BICARA HATI
Penulis : Damya Hanna
Halaman : 559
Harga : RM 18
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1, 2, 3 - 2003
Cetakan 4, 5 - 2004
Cetakan 6, 7 - 2005
Secara ringkas :
Tak diduga, kemalangan kecil yang berlaku antara Zahlia dan Tengku Syahran bakal menjerumuskan Zahlia ke dalam sebuah perkahwinan yang tak pernah dia bayangkan. Tengku Syahran yang terdesak mahu mengelak dari di kahwinkan dengan Linda menawarkan sejumlah wang kepada Zahlia supaya mengahwininya. Zahlia bukanlah seorang yang rendah maruahnya sehingga boleh dibeli sebegitu rupa tetapi disebabkan dia terdesak mahu membantu membiayai kos pembedahan rakannya dan rasa simpati melihat Tengku Syahran, Zahlia terima… tapi bersertakan kontrak!
Kontrak diikat, janji dimeterai. Namun begitu, Tengku Syahran mula membuat helah. Syarat-syarat dalam kontrak tak dipatuhinya membuatkan Zahlia rasa dirinya tertipu. Muncul pula Raja Khalida mengaku dirinya sebagai ibu kandung Zahlia. Zahlia dibesarkan di rumah anak yatim dan kemudian di pelihara oleh Puan Azizah membuatkan Zahlia sukar untuk menerima kehadiran Raja Khalida.
Selama mana mengelak, akhirnya Tengku Syahran terpaksa akur yang dia telah jatuh hati dengan Zahlia. Tetapi hati Zahlia terlalu keras untuk ditawan. Ditambahkan lagi dengan hasad dengki orang lain terhadap mereka memnyebabkan rumah tangga mereka bergolak. Zahlia pula masih merahsiakan status dirinya yang sebenar kepada Tengku Syahran.
Terlalu banyak konflik yang perlu mereka selesaikan sebelum bahagia menjadi milik mereka. Tetapi semudah itukah mereka boleh bahagia? Bicara Hati membicarakan rasa Zahlia dan Tengku Syahran.
Komen saya :
Kelahiran sulung Damya Hanna nie betul-betul tak mengecewakan, membuai jiwa lagi adalah. Teruja bila baca Bicara Hati. Novel nie saya beli dah lama 4 tahun lepas. Masa tu memang tengah popular, tapi saya sekarang bertambah-tambah popular sampaikan dah nak ditayangkan sebagai drama. Tahniah penulis!
Apa yang boleh saya katakan cerita kahwin kontrak memang tema yang popular tapi kalau penulisnya tak pandai kembangkan plot dan jalan ceritanya agar jadi lebih menarik pun tak jalan juga kan? Damya Hanna berjaya lakukannya. Dia berjaya hasilkan cerita yang sangat menarik sampaikan saya boleh dikatakan tiap-tiap tahun ulang baca. =)
Watak Zahlia yang sangat cantik. Secantik cover bukunya yang dulu, cover baru yang diulang cetak sekarang jujur saya cakap. Tak menarik. Tengku Syahran mestilah kacak. =) Pasangan yang sepadan. Watak Tengku Syahran digambarkan sebagai seorang yang panas baran dan ya saya boleh rasa betapa panas barannya Tengku Syahran tu. Tapi bila Tengku Syahran dah insaf, kita yang sebagai pembaca nie pun turut sama ‘maafkan’ dia, walaupun Zahlia yang selayaknya memaafkannya kan? Hehe. Emosi terlebih di situ. Pendek kata Damya Hanna pandai bawa pembaca menyelami setiap watak dalam novelnya.
Bagi saya novel nie mengajar kita yang ikatan perkahwinan tu bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Tanggungjawab tu besar dan tak boleh dipandang remeh dan setiap orang sama saja darjatnya tak perlu dihina mereka yang berstatus anak yatim mahupun anak luar nikah. =)
XX Quotes : Kalau tak ada dalam koleksi novel anda, baik cepat-cepat pergi beli. =) betul tak rugi. Puas hati baca.
2 ulasan:
novel nie buat aku,mimpi pasal tengku syahran
~si ngokngek..
hahaha...samalah kita.
Catat Ulasan