Sabtu, 27 Ogos 2011

'Hutang' tu wajib kita bayar.


Pernah tak kita kira berapa banyak sembahyang yang kita tinggal yang nak kena kita Qada balik??

Sehari = (1x5) 5 kali sembahyang...
Seminggu = (7x5) 35 kali sembahyang...
Sebulan  = (30x5) 150 kali sembahyang...
Setahun = (365x5) 1825 kali sembahyang...

Ok, sehari kita sembahyang subuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat. Total up semua sehari 17 rakaat kita sembahyang.

Cuba kira...

Sehari = 17 rakaat
Seminggu = 119 rakaat
Sebulan = 510 rakaat
Setahun = 6205 rakaat!

Bayangkan kalau dari mula umur kita baligh sampai umur sekarang kita tak sembahyang... berapa banyak kita nak kena qada?? andai kata umur 12 tahun dah baligh sekarang kita dah 30 tahun... sepanjang masa tu kita tak pernah sembahyang... 18 tahun!! hurmm, cuba darab tengok...  18 x 5 = 32589 kali sembahyang, 18 x 17 = 111690 rakaat kita dah tinggal! Nak pengsan aku rasa... bayangkanlah yang terawih 20 rakaat pun kita rasa payah sangat nak buat nie kan pulak beratus2 ribu yang kita kena ganti? congak2 la sendiri, kalau otak dah tepu sangat guna kalkulator 350 tu.. hehe

Orang cakap hutang duit, bayaq dengan duit.
Orang cakap hutang nyawa, bayaq dengan nyawa.
Sama ja konsep dia dengan SEMBAHYANG, 
Hutang sembahyang, bayaq dengan sembahyang balik... =)

Kalau hutang dengan manusia kita sibuk nak bayaq balik, kenapa hutang DIA kita payah nak bayaq balik?? sedangkan hutang dengan DIA yang nie la benda pertama yang DIA akan tuntut kat akhirat nanti. =)

Risau ada... yala aku pun manusia biasa, ada juga waktu2 yang aku songlap... jangan jadi macam aku ya... tiba2 malam nie aku bukak buku 555 nak kira hutang yang aku berhutang dengan DIA, insyaALLAH. Bukan apa, benda nie kalau aku tak buat bukan aku sorang yang kena... ayah dengan abang aku sekali kena. Aku tak mau kaitkan depa. Cukup2 la kat dunia nie aku menyusahkan depa takkan akhirat nanti pun aku nak 'tarik' depa sekali. Hurmm.. 

Cuma nak kongsi, kita yang perempuan2 nie sapa cakap kalau kita cuti, ABC (ALLAH bagi cuti) kita tak payah ganti? boleh ja tanya ustazah2 sembahyang tetap sembahyang. Cuti kita cuma masa period tu ja lepas cuti, kita kena ganti balik. *Kalau salah tolong betulkan aku. Thanks =)

Entahlah, aku pun tak terror sangat bab2 ilmu agama nie, diri sendiri pun tak berapa nak betul sangat... tapi lepas baca Jaja & Din tadi terus tersedaq berapa banyak aku dah berhutang! YaALLAH...

Kadang2 tu bila kita baca buku berilmiah kita akan sedaq silap kita... sapa cakap baca novel  buang masa pastu tak berilmiah?? memanglah tak berilmiah kalau baca cerita pasal cinta semata-mata, cuba baca novel yang ada isi tapi pada masa yang sama kita pun seronok baca. Untung pun untung, ilmu dapat, seronok pun seronok. 

JS the best... =)



Kalau setuju boleh like...^_^

Isnin, 22 Ogos 2011

Berita nie kalau tersebar macam angin... laju ja...

gambar sekadar hiasan

Pagi tadi satu U kecoh...!

Kecoh sebab apa?? kes seorang student lelaki tikam roommate dia. Alkisah punca dia buat macam tu? wallahualam, aku pun tak tau hanya dia yang tikam tu ja tau punca dia buat macam tu...tapi dengaq cita dia buat macam tu sebab stress pastu ditambahkan lagi dengan masalah makwe... tapi tu nama pun khabar angin kan, lagi pun kes nie jadi kat asrama laki so, aku tak bapa tau sangat kisah yang sebetoinya cam na.

Tapi kalau ikut cerita budak lelaki kelas aku, depa cakap bukan tikam tapi kena toreh... *seriau aku dengaq, ngilu oii... budak laki yang kena toreh tu tengah lena masa kena toreh tu. Melalak gak la dia menjerit mintak tolong. And then certain part aku lupa... hehe, yang ingat depa jumpa budak laki tu kat tandas dengan badan dia penuh darah. La, dia ada dekat hospital masuk ICU.

Hurmmm... agak menakutkan la... rasa cam sycho ja budak nie... dok tak dok nak toreh orang. Tapi nak kata lebih2 pun aku tak tau cerita sebetoinya cam na. Hari nie saja aku dah dengaq tiga versi cerita yang berlainan. Ada yang cakap mamat tu tikam satu badan! hat nie memang aku tak cayalah... 

Tapi yang tak bestnya... budak nie satu kos dengan aku... agak frust, bengang dengan malu gak la... tak pasai ja bila sebut pre-law orang cakap sycho... perghhh! tuduhan tak berasas langsung... tapi kesian pun ada gak la, Yala mesti ada sebabkan dia buat macam tu... sakit ka...

Conclusionnya... aku nak buat kerja aku... esok nak kena submit kat lecturer dah... sekian... =)

p/s : Berita nie baru ja jadi pagi tadi tapi dah masuk berita dah. Cepatkan cerita tersebar. Esok kompem masuk paper... cayalah cakap aku... nie ada link kawan2 kelas aku jumpa pasai berita nie. Boleh ja klik kalau nak baca... tapi satu ja la aku nak cakap... jangan caya sangat, ada yang depa tokok tambah. =) 


MyNewsHub : Leher pelajar IPTA dikelar rakan putus tunang. *yang nie lagi tak boleh blah tajuk.


Kalau teruja boleh like...^_^

Ahad, 21 Ogos 2011

Agak-agaklah kalau gian nak berkarok pun...

Perghh, dah la tengah tension menaip keja yang maha menguji kesabaran nie... pastu ada pulak makhluk2 hamba2 ALLAH yang dok buat konsert depan rumah, memang mencabar keimanan gila..! agak2 la nak melalak pun... bergegaq aku punya pintu, dinding, tingkap rumah woi.. suara dah sah2 stok katak nak panggil hujan... melampau2-lampau... kang esok kalau keluaq berita muka depan kerajaan kedah mengharamkan konsert cap go meng ka apa ka tau nak mogok lak, nak kondem kerajaan pilih kasih lah, diskriminasi lah... padahal sendiri yang tak sedaq diri... hehh.. *hati panas nie...

Pandai lah mengadu kecoh satu malaysia konon kata baca al-quran waktu pagi2 pakai loud speaker tu bising kononnya menganggu ketenteraman orang, pastu suruh kerajaan haramkan benda2 bagus nie. Padahal fatwa dah luluskan dah pun benda nie. Yang depa dok menyanyi lagu ntah papa tu sampai bergegar pintu rumah orang tu boleh pulak?! tak menggangu ketenteraman orang ka??


*bengang nie, bengang...


Yang ikhlas,
Orang perumahan yang terganggu



Kalau setuju boleh like...^_^

Sabtu, 20 Ogos 2011

Cara Nak Sembunyikan Shoutbox.


Ok, continue... entry lepas tukar cursor nie nak sembunyikan shoutbox kat tepi lak... step dia pun lebih kurang jugak. =)


Let's begin!

1) Buka Dashboard.

2) Pilih Design.

3) Tekan Add Gadjet.

4) Pilih Html/JavaScript.

<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}

.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('http://lh4.ggpht.com/_jn57XA2jLxY/SmCHl1YEsxI/AAAAAAAAAXQ/HshHClEVcvY/tabs.png') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()">   </div>
<div class="gbcontent">

<center>Masukkan shoutmix codes kat sini</center>

<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>

5) Copy and Paste codes kat atas dekat Html/Javascript tadi.

6) Tulisan BIRU nie boleh tukar ikut kesesuaian blog.

7) Tulisan PURPLE nie boleh tukar dengan pic. (Pic boleh cari dekat Photobucket, ambik yg direct link tau).

8) Tulisan OREN tukar dengan shoutmix codes sendiri.

9) Save dan siap.


p/s : as usual try and error ya. =)


Kalau suka boleh like...^_^

XX : Cabaran 50 Buku : (16) SWEET SOUR




SWEET SOUR
Penulis : Nasz
Halaman : 570
Harga : RM 21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1, 2, 3, 4 - 2010



Secara ringkas :

Zarul dan Alia, bertahun lama menyulam cinta tapi dah ditakdirkan jodoh Alia bukan dengan Zarul. Bahkan jodohnya dengan abang kepada Zarul sendiri!

7 tahun bersama Zarul, bukan satu tempoh yang singkat tapi Alia dihampakan dengan sekeping kad jemputan perkahwinan Zarul yang diberi oleh Zarul sendiri. Betapa hancur luluhnya hati Alia, terasa dirinya dipermainkan.

Pada masa yang sama Joe cuba memenangi hati Alia, Cuma Alia saja yang tidak sedar akan kehadiran Joe. Sehinggalah Joe mahu mengahwini Alia. Alia yang ketika itu masih marah dengan perbuatan Zarul terus menerima lamaran Joe dan mereka berkahwin walaupun Alia tak cintakan Joe.

“Aku pun boleh kahwin dengan orang lain macam dia buat. kita jadi satu keluarga, habis cerita!” -Alia

Setelah berkahwin disangkakan semuanya akan reda. Tapi Alia masih menaruh perasaan dengan Zarul, Zarul pula seolah-olah mengabaikan isterinya hanya untuk Alia. Joe sedar akan semua yang berlaku tetapi dia ada cara lain untuk selesaikan masalah nie. kalau dulu dia berjaya jadikan Alia sebagai miliknya sekarang dia akan pastikan hati Alia hanya untuknya.

Rancangan apa yang Joe lakukan? Alia bercinta dengan adik ipar sendiri? Tetapi akhirnya rahsia mengenai Alia yang tersimpan kemas selama ini berjaya Joe bongkarkan. Apa rahsia tu? Kenapa Alia sangat bencikan Joe setelah perkara sebenar terbongkar?

Novel yang penuh kekusutan yang perlu dileraikan. Sweet Sour cukup rasanya untuk menjawab persoalan anda. =)


Komen saya :

Jodoh kita tak semestinya dengan orang yang kita sayang. Bercinta macam nak rak sekali pun belum tentu jodoh kita dengan dia. =) macam tu la cerita Sweet Sour nie.

Pada permulaan bab kita diperkenalkan dengan watak Zarul dan Alia yang sedang bercinta walaupun tak secara terang-terangan tetapi kita boleh agak Zarul dengan Alia ada perasaan cinta. Tapi rupa-rupanya bukan Zarul heronya. Zarul tu watak sampingan saja. Sebabnya Joe Jambul lebih mendominasi jalan cerita nie. bila dah nak habis kita baca novel nie kita akan rasa Zarul nie pulak orang ketiga yang cuba nak pisahkan Lia dari Joe padahal awal cerita kita akan nampak Joe sebagai watak jahat yang cuba rampas kekasih adik sendiri.

Tapi bila Alia dah kahwin dengan saya pula yang rasa happy, maknanya terkesan apa yang penulis cuba gambarkan. Bila Alia dengan Joe dah berkahwin, Joe saya nampak seorang suami yang sangat penyabar. Sangat-sangat penyabar. Walaupun Alia cakap anaknya anak Zarul, Alia lari dari rumah, Alia dingin dengan dia tapi Joe tetap sabar dan maafkan Alia. Memang Joe saya nampak sebagai suami yang terbaik abad ke-21… hehe

Pendapat saya, cerita nie bila kita baca kita tak sedar masa berlalu sebab terlalu asyik dengan kisah Alia dan Joe. Cerita yang best dan sempoi tapi pada masa yang sama menghiburkan buatkan kita tersenyum ditambah lagi ada juga bahagian-bahagian yang lawak tergelak dibuatnya bila baca. =)

Mengenai cara penulisan penulis, bagi saya Nasz berjaya selitkan unsur-unsur suspen. Sebabnya saya terkejut juga mula-mula tu, bercinta punya lama dengan Alia tup-tup Zarul serahkan kad kahwinnya kepada Alia. Kemudia di hujung cerita bila asal-usul Alia dibangkitkan. Macam mana Joe rangka rancangannya untuk dapatkan Alia dengan teliti! Betul-betul tak sangka.   

Sangat setuju dengan ayat di belakang cover novel ni.

“Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya Nasz ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona.”

XX Quotes : Seriously, kita akan ulang baca novel nie lepas dah sekali baca. Tak percaya? Cuba lah baca. =)



Kalau suka boleh like...^_^

Jumaat, 19 Ogos 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (15) ANAKNYA ANAKKU JUA



ANAKNYA ANAKKU JUA
Penulis : Anarif
Halaman : 662
Harga : RM 22
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 1- 2011




Secara ringkas :

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nisa’ yang terpaksa memelihara seorang bayi perempuan yang baru lahir. Bayi tersebut juga merupakan anak kepada bekas kekasihnya sendiri. Sebelum memelihara bayi tersebut Nisa’ mempunyai kekasih yang bakal bertunang dengannya, keluarga bahagia dan pekerjaan tetap, hidupnya normal tetapi dengan kehadiran bayi yang dinamakan Hana itu, kehidupan Nisa’ berubah serta-merta.

Dalam usia muda dia terpaksa menjadi seorang ibu dan memelihara Hana. Dia seolah-olah kehilangan ibunya sendiri kerana Uminya itu tidak menyukai Hana, baginya Hana hanya akan membebankan hidup Nisa’ dan disebabkan Hana juga dia khuatir Nisa’ tidak akan berkahwin. Nisa’ juga terpaksa memutuskan hubungannya dengan Daniel kerana lelaki itu tidak akan sesekali menerima Hana yang berstatuskan anak kepada bekas kekasih Nisa’.

Melalui Mak su (pengasuh Hana ketika Nisa’ sedang bekerja) Nisa’ berjumpa dengan Irfan seorang duda yang baru kematian isteri dan anaknya dalam satu kemalangan. Dari situlah mereka mula berkenalan.

Nisa’ kemudian menghadapi masalah untuk mengesahkan status Hana sebagai anak angkat di sisi undang-undang kerana statusnya yang masih bergelar anak dara. Dengan niat mahu membantu Irfan menawarkan diri untuk mengambil Hana sebagai anak angkatnya pula tetapi juga menghadapi masalah kerana lelaki yang tidak mempunyai isteri tidak dibenarkan mengambil anak angkat.

Mak su kemudian mengusulkan agar Nisa’ berkahwin sahaja dengan Irfan. Cadangan Mak su yang dianggap satu gurauan itu rupa-rupanya menjadi kenyataan. Irfan menawarkan lagi sekali untuk membantu Nisa’ dengan mengahwininya. Sekaligus mereka boleh menjadikan Hana sebagai anak angkat mereka yang sah. Nisa’ pada mulanya enggan tetapi akhirnya bersetuju juga.

Perkahwinan yang dibina atas dasar kepercayaan antara satu sama lain adakah akan membuahkan hasil? Sedangkan perancangan mereka berkahwin untuk bercerai. Nisa’ mula keliru dengan perasaannya tetapi Irfan yakin dengan kata hatinya. 


Komen saya :

Anaknya Anakku Jua. =) tajuk yang unik. Cover yang comel.

Pada saya novel ni banyak mengajar kita tentang beza setiap di mata manusia lain. Orang yang bekerja GRO semuanya jahat! Macam tu pandangan sesetengah watak dalam novel ni. Tetapi penulis cuba yakinkan kita tak semua GRO tu jahat, tak semua GRO tu pembawa penyakit dan mereka juga layak diberi peluang untuk bertaubat sama seperti orang biasa yang melakukan kesalahan. Dan tak semestinya anak kepada GRO tu akan membesar seperti ibunya. Mereka tak bersalah dan mereka tak layak dihakimi sewenang-wenangnya.

Watak Nisa’ dikembangkan dengan baik sekali, begitu juga watak-watak yang lain. Watak Umi Nisa’ yang keras hati sehingga anak-anaknya makan hati dengan sangat berkesan pada saya. Watak Umi Nisa’ pada dasarnya nampak seperti mengongkong anak-anaknya tetapi pada pandangan saya selayaknya seorang ibu bersikap demikian untuk melindungi anak-anaknya cuma mungkin cara Umi Nisa’ agak keterlaluan. Manakala watak si kecil comel Hana digambarkan sebagai penyatu sebuah keluarga. Sangat-sangat memuaskan. =)

Jalan ceritanya lebih menarik ketika Nisa’ dan Irfan sedang menyiapkan persiapan perkahwinan mereka. Sesekali tersenyum juga dibuat. Selepas berkahwin  juga menarik jalan ceritanya. Konflik yang dipaparkan walaupun sedikit tapi agak menarik bagi saya sebabnya walaupun main theme cerita ala-ala kahwin paksa rela tetapi penulis cuba tampilkan dengan cara yang berlainan tak seperti novel cinta lain. 

Novel ini banyak mengajar tentang hubungan persaudaraan dan pentingnya kita memegang dan menjaga amanah yang diberikan kepada kita. insyaALLAH.

p/s : Bangga dengan penulis, anak kelahiran Sungai Petani. Tahniah kak Anarif. Karya-karya e-novel yang lain pun menarik semuanya.  =)

XX Quotes : Saya dah beli. Anda pun patut beli. =)


Kenal penulis nie?? like ja.. ^_^

XX : Cabaran 50 Buku : (14) M.A.I.D.


M.A.I.D.
Penulis : Suri Ryana
Halaman : 753
Harga : RM 26.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 6 - 2011



Secara ringkas :

Senang sahaja pandangan Noorul terhadap Harris. Cerewet! Cerewet dalam bahasa inggerisnya orang panggil Fussy. Jadi kesimpulannya Harris yang cerewet = fussy = Mr. F.
Noorul yang terdesak mencari pekerjaan terpaksa menerima tawaran bekerja sebagai pembantu rumah Harris yang pada pandangannya, makhluk paling cerewet pernah dia jumpa!

Sikap Noorul yang kelam-kabut selalu mengundang marah Harris. Ada sahaja benda yang hendak dimarahkan Harris. Kerja-kerja Noorul juga teruk dikritik! Itu tak kena , ini salah, masak tak sedap, lap habuk tak bersih, macam-macam lagi lah sampaikan Noorul dah rasa benci dengan sikap Harris yang cerewet tu. Bak kata Noorul “Muka saja yang hensem tapi perangai cerewet sungguh!”. Tapi secerewet mana pun Harris, Noorul terpaksa dan kena bersabar dengannya disebabkan hendak menjaga periuk nasinya itu.

Pada awal permulaan bekerja dengan Harris, hanya nota-nota kecil yang menghubungkan mereka kerana itu walaupun, sudah lama berkerja sebagai pembantu rumah Noorul tak pernah bersemuka dengan majikannya itu secara rasmi. Tapi selama manapun Noorul cuba mengelak dari berhadapan dengan Harris dia tetap terpaksa bersemuka dengan Harris. Bermacam-macam insiden mencuit hati yang berlaku setelah mereka bersemuka sebabnya sebelum nie mereka selalu bertembung cuma dalam keadaan Noorul selalu melanggar Harris.

Kemudian angkara dendam mereka difitnah dan bermula dari saat itulah, kisah mereka yang pada mulanya hanya majikan dan orang gaji bertukar menjadi suami dan isteri. Suka sama suka tapi tak berani meluahkan perasaan masing-masing menyebabkan mereka meneruskan kehidupan majikan dan orang gaji. Tetapi sampai bila mereka berkeadaan sebegitu? Betulkah Harris langsung tiada perasaan dengan Noorul? 

M.A.I.D. penyudah segala persoalan. =)


Komen saya :

Santai, best, tak banyak konflik, senang faham cuma satu ja agak meleret sikit mula-mula cerita nie. =)

Jalan ceritanya mungkin kita akan rasa agak dah biasa tapi penulis berjaya membuat kelainan contohnya cara Noorul dengan Harris berhubung menggunakan nota-nota kecil. Mula-mula kita baca cerita nie kita akan cara mereka berhubung nie unik tapi bila kita dah baca kesuluruhan cerita nie kita akan rasa mereka nie pasangan yang sweet.

Watak Harris yang pada mulanya digambarkan garang, suka marah, tak suka senyum tapi sebenarnya romantik sangat-sangat. Bahagian selepas Noorul dan Harris berkahwin pasti menarik perhatian orang ramai. Dengan lawaknya dengan romantiknya, saya rasa cukup rasa.

Konflik yang tak terlalu berat dan dihabiskan cepat. Gaya bahasanya juga mudah walaupun menggunakan penggunaan aku tapi tak timbul rasa keliru. Tahniah penulis. =)

Tapi keseluruhan cerita nie bagi saya memuaskan. Bagi pembaca-pembaca novel yang sukakan cerita kahwin paksa sangat disyorkan beli novel M.A.I.D. nie sebabnya sangat romantik.

XX Quotes : Best! Sangat di syorkan beli dan dijadikan koleksi. =)

 
Kalau suka boleh like... ^_^

saya ♥ ayah saya =)


Dapat teks nie dari classmate, dia postkan dekat fb... dia cakap kalau kita sayangkan ayah kita... kita kena sebarkan text nie. =) bagi aku apa yang dia cakap tu betul tapi aku nak syer dekat blog... sangat touching bila baca terus teringat dekat ayah dengan mak aku yang kat kl la... mudah-mudahan depa selamat sampai ke Kedah... amin...


`````````````````````````````````````````````````````

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenar nya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? 

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita... Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? 


Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "Dah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau??? 

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. 

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya... Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. 

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya..

Saat kamu berjaya... Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu... Ayah akan tersenyum dengan bangga.. 

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah... Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..

Dan akhirnya..

Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya... ayahpun tersenyum bahagia... Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik... Bahagiakan lah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. Kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu. Sedalam-dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

Answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...♥

sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita Ɩ♥ѵӗ U ayah





sayang ayah sendiri tak?? klu syg like...hehe ^_^

Cara Tukar Cursor cute miut.

Hyepp... =) entry nie bukanlah tutoriol, tutorial tu macam hebat sangat la pulak... padahal blog aku nie cikai ja *bajet merendah diri harus yer adik cuma nak kongsi cara tukar crusor ja. =) 

Hari tu cik anis amira ada tanya macam nak tukar cursor biasa tu kepada cursor yang comel sikit. 


Let's begin!
1) Buka Dashboard.

2) Pilih Design.

3) Tekan Add Gadjet.

4) Pilih Html/JavaScript.
5) Pilih Cursor yang disukai (Boleh cari macam2 jenis cursor kat Cute Cursors nie. Klik ja then pilih.)

6) Copy Codes.
7) Paste dekat Html/JavaScript tu.

8) Click Save and you are Done! =)

that's all... =D


p/s : dulu pun aku try banyak kali baru boleh buat cursor nie... so, try and error la yer. Yang chatbox tu maybe next entry la pulak... =)


Suka? boleh like... ^_^

Selasa, 16 Ogos 2011

CLUeless...


 sekadar hiasan alam.. =) cantikkan....


Rasa nak update blog... macam2 benda nak cita... pasai kucing aku mandi dalam baldi pun kalau boleh aku nak cita... tapi tu la...assignment selalu jeles dengan aku... dia cakap dekat aku kan...

"Dari hang sibuk2 taip entry... baik hang TAIP ASSIGNMENT yang menimbun!"

alkisah tu la kisahnya dah lama tak update blog, bukan sebab tak mau... tu tu tu... ayat kat atas dok bermain-main atas kepala... (-_-")

tapi alhamdulillah lah... tinggal satu lagi assignment ja and the best part is aku tak payah nak taip2... hehe... kena cari keratan akhbar ja... tapi the worst part... how an earth am I going to find theose articles?? damn... articles again.... (-_-") haihhh...
sejujurnya aku tak suka cari article...

Isnin, 1 Ogos 2011

Luahan hati yang tak berapa nak terluah...

mood : sedang menderita sakit tekak yang perit merit terik! hehh.

Akhirnya! finally.... aku boleh jugak update cabaran 50 buku... bulan lepas (semalam) huhu sedih... tak sempat nak update satu buku pun! satu pun tak dan... sangat sangat sangat busy basi. (-_-")
 
 pic di atas nie menipu! aku tak main game pun... aku buat kerja ok... cuma selang2 dengan fb & blog...keh3...

agak hiperbola pulak pic nie... err... ah, abaikan ja.

Dah update dua review, tertanya-tanya... bilalah nak cukup 50 buku? hehe, kalau tak cukup 50 buku dah kira tak layak nak rebut hadiah utama... wuishh! tak leh2 kena bagi cukup juga... Jemari Seni tu. my FB publication. Gila nak lepas peluang cam nie... no no no... kena bagi ada masa jugak nak update review. Jangan jadi macam bulan Julai. heh!
 
Minggu nie, tak tak... bulan2 terakhir nie akan jadi hectic month! sebabnya test, exem, test, exam... so nak tak nak kena prepare... huhu... 
 
 jangan sampai satu tahap aku bertukar seperti di atas dah... huhh


Kalau suka boleh like...^_^