NURUL LAILA SURIA
Penulis : Fatihah Pauzihal
Halaman : 539
Harga : RM 21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011
Secara ringkas :
Tiga sahabat rapat ketika zaman sekolah dahulu terpisah kerana masing-masing terpaksa membawa haluan sendiri akhirnya bertemu dalam keadaan yang tak dijangkakan! Bertemu semula dengan pelbagai kisah mereka yang tersendiri.
Nurul, kerana tak mahu dikahwinkan dengan seorang ustaz, Nurul telah melarikan diri beberapa hari sebelum perkahwinannya dengan ustaz tersebut. Nurul yang agak social padankah dengan seorang ustaz yang sentiasa menjaga perilakunya? Tetapi takdir tuhan telah menyatuka mereka juga sebagai suami isteri walaupun Cuma untuk seketika sahaja. Bertahun-tahun Nurul meninggalkan tanah airnya dengan merantau mencari pengalaman hidup berdikari di tempat orang bersama anaknya, Danish. Di sana Nurul tak keseorangan, Alif sentiasa berada di sisinya untuk membantunya dan bersamanya. Lama kelamaan Nurul mula rasa bersalah dengan Joanne, isteri Alif. Dia akhitnya membuat keputusan untuk kembali ke bumi Malaysia. Setelah bertahun berpisah Nurul bertemu semula dengan Ustaz Hakim. Terlampau banyak persoalan yang perlu Nurul rungkaikan kepada ustaz muda itu.
Suria, disebabkan perbuatan khianat lelaki tak bertanggungjawab, Imran dia kehilangan keluarganya tak cukup dengan penderitaan tu pula dia mengandung anak luar nikah hasil perbuatan Imran. Tetapi nasib Suria agak baik, Fahmi sudi jadikannya sebagai suri hidupnya dengan niat mahu membantu Suria. Sedari dulu lagi Fahmi sudah menaruh rasa dan harapan terhadap Suria tetapi disebabkan Suria denganImran sedang berkasih Fahmi hanya memendamkan rasanya. Setelah berkahwin, Suria bersikap dingin dengan Fahmi walaupun Fahmi melayaninya dengan baik sekali. Segala keperluan Suria disediakan sebaik mungkin oleh Fahmi, bahkan Fahmi tak pernah mengungkit tentang kisah hitam Suria dia menerima Suria dan anak yang dikandung Suria itu dengan seadanya. Layanan baik Fahmi akhirnya menyedarkan Suria betapa dia sangat menyayangi Fahmi setelah dia kehilangan anak yang dikandungnya. Saat Suria sedia menerima Fahmi Zulaikha bersama seorang kanak-kanak lelaki hadir. Suria mula keliru dan akhirnya dia tekad membawa diri dan anak yang baru dikandungnya itu tanpa pengetahuan Fahmi. Tetapi siapa Zulaikha? Adakah tindakan Suria membawa diri nie adalah jalan yang terbaik?
Laila mempunyai kisah tersendiri. Perkahwinannya bersama Syafiq yang dibina atas dasar cinta musnah gara-gara ibu mertuanya sendiri yang mementingkan darjat dan harta kekayaan. Akibat fitnah mertuanya Laila dihalau keluar dari rumah mereka. Menambah kelukaan dihatinya, Laila tidak boleh mengandung kerana rahimnya cedera ketika dia terlibat dalam kemalangan suatu ketika dahulu bersama Syafiq. Sikap Syafiq yang sering mempermainkan perasaan Laila dengan datang meminta maaf kemudian melukakan kembali hati Laila membuatkan Laila sudah tawar hati dengan Syafiq. Setealh perpisahannya dengan Syafiq, Laila telah memelihara seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Alia. Alia dijadikan anak angkatnya. Kehilangan Alia semakin menyiksa hati perempuan Laila. Bertahun-tahun dia menderita akibat perbuatan Syafiq dan kehilangan Alia sehingga dia hilang kewarasan dan dikategorikan sebagai pesakit mental. Ketika Laila sakit, hadirnya Nizam sedikit sebanyak menghilangkan rasa sedih Laila. Saat Laila sudah pulih Nizam melamarnya tetapi pada masa yang sama Syafiq turut muncul kembali menagih kasih Laila. Syafiq mula menjelaskan bagaimana dirinya dan diri Laila dianiaya oleh ibu Syafiq dan meminta Laila memberinya peluang kedua. Nizam yang kecewa dengan kehadiran Syafiq terus meninggalkan Laila tanpa sebarang kata. Siapa yang bakal menjadi pilihan Laila?
Tiga sahabat dalam tiga ceritera yang berbeza dan tiga rencah cabaran yang dihadapi mereka dalam mengecapi bahagia tersurat dalam sebuah cerita Nurul, Laila, Suria.
Komen saya :
Seolah-olah membaca tiga cerita yang berbeza di dalam sebuah novel. Tetapi yang menariknya ketiga-ketiga cerita ini saling berkait antara satu sama lain dan bercantum di akhir ceritanya.
Penulis bijak merangka jalan cerita novel nie dan tak mengelirukan pembaca yang menbacanya sebabnya setiap satu cerita dimulakan dan ditamatkan dengan baik sekali. Maksud saya kita tak terkeliru bila penulis menceritakan tentang kisah watak yang lain. Bahasa yang digunakan juga mudah dan memikat hati. Paling saya suka ialah penulis pandai memasukkan unsur-unsur suspen yang buatkan kita sebagai pembaca ingin tahu apa yang akan terjadi.
Contohnya kisah hidup Nurul. Mula-mulanya agak klise bagi saya seorang anak gadis yang tak mahu dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga kemudian dia melarikan diri. Tetapi kalau dah jodoh tu lari ke kutub utara pun tetap bertemu juga dengan lelaki tersebut. Macam tu la kisah Nurul nie, Nurul berkahwin juga dengan Ustaz Hakim tu walaupun untuk tempoh yang sangat singkat dan disebabkan salah faham mereka ditangkap khalwat. Perkahwinan ni tiada seorang pun ahli keluarga mereka tahu. Kemudian beberapa tahun kemudian kita dikejutkan dengan watak kanak-kanak lelaki yang dikatakan anak Nurul. Masa ni otak saya dah mula fikir siapa ayah Danish?? Sebabnya penulis berjaya membawa kita sampai ke penghujung cerita tanpa memberitahu siapa ayah Danish dan yang paling mengejutkan ayah Danish adalah Ustaz Hakim! Sungguhlah saya tak jangka pun… hehe. Masa nie dah berharap sangat penamat kisah Nurul dengan Ustaz Hakim biarlah diaorang bersama balik. Tapi tup tup… Nurul dengan kawan baik dia akhirnya. Kalau lah ada part yang saya tak suka novel dalam nie. Satu ja ending kisah Nurul. Sebab saya lebih suka Nurul dengan Ustaz Hakim. Tapi nak buat macam mana dah jodoh la katakan. =)
Kisah hidup Suria pun menarik bagi saya. Kahwin paksa rela. Lebih kurang macam tu la. Fahmi yang baik hati sabar ja layan kerenah Suria. Memang suami yang mithali Fahmi nie. Walaupun Suria dah tak suci, mengandungkan anak luar nikah lagi tapi disebabkan Fahmi sayang sangat dengan Suria dia sanggup kahwin dengan Suria semata-mata nak membela nasib Suria. Baikkan Fahmi nie. Penamat kisah Suria saya suka! Suka bila Suria dan Fahmi baik semula hidup bahagia. Pada saya kisah Suria paling ringkas tidak terlampau sarat dengan konflik. Tetapi masih lagi sebuah kisah yang menarik untuk dibaca sebabnya kisah kahwin paksa rela sentiasa ja ada peminatnya. Termasuklah saya sendiri… =)
Kisah hidup Laila sangat mencabar, dari awal lagi kita dihidangkan dengan penderitaan yang dialami Laila bermula kemalangan yang dialaminya sehinggalah kehilangan Alia. Kemudian dia diuji pula untuk memilih antara dua insan yang bergelar lelaki. Menambahkan lagi simpati kita kepada Laila bila Laila tidak boleh mengandung pastinya sebagai seorang wanita dia terlalu sedih dan rendah diri dengan kekurangan yang dimilikinya. Nasib baik kehadiran Alia dapat mengubat sedikit sebanyak rasa hati Laila. Pada saya Laila symbol wanita yang cekal dan tabah.
Apa yang bolah saya katakan Nurul Laila Suria sangat menarik dan saya berpuas hati dengan novel ni.
XX Quotes : Nurul Laila Suria sangat-sangat menarik! Cerita berbeza dari yang lain, sangat disyorkan untuk membelinya dan membacanya. =)
Kalau suka boleh like..^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan