Ahad, 1 April 2012

I'm back! Haipp, aku hidup lagi tau... hehe


I'm still alive babeh! u miss me?? Apa? gambaq bajet? eh, aku memang dari dulu lagi suka bajett... ampa2 ja yang lambat perasan. Haha

Tangan rasa kaku. Dah lama gila tak tulis blog. Gila kot sebulan lebih aku tahan gelora di jiwa nak update entry... *ayat mesti mau style. Gelora di jiwa? Eh, macam tajuk novel. Apa-apa pun... assalamualaikum. Hehe, alhamdulillah I hidup lagi ya. Dah lama tak update blog... 

Aku menghilangkan jejak sebab final exam hari tu. Nie kan sem 2 aka sem last aku kat Merbok sebagai pelajar asasi undang-undang. Fuh, tobat lega dah habis. Fuhhhhh3! lega betul. Nampak aku tengah hembus nafas sikit punya kuat sampai terbang kain lapik meja mak aku nie. Nampak? Good... tu tandanya memang aku lega gila ok.

So, sebab final exam... kononnya nak fokus kat exam lah kan, aku usaha tak update blog langsung. Last aku update pun pasal derma darah hari tu. Well, I manage to do it. Tak update langsung blog. Yang mana sangat tak bagus untuk kesihatan blog aku dengan nuffnang. *bajet duit nuffnang dia banyak sangat.


Final exam aku hari tu... ok la. Ada yang boleh jawab ada yang tak boleh jawab. Tapi tak adalah jadi kes cam sem lepas tiba2 ada lagu dok berdondang sayang dalam kepala otak aku kan. Tapi still final exam sangat tough bagi budak yang hari-hari-telan-kismis-pil-minda-minum-jus-dr-rozmey-tapi-still-tak-cerdik macam aku nie. Macam paper law 3 aku hari tu... aku rasa memang lingkup! memang kelaut la aku cakap. Masuk dewan hari tu rasa macam budak bodoh pun ada. Macam tak belajar langsung. Kesian miss aku penat dia baca slides dalam kelas tapi aku still tak leh jawab. Hurmm, boleh dak nak cakap. "Bukan salah aku, salah paper law tu la susah sangat!" *what the cat what cat... -_-"



Ah, sudah2 la dengan kenangan final exam aku yang tak berapa nak manis sangat macam ceklat hack tu! malas aku nak ingat. Rasa macam nak flush ja dari otak aku masuk dalam jamban.



Tapi tak dapat tidak baru 4 hari habis asasi aku rasa rindu gak la kat kawan2 aku kat sana. :'( Setahun kot dok kat sana. First time belajaq berdikari cari makan sendiri apa semua kat sana walaupun tiap2 minggu 3 4 kali aku balik rumah. Still, aku belajaq banyak benda gak la kat sana. Rasa macam dah terbiasa kat sana sampaikan aku dah balik rumah pun aku macam "Eh, betoi ka aku dah habis asasi nie, betoi ka tak yah balik merbok dah nie??"


Rindu merbok.... oh tidakk... kalaupun aku rindu setengah mati dekat uitm merbok aku harap sangatlah aku cuma balik kat sana untuk ambik result periksa aku ja bukan sebab kena repeat paper... fuang fuang! mintak dijauhkan...


Tapikan seriuslah cakap 6 bulan cuti nie lama gila kot. Kalau kucing aku pregnant pun mahu dah 2 3 kali gak la beranak. Nak kerja tapi progress mencarinya belum jugak nak mulanya... hehe. Tapi plan tu dah ada la nak buat apa. Cuma tunggu nak dilaksanakan ja la. Doa-doa la tak terbengkalai niat suci murni aku tu kan. hehe. So, memandangkan aku ada banyak masaaaaa! kalau hari-hari aku update blog lepas nie jangan kata apa la na. ;)


P/s : Aku tulis entry nie sambil tengok kucing aku yang makin gemok dan pemalaih. Hayy, cuti nie aku jadi nanny dia la jawabnya. Bertuah la punya badan. Dia jadi bos aku plak jadi kuli... -_-"


12 ulasan:

Miss FF berkata...

oh.. patutla dah lama x update blog.. tgh final exam rupanye... baguslah da habis asasi.. lepas ni tunggu sambung degree plak.. insyaAllah semuanye ok... harapnya lulus semuanye.. sama2 kita doakan... after this boleh la story mory pasal kucing2 yang comel2 tu...

zana berkata...

~Miss FF

Hehe...thanks sebab sudi jugak follow lagi blog yang dah nyaris2 nak kusam nie.. :') Yup, mudah-mudahan result saya lulus semuanya n blh smbung degree nanti. A'ah, memang banyak benda nak cita nie. pasal kucing pun ya jugak. tunggu! ;)

fynasahaja berkata...

Hehehhee . anis kenangan bersamamu tak akan kulupa ? thanks for all the good memories . will be missing you :)

zana berkata...

~fyna

so sweeet! me too dear. ;) thanks for the kesabaran bila mlm2 aku ketuk blk hg nk mintak tlg print kerja n also the memories... hehe :D

hawanabilla berkata...

akak..
btol ka law kna muet band 4..
ssah x???
kt mmg kna bljr bnda cm pidato ka???

zana berkata...

~hawa

yup, law kena dapat muet band 4 sayang...kalau tak dapat muet band4 tak leh further degree law makanya kena tukar ambik kos lain. Etc, macam public admin, pentadbiran korporat, kulinari, perhotelan...

Susah atau tak tu depends on the person itself. Bagi akak agak susahlah. hehe. Tapi insyaallah, setiap sem boleh score pointer 3.0 keatas kalau at least kita baca jugak buku. :)

Pidato? oh yess... akan ada subject english bel 260& 313 untuk sem 1 dan bel332&342 untuk sem 2. Dalam subject bel nie memang fully english yang memerlukan kita sentiasa bercakap dekat depan. Forum,debate,public speaking...benda tu memang akan ada. Kita akan selalu kena buat presentation dekat depan kelas.

Dekat tempat akak, uitm merbok macam tu la tempat lain akak tak tau. :) Hawa dapat asasi law dekat mana?

Nur Athyrah berkata...

Assalamualaikum akak, boleh saya tahu betul ke asasi undang2 hanya 2 sem? sbb setahu saya kalau dkt kedah dan pahang 3 sem kan? shah alam je 2 sem kan? hurmmm,.... saya dengar ura2 mengatakan asasi undang2 di uitm telah diseragamkan iaitu hanya 2 sem tidak kira sama ada di kedah, pahang atau shah alam... betul ke akak? harap akak dapat balas comment saya :) terima kasih akak :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, akak betul ke asasi undang2 dah x ad 3 sem? just 2 sem ke?

zana berkata...

~atyrah

w'slm dik. :)

iya sayang.. skrg asasi undg2 uitm semua dh diselaraskan tempoh sem tu bagi sama... tak kira asasi undg2 dekat s.alam,kedah or pahang semua sama hanya 2 sem. Setahun ja then dah boleh further degree. :)

zana berkata...

~tnp nama

w'slm.. :)

yup, betul. Start tahun lepas asasi undg2 dah diselaraskan bagi sama cuma 2 sem/1 tahun ja tak kira s.alam, kedah or pahang. Tapi tu untuk uitm la.

Klu uia cthnya. still kekal 2 tahun/4 sem..

Nur Athyrah berkata...

terima kasih yea akak sbb sudi balas pertanyaan saya, :)

baru saya tahu, selama nih saya ingat saya akan buat asasi nih untuk 3 sem, heheee... sbb kedah, tp kan akak 2 sem nih tak laju sngt ke? saya bimbang jgk...

zana berkata...

~Athyrah

sama2 kasih ;)

Laju tu laju la jugak sebabnya kalau nak diikutkan satu sem tu tak sampai 6 bulan pun kita study. Baru belajar dua chapter terus exam plus cuti sangat banyak tau! hehe... tapi ada ja masa untuk kita relax2.

Biasanya budak law kelam kabut time exam ja.. hari-hari lain lepak ja... gi jalan2 tengok movie.. ;P

No need to worry.. study law enjoy sebenarnya... :)So, ambiklah asasi undg2... best...hehe.