Jumaat, 21 Oktober 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (25) CINTA SUFI


CINTA SUFI
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Halaman : 509
Harga : RM 19.90
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1- 2010










 Secara ringkas :

Catalina seorang balu berbangsa Portugis mempunyai misi tersendiri untuk ke Hulu Melaka iaitu untuk mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Lelaki itu diperlukan bagi membantunya mencari seorang wanita bernama Maryam.

Tetapi telah ditentukan yang Maha Kuasa, Laksamana Sunan adalah ‘lelaki bertanduk dua’ yang di cari Catalina. Catalina mengharapkan agar Laksamana Sunan membawanya berjumpa Maryam tetapi sayangnya Lakasamana Sunan sudah tidak berdaya. Dirinya sendiri telah ditawan oleh penjajah yang menjajah Negeri Melaka iaitu bangsa Portugis sendiri.

Tetapi Laksamana Sunan telah di selamatkan oleh Luna, seorang wanita dari bangsa Polip yang mencintai Laksamana Sunan secara diam-diam. Perjalanan mereka seterusnya menjadi lebih sukar dengan gangguan dan halangan oleh Taghut tetapi itu semua tak melemahkan iman Laksamana Sunan yang memang  utuh itu.

Sepanjang tempoh bersama Laksamana Sunan, Catalina mengenal apa itu islam… dan keindahan ajaran islam. Tetapi sehingga kini Maryam tak diketemuinya. Catalina bingung. Siapa Maryam yang sebenarnya? Dan kenapa wanita itu selalu menghantui mimpi malamnya?

Cinta Sufi ada jawapannya.


Komen saya : 
Sebagai pembaca setia karya RAM dan pengikut trilogi Bagaikan Puteri, kita sentiasa diberi gambaran Laksamana Sunan adalah lelaki yang gagah sebagai wirawan yang selalu menumpaskan kejahatan. Seolah-olah Laksamana Sunan tu kebal! Tetapi Cinta Sufi memberi satu kelainan kepada kita. Saya sendiri sangat teruja membaca naskah ini.

Dalam Cinta Sufi Laksamana Sunan kita telah ‘ditawan’ dan kudratnya sebagai wirawan hilang! Wah, teruja bukan? Nie membuktikan watak Laksamana Sunan juga adalah insan biasa punya kelemahan juga. Tetapi yang pasti lemah pada luaran sahaja, di dalam hati Laksamana Sunan makin kuat pegangannya. Sebab itu, Laksamana Sunan tetap jadi pahlawan di hati pembaca. =)

Watak Catalina pula diwujudkan bagi melancarkan lagi jalan cerita ini. Dan pada pandangan saya pencarian Maryam tu, memang sesuatu yang menyentuh hati. =)


XX Quotes : Cinta Sufi memang patut dimiliki. =)


Tiada ulasan: