Isnin, 1 Ogos 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (12) KEBUN MIMPI

 
KEBUN MIMPI
Penulis : Noor Suraya, Syud & Rnysa
Halaman : 536
Harga : RM21.50
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1- 2008
Cetakan 2 - 2009






SECARA RINGKAS.

“Tiga cerita dalam sebuah KEBUN MIMPI.”

Ceritera I ~ Kebun Mimpi oleh Noor Suraya.
Kebun Mimpi adalah gabungan ketiga-tiga novel Noor Suraya yang terdahulunya iaitu Keranamu Ain, Biru Ungu Cinta dan Nyanyian Tanjung Sepi. Tetapi dalam Kebun Mimpi watak Ain dijadikan sebagai watak utama. Manakala watak-watak lain hanya sebagai watak sokongan.

Dalam kisah ini, ia lebih menceritakan kisah kehidupan Ain selepas bergelar isteri kepada Nik Ahmad Adam. Bagaimana Ain yang sedang hamil anak pertamanya dengan Adam meniti hari-harinya yang berlalu dengan cuba menulis novel tentang kisah Dr. Syarifah Nuur Khalida (Nyanyian Tanjug Sepi). Walaupun pada masa yang sama Ain telah berjanji dengan Adam tidak akan melakukan kerja-kerja menulis nie lagi tetapi ketika Adam terpaksa outstation selama tiga bulan, Ain mengambil peluang ini untuk menulis novelnya itu. Sepanjang tempoh Adam tiada banyak perkara telah terjadi.

Kak Durrah yang luaran nampak bahagia tetapi hakikat sebenarnya sering menjadi mangsa kekejaman suaminya, Tengku Zukri meminta perlindungan di rumah Ain. Bagaimana emak mertua Ain yang sedari dari dulu lagi tidak menyukai Ain melayani Ain ala kadar sehingga Ain terasa jauh hati dan kisah Kamal yang kematian isterinya, Serra (Biru Ungu Cinta) menjalani kehidupannya. Tetapi watak Kamal banyak muncul ketika waktu Ain dalam kesusahan terutamanya ketika Kak Durrah mengalami masalah. Kebun Mimpi sebuah cerita tentang kasih antara keluarga, sahabat dan juga suami isteri.

Ceritera II ~ Tas Merah Jambu oleh Syud.
Nisa menyukai Adif secara diam-diam. Tapi sikap Nisa yang low profile membuatkan Nisa lebih senang berdiam diri. Sehinggalah suatu hari kawan-kawan membuat pelan dengan menghantar kad raya yang pada asalnya Nisa nak hantar kepada Adif tetapi tak jadi. Kad raya tu dihantar kepada Adif tanpa pengetahuan Nisa. Tapi bila Nisa tau mengenai perihal kad raya tu pengsan terus dia! Panik punya pasal. Kemudian sesi jejak menjejaki gadis misteri yang menghantar kad raya tu kepada Adif dijalankan. Ketika Adif menyanyikan lagu Selembut Awan yang ditujukan khas kepada Nisa sangat romantik ye. =) Sesekali tersenyum kita bila melihat keletah Adif dan Nisa yang comel nie. Pengakhiran ceritanya pasti kita dapat teka Nisa dengan siapakan? Cuma cara cerita nie diolah Syud buatkan ianya jadi lain dari yang lain.

Ceritera III ~ Albatros : Antara langit dan bumi oleh Rnysa.
Pertemuan antara Izzah dengan Ehsan di UMS ketika menyertai program sukarelawan anjuran Sea Turtle Research Unit (SEATRU) membibitkan sebuah rasa. Dua-dua merasainya tetapi seolah-olah tak kesampaian. Kemudian mereka terpisah kerana Ehsan menyambung belajar di Tasmania sedangkan Izzah di Malaysia. Kemunculan Asri yang cuba menambat hati Izzah. Antara Ehsan dengan Asri, penulis membiarkan kita berteka-teki. Tetapi pada pandangan saya, mestilah Izzah dengan Ehsan. =). Cerita kedua mengenai Adriena, Taqi dan Rasydan. Adriena yang mengalami masalah mental dan Taqi yang sedang berusaha untuk bangun dari kisah silamnya. Ketika Adriena hilang ingatan Taqi mula sedar yang dia juga sukakan Adriena. Antara Rasydan dan Taqi siapa yang Adriena akan pilih? Sementara Rasydan pula adalah bakal tunang Adriena. Tetapi Adriena tidak ingat semua itu. Cerita yang agak kompleks tetapi percayalah sangat menarik untuk dibaca.


Komen saya :

Ceritera I ~ Noor Suraya sangat bijak mengolah cerita pada pandangan saya. Watak-watak dari setiap novelnya dikaitkan dengan baik sekali. Pertembungan di setiap masa diatur dengan cara tersendiri dan tidak mengelirukan bagi yang telah mengikuti novel-novel karya Noor Suraya. Unsur-unsur kekeluargaan dan mesej kasih sayang yang cuba penulis sampaikan akan terkesan di hati pembaca. Pendek kata, Kebun Mimpi boleh membuatkan kita tersenyum mengingatkan kembali karya-karya Noor Suraya yang terdahulu. Tetapi mungkin pada sesiapa yang belum membaca karya Noor Suraya yang terdahulu akan rasa agak keliru dengan watak-wataknya. Jadi jangan lupa untuk dapatkan novel-novel Noor Suraya yang lain! =)

Ceritera II ~ Buah tangan Syud memang tidak mengecewakan. Tas Merah Jambu memang sebuah cinta remaja yang comel! Sampaikan terbuai-buai rasanya. =). Watak Nisa yang menyukai Adif dalam diam-diam. Bagaimana Nisa kaku bila berhadapan dengan Adif dan Adif yang menyangkakan Nisa tidak sukakannya kerana Nisa selalu berlagak biasa dihadapannya membuatkan saya tersenyum. Paling saya suka ialah bahagian teka silang kata Adif tu. Rasa nak senyum sampai ke telinga. “Adif suka Nisa” tapi kalau nak baca “Nisa suka Adif” pun boleh. Romantik yang tersendiri. Tahniah Syud.

Ceritera III ~ Unik! Burung Albatros telah menarik minat saya. Dalam cerita nie pula terdapat dua kisah yang kita akan rasa keliru jika dibaca sekali imbas. Jadi saya perlu baca kali kedua barulah saya dapat fahami jalan ceritanya. Tetapi pada saya, penulis bijak membawa kita menjelajahi dunia antara langit, darat dan lautan. Tersusun rapi untuk difahami cuma mungkin wataknya perlu dikembangkan lagi terutamnya watak Adriena. Secara keseluruhannya Rnysa tetap menyajikan cerita yang mantap. =). Pada saya, RADHA (Relevankah Aku Dihatimu) lebih saya gemari.

XX Quotes : Penuh kisah kehidupan yang boleh dijadikan penghayatan kita. Sangat digalakkan baca. =)
 


Kalau suka boleh like...^_^

Tiada ulasan: