Ahad, 6 Mei 2012

Noor Suraya


Hari tu baru beli novel baru... beli online. :') baru nak belajar beli online nie macam mana and of courselah aku beli novel banyak2! Tapi 3 ja la... Mampu Mencintaimu, Sunan Musafir dengan Biru Ungu Cinta. Baru dapat Biru Ungu Cinta... lagi dua tu tak dapat lagi. Dalam proses katanya. Tak pa lah boleh ditunggu benda nie. :)

Aku suka dia, aku minat dia, aku kagum dengan dia, aku admire gila dengan dia, aku suka buku dia, aku jatuh hati dengan penulisan dia... 


Sapa pun tuan yang punya gambar kat atas nie, yang aku jumpa dekat google... percayalah. 
Saya memang jeles dengan awakkkkkk.



Karya Noor Suraya bagi aku memang dekat dengan jiwa, dekat dengan hati. Betul tak tipu... bila baca cerita dia mesti tersentuh punyalah tangkai hati nan satu nie. Silap gaya boleh angau tak habis bila baca novel dia. Dan percayalah yang angau aku dengan Alang - Surat Ungu Untuk Nuha pun tak habis lagi sampai sekarang. *nama Nuha tu memang dah book nak letak dekat nama anak nanti bila dah kahwin. haha. 

Tu baru part romantik yang boleh buat aku angau. Part sedih yang buat air mata aku merembes keluar macam nak tadah air hujan tak kira lagi. Rasa sedih hati nie masa Din - Jaja & Din nak pergi berjihad pun tak habis lagi. Rasa macam aku pulak yang nak kena tinggal dengan suami. :( sedih betul... sedih kena tinggal, sedih bila Jaja ingat dia dah jadi balu dan sedih bila mana Din tak balik-balik lepas setahun pergi berjihad. Niat murni mereka suami isteri yang sangat redha dengan ketentuan DIA yang illahi buat hati aku nie rasa lagi terharu. Tulusnya hati Jaja & Din...  :)





Nak cari novel Noor Suraya yang keluaran CESB nie memang susah, memang payah... sebab dah tak diterbitkan. Novel-novel nie semua terbit sekitar tahun 2001 sampai 2004. Sebab tu susah nak cari tahun 2012 nie... hurmm. Boleh nampak macam frustnya aku rasa bila tak boleh beli buku Noor Suraya? sangat frust. Dalam hati nie Tuhan ja yang tau. Sebab tu bila aku dapat beli Biru Ungu Cinta rasa syukur gila kot. :) Kehulu-hilir aku usung... masuk bilik pegang, masuk tidur letak tepi kepala, masuk dapur nak makan letak tepi meja, main komputer letak tepi laptop, nasib baik masuk bilik air ja aku tak usung! tu pun sebab takut basah. hehe :P

Kemudian... sampai sekarang rasa macam tak caya Biru Ungu Cinta dah ada depan mata aku. Nak baca pun tak sampai hati... sebab aku takut nanti aku sedih... sedih sebab aku dah habis baca buku tu! Aku boleh habis satu novel dalam masa  3 4 jam ja kalau aku suka. Dan tu yang aku nak elak... tu pasal satu hari baca  3 4 muka surat ja... huhu... takut habis cepat. Tak sampai hati... Macam lah agaknya kalau aku dapat beli lagi yang 4 buah novel Noor Suraya keluaran CESB tu...? agaknya angau aku lagi teruk... haha.





Alhamdulillah, novel Noor Suraya yang keluaran Jemari Seni hampir semua aku ada... hampir baru. :) novel umum tinggal Damai ja yang belum beli. Noor Suraya pun ada tulis novel untuk JS Adiwarna dengan Si Manis 17. (untuk remaja/kanak-kanak) tapi orang dewasa pun boleh ja baca. Sesuai untuk semua. Semua novel dia kan pemikat hati. :)

Kalau ditanya mana pilihan hati. Aku paling sayang Surat Ungu Untuk Nuha dengan Jaja & Din... yang lain pun sayang jugak. Tapi yang dua nie aku sayang lebih sikit. hehe. Kadang-kadang tu terdetik jugak kat hati nie, kenapa ya aku lambat tahu pasal penulis nie. Kalau dari dulu lagi aku tahu kan best... semua novel dia mesti ada dalam tangan dah... ala, tak pa lah better late never ya tak?? Kenal dulu ka kenal sekarang ka, sama ja... aku tetap suka penulisan dia. Rata-rata peminat dia mesti setuju kalau aku cakap cerita-cerita dia boleh buai perasaan kita. Kan? :) 


Dia antara penulis yang paling aku suka. Dia menulis bukan sekadar menulis. Dia menulis untuk menyampaikan sesuatu. She's my idol... 


Satu hari nanti nak jadi macam dia boleh?



Nie lah dia orang yang disebut-sebut tu Noor Suraya. Tapi dia lebih selesa bahasakan dirinya kak Su sahaja. Friendly kan... 


Bila kita boleh jumpa ya kak su? Saya memang nak sangat jumpa akak. :)

P/s : Jeles dengan peminat novel lain yang boleh jumpa dia dan beramah mesra dengan dia dekat pesta buku... diri nie pun nak jugak... huhu. Bilalah hari tu nak muncul... tertanya-tanya...


10 ulasan:

Liyana Roslan berkata...

Untunglah order buku online. Jealous aku. haha. Eh yg jaja & din tu yg pasal laki alim kawin dgn perempuan tak-brapa-nak-alim tu kan? yg hang cerita kat bilik haritu?

zana berkata...

aha!! ur right babeh...ingat pun hang...x sia2 air liur aku habis dok cita kat hampa semua...haha..baca dak gi??wajib baca..mandatori..hak3...best la cita yana. :)

AimieAfifah berkata...

Assalamualaikum Zana..
Yes..hebat tu siap ada entry pasal KakSu...alhamdulillah kchik berpeluang jumpa KakSu masa Pbakl 2012..ari 28hb apr tuari..heheheh..memang sgt best walaupun cuma sekejap sebab kaksu pun sibuk nak layan peminant lain jugak kan...& yang terharu sebab kaksu mcm dah lama kenal kchik..siap suruh adik2 kat booth js adiwarna bg layanan first class lagi...aduhaiiii terharu sesangat..n dah beli juga Hikayat Hang Tuah yg sungguh indah bahasanya....huwwaaa...memang terharu..n 29hb tu pegi lg pwtc..yg ini x rancang langsung nak pegi 2 hari berturut2...n dgn senyum malu pegi jumpa kaksu..n kaksu siap ckp.."itu le smlm eksyen ckp x nak dtg lagi"...kikikiki..pegi ambil TT en imaen n hafizul..kaksu memang humble sgt..siap peluk cium walaupun first time jumpe & dpt layanan tip top walau setakat kenal di alam maya..n malu x hengat sbb semua mcm.."oh,,,inilah Azizah Mustaffa"...malu sgt sebab kita ni bukan sesiapa pun kan..

buku CESB yg kaksu tulis..boleh order dgn jemariseni tp maybe 2 buah dah x de tp try keep in touch dgn diorang sbb kalau ada stok baru boleh diorang simpan utk Zana...

n kakchik alhamdulillah dah ada semua terbitan CESB cuma tinggal jemari seni kebun mimpi jer belum beli n terlupa nak beli masa Pbakl ari tu...

opppsss...dah panjang lebar kchik coret kak sini..sorry eh...

zana berkata...

~Aimie

Walaikummussalam kchik...

Waaa...bestnya! bila kchik cita cam tu buat saya sayang kat kak su lagi banyak...haha... kenapa dia sangat humble? huhu =') Untung kchik... boleh jumpa kak su boleh jumpa penulis JS yang lain siap mintak tanda tangan lagi... saya nie entah bilalah boleh. :)

Ada jugak orang cakap macam tu order dengan JS, saya tak buat lagilah. Tapi insyaALLAH lah akan try tengok nak bagi koleksi lengkap. :)

haha, x pa2...komen panjang yang menghiburkan.. terima kasih sudi komen kat sini. :D

AimieAfifah berkata...

Assalamualaikum Zana..

Jom,baca coretan Kchik tentang ini

http://achikazizah.blogspot.com/2012/05/memborong-pesta-buku-antarabangsa-kuala.html

zana berkata...

~Aimie aka Kchik

w'slm..dah baca dah. :) untungnya kchik boleh pergi. nampak enjoy gila kat kat sana punya view...suka... :D thanks sudi kongsi pengalaman kchik... ;)

AimieAfifah berkata...

Salam Zana,

Jom kumpul coin utk pbakl 2013...zana from sungai petani kan..just naik bas terus berhenti d hentian putra...cuma sebelah dgn pwtc...memang x rugi taw..kchik first time pergi terus berchenta nak pergi lagi...:)

zana berkata...

~Kchik

Wslm kchik... :)

Haha, tgh on de way la simpan duit dalam tabung kaca ayam. Plan nak pi tu memang dah ada lama dah.. transport tak da masalah.. cuma tu la timing masa selalu ja tak mengena.. rezeki tak ada. :( tunggu2 saya sambung study area sana.. kompem tiap2 tahun saya pi..hehe

Tu la bila baca n3 kchik buat zana rasa teruja gak nak pi. Nak rasa gak apa yang kchik rasa.. :)

Tanpa Nama berkata...

saya baru membaca karya2 Noor Suraya and I fall in love with her pieces. menyentuh kalbu dan memberi banyak pengajaran dan ada pembetulan pada diri sendiri. I LIKE VERY MUCH

zana berkata...

~tanpa nama

betul setuju sangat! karya kak su mg byk buat kita rasa nak berubah ke arah kebaikan.. :) dia salah seorang penulis yang paling saya kagum...