Khamis, 24 Mei 2012

Cuti lama-lama.

Percayalah... percayalah... percayalah...

Jangan sampai aku nyanyi lagu Ning Baizura pagi-pagi nie... 


Tapi sila percaya bila aku cakap. Aku tak suka cuti lama2... memang sejak azali lagi sejak dalam perut mak aku lagi aku tak suka cuti lama2! Ermm, cakap sejak dari perut mak lagi macam menipu sangat la pulak. Err, upgrade sikit. Sejak dari tadika la... nampak logik sikit kan? Logik la tu...


Betul tak tipu. Dulu masa tadika aku jarang ponteng. Sangat jarang... dalam seminggu ada lah 3 4 kali aku ponteng. Ha ha ha. Tak ah, tak da la melarat sampai seminggu  3 4 kali ponteng. Mau berbirat belakang aku ayah aku sebat. Senang cakap. Aku ponteng berapa hari ja sepanjang aku tadika dulu. Cam na aku tau? dei, rekod tadika aku dulu ada lagi kot. Jangan sampai aku print screen tunjuk kat sini.




Masa sekolah rendah. Rekod bersih memang tak ponteng. Sila percaya? ala, yang ikut pergi trip sekolah tu tak kira ponteng. Masa sekolah menengah form 1 sampai form 2 maintain rekod cun, 3 4 hari ja ponteng sekolah. Naik form 4 la berlemak sikit aku. Asal hari ahad dengan selasa ja. Muka aku hilang... Form 5 pun sama. Tu pasal SPM aku lingkup. Makin besar makin hampeh... Masuk u tak yah cakaplah... lambat lepa lecturer cakap kelas tak ada. Kerja nak berjimba ja... hak3.


Tapi..... tapi. Sepanjang tempoh aku menuntut ilmu nie la kan. Aku kurang suka sikit cuti lama2. Bagi aku 2 3 hari cuti pun dah cukup. Janganlah tak cuti langsung. Melampau la tu. Ingat aku malaikat sangat ke suka pi sekolah? Tak la sampai macam tu. Contoh macam, cuti hujung minggu dah ok la. Tapi yang part cuti sampai berbulan2 tu yang aku kurang suka. KURANG SUKA! bukan tak suka. Ceh, mesti nampak aku cam budak baik kan tak suka cuti lama2? Tak yah puji sangat... blushing meh... ;)


Contohnya macam sekarang nie la. Aku cuti sampai bulan 9 nie kot... -_-" lama gila. Kucing aku yang Khiriah tu pun dah nak bersalin buat kali kedua dengan jayanya. Mesti orang kata kenapa tak cari kerja? Dah cari... orang yang tak nak ambik. Naik frust aku mintak kerja. Muka aku berkaliber sangat agaknya... sampai nak ambik kerja pun tak sampai hati. Kan?

Entahlah aku anggap ja tak ada rezeki. Duk rumah buat pahala dengan mak ayah kemas rumah. Ya lah sangat kemas rumah. Ke rumah yang kemas aku? hehehe. At least, aku tolong jugak. Tolong perabihkan beras. Tolong la tu...

Betullah orang cakap. Kenapa nak merungut masa kerja banyak? sedangkan sepatutnya kita risau bila tak ada langsung kerja nak dibuat. Gila setuju dengan statement nie... Ada lagi  3 4 bulan tera nak tunggu dapat offer sambung degree... betullah tak tau arah tuju hidup lepas nie macam mana... memang terkapai-kapai gila rasa. :(




``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````




Terasa nak bercerita ala bed time story plak pagi nie. Tersebutlah kisah ada sorang awek nie. Dia nak ayat sorang pakwe nie... Dia tulis...


Gegirl : HiKs3... wAK tomeYY!!

Boboy : SaPE TomEYY?

Gegirl : wAK LaRKH... huhuX

Boboy : KiTe Mana aDA TomEYY kite... Henxseem jer...


Ok dah cukup... memang aku rasa nak sekolahkan balik ja budak2 dua ekor nie. Kembang tekak aku baca, siap ber Wak2 lagi... wak sukarno ke apa? huhuX? ok, dia memang kena ubat batuk cap ibu dan anak.  -_-" 



Selasa, 15 Mei 2012

1st Giveaway By Iena Eliena


KLIK SINI <------untuk maklumat lanjut. :)

Syarat-syarat dia simple ja... dun worry. Plus hadiah dia pun lumayan, sesuai untuk girls especially... Tak caya? k tengok sendiri...

________________________________________________

Tempat Pertama 

- Domain + own domain email selama setahun
- Busana Muslimah Daripada
Bernilai RM 200 ++
- Dua Helai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)



Tempat Kedua

-Busana Muslimah Daripada
Bernilai RM 200 ++
- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)


Tempat Ketiga


-Busana Muslimah Daripada
Bernilai RM 100 ++
- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)

________________________________________________



Juling mata tengok bukan? silalah menjebakkan diri anda dalam giveaway nie. Nescaya kalau menang pakai baju baru you... haha :)

Untuk soalan siapa yang menjadi referral saya jawapannya cik punya giveaway nie sendiri... Cik Iena Eliena. Terima kasih sebab sudi jemput join giveaway yang menarik and awesome nie. :)


Saya nak tag mereka2 yang bertuah nie. :)

Amirah/Forever yours yang awesome
Hawa yang lawyer to be
Akma yang cool
Budubilis yang nyum-nyum
Afifah yang bunga-bunga
Elyna yang pinky
Linda Zehan yang comel


DOne.... :) join jangan tak join... penat I tag tau... hehe




Ahad, 13 Mei 2012

SEGMEN : saya blogger dari universiti ?


Klik banner untuk join... :)


Assalamualaikum... 

*kenyit2 mata sikit...

Saya blogger dari Universiti Teknolgi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Ex-prelawrians di sana... :)

UiTM dihatiku! muahhh...

Tarikh tutup 19 Mei...

Rabu, 9 Mei 2012

Apa yang aku tengok dekat youtube? Part 2


Ha! nie kesinambungan entry lepas... See, aku memang suka lepak dekat youtube... :')
Nie yang part 2 punya... PART 1 <------ klik sana.



6) Shortnap (Maria Elena)

Maghia :) Ehem... sapalah tak kenal akak gorjesss yang fames nie. Tak kenal? nampak sangat nipunyer... Nie lah satu-satunya perempuan yang aku jumpa, bila dia cakap nak buat weird expression. Dia buat! dan weird expression yang dia buat tu bukan stok cover-cover-i-tak-comel-so-muncung-itik-pulang-petang pastu posing bajet comey. Padahal ke longkang... opsss... sapa terasa maaflah.. Sengaja. Hahaha. Tak lah maksud aku kalau dah kata nak buat muka pelik tu buat ja lah. Yang nak bajet2 comel tapi expression sumpah pelik-gedik tu buat apa? Mengharap belas orang komen. Eh, mana ada u muncung cam tenuk pun comel... what the cat? Nie sah tak tengok video mathluhfi... 

Benda lain yang buat aku kagum dengan dia. Well, of course ler pasal english dia. ;) Awesome... haha. Hurmm, lagi... dia nie salah sorang yang tunjuk dekat aku yang kalau kita bertudung pun kita masih boleh bergaya. 


Kak Maghia dah bertunang dengan Dato dia aka abang Fatin Liyana. Ipar duai bloggers to be la nie... hehe.



Link blog dia klik SINI

Kalau tanya aku blog pasal beauty, tips nak cantik, petua untuk diri, make up apa yang latest and best, anything yang berkaitan dengan kecantikanlah. Especially for girls! aku memang kaw2 highly recommended kan blog kak fyna nie.

Aku suka tengok cara dia makeup! serius suka gila tengok. Kalau dia makeup heavy sekalipun still nampak cantik tak macam certain mak andam. Bila makeup tebal nampak pelik cam ntah... kalau Kak fyna nie makeup simple lagi cantik! aku puji bukan sebarang puji. Memang dia terror makeup... setakat nie aku tengok cara makeup dia memang tak mengecewakanlah. Cantik. Aku siap cakap dekat kak aku lagi nanti dia kahwin jangan booking orang lain. Wajib booking kak fyna nie. haha! Serius nie. Kak fyna tunggu call saya nanti... hehe. Lagipun faktor geografi rumah dia yang area utara jugak dekatlah dengan rumah aku so, senanglah. Dia pun selalu turun sungai petani aku tengok. :)


So, girls... kalau nak cari apa2 berkaitan tutorial hijab, cara makeup, nak tempah untuk mengandam pun boleh! boleh klik link blog kak fyna tu. Video tu mostly tutorial makeup and hijab. :)

Psstt! lawa+cantikkan dia. :)



8) NisaKay 
Link blog dia klik SINI

Suka tengok dia punya style. Bagi akulah nampak simple tapi bergaya. Certain gayalah... Ada setengah gaya dia tu aku minat tengok. Cantik. :) Dalam video pun dia banyak bagi tip2 kecantikan... aww... sejak bila zana suka cantik nie???haha. Well, preparation for future... tengok sekarang, nak praktik nanti bila besar. *sekarang tak cukup besar lagi ka? Dasar pemalas... So, bolehlah tengok video and follow blog dia. Input yang kita boleh guna tu bagi aku banyaklah dan step dia sangat mudah. Senang cakap kenalah dengan taste aku. Kang aku puji melambung2 cantik, best, simple... tapi alih2 orang len tengok biasa ja. Tak jadi jugak. Depends on  the personlah. Bagi aku, aku suka. :) 


Nisa nie pakai spek hitam besar alam pun aku nampak cute... kalau aku pakai??? nampak.... malaslah nak kutuk diri sendiri.. Nanti jadi public figure lak...




Ryan nie kawan aku cik Liyana roslan yang perkenalkan masa kat uni dulu... segala vlogger bukan melayu yang aku kenal sekarang adalah berkat hasil gigih mak cik havogue sorang tu. awww... sila terharu yana. See, kalau orang promote kat aku video baru kompem aku tengok. Silalah promote...

Ryan nie pakej lengkap. Pandai, hensem, suara sedap, ngeng, pandai menari, gelong, baik hati, penyayang and so on... *ya la sangat penyanyang mana hang tau...? haha. Well, yana cakap! Kalau orang tanya aku apa yang best bila tengok video dia selain dapat cuci mata tengok mamat hensem. Jawapan aku. He's funny. :) Kalau melayu kita ada matluthfi dengan anwar hadi luar negara kita mamat nie... hehe. Video dia lawak ok, kalau tengok sorang2 mau gaklah gelak tak ingat dunia. 


Walaupun dia buat muka expression Mooo! Ryan tetap hensem okey. Hak3.




Kevin nie kawan Ryan. Liyana/Liyanaderella dah book. Ambiklah, ambiklah... I tak kisah pun... Haha. Yang nie pun lawak jugak. Lagi best bila bapak dia join sekali dalam video. Dua2 beranak sama ja gelong tapi genius kot! Hayy, jeles aku dengan sesetengah manusia nie. Macam mana la depa pikir kan? Tak pa lah dia genius lantak dia la. Aku syok layan video sengal dia ja. Dia pun sama cam Ryan jugak...  pandai nyanyi, dance so on... tahap kesengalan pun lebih kurang sama. Paling aku suka dengar lagu yang depa cipta. BEst woo... sila dengar Nice guys... :)


Bapak dia awesome... like father like son I say you... Kevin dengan bapak dia nie sangat-sangat-sanga straight to the point/open minded. Kalau kita meluat dengan perangai mak ayah kita mestilah kita prefer diam ja kan? macam dia nie slumber ja cakap I hate you dad! walaupun aku rasa dia tak lah maksudkan macam tu pun kan?



NEXT!!!!



Special case! bukan manusia...

11) MARU!!! 

Sumpah comei gila kucing nie... boleh ngigau tengok kecomelan dia. Silalah tergoda... kalau peminat kucing tengok dia nie tapi tak tergoda... memang sah! sah anda tak normal... Maru nie cute lah. Dah lah gemuk lemak berapa kati pun aku tak sure tapi yang pasti kalau buat peluk nie memang best... heee... Selalu tengok video dia bila tension. Mesti rasa happy walaupun cuma tengok dia main ja. Lincah betul kucing sekor nie. Pandai main, pandai ambik hati kita yang tengok nie. Mesti tuan dia sayang gila dekat dia nie. :)


Well, memanglah aku minat kat dia tapi tak bermaksud aku curang dekat kucing aku. Hurmm, walaupun sekarang adalah sikit2 rasa kasih sayang aku dekat kadiaq tu berkurang... sebab! sebab mamat tu degil. Suka bergaduh sampai luka badan2. Dah la tu berdarah teruk... dah sakit pandai pulak balik umah suruh orang sapu ubat dekat dia. Cis... pastu aku cakap tak pernah nak dengar. Tension aku... nak dipiat telinga tak boleh. Nanti ayah aku piat balik telinga aku. Yala, suka2 hati piat telinga 'anak kesayangan' dia... -_-". Nak marah aku yang penat nanti... Aku marah sampai putus anak tekak pun bukan dia paham bahasa melayu! aku cakap bahasa kucing pun dia buat derkkk ja. Balik2 aku yang makan hati berulam jantung. Frust2... dah2 la tu aku ngutuk kucing aku tu kang tersedak plak masa makan freekies.



So??? ada berminat salah satu video yang aku sebut kat atas nie? ka minat semua... :) Mana2 pun boleh... rasanya takat nie je kot list2 video yang aku tengok. Hurmm, ikutkan banyak lagi. Tapi yang selalu aku tengok yang aku sebut nie la. Yang lain ada tapi kadang2 ja even nama channel orang tu pun aku tak ingat sangat... :)

Enjoy...


Till then...



Ahad, 6 Mei 2012

Noor Suraya


Hari tu baru beli novel baru... beli online. :') baru nak belajar beli online nie macam mana and of courselah aku beli novel banyak2! Tapi 3 ja la... Mampu Mencintaimu, Sunan Musafir dengan Biru Ungu Cinta. Baru dapat Biru Ungu Cinta... lagi dua tu tak dapat lagi. Dalam proses katanya. Tak pa lah boleh ditunggu benda nie. :)

Aku suka dia, aku minat dia, aku kagum dengan dia, aku admire gila dengan dia, aku suka buku dia, aku jatuh hati dengan penulisan dia... 


Sapa pun tuan yang punya gambar kat atas nie, yang aku jumpa dekat google... percayalah. 
Saya memang jeles dengan awakkkkkk.



Karya Noor Suraya bagi aku memang dekat dengan jiwa, dekat dengan hati. Betul tak tipu... bila baca cerita dia mesti tersentuh punyalah tangkai hati nan satu nie. Silap gaya boleh angau tak habis bila baca novel dia. Dan percayalah yang angau aku dengan Alang - Surat Ungu Untuk Nuha pun tak habis lagi sampai sekarang. *nama Nuha tu memang dah book nak letak dekat nama anak nanti bila dah kahwin. haha. 

Tu baru part romantik yang boleh buat aku angau. Part sedih yang buat air mata aku merembes keluar macam nak tadah air hujan tak kira lagi. Rasa sedih hati nie masa Din - Jaja & Din nak pergi berjihad pun tak habis lagi. Rasa macam aku pulak yang nak kena tinggal dengan suami. :( sedih betul... sedih kena tinggal, sedih bila Jaja ingat dia dah jadi balu dan sedih bila mana Din tak balik-balik lepas setahun pergi berjihad. Niat murni mereka suami isteri yang sangat redha dengan ketentuan DIA yang illahi buat hati aku nie rasa lagi terharu. Tulusnya hati Jaja & Din...  :)





Nak cari novel Noor Suraya yang keluaran CESB nie memang susah, memang payah... sebab dah tak diterbitkan. Novel-novel nie semua terbit sekitar tahun 2001 sampai 2004. Sebab tu susah nak cari tahun 2012 nie... hurmm. Boleh nampak macam frustnya aku rasa bila tak boleh beli buku Noor Suraya? sangat frust. Dalam hati nie Tuhan ja yang tau. Sebab tu bila aku dapat beli Biru Ungu Cinta rasa syukur gila kot. :) Kehulu-hilir aku usung... masuk bilik pegang, masuk tidur letak tepi kepala, masuk dapur nak makan letak tepi meja, main komputer letak tepi laptop, nasib baik masuk bilik air ja aku tak usung! tu pun sebab takut basah. hehe :P

Kemudian... sampai sekarang rasa macam tak caya Biru Ungu Cinta dah ada depan mata aku. Nak baca pun tak sampai hati... sebab aku takut nanti aku sedih... sedih sebab aku dah habis baca buku tu! Aku boleh habis satu novel dalam masa  3 4 jam ja kalau aku suka. Dan tu yang aku nak elak... tu pasal satu hari baca  3 4 muka surat ja... huhu... takut habis cepat. Tak sampai hati... Macam lah agaknya kalau aku dapat beli lagi yang 4 buah novel Noor Suraya keluaran CESB tu...? agaknya angau aku lagi teruk... haha.





Alhamdulillah, novel Noor Suraya yang keluaran Jemari Seni hampir semua aku ada... hampir baru. :) novel umum tinggal Damai ja yang belum beli. Noor Suraya pun ada tulis novel untuk JS Adiwarna dengan Si Manis 17. (untuk remaja/kanak-kanak) tapi orang dewasa pun boleh ja baca. Sesuai untuk semua. Semua novel dia kan pemikat hati. :)

Kalau ditanya mana pilihan hati. Aku paling sayang Surat Ungu Untuk Nuha dengan Jaja & Din... yang lain pun sayang jugak. Tapi yang dua nie aku sayang lebih sikit. hehe. Kadang-kadang tu terdetik jugak kat hati nie, kenapa ya aku lambat tahu pasal penulis nie. Kalau dari dulu lagi aku tahu kan best... semua novel dia mesti ada dalam tangan dah... ala, tak pa lah better late never ya tak?? Kenal dulu ka kenal sekarang ka, sama ja... aku tetap suka penulisan dia. Rata-rata peminat dia mesti setuju kalau aku cakap cerita-cerita dia boleh buai perasaan kita. Kan? :) 


Dia antara penulis yang paling aku suka. Dia menulis bukan sekadar menulis. Dia menulis untuk menyampaikan sesuatu. She's my idol... 


Satu hari nanti nak jadi macam dia boleh?



Nie lah dia orang yang disebut-sebut tu Noor Suraya. Tapi dia lebih selesa bahasakan dirinya kak Su sahaja. Friendly kan... 


Bila kita boleh jumpa ya kak su? Saya memang nak sangat jumpa akak. :)

P/s : Jeles dengan peminat novel lain yang boleh jumpa dia dan beramah mesra dengan dia dekat pesta buku... diri nie pun nak jugak... huhu. Bilalah hari tu nak muncul... tertanya-tanya...


Khamis, 3 Mei 2012

Segmen 1 : Linda Cari Bloglist Mei


Assalamualaikum! malam nie aku rajin nak join segmen...miahaha


Klik banner kalau nak join. 

Syarat join segmen :

1. Korang kena la follow blog ni dulu..
2. Korang mesti wat 1 Tajuk entry "Segmen 1: Linda Cari Bloglist Mei"
3. Copy and paste Header di atas
4. Jawab soalan ni : Berikan 1 kritikan membangun kat blog aku ?
5. Hantarkan link entry korang kat post ni..
6. Tarikh tutup : 10 Mei 2012 (lama tu... hahah... nak cari kawan biar lame2...)
7. Pada yg join korang pun akan dapat kawan jugak.


 1 kritikan membangun kat blog Linda
Buat masa sekarang rasa ok ja sebab blog Linda simple, loading pun laju. =) Tapi tak ada chatbox. Kalau ada chatbox senang blogger lain blogwalking. Ha, suggestion linda boleh letak recent comment dengan latest post. =)




Segmen : Miss Z Cari Blogger

Assalamualaikum!



Nak join?? Klik ja banner kat atas nie.

Hari nie beta nak join segmen... * amboih, beta! beta la sangat kan... kemain...

Jarang join segmen, tiba2 tertarik nak join segmen Miss Z nie... salah satu sebabnya sebab nama Miss Z tu sendiri... dulu-dulu masa mula2 buat blog tak nak guna nama betul so pakai ganti diri Miss Z... tapi sekarang guna nama betul.. huw2...

Segmen nie simple... me like it. Senang kerja, tak payah tag2 orang tu yang teman suka... hehe

Tarikh tutup 6 mei...

Daa...



Rabu, 2 Mei 2012

Artis perempuan korea

Aku minat korea. Tapi aku bukan die-hard-fan-atau-kipas-susah-nak-mati-tapi-tak-mati-mati punya style. Aku minat aku tengok. Aku tak berkenan tengok aku tutup tv. Senang kan?? =)


Nie antara artis-artis perempuan korea yang aku minat. Sebab apa aku minat? well, sebab pertama dah sah-sah lah sebab lawa kan... heroin tv tak lawa sapa mau tengok. Sebab kedua hurmmm, cita yang depa berlakon best... sebab ketiga? sebab aku minatlah! Hurmm, natural beauty tu of courselah kan...



