Ahad, 30 Oktober 2011

Realiti novel...

Isu yang hangat sekarang dalam kalangan peminat novel tegar mahupun tak tegar of course pasal Ombak Rindu yang difilemkan and Bicara Hati yang didramakan! Tanyalah kat sapa pun, mostly eksaited gila nak tengok filem and drama nie. Including me... =)


Bagi aku walaupun cam tak sesuai... tapi aku rasa sesuaikan jugak! sebabnya aku minat Maya Karin... hehe. Ramai orang setuju Aaron Aziz jadi Hariz... tapi Maya Karin tak sesuai jadi Izzah. Aku bangkang gila. Aku setuju Maya Karin jadi Izzah!

Weh, apahal nak bangkang? Maya Karin lawa gila kot... hayy, tak paham den.

Hahaha... nak jugak tempek gambaq nie. Ok fine... letak lah... boleh klik pic tu kalau nak ke entry yang aku cerita pasal Bicara Hati nie. =)

Tu dia mukadimah haruslah panjang. Ok back to the topic. Kita akan jadi makin eksaited bila pelakon hensem dengan lawa kemain yang berlakon kan. Tambah-tambah Maya Karin dengan Sharnaaz Sedap mata memandang... cuci mata... hehe... same goes to novel. Bila watak dibayangkan hensem dan lawa secara automatik kita pun teruja nak baca novel tu.

Semalam aku ada berkomen2 dengan kawan aku dekat fb, pasal drama Bicara Hati mula-mula then melarat ke pasal watak-watak novel pulak. Tapi aku setujulah dengan apa yang cik nunu cakap. =)


1) Hero selalunya mix, 'Bajetyanghensemjaehh'. Aku setuju gila. *selalunya... bukan semua. =)
2) Kaya tu harus, rumah besar bapak plus kereta BMW segala... *Kebanyakkan. kalau miskin tu miskin gila sampai berhutang dengan along... ish3.
3) Heroin cantik! yang nie wajib... bukan selalu bukan kebanyakan... At least kalau penulis nak gambarkan heroin tu tak cantik. Dia akan cakap heroin tu muka biasa TAPI... ada tapinya... mesti diikuti dengan sedap mata memandang or hitam manis. Kalau dah sedap mata memandang dengan hitam manis tu maknanya cantiklah! hayy...
4) Ikut imiginasi kita sendiri. Part2 nie la yang mix tu. =) Muka hensem macam Tom Cruise ? harus... Kacak macam Sharnaaz? sunat... Smart macam Ashraf Muslim? sunat jugak... Macho macam Azlee Khairi? Wajib! err... terlebih pulak... sorry2.
5) Hero dengan Heroin mesti baik hati gila! at least kalau jahat pun... jahat mula2 ja. Akhir2 tu berubah jadi baik macam Bawang Putih... hehe. Kalau sampai kesudah jahat. Matikan terus...

Cuba bayangkan bila baca novel penulis bayangkan macam nie :

Tak ke berpinau mata nak bayang hero tu macam mana?? Novel pun macam drama la jugak... ada marketing strategi dia. Macam drama kalau letak muka tak hensem or tak lawa berlakon ada orang nak tengok? Mana ada... kalau ada pun sikit ja.*Yang komedi2 tu tak dikira ok, tu special case. Bila orang tengok sikit rating menurun, bila rating menurun, Syarikat bungkus!

Macam novel jugaklah, watak hero heroin haruslah digambar segak, hensem, cantik bergaya... nak tarik peminat untuk baca. Bila dah baca pembaca terhibur, Bila dah terhibur & seronak dapat sambutan. Bila dapat sambutan boleh buat filem or drama... hehe

Koleksi novel-novel dalam tangan bukti I pun peminat novel =)

Tak setuju? tak pa2, terpulang... masing2 punya pandangan. Tapi bagi aku tu la realitinya. Kebanyakkan novel yang kita baca mesti hero dengan heroin digambarkan hensem dengan lawa. Salah ke gambarkan hensem dengan lawa? eh, tak... tak salah. Mana ada aku kata salah. Tu pandangan saja. Aku sendiri suka baca novel. Aku tak da masalah kalau novel tu hero dengan heroin dia hensem and lawa... aku suka lagi adalah.... =)

Btw... aku rasa blog aku banyak pasal novel. =) Jiwang? Eh, no hal... kalau jiwang pun tak salah apa... kan ke jiwang tu romantik? bila romatik kan bahagia hidup tu... semuanya bersangkut paut... nampak?

Cer baca entry nie... KLIK <===


Bila Novel Bicara Hati didramakan...

Pom! pOmmm! pommm! *sound effect mercun harap maklum.. mercun tu perlu ditambah bagi menggambarkan perasaan eksaited! 
-
-
-
-
-

 ehem3... edit sendiri ok... buruk? tau sedar diri... tapi yang penting buat dengan penuh ikhlas... haha, sekadar untuk kenangan jeww pun... tak yah la emo sangat. Btw nampak sepadan sangat kan. =)


Seperti tajuk yang tertera Bicara Hati bakal didramakan.

 
Pengsan..... bangun... pengsan balik.... bangun balik... pengsan balik lagi sekali... bangun balik! pegang lappy update blog.

Seriously, Bicara Hati yang aku suka tu? Novel bombastik yang best tu?? Bicara Hati ada dekat tv?? whoaaa... Mata aku dah bercahaya nie. Nampak2?? Teruja gila kot dulu aku pegang novel lepas tu pandai2 la imaginekan Tengku Syahran dengan Zahlia tu ghupe macam mana... dulu2 pernah gak sembang dengan kengkawan agak2 kalau Bicara Hati nie didramakan macam mana ek? Sapa hero dengan heroin tu... sekali bila betul jadi drama...

Eksaited beb! eksaited.... >.< First novel yang aku beli Bicara Hati nie la. My sis yang tolong belikan tahun 2006 tu. 5 years ago! mana lah aku tak excited. Damya Hanna memang best! semua novel dia aku ada. Complete set... sayang ooo, harta berharga tu. 


P/s : Walaupun aku dah balik UiTM Merlbourne tu, aku akan pastikan aku tak miss episod drama tu. Means? tiap minggu aku akan balik rumah... muahaha! nasib bek umah dekat dengan u... ;) Ini bukan omongan kosong! aku akan buktikan tapi err... dengan izin Allah s.w.t dan kemurniaan hati ayah aku nak ambik aku la... hehe =)


Layan pic yang aku ambik dekat akak Damya Hanna punya profile. Nak tolong promotekan sama. =) but before that apa kata klik link kat bawah nie. Boleh kan...

Damya Hanna profile. Friend!
Link Bicara Hati warna merah tu aku punya review pasal novel nie. =)

Dah klik? Bagus2... murah rezeki sapa yang klik tu... hehe. Ok meh kita tengok pic Drama Bicara Hati.

Persembahkan Sharnaaz yang hensem lagi kacak dan Cristina Suzanne yang gorjuss lagi cantik menarik memang lawa as Tengku Syahran dan Zahlia.

 Sharnaaz yang hensem lagi kacak bersama penulis. =)

Cristina Suzanne yang gorjuss lagi cantik menarik memang lawa bersama penulis. =)

Wah, adegan they got married... Ehemm... like... cantik warna tema kahwin... 

 
Dalam bilik... honestly, their room pretty out of what I had imagine before, but it's ok... abaikan bilik tu...

Salah satu adegan. Azizah Mahzan probably as Tengku Badariah, Tengku Syahran's mom.


Sharnaaz as Tengku Syahran... super sesuai ok... tak faham kenapa orang lain cakap tak sesuai. Bagi aku dah ok sesangat dah sebabnya Sharnaaz nie watak apa pun boleh bawak. Ganas? kacang je. Romantik? cair kalau tengok ok. Sweet? dari tepi pun dah manis gula kot. Pendek kata saya restu kak Damya Hanna, Sharnaaz jadi Tengku Syahran! *bajet macam dia orang penting. -_-"

Menurut akak Damya Hanna nie, Bicara Hati akan mula ditayangkan pertengahan bulan November nie dekat Astro Prima. Take note ya. =) Nanti mai kita pakat ramai2 berkumpul depan tv kat rumah memasing tengok drama nie sampai meleh-leleh air mata bila part sedih and senyum meleret-leret bila part happy!


BAKAL DITAYANGKAN DI ASTRO PRIMA BERMULA 3 JANUARI 2012/SELASA JAM 9 MALAM.


Sabtu, 29 Oktober 2011

Mp3 dalam kepala.

Pernah jadi dak masa tengah ambik exam or buat apa2 then suddenly ada lagu terpasang dalam otak? Radio ke apa segala bentuk teknologi memang tak da. Just terngiang dalam kepala and kita ja yang boleh dengaq. Pernah tak??

 
Aku pernah. Benda ni jadi masa aku tengah ambik paper law 016(  government & politics) dengan paper law 012 ( introduction to law) final exam lepas... perghh! memang aar... meroyan aku rasa dua hari tu... -_-"

Ok kita abaikan persoalan aku meroyan tu.

Aku ingat lagi masa paper law 016 aku sampai dewan lambat. Jantung berdesup... dupdapdupdap! dah la seludup masuk ikut pintu belakang. *yang sebetoinya kelam-kabut sangat ri tu, cari pintu pun tak jumpa. heh! masuk2 tu tarik nafas...lepas... tarikkk! lepas... 

Bila start jawab paper... tiba2 boleh pulak aku lupa point penting. Tension2! pastu time2 genting nie la... terngiang-ngiang lagu dalam kepala. Nak cakap cam na aa... ermm, macam bila kita tengah fokus nak ingat something tiba2 kita terdengar lagu dalam otak kita. Pernah rasa dak?? Ish, nak explain tak tau... paham2 sendiri la na...

dia pasang lagu nie....


Cer bayang... tengah2 genting boleh pulak teringat lagu tu.... aku suka lagu nie sebab memang best tapi time 'terpasang' tu berapa nak kena. Struggling gila aku nak ingat balik point2 yang aku lupa plus lagu tu dok terngiang-ngiang dalam kepala. Macam tengah berlakon aksi mendebarkan ja aku rasa. Lagu nie bunyi macam suspen2 sikit. Berpeluh aku time tu... jenuh minum ayaq masak time tu nak bagi hati tenang.

Tu kisah time paper law 016... aku boleh kautim2 lagi... law 012 la yang parah....

Dah la nie 'subject yang paling aku sayang' sumpah sayang gila. =) Tengah2 jawab...  tersangkut, lupa point! Haishh, then once again lagu bermain2 lagi dalam kepala nie. Tapi kena pulak lagu yang 'terpasang' tu dengan apa yang aku rasa masa jawab paper..... 



Yang bestnya part chorus ja yang terngiang-ngiang.... -_-" 
 ku menangis!! membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku....
part tu ja yang berulang2... hahaha... memang kena sangat dah dengan aku time tu... menangis tak leh jawab paper, kejamnya paper law 012 atas diriku... hayyy, macam bengong ja. 

Tapi tu la yang jadi kat aku... asal exam penting, pastu subjek penting, pastu time2 genting! ada la lagu yang dok tengiang2 dalam kepala.  Memang tekanan jiwa la rasa. Last2 terbuang berminit2 masa aku. Agaknya sebab exam hall sunyi sangat la aku rasa. Kalau bising sikit kan ok?hehe...

P/s : Any tips to overcome my problem?? Hurmmm... ka aku sorang ja yang dok  rasa macam tu?? ha, sudah... bahaya nie...


Aku tak sanggup...


Macam biasa... tadi masa blogwalking *wah, LAPANG sungguh hang, macam tarikh muet tu jauh lagi ja kan? tersinggah dekat satu blog nie... ok la blog nie. Banyak letak cerita pelik2 yang jadi kat dunia nie. Then, tertarik dengan satu post nie... tajuk dia Video binatang beranak kot... something like that la... aku pun... waaaa! teruja! cam na kucing bersalin? tapi potong aaa, kucing bersalin tak da... gajah beranak ada la. Hurmmm.

Back to the topic... bila kucing bersalin tak dak aku pun malas nak tengok  video2 tu sebab aku suka kucing ja, menatang len aku tak suka.

Terscroll ke bawah baca comment2 kat situ. Yang best tu... orang comment bla-bla kan, tuan punya blog pun balas balik.

"aku sanggup tengok, cuma xsanggup beranak jer.. "

"nasib baik aku xperlu beranak.."

Hayy, untung lar kan... tak payah susah nak beranak. Aku tau niat dia macam nak melawak ja. Tapi apasal hati aku terguris ha??? hahaha... adoi... agak bengong ya situ... =)

That's why, all the mothers out there are truly awesome! ingat senang nak beranak???erk.. teremosional pulak...



Rabu, 26 Oktober 2011

Kalau kucing dekat malaysia ada surat khabar sendiri...




Sumpah aku gelak berguling tengok pic nie... terus teringat dekat kucing aku... kadiaq... haha. Adoi comey betoi... nanti nak kena suruh kadiaq belajaq rajin2... kena ambik periksa SUK tu... dah macam SPM lak aku rasa... haha.


Btw, credit to my freind Cik Afiqah comey yang tag kan aku kat pic nie. Thanks fiqa... Kbai!
 
Wait2... dah alang2 post pasai kucing nie... buat peminat2 kucing cuba try tengok blog nie kucinganSTUDIO Sumpah best! kucing2 kat belog tu semua setai2... credit to cik Liyana yang perkenalkan aku dekat blog awesome tu... have a nice day you all... now I can say Kbai! ;)


XX : Cabaran 50 Buku : (30) SEPI TANPA CINTA


SEPI TANPA CINTA
Penulis : Damya Hanna
Halaman : 473
Harga : RM 18
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1, 2 - 2004
Cetakan 3, 4 - 2005







Secara ringkas :

Pada hari bersejarah dalam hidupnya, Haziqah mendapat surat yang bakal merubah seluruh kehidupannya kelak daripada Yusri,tunangnya menyatakan dia tak boleh menerima Haziqah. Dikatakan Haziqah sudah tidak suci lagi. Pada hari bersejarahnya itu juga maruahnya dipersoalkan. Haziqah sedih dan kecewa impiannya tak kesampaian.

Bagi membuktikan dirinya masih suci HAziqah rela dikahwinkan dengan mana-mana lelaki sekalipun, asalkan terbukti dirinya tidak pernah melakukan perbuatan yang terkutuk itu. Puan Haryati majikan kepada mak Haziqah telah menyuruh anaknya Fakrul supaya mengahwini Haziqah. Fakrul yang diugut uminya itu terpaksa mengahwini Haziqah yang dia langsung tak kenal dan cinta. Fakrul akur tapi untuk menerima Haziqah di dalam hatinya? Tidak sama sekali.

Setelah berkahwin Fakrul tidak pernah cuba untuk berbaik dengan Haziqah walaupun Haziqah tu seorang gadis yang sempurna adabnya dan cantik budi pekertinya. Dia terlalu cintakan Azura, kekasih lamanya sehinggakan Haziqah yang di depan matanya pun dia tak nampak. Bahkan di malam pertama perkahwinan mereka lagi dia telah menjatuhkan hukuman gantung tak bertali kepada Haziqah.

Haziqah redha walaupun hatinya sakit. Sudahlah dibuang keluarga, suaminya pula berbuat sedemikian. Malang datang bertimpa-timpa, apakah Haziqah berpeluang mengecapi bahagia? Tak terbuka langsungkah pintu hati Fakrul untuk menerima Haziqah? Sepi Tanpa Cinta akan menjawab persoalan itu semua.


Komen saya :

Karya kedua Damya Hanna setelah Bicara Hati yang sangat menyentuh jiwa. Penuh dengan mainan emosi. =)

Watak utama novel nie digambarkan sebagai seorang gadis kampung yang cantik, lemah-lembut dan sopan. Ciri-ciri menantu idaman ya… hehe… kemudian Fakrul, hurmm, mula-mula tu agak menyampah juga dengan Fakrul rasa macam dia nie poyo. Nak letak plaster dalam bilik semata-mata nak bahagi kawasan dia dengan Haziqah, sangat tak matang. Ada jugak arkitek perangai budak-budak macam nie ya? Tapi karakter novel ja nie, nampak sangat Damya Hanna dah berjaya main emosi pembaca.

Jalan ceritanya pun menarik, walaupun saya rasa lebih kurang sama ja dengan Bicara Hati guna kahwin paksa sebagai tema tapi sekurang-kurang cara mereka kena kahwin tu berbeza jadi ada jugak lah kelainannya. Kemudian konflik yang ada dalam novel nie pun lebih kurang sama dengan Bicara Hati, Haziqah tu mak yang kandungnya adalah mak saudara Fakrul. Kiranya kahwin sepupu la nie. =)

Apa yang boleh saya simpulkan novel nie tak banyak bezanya dengan Bicara Hati. Tapi bagi saya Bicara Hati lagi seronok dibaca. Sepi Tanpa Cinta seolah-olah terlalu terikut-ikutkan Bicara Hati. Tapi masih menarik untuk dibaca. Cuma mungkin bahagian Melati yang jugak watak jahat dalam cerita nie agak membosankan.


XX Quotes : Walaupun tak sebagus Bicara Hati tapi Sepi Tanpa Cinta pun ada kelebihannya yang tersendiri? Apa yang lebihnya? Kenalah baca sendiri. =) lagipun sampai sekarang dah di ulang cetak banyak kali.



XX : Cabaran 50 Buku : (29) BICARA HATI


BICARA HATI
Penulis : Damya Hanna
Halaman : 559
Harga : RM 18
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1, 2, 3 - 2003
Cetakan 4, 5 - 2004
Cetakan 6, 7 - 2005







Secara ringkas :

Tak diduga, kemalangan kecil yang berlaku antara Zahlia dan Tengku Syahran bakal menjerumuskan Zahlia ke dalam sebuah perkahwinan yang tak pernah dia bayangkan. Tengku Syahran yang terdesak mahu mengelak dari di kahwinkan dengan Linda menawarkan sejumlah wang kepada Zahlia supaya mengahwininya. Zahlia bukanlah seorang yang rendah maruahnya sehingga boleh dibeli sebegitu rupa tetapi disebabkan dia terdesak mahu membantu membiayai kos pembedahan rakannya dan rasa simpati melihat Tengku Syahran, Zahlia terima… tapi bersertakan kontrak!

Kontrak diikat, janji dimeterai. Namun begitu, Tengku Syahran mula membuat helah. Syarat-syarat dalam kontrak tak dipatuhinya membuatkan Zahlia rasa dirinya tertipu. Muncul pula Raja Khalida mengaku dirinya sebagai ibu kandung Zahlia. Zahlia dibesarkan di rumah anak yatim dan kemudian di pelihara oleh Puan Azizah membuatkan Zahlia sukar untuk menerima kehadiran Raja Khalida.

Selama mana mengelak, akhirnya Tengku Syahran terpaksa akur yang dia telah jatuh hati dengan Zahlia. Tetapi hati Zahlia terlalu keras untuk ditawan. Ditambahkan lagi dengan hasad dengki orang lain terhadap mereka memnyebabkan rumah tangga mereka bergolak. Zahlia pula masih merahsiakan status dirinya yang sebenar kepada Tengku Syahran.

Terlalu banyak konflik yang perlu mereka selesaikan sebelum bahagia menjadi milik mereka. Tetapi semudah itukah mereka boleh bahagia? Bicara Hati membicarakan rasa Zahlia dan Tengku Syahran.


Komen saya :

Kelahiran sulung Damya Hanna nie betul-betul tak mengecewakan, membuai jiwa lagi adalah. Teruja bila baca Bicara Hati. Novel nie saya beli dah lama 4 tahun lepas. Masa tu memang tengah popular, tapi saya sekarang bertambah-tambah popular sampaikan dah nak ditayangkan sebagai drama. Tahniah penulis!

Apa yang boleh saya katakan cerita kahwin kontrak memang tema yang popular tapi kalau penulisnya tak pandai kembangkan plot dan jalan ceritanya agar jadi lebih menarik pun tak jalan juga kan? Damya Hanna  berjaya lakukannya. Dia berjaya hasilkan cerita yang sangat menarik sampaikan saya boleh dikatakan tiap-tiap tahun ulang baca. =)

Watak Zahlia yang sangat cantik. Secantik cover bukunya yang dulu, cover baru yang diulang cetak sekarang jujur saya cakap. Tak menarik. Tengku Syahran mestilah kacak. =) Pasangan yang sepadan. Watak Tengku Syahran digambarkan sebagai seorang yang panas baran dan ya saya boleh rasa betapa panas barannya Tengku Syahran tu. Tapi  bila Tengku Syahran dah insaf, kita yang sebagai pembaca nie pun turut sama ‘maafkan’ dia, walaupun Zahlia yang selayaknya memaafkannya kan? Hehe. Emosi terlebih di situ. Pendek kata Damya Hanna pandai bawa pembaca menyelami setiap watak dalam novelnya.

Bagi saya novel nie mengajar kita yang ikatan perkahwinan tu bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Tanggungjawab tu besar dan tak boleh dipandang remeh dan setiap orang sama saja darjatnya tak perlu dihina mereka yang berstatus anak yatim mahupun anak luar nikah. =)

XX Quotes : Kalau tak ada dalam koleksi novel anda, baik cepat-cepat pergi beli. =) betul tak rugi. Puas hati baca.



XX : Cabaran 50 Buku : (28) ZARA MISI MUSTAHIL?

ZARA MISI MUSTAHIL?
Penulis : Kusyi Hirdan
Halaman : 281
Harga : RM 16
Terbitan : PTS ONE
Cetakan 1 - 2010








Secara ringkas :

Zara yang dulunya seorang gadis yang penuh masalah sudah berubah. Termasuklah penampilannya. Dari gaya yang ala-ala samseng kepada bertudung! Setelah tamat SPM, tak seperti rakan-rakannya yang lain yang pergi ke luar negara bagi mengambil ‘short courses’. Zara memilih untuk tinggal di Kolej Elita. Katanya dia diperlukan di situ.

Dalam Zara membantu Kolej Elita rupa-rupanya Zara ada misi lain. Misi untuk menjodohkan Izaz Noraini dengan Ali. Dia terpaksa bersetongkol dengan Mak Cik Rohana bagi menjayakan misi ini. Tapi tak semudah yang dibayangkannya.

Ali pemalu, Izaz pendiam… macam mana kalau dua-dua orang diam tak berkata? Ibu Izaz berkenankan Ustaz Peter menjadi menantunya. Kemudian Normawar pula mahukan Izaz menjadi ibu tirinya. Wah, banyak betul pesaing Zara! Tapi Zara kan bekas taiko mana mungkin kenal erti putus asa. Mungkinkah Zara berjaya menjalankan misinya ini? Misi menjodohkan Izaz Noraini dengan Ali.


Komen saya :

Kan saya dah cakap Kusyi Hirdan punya penulisan memang best. Walaupun bagi sesetengah pihak mereka rasakan jalan ceritanya agak mendatar tetapi pada saya itulah yang berlaku dalam kehidupan betul kita. =)

Gadis nakal yang ingin menyatukan Izaz dan Ali. Kalau pembaca membaca dari siri yang pertama, pembaca akan tau karakter Izaz dan Ali yang sebenarnya. Saya membaca dari siri pertama jadi saya rasa tajuk buku nie memang sesuai! Izaz dengan Ali nie macam kawan ja pun. Tapi mana tau penulis nak ubah dari kawan rapat dan pasangan kekasih pulak. Ok apa?

Dalam buku nie, watak Zara yang diketengahkan menjadi watak utama. Bagaimana Zara dan Normawar masing-masing bergaduh dan bersaing untuk memilih pasangan hidup Izaz, macam pelik ja kan rasa? Tapi yang pelik tu yang hidupkan jalan cerita nie. Kadang-kadang tu rasa lawak pulak sampai tersenyum sorang-sorang.

Tapi tu semua apa yang saya rasa. Sebab saya selesa dengan bahasa yang penulis gunakan. Tak perlu guna bahasa yang ‘gila-gila’ untuk menarik perhatian pembaca. Bahasa seperti Kusyi Hirdan guna pun dah cukup. =)

XX Quotes : Sekali-sekali tu baca buku remaja jiwa pun boleh jadi awet muda kan? =)



Kucingku KadiaQ (vi)

Selalu aku tempek gambar kadiaq sekor ja... nie aku letak kadiaq dengan anak dia lak! hehe... nama anak kadiaq?? ahaks... glamer habis you... bapak punya nama pun glamer habis, anak pun of kos la...

 hidung cemey, bergaduh punya pasai! hayy...

Mesti semua orang dah mula mempertikaikan jantina kadiaq kan?? kan?? mesti ingat kadiaq betina kan? yala mana ada kucing jantan jaga anak dia. Selalu dah sedap2 bedal si mak tu... dia blah ja la terus lantaklah hang mengandung kembar 6 ka 10 ka kan... bek mengaku kaih. Hahaha...

=') Dia jantan bukan betinalah...

Pastu mesti orang pelik... kalau dah jantan. Macam mana tau kata tu anak dia? ahaks...

Sebenarnya family aku men agak2 ja... tengok corak bulu... keh3... betoi corak sama gila sebijik sejebuk! macam copy paste... lagipun spesis kadiaq tu kat kawasan rumah aku... Kadiaq sekor ja... kalau rumah lain banyak bela kucing parsi dengan anjing ja... So, yang kecik tu consider anak kadiaq la... hehe.



ehem3... ;)

see... see... corak sama kot... cuma anak kadiaq bulu kembang sikit... agaknya kadiaq ehem2 dengan kucing parsi kot... tu yang anak bulu kembang. Hohoho, pandai ja aku buat conclusion... hehh


Pic paling Liyana suka! Pic sumbang mahram dia panggil... kureng asam toi... sesuka hati kata kucing aku buat benda terkutuk tu... haishhh... -_-" depa bermesra ja ok...


Cuba tengok belakang dua-dua ekor nie... sama ada huruf "t" kat belakang depa...

 Nie anak kadiaq...

Nie kadiaq...

See... I told you... sama kan... =) cuma anak kadiaq tu bulu kembang kadiaq tak...bulu dia biasa ja... macam kucing2 biasa.Warna pun nak lebih kurang, cuma anak kadiaq nie mulut bising sikit tak pendiam cam kadiaq... kadang-kadang rasa cam tampaq pun ada... bising gila. Bukan orang buat apa pun kat dia. Orang nak bagi makan pun bising! duduk makan diam-diam dah la... haihhh, seb bek aku sayang bapak dia... tidak dah lama aku tinggai kat amanjaya... ahaks... =P mau kena sembelih dengan ayah aku kalau buat cam tu... =D

err, lupa nak habaq...hehe... nama anak dia... ehem2...cece...aish malu lak nak gtau... ermm....  tapi.... habaq ja la.... jeng jeng jengg!!


Siti Nur Khiriah bt Mohd Kadiaq Hakim!!

nama glamer  Keeya =)


Mata dia bulat... tak macam kadiaq... sepet... =) comei memang comei tapi mulut bising! orang kedah cakap... Hingaq.