Jumaat, 21 Oktober 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (26) SUTERA BIDADARI

SUTERA BIDADARI
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Halaman :
Harga : RM
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1 - 20




 
Secara ringkas :
Sutera Bidadari adalah kesinambungan dari Cinta Sufi nie mengisahkan perjalanan Safudin atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan dalam memburu Taghut setelah muncul semula dari Tasik Hulu Melaka selepas enam purnama berada di bawah pengawasan Hang Tuah.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Saifudin dalam memburu Taghut.  Dia mungkin tangkas dalam melawan kejahatan tapi buntu apabila melibatkan soal hati. Mariam dan Luna berbeza watak tapi mempunyai satu persamaan iaitu merebut hati Saifudin! Kesinambungan dari Cinta Sufi, tetapi masih tidak dileraikan.

Dalam pada masa yang sama Raja Roman yang gagal menewaskan bangsa Polip bertambah sedih dengan kematian permaisuri yang dicintai sepenuh hatinya, Sutera. Sehinggakan kerajaannya yang gah hancur di telan waktu. Raja Roman yang dukacita tu menggengam dendam terhadap seseorang yang padanya adalah punca semua ini terjadi. Siapakah gerangan yang dimaksudkan itu?

Di dalam kemelut dendam, muncul Sang Dewi pula yang cuba menyeru Saifudin agar ‘mendekatinya’. Kerap kali diserunya Saifudin ke alam lain. Tiada niat jahat tetapi apa niatnya yang sebenarnya? Adakah mahu memerangkap Saifudin?

Abad ke-21, Saifullah meneruskan misi Saifudin dalam memburu kejahatan. Keris Naggroe dan Catatan Maryam harus dekembalikan pada yang berhak. Dia memang mirip Saifudin yang hidup pada tahun 1511. Tapi mustahil dia adalah Saifudin. Jadi apa perkaitannya dengan Saifudin?

Ramlee Awang Murshid membuatkan kita berusaha untuk merungkai persoalan yang diwujudkan dalam Sutera Bidadari.


Komen saya :

Naskah kelima dari sambungan Bagaikan Puteri, tapi Sutera Bidadari masih ada sambungannya lagi. Tak lama lagi. Itu kata penulis novel nie. Kita sebagai pembaca nie, nantikan dengan sabar ya. =) bolehlah kita gelar Hexatologi Bagaikan Puteri sebab dah cukup enam buah buku nanti… sangat mengagumkan.

Seperti biasa, pengakhiran yang di mulakan dengan persoalan. Tetapi itulah yang membuatkan karya-karya RAM lekat kukuh di hati pembaca. Bagi saya Sutera Bidadari tidak mengecewakan ceritanya diolah dengan baik tetapi mungkin agak susah bagi pembaca yang terus membaca Sutera Bidadari nie. perlu mula membaca dari novelnya pertama barulah kita akan tahu setiap watak yang diceritakan.

Mainan masa yang memerlukan penelitian kita. Sebabnya kali nie, RAM memasukkan empat cerita dalam satu novel. Yang menariknya setiap cerita bersangkut paut antara satu sama lain. Dan yang membuatkan saya teruja baca cerita nie, RAM banyak selitkan unsur suspen. Wah, kita dah teka benda lain jadi tapi tiba-tiba benda lain yang jadi. Paling saya tak sangka, pengakhiran Taghut! Saya pasti pengikut setia Saifudin mesti ternanti-nantikan pertarungan antara Taghut dan Saifudin bukan? Tapi sebaliknya yang terjadi. Tapi yang pasti kita terkejut dengan pengakhiran hidup Taghut.

Cuma Sutera Bidadari tidak terlalu tumpu pada watak Saifudin sahaja. Watak lain turut diberi penekanan tetapi Saifudin masih sebagai tunjang utama Sutera Bidadari. Herokan? Mana boleh jadi watak sampingan. =)


XX Quotes : Sangat berpuas hati baca novel nie. Agaknya lelaki macam Saifudin masih wujud ke dalam abad-21 nie?


2 ulasan:

msredcheesecake berkata...

Byknya baca novel.... Menarik siri ni sebab ada byk ksah lain selain cinta... Presentationnya pun berbeza dari karya melayu yg lain....

zana berkata...

msred~

ehehe...saya suka baca and utk cabaran 50 buku sama. =) betul! setuju sangat siri nie unik tak jumpa lagi cerita melayu yg mcm nie.