KIM TAE HEE

Nie paling aku suka. =) wei, lawa gila. *0* dia memang lawa. Setiap kali aku tengok dia berlakon mesti mata aku bersinar-sinar macam minum pati inershine... Aku start minat dia masa aku tengok dia berlakon cerita Love Story In Harvard dengan Stairway To Heaven. Dalam cerita Love Story In Harvard tu dia berlakon jadi pelajar perubatan. Gaya dia memang cool lah dalam cita cara pemakaian dia paling aku suka. Simple tapi lawa... Well, maintain lawa tu mestilah kan... dalam Stairway To Heaven tu dia berlakon jadi watak jahat. Hurmm, ikutkan aku lagi suka dia dari heroin... heroin tak best...



HAN GA IN

Waaa... yang nie pun suka.... =) Ingat Yoo Hee The Witch?? tak ingat??? ciss... dan cisss... ala, cerita tu fames gila kot. Dia pandai berlakon kot. Serius best dia berlakon. Banyak jugaklah cita yang dia berlakon. Super Rookie pun dia berlakon jugak. Watak jadi perempuan lurus bendul macam tiang letrik selalu kena buli dengan pakwe dia konon sebab dia tak lawa, tak pandai bergaya. Lepastu kena tinggal sebab pakwe dia cari awek lagi cun. Last2 bila dia jadi lawa, barulah terhegeh2 nak kat dia balik. The end. Taik lalat kat atas hidung tu yang comel tu... XD



LEE DA HAE

My girl! my girl! Movie korea paling aku suka... My girl. Sebab ada Lee Dae Hee nie sebab Lee Dong Wook! siapa tak kenal Lee Dong Wook memang laaaaaaaaaaaaaa. Aku ulang sepuluh kali tengok cerita tu pun aku tak jemu... XD best3. Lagu dia pun semua best2. Love Is Hard, Never Say Goodbye... banyak lagi. Sila google. Bagi aku semua movie yang Lee Dae Hee nie berlakon semua best2 sebab dia pandai bawak watak. Jadi jahat pun jadi, jadi sedih pun jadi, jadi ceria pun jadi, jadi gila pun jadi! Apa yang tak jadi?? semua jadi... Ingat Oh, My Lady?? dia jugak. =) Hari tu masa tengok dia dalam running man sporting gila. Aku suka!




EUGENE KIM

Dia sangat comel! movie yang dia berlakon paling tinggal kesan kat aku yang aku ingat sampai sekarang cerita Wonderful Life. =) Ingat budak comel dalam cerita tu yang jadi anak dia nama Shin Bae? Pergh, comel gila! muka pun aku tengok seiras dengan muka Eugene nie... nampak betul macam mak dengan anak. Aku ingat lagi satu scene nie, bapak dia hantar dia pergi tadika, then cikgu dia tanya bapak dia kerja apa. Boleh dia cakap bapak dia bawak teksi ja padahal bapak dia bakal pilot. Haha.. Movie dia yang lain aku tengok jugak tapi tajuk aku tak berapa nak alert. Bagi aku Eugune paling sesuai berlakon watak innocent sebab muka dia muka-innocent-perempuan-baik-baik-stok-pijak-semut-tak-mati. =)




HAN JI WON

Nie mesti kenal kan? Sekarang tengah hot sebab dia berlakon dalam cerita Secret garden dengan Hyun Bin... Aku tak tengok lagi cerita tu walaupun orang semua pakat cakap cita tu best gila. Aku cuma selalu ulang dengar lagu ost cerita tu ja... hehe. Lagu dia best-best... cerita dia nanti2lah aku tengok. Tak dapat hidayah lagi nak tengok. Dia nie pun aku start tengok sejak aku sekolah rendah lagi. Cerita Memories Of Bali tu memang tragis lah... cerita cinta bersegi-segi, lepastu tiba-tiba ending dia hero dengan heroin mati kena tembak! memanglah kan... waktu aku tengok ending dia tu adalah jugak perasaan nak hempuk tv yang ada depan aku tu. Tengah-tengah best layan cita sedih+romantik tiba-tiba mati! memang haruslah kan aku menyumpah...



SONG HYE GYO
Yang nie yang berlakon cerita Full House... cita yang memang sangat fames dulu, sekarang pun still fames. Sebut ja Full House mesti orang tau Song Hye Gyo dengan Rain. Aku tak minat Rain dalam cerita tu, aku lagi minat hero yang kedua yang kening tebal tu. Perghhh, hensem.... *melting. Pastu, ha! ingat cerita Autumn In My Heart?? dia la heroin cerita tu... muka memang lain gila. Dalam cerita Auntumn In My Heart tu dia baru start berlakon. Muka masa chubby lagi dengan mata sepet lagi. Sekarang lain gila. Cantik. Mata bulat and kurus. =) Dia nie pun pandai berlakon. Bila aku tengok dia mesti teringat Lee Dae Hee sebab depa dua nie pandai bawak watak gila-gila.



Tu yang berlakon... penyanyi?? ada jugak yang aku minat.



YOONA

Cecece, mestilah kenal kan. Nie Yoona SNSD@Girls Generation. Comel+Lawa+Cun kan? dia penyanyi tapi pelakon jugak. Dulu masa aku buta Kpop... aku tak kenal lagi penyanyi-penyanyi korea time tu. Kalau orang cakap 2PM tu kumpulan perempuan pun aku percaya bulat-bulat. Sebab memang tak tau langsung. Kemudian adik aku yang memang sangat hantu K-pop. Dia lah orang yang bertanggungjawab perkenalkan kat aku Kpop2 nie. First Kpop group yang dia tunjuk kat aku SNSD punya group. Time tu aku nampak semua muka ahli SNSD sama ja! tapi tang Yoona sorang nie ja aku boleh cam. Aku nampak dia lain. =) 

Kan dia pun berlakon, first cerita dia berlakon Cinderella Man. Memang tak best bagi aku. Hero dengan heroin dah perfect. Tapi lakonan tu kureng mantap la aku tengok. Boring. Sampai sekarang cerita tu aku tengok tak pernah habis walaupun aku nak sangat. Huh, tapi... tapi! latest dia punya drama Love Rain memang superb! improve banyak gila dia punya lakonan. Sumpah best cerita Love Rain tu. Hero dia Jang Geun Suk. Memang terbaiklah cerita tu. Sekarang tengah tayang dekat KBSW world punya channel.



DAVICHI

Yang nie group... Leader dia yang berdiri tu nama Lee Hae Ri. Sorang lagi member nama Kang Min Kyung. Beza umur depa jauh gaklah.  Kalau tanya mana aku antara dua-dua orang nie aku jawan dua-dua! sebab aku minat group bukan sebab lawa tapi sebab dia punya lagu memang best! semua lagu dia aku download ang memand best tak mngecewakan langsung. Memang kena try dengar. =) First time aku dengar  lagu group Davichi nie dekat Music Bank... masa tu aku tak kenal lagi group nie just aku suka dengar lagu ja. Tajuk Don't Say Goodbye. Lagu tu la yang buat aku menjejaki group Davichi nie! haha... menjejaki, tak boleh blah. Lepas dapat tau group nie nama apa. Terus aku download lagu lain. And memang sangat best. Suara depa tak sama, masing-masing ada keunikan yang tersendiri. =)


JI YEON T-ARA 

Ji Yeon nie mula-mula aku minat sebab aku tengok muka macam Kim Tae Hee... Lepas tu lama-lama dah boleh bezakan dia dengan Kim Tae Hee... Ji Yeon mata dia kecik sikit, Kim Tae Hee bulat mata dia. =) Kemudian baru aku start minat dia sebab dia pandai berlakon. Nyanyi dia bolehlah nyanyi sikit2. Cerita yang dia berlakon God Of Study. Cerita tu memang superb bestlah! wajib tengok... tambah-tambah budak sekolah yang nak exam. Dalam cerita tu dia bagi tips study. Ji Yeon berlakon jadi watak budak perempuan lawa-kaya-ceria tapi pada masa yang sama ada masalah keluarga. Comey gila dia dalam drama tu. Pasal nyanyi pulak, aku minat jugak group T-ara nie lagi T-ara semua catchy. Sangat cute-catchy-sexy... haha. Lagu dia bukanlah apa sangat. Tapi chorus dia tu yang best tu pasal aku download semua lagu T-ara. Penuh phone... huhu. Paling aku suka Time To love dengan W Were In Love tapi yang nie duet dengan Davichi. =)



THE END


Aku memang suka letak gambar awek cun dalam blog nie... muehehe... boleh lah jamu mata. XD