kahwin paksa rela. Lebih kurang macam tu la. Fahmi yang baik hati sabar ja layan kerenah Suria. Memang suami yang mithali Fahmi nie. Walaupun Suria dah tak suci, mengandungkan anak luar nikah lagi tapi disebabkan Fahmi sayang sangat dengan Suria dia sanggup kahwin dengan Suria semata-mata nak membela nasib Suria. Baikkan Fahmi nie. Penamat kisah Suria saya suka! Suka bila Suria dan Fahmi baik semula hidup bahagia. Pada saya kisah Suria paling  ringkas tidak terlampau sarat dengan konflik. Tetapi masih lagi sebuah kisah yang menarik untuk dibaca sebabnya kisah kahwin paksa rela sentiasa ja ada peminatnya. Termasuklah saya sendiri… =)

Kisah hidup Laila sangat mencabar, dari awal lagi kita dihidangkan dengan penderitaan yang dialami Laila bermula kemalangan yang dialaminya sehinggalah kehilangan Alia. Kemudian dia diuji pula untuk memilih antara dua insan yang bergelar lelaki. Menambahkan lagi simpati kita kepada Laila bila Laila tidak boleh mengandung pastinya sebagai seorang wanita dia terlalu sedih dan rendah diri dengan kekurangan yang dimilikinya. Nasib baik kehadiran Alia dapat mengubat sedikit sebanyak rasa hati Laila. Pada saya Laila symbol wanita yang cekal dan tabah.

Apa yang bolah saya katakan Nurul Laila Suria sangat menarik dan saya berpuas hati dengan novel ni.


XX Quotes : Nurul Laila Suria sangat-sangat menarik! Cerita berbeza dari yang lain, sangat disyorkan untuk membelinya dan membacanya. =)


 
Kalau suka boleh like..^_^


Khamis, 1 September 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (18) LANGSIR BIJI REMIA


LANGSIR BIJI REMIA
Penulis : Noor Suraya
Halaman : 262
Harga : RM 17.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011




Secara ringkas :

Asalnya dia seorang gadis yang cantik, dikurniakan paras rupa yang memikat. Ramai orang yang memuji akan kelebihannya itu. Tetapi dia riak akan kelebihan yang diberikan kepadanya itu sehinggalah terjadi kejadian buruk yang menimpa dirinya. Dia hilang kecantikannya itu, siapa dia? Dialah Duha Hafa gadis yang menyembunyikan wajah sebenarnya disebalik purdah yang dipakainya.

Dari dulu Duha mengenali Umair, mereka teman sepermainan dan rakan bicara jendela. Umair dari dulu lagi menyukai Duha, dia suka memandang sepasang mata sayu kepunyaan Duha. Katanya mata Duha tu cantik, macam mata unta, sayu sahaja persis mata wanita arab. Sehingga dewasa, setelah 10 tahun Umair masih menanti Duha. Tetapi Duha bagaimana pula?

Duha yang sekarang tak sama seperti Duha yang dulu. Duha yang dulu naïf tak seperti Duha yang sekarang yang lebih realistiknya. Dia sedar akan kekurangan dirinya. Apabila Umair menyatakan hasrat hatinya, Duha bahagia hati perempuan mana tak tersentuh bila dilamar sang jejaka. Tetapi Duha sedar dia tak layak berganding dengan Umair. Duha berterus-terang dengan Umair akan keadaan sebenarnya. Umair sangat terkejut! Bagaimana penerimaan Umair? Dapatkah Umair menerima Duha seadaanya?

Umair bukanlah lelaki yang teguh imannya, diikat janjinya dengan Duha. Janji yang belum pasti dia dapat tunaikan. Ketika ini, Mohsin lelaki yang molek pekertinya muncul. Menawarkan hati kepada Duha ketika Duha masih menunggu jawapan dari Umair.

Siapa yang bakal dipilih oleh Duha, Umair lelaki yang kononnya sudah 10 tahun menati Duha dan telah lama hatinya diserah kepada Duha atau Mohsin lelaki yang baru Duha kenali ketika menunaikan umrah, lelaki yang ingin mengahwininya kerana wasiat ayahnya?

Duha Hafa telah membuat pilihannya dalam Langsir Biji Remia. =)


Komen saya :

Langsir Biji Remia sebuah cerita yang memberi kesedaran, yang mengajar kita bersyukur diatas setiap pemberianNya kepada kita dan mengajar kita agar tabah menghadapi dugaan. Bila saya membaca naskah LBC ni, buat saya sedar Tuhan tak akan menguji hambaNya melainkan kerana Dia sayangkan hambaNya dan tahu hambaNya mampu untuk menghadapi dugaan itu.

Jangan merendah diri dengan kekurangan kita sebaliknya bina keyakinan melalui kekurangan kita. Pengajaran nie paling saya suka. Sebabnya saya pun rasa nak cuba perbaiki kelemahan yang saya ada dan jadikannya sebagai sumber kekuatan saya. Memang susah tapi kalau Duha boleh buat saya pun boleh juga kan?
Watak-watak yang ada dalam LBR nie juga menarik minat saya. Watak Ain Najwa mengingatkan saya kepada karyanya yang sebelum ni dalam Kebun Mimpi. Saya tertanya-tanya apa terjadi dengan Adam dan Ain kemudiannya bila baca LBR barulah saya tahu apa yang terjadi kepada Adam. Sangat pilu hati bila baca kisah Ain yang tabah dan Adam yang malang. Boleh menitis air mata rasanya.

Nilai keikhlasan yang diterapkan oleh Noor Suraya ke dalam LBR bagi saya sangat berkesan, walaupun hanya melalui penulisan tetapi kita boleh rasakannya. LBR mengajar kita sayang itu hadir bukan melalui paras rupa tetapi keikhlasan hati. Kalau berdasarkan rupa, natijahnya akan jadi seperti Umair yang menyesal kemudian hari. Rasa puas hati bila Umair dapat balasannya, biar dia rasa apa yang Duha rasa.

Serasa saya tidak ada satu pun karya Noor Suraya yang telah saya baca saya tak suka. Semuanya menarik dan bahasa yang digunakan memikat hati. Sejujurnya, mula-mula tu ada rasa ragu-ragu, tertanya-tanya macam mana cerita siri Si Manis 17 nie? sebabnya selalu saya cuma baca novel umum keluaran JS yang biasa. Jadi bila saya dapat hadiah novel LBR nie sempena resensi buku sebelum nie, saya agak teruja untuk bacanya dan memang tak rugi saya bacanya. Rasa macam nak beli ja Siri Si Manis 17 yang lain, walaupun umur dah 18… terlebih setahun, tak apa kan. 

Lepas nie nak cari Siri Si Manis 17 yang lain pula. =)


XX Quotes : Sangat wajib dibaca… betul-betul beri pengajaran kepada kita. =)


 Kalau suka boleh like...^_^



XX : Cabaran 50 Buku : (17) JAJA & DIN


JAJA & DIN
Penulis : Noor Suraya
Halaman : 481
Harga : RM 20.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2009
Cetakan 2, 3 - 2010
Cetakan 4 - 2011


Secara ringkas :

Jaja & Din… dua orang yang berbeza watak, berbeza cara hidup, berbeza kedudukan bak kata Nini adik Jaja, tak sekufu!

Hanya kerana sekeping gambar lelaki yang berkopiah di tanah perkuburan hidup Jaja berubah! Jaja dengan gigih cuba mencari lelaki yang redup pandangannya itu. Lelaki yang dia sendiri kosong maklumat tentangnya.

Tapi kalau dah memang jodoh mereka dah tertulis di Loh Mahfuz siapa yang boleh nafikannya. Jaja memang tercipta untuk lelaki berkopiah itu, iaitu Din dan Din memang tercipta untuk membimbing Jaja. Biarlah orang nak kata Jaja nie tak tau malu tapi kalau Jaja tak bertindak dulu mana mungkin Din akan jadi miliknya.

Jaja sedar bilamana dia membuat keputusan untuk bersama Din, kehidupannya akan berubah! Dia perlu zuhud. Tapi bagi Jaja asalkan Din disisinya dia sanggup apa saja termasuklah bertukar menjadi gadis melayu terakhir. Jaja sanggup belajar hidup secara zuhud asalkan Din ada disisinya. Malah Jaja sanggup menyuruh mak dan ayahnya meminang Din! Jaja betul-betul dah jatuh cinta dengan ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suaminya.

Din terima Jaja seadanya, dia cuba membimbing Jaja tentang cara hidup islam yang sebenar. Bermula dari alam perkahwinan merekalah bermacam-macam dugaan yang Jaja perlu lalui termasuklah hendak memenangi hati mentuanya. Maklumlah Jaja kan menantu bukan pilihan. Tetapi demi Din, Jaja sanggup.

Ketika Jaja dan Din bergembira menyambut berita kehadiran mujahid kecil yang bakal Jaja lahirkan, Din terpaksa ke Afghanistan untuk berjihad di sana selama setahun. Jaja sedih tetapi dia kan terpaksa merelakannya. Menambah pilu di hati, Din dikatakan telah mati syahid di sana! Hancur luluh hati Jaja mendengarnya tetapi Jaja tetap tabah, dia berjanji akan berjumpa dengan Din di ‘sana’ kelak.

Persoalannya… betul ke Din dah tiada???


Komen saya :

Jaja & Din memang terbaik! Quotes paling sesuai dengan novel nie bagi saya. Don’t judge the book by its cover… yes, sangat setuju!

Cover luaran nampak sangat comel, nampak seolah-olah Jaja & Din nie cerita remaja yang comel-comel ja tapi bila dah baca isinya jauh lebih comel dari yang disangkakan. Sangat cantik dan indah untuk dibaca. Betul tak tipu… memang best.

Tema seorang ustaz dan gadis metropolitan yang berbeza dunia mereka akhirnya berkahwin bagi saya menarik. Kemudiannya heroin yang datang meminang hero tak macam kisah novel yang kita selalu baca. Paling saya suka cara Kak Su bercerita. Penggunaan aku  dalam menceritakan kisah Jaja & Din nie memang berkesan. Kemudian Kak Su buat pembaca tertanya-tanya, buat pembaca nak tahu lagi apa yang terjadi seterusnya sampai habis.

Paling saya terharu dan sedih masa Jaja balik raya dekat rumah Din buat pertam kalinya, Jaja dan Din kena tidur dekat bilik belakang yang sempit sebabnya bilik Din anak-anak saudara perempuan Din duduk. Memang sedih bila baca bahagian tu. Kemudian satu lagi masa Jaja sanggup berkorban beri kasut dia untuk ibu Din masa kasut ibu Din kena curi dan Jaja terpaksa balik rumah dengan berkaki ayam! Mulianya hati Jaja… walaupun Jaja dengan Din terpaksa tidur dekat bilik yang sempit, bilik yang layak kita panggil store!

Betul Kak Su pandai bermain ayat, ayat yang Kak Su guna lembut saja tapi kesan dia mendalam. Sekejap-sekejap saya tersenyum, kemudian rasa sedih, kemudian rasa insaf pula… bila baca bahagian Din tegur Jaja mengenai solat tu, barulah sedar diri kerdil sangat, banyak buat dosa. Main-main dalam tunaikan solat. 

Kagum dengan watak Jaja yang betul-betul tekad nak dapatkan Din sampai sanggup suruh mak ayahnya pinangkan Din. Boleh pengsan agaknya kalau saya pulak suruh mak ayah saya buat macam Jaja… hehe =)

Penamatnya pula, best! Mula-mula tu dah sedih lah mengenangkan Din mati syahid, Jaja jadi balu… tapi tiba-tiba Din… err, kalau nak tau kenalah baca Jaja & Din. =)


XX Quotes : Saya dah beli dan rasa untung beli novel Jaja & Din. Sangat berbaloi-baloi… Jaja & Din kisah hero heroin abad kini. =)


Kalau suka boleh like...^_^


Raya tahun nie... awesome!



SELAMAT HARI RAYA! maaf zahir err batin rasanya tak ada kot... hehe... wah2, semua orang pakat2 update blog memasing wish happy eid la, selamat hari rayalah... ya2 selamat semua... =) aku pun ada juga SELAMAT yang nak diucapkan. 

taraaa! SELAMAT KETUPAT RENDANG LODEH! haha selamat2..

nothing to say just something to write...*caih, penipu! ayat kat atas berjela dah.  Ye la blog mana ada suara, orang bukan boleh dengar pun suara aku kan... hanya tulisan yang berkata-kata tanpa berbunyi... acece rasa cam nak pelempang diri sendiri pun ada bila baca ayat gedik2 nie

ok2, serius... hari tu tiba2 tangan nie rajin nak mengomen dekat blog akak cun sebab topik entry dia sangat menarik ya bagi aku... and sangat setuju dengan pendapat dia mengenai guy with specky sangat adorable, macho, smart, baik hati, penyayang, bertanggungjawab, sweet... ah sikit2 sudah aku puji... satgi ada pula yang kembang hidung kat umah aku nie. haha *my bro la tu sapa lagi.

Cer try baca akak namee nie tulis... sangat setuju ok dengan ayat dia.. >.< 
Spectacle
Comel ke? Em, bagi aku lelaki specky ni rajin. Rajin membaca dan bekerja yet focus pada sesuatu. Tapi spectacle tu harus lah ada power bukan yang dibeli di kedai accessories semata untuk trend. Kalau yang power specky nya 300 ke atas lagi bagus. Kenapa? Sebab aku sweet. Apa kena mengena dengan aku sweet? Yelah, bila tiap kali dia terlupa letak specky di mana, aku lah jadi heroin. Di kala dia terkebil-kebil dan terkenyit-kenyit mata mencari specky..aku datang 'nah honey baby, your specky'.. terus pakaikan. ceh. Aku memang romantic walaupun jiwa kental. serious tak tipu. aku romantic gila.


ada lagi Ciri-Ciri Lelaki Yang Menarik Perhatian : Handsome ? Klik la link rainbow2 aku tu, dont worry automatik dia akan open new tab. =) KLIK2 blog kak namee memang best.



ye2 akak saya dah pergi beraya pun semalam, pukul 9.45 malam lagi saya dok beraya kat rumah orang... tup tup dah TERjumpa jejaka idaman tu... hahaha. excited jap >.<




Kalau suka boleh like..^_^