Isnin, 9 April 2012

Apa yang aku tengok dekat youtube? Part 1


Cecece... hampa2 yang dok bukak youtube tu dok tengok benda apalah kan... bek mengaku kaih. Hampa buka video Justin BibiR! dak? acece... tok sah dok mohong la... tak Justin BibiR mesti hampa tengok bini dia Selena GomeK... kan?

Aku tak men la bibir2 kemek nie... aku up sikit. Bila aku on9 youtube antara video2 yang aku selalu tengok and mostly bukaklah kan...





Sapa la tak kenai mamat nie... mohong ler tu. Sikit punya fames dia nie. Video dia pun best2, stok kalau ulang 15 kali tengok... 15 kali gak kita gelak. Tak gelak pun mesti sengih sorang2. =) 

Tapi baru2 nie dengar cita pasai something yang kurang best sikit pasal dia. Kononnya KRU nak saman dia pasal video dia Rant on popularity tu. Dalam video tu kan dia ada komen pasal lagu 3Kata tu. Bagi aku la... tak nampak pun apa yang salahnya mamat nie sampai nak kes saman2 tu. Entahlar...




Orang cakap muka dia macam eunhyuk super junior! Sama la tu... bibir angelina jolie dah dua2 orang aku tengok. =) Jom tengok video Matluthfi!




Nie sorang lagi. Kalau tak kenal menipu gak la tu. Haipp, tak bek mohong2 nie... tak bau syurga tau! *tiba2.

Dia nie pun best jugak. First video dia yang aku tengok yang euwww tu. Dia punya slang mat salleh... perghh! fluent gila kot. Tapi kan aku tengok video dia sekarang macam dah tak bapa nak kick macam dulu dah. Makin lama makin kureng sikit feel tu. =(

Tapi tapi tak dapat tidak... video dia sekarang memang bagus lar. Tu tak leh nak nafikan. Dia macam  nak bagi kesedaran kat kita semua yang tengok video dia tu buat benda baik. =) tu yang bagusnya. 

Aku rasa bagus jugak tu. Yala, dia dah fames so, rasa tanggungjawab nak jadi role model yang baik tu mesti ada kan? Tapi aku memang rasa dia satu role model yang elok pun. Terutamnya untuk student2 kat luar sana. =)


See! muka leader tu dah ada dah... gaya lagiiiii la ada. Hari tu masa dia  bertanding digi awards tu. Sekali tiga award dia rembat! gila tak hebat tu... 




Ha, yang nie pun role model yang bagus gak bagi aku. Maybe video dia tak se'funny' mamat kat atas nie. Tapi dia punya video memang daebak! banyak ajak kita buat benda baik. Macam bagi peringatan kat kita pun ada.

Memang tak rugi kalau tengok. Dia pernah ja buat kalobrasi *ejaan tak tau betoi ka dak. Ala, yang gabung2 tu la dengan Anwar Hadi buat video pasal bulan puasa. Budak oversea jugak nie. Ex mrsm langkawi tak silap aku. =)


Sekali tengok muka dia macam abang saudara aku pun ada. Muka dengan style tu sama. spek dengan janggut sejemput... haha




Yang nie sama ja kesengalan dia. Tengok video pun hilang stress. Tambah yang video dia kena lempang dengan mak dia tu. 10 kali aku ulang 10 kali aku bantai gelak. Style gila mak dia lempang. Rasa macam nak try buat jugak! haha

Banyak la video dia yang best2. Yang pasai Tijah "Push tijah push!" pasai deodoran la, make up for guys la... memang banyak. Try la tengok... memang best.

Dia nie aku baru discover baru2 nie ja... cheeee... baru discover! ayat tak boleh blah. haha


Selain jadi vlogger! dia nie penulis komik... see? multi talented dia nie. Buat video pandai melukis pun pandai. Komik dia setakat nie yang aku baca on9 best and comei... ;) Kalau beli pun berbaloi... lagipun kita kena support buatan malaysia! aku pun nanti nak beli. =) ingat KOMIK-M



Ha! mamat kiok/Kyo nie kawan aku yang bagitau. Cik fien! dia memang minat mamat tu... taste dia katanya... ada la sikit2 tangkap cintan... haha ampun fiennn... ;)

Fien nie la ajaq aku tengok mamat nie. Memang sengal la dia nie. Pasal mamat nie la aku kenal lagu Ahmad Jais yang budi setahun segunung intan tu... ala, yang lirik cik adik sayang tido sebantal tu....

Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Jangan sampai aku nyanyi kat sini... mau lebat satu malaysia satgi... Aku pernah letak ringtone phone lagu nie. Pakat bantai gelak family aku dekat aku... -__-" sangat retro kata depa...



Fien kata dia hensem... aku kata? hensem la jugak sikit2... hahaha



So? ampa minat dak yang aku sebut nie? Nie baru separuh... ada lagi yang aku tengok... kalau aku sambung semua letak satu entry alamatnya cecah lantai la. Panjang. Aku pecah jadi dua ja la. Kalau ada video orang yang best2 yang aku tak sebut tu bagitau la aku. Boleh gak nak tengok. Tambah link baru... hehe.

Kadang2 bukan pa... tengok video2 nie boleh buat aku rasa happy gelak sorang2. Aku tengok video sorang2 ja... tak dak nak teman... sob3...

Ah, dah2 la aku berdrama sebabak. Nanti kita sambung part 2 lak... ada vlogger perempuan. Apa ingat aku usya mamat ja ka? perempuan pun aku layan gak ok... ciss, berprasangka buruk kat aku. Tak bek no.


Till then...






3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni bukan nak kata la , Kyo mmg hensem okeh !

zana berkata...

~fiena

haha...okeh3... mg hensem ;D

Tanpa Nama berkata...

Sila terima kenyataan , berpijak di bumi yg nyata ! HAHAHAH