Khamis, 24 Mei 2012

Cuti lama-lama.

Percayalah... percayalah... percayalah...

Jangan sampai aku nyanyi lagu Ning Baizura pagi-pagi nie... 


Tapi sila percaya bila aku cakap. Aku tak suka cuti lama2... memang sejak azali lagi sejak dalam perut mak aku lagi aku tak suka cuti lama2! Ermm, cakap sejak dari perut mak lagi macam menipu sangat la pulak. Err, upgrade sikit. Sejak dari tadika la... nampak logik sikit kan? Logik la tu...


Betul tak tipu. Dulu masa tadika aku jarang ponteng. Sangat jarang... dalam seminggu ada lah 3 4 kali aku ponteng. Ha ha ha. Tak ah, tak da la melarat sampai seminggu  3 4 kali ponteng. Mau berbirat belakang aku ayah aku sebat. Senang cakap. Aku ponteng berapa hari ja sepanjang aku tadika dulu. Cam na aku tau? dei, rekod tadika aku dulu ada lagi kot. Jangan sampai aku print screen tunjuk kat sini.




Masa sekolah rendah. Rekod bersih memang tak ponteng. Sila percaya? ala, yang ikut pergi trip sekolah tu tak kira ponteng. Masa sekolah menengah form 1 sampai form 2 maintain rekod cun, 3 4 hari ja ponteng sekolah. Naik form 4 la berlemak sikit aku. Asal hari ahad dengan selasa ja. Muka aku hilang... Form 5 pun sama. Tu pasal SPM aku lingkup. Makin besar makin hampeh... Masuk u tak yah cakaplah... lambat lepa lecturer cakap kelas tak ada. Kerja nak berjimba ja... hak3.


Tapi..... tapi. Sepanjang tempoh aku menuntut ilmu nie la kan. Aku kurang suka sikit cuti lama2. Bagi aku 2 3 hari cuti pun dah cukup. Janganlah tak cuti langsung. Melampau la tu. Ingat aku malaikat sangat ke suka pi sekolah? Tak la sampai macam tu. Contoh macam, cuti hujung minggu dah ok la. Tapi yang part cuti sampai berbulan2 tu yang aku kurang suka. KURANG SUKA! bukan tak suka. Ceh, mesti nampak aku cam budak baik kan tak suka cuti lama2? Tak yah puji sangat... blushing meh... ;)


Contohnya macam sekarang nie la. Aku cuti sampai bulan 9 nie kot... -_-" lama gila. Kucing aku yang Khiriah tu pun dah nak bersalin buat kali kedua dengan jayanya. Mesti orang kata kenapa tak cari kerja? Dah cari... orang yang tak nak ambik. Naik frust aku mintak kerja. Muka aku berkaliber sangat agaknya... sampai nak ambik kerja pun tak sampai hati. Kan?

Entahlah aku anggap ja tak ada rezeki. Duk rumah buat pahala dengan mak ayah kemas rumah. Ya lah sangat kemas rumah. Ke rumah yang kemas aku? hehehe. At least, aku tolong jugak. Tolong perabihkan beras. Tolong la tu...

Betullah orang cakap. Kenapa nak merungut masa kerja banyak? sedangkan sepatutnya kita risau bila tak ada langsung kerja nak dibuat. Gila setuju dengan statement nie... Ada lagi  3 4 bulan tera nak tunggu dapat offer sambung degree... betullah tak tau arah tuju hidup lepas nie macam mana... memang terkapai-kapai gila rasa. :(




``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````




Terasa nak bercerita ala bed time story plak pagi nie. Tersebutlah kisah ada sorang awek nie. Dia nak ayat sorang pakwe nie... Dia tulis...


Gegirl : HiKs3... wAK tomeYY!!

Boboy : SaPE TomEYY?

Gegirl : wAK LaRKH... huhuX

Boboy : KiTe Mana aDA TomEYY kite... Henxseem jer...


Ok dah cukup... memang aku rasa nak sekolahkan balik ja budak2 dua ekor nie. Kembang tekak aku baca, siap ber Wak2 lagi... wak sukarno ke apa? huhuX? ok, dia memang kena ubat batuk cap ibu dan anak.  -_-" 



5 ulasan:

Liyana Roslan berkata...

Aku setuju 100% cuti lama lama bosan. Wahh kucing hang nak beranak lagi. Bestnya. :)

Hanif berkata...

lama2 dapatlah kerja tu.,...sabar ...

zana berkata...

~Liyana

kan? boring gila.. hurmm..

a'ah.. khiriah nak bersalin lagi..nwe baby born coming soon... hehe... sapa berani curi lagi kali nie. Siap! :P

zana berkata...

~Hanif

tu la.. insyaallah. Klu ada rezeki x kemana... :)

Iena Eliena berkata...

salam..
jalan2 kt sini & cik iena nk tag
jom join.careeron9 buat segmen khas utk blogger
http://www.ienaeliena.com/2012/05/wwwcareeron9com.html
tarikh tamat:31 mei 2012