Ahad, 18 Disember 2011

Sesungguhnya sangat menduga iman aku rasa...


Apa kebenda yang menduga iman tu??

Makan.....

Aku baru sedar sem 2 nie kan, kalau aku nak makan sedap2 sikit ja., memang azab.. kompem sejam kemudian aku tunggu baru dapat. Macam hampeh kan? Tuhan saja nak duga iman aku kot no...

Tapi... tapi... tapi... agaknya iman aku nie nipis macam kulit durian agaknya... pantang lambat aku mula naik angin. Hurmmm, tak baik untuk kesihatan... Haishhh! Tapi bukan salah aku. Kalau aku tak leh sabar dah lama aku blah terus ja tinggal makanan yang aku order tu kan? Tapi still aku TUNGGU JA WALAUPUN SEJAM! penyabar gak la tu, cuma bila dah balik ja komplain...

Tapikan yang sebetulnya, aku tak kesah pun kena tunggu lambat2 nie, well kesah lah jugak sikit sebenarnya. *ah, cakap macam kelin sat kesah sat tak kesah... Aku cuma pantang bila bab2 turn nie. Serius pantang gila. Ok contoh : Bila aku dengan penuh kesabaran yang tak berbelah bahagi beratur tunggu punya lama nak Beli Burger then sedap2 hati orang tukang buat burger tu bagi dekat orang len yang baru sampai, tu memang aku hot. Hot macam ayam KFC tu. Kadang2 aku diamkan ja, kadang2 memang aku protes depan2.

Again, tadi petang aku nak makan nasi putih dengan lauk sedap2 sikit. So lepas habis kelas pukul 6 aku dah out dengan kawan2 aku. Guess what? order kul 6.45 pukul 7.30 baru dapat! bak kata Tin cangak bulu kami kat situ... hehh... yang menambah rasa hangat hati tu. Ada dua orang mamat baru sampai order tak sampai sepuluh minit kot, depa dapat dulu. Mau tak hot kami... tunggu punya lama orang len yang dapat order dulu.

Aku dok teringin time aku beli burger hari tu ja... memang nak maki ja owner kedai tu masa tu. Kawan aku , Bella pun bengang gak. Dia saja cakap kuat "Fine! Fine!" dia cakap sampai akak tu tengok meja kami, kelam kelibut dia masuk dapur. Kawan aku sorang lagi bangun pi tanya terus kat kaunter... sampai nak kena tanya kat kaunter tu kira service kedai tu memang teruk la bagi aku.

Hayy, aku nak makan nasi ja pun... bukan nak makan sirip ikan jerung ka rendang tok ka... tapi nak makan tu pun azab... (0_o")

P/s : aku bab makan yang berorder memang agak banyak songeh sikit.

P/s/s : esok lusa tulat tulin aku nak puasa! protes tak mau makan... erkkk. Dak3... bukan protes nak puasa ganti maa... hehe

Pesanan Penaja : Orang kalau  nak berniaga, buat cara nak berniaga. Customer always right! ingat tu. Dan tolonglah... tolong ingat turn pelanggan anda. Jangan main sedap2 ja buat kerja tak ikut turn