Jumaat, 2 September 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (20) HANYA DIA SUFI


HANYA DIA SUFI
Penulis : Lili Norlaili
Halaman : 430
Harga : RM 19.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011



 



 
Secara ringkas :

Sufi Najiha, seorang gadis manis yang terpaksa dewasa sebelum masanya akibat pilihannya sendiri. Kisah bermula apabila dia tidak berpeluang menyambung pelajarannya setelah tamat peperiksaan SPM. Dia kemudiannya diterima bekerja di sebuah syarikat, Texin Instrument. Di situlah buat pertama kalinya Sufi bertemu dengan Shah yang disangkanya hanya pekerja am biasa rupa-rupanya bakal menjadi bosnya apa taknya berambut panjang, kemeja kotak-kotak hitam putih, topi dipakai terbalik dan jeans lusuh yang koyak di lutut sekali tengok macam penagih dadah! Tu la pandangan pertama Sufi pada Shah.

Orang cakap benci tu biar berpada-pada takut nanti bertukar jadi sayang. Nah! Kan dah jadi kenyataan. Hari-hari meja Sufi menerima kunjungan kuntuman bunga lili. Mula-mula kebal la Sufi menahan godaan Shah. Tapi akhirnya cair juga hati gadis belasan tahun ini tanpa mengetahui apa yang bakal dihadapinya kemudian harinya kebahagiaan atau penderitaan. Diterima kehadiran Shah dengan hati yang terbuka. Tidak pernah Sufi tahu yang Shah sudah ada calon isteri dan bakal berkahwin tak lama lagi. Melihat gaya Shah yang betul-betul sayangkannya membuatkan Sufi tidak pernah jangka akan perkara ini sehinggalah mama Shah muncul dan menceritakan segala-galanya. Munirah nama gadis yang bakal menjadi suri Shah.

Walaupun hakikatnya Shah tak pernah berminat untuk ambil tahu tentang perkahwinan yang dirancang mamanya itu. Sufi cuba menjauhi Shah setelah mengetahui perkara sebenar tetapi sekali lagi dia tewas dengan pujukan Shah supaya mereka berkahwin. Sufi masih mentah. Dia tidak berfikir panjang tentang masa depannya hanya kerana tidak mahu Shah menjadi anak derhaka dia bersetuju untuk berkahwin dengan Shah bersyaratkan Shah setuju kahwin dengan Munirah dan tidak membelakangkan mamanya dan syarat terakhir Shah tidak boleh memberitahu hal perkahwinan mereka kepada keluarga Sufi.

Sufi sudah merencana sesuatu. Sesuatu yang tak terduga oleh Shah. Hanya satu malam mereka bergelar suami isteri sebelum Sufi akhirnya menghilangkan diri. Selama 10 tahun Sufi menyembunyikan dirinya dari suaminya, Shah. Walaupun Sufi tahu dia telah menderhaka kepada suaminya tetapi dia merasakan pengorbanannya perlu dilakukan demi kebahagiaan Shah. Persoalannya betulkah segala pengorbananya ini berbaloi? Bagaimana keadaan Sufi dan Shah setelah bertemu 10 tahun kemudiaanya?


Komen saya :

Hanya Dia Sufi buah tangan pertama Lili Norlaili. Pada saya novel nie tak menghampakan Cuma penulis masih boleh perbaiki beberapa perkara yang saya rasa kurang memuaskan hati pembaca contohnya penulis tidak terlalu menekankan perasaan watak utam, Sufi. Bagaimana dia rasa sedih setelah kehilangan bayinya dan bagaimana sedihnya Sufi menjalani hidup secara bersembunyi dari Sufi. Mungkin penulis ada tekankan tetapi tak cukup kuat untuk pembaca rasakannya.

Tapi pada saya jalan ceritanya sudah cukup menarik. Idea penulis tentang seorang gadis yang melakukan pengorbanan demi lelaki dia sayang dah menarik. Cuma macam saya katakana tadi ada sesetengah bahagian tak cukup penekanan dari penulis.

Dan pada pendapat saya, penderitaan Sufi nie tak berbaloi… err, sebabnya di akhir penceritaan rupa-rupanya semua hanya salah faham. Hanya sebab Sufi tak berterus-terang maka kisah hidup dia yang sepatutnya boleh ja bahagia dengan Shah jadi rumit sampaikan dia dengan Shah terpaksa berpisah selama 10 tahun! 10 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, lama tu.

Masa Sufi buat keputusan untuk berkahwin dengan Shah hanya berwalikan hakim dan membelakangkan hak  ayahnya saya dah macam nak kondem ja Sufi. Tak patut Sufi buat macam tu! Tak adil, Sufi tak nak Shah jadi anak derhaka tapi pada yang sama Sufi sendiri membelakangkan keluarga dia terutama sekali ayah dan emaknya. Nampak Sufi tak matang dalam buat keputusan tapi boleh diterima lagi. Yalah Sufi kan baru belasan tahun. Tu apa yang saya rasa masa mula-mula baca bahagian tu tapi kemudian di pengakhiran cerita barulah penulis ceritakan balik apa yang sebenar-benarnya terjadi. Rupa-rupanya ayah Sufi dah izinkan Sufi kahwin dengan Shah, maknanya memang ayah Sufi tahu tentang perkahwinan Sufi tapi tak pernah bagitau dekat siapa pun.

Penamatnya mesti semua orang boleh agakkan. Sufi dan Shah hidup bahagia… hehe, best-best. Apa yang saya dapat dari cerita nie, betapa pentingnya restu ibu bapa kalau anak-anak nak bahagia dalam perkahwinan mereka. insyaALLAH.
                                 
                                                                                  
XX Quotes : Tak rugi baca, ada mesej yang cuba penulis sampaikan. =)


 
Kalau suka boleh like...^_^




4 ulasan:

merahitujambu berkata...

lama x baca novel

zana berkata...

~Cik merahitujambu

=) biasala tu, saya pun dah tak sempat baca skrg. sibuk dgn study.. =( tapi kdg2 tu curi2 baca juga..hehe

kliPps berkata...

kenapa saya rasa ending dia mcm tergantung?

zana berkata...

ending dia tak tergantung. =)mungkin cara penulis tamatkan cerita tu yang buat awak rasa cerita dia mcm tergantung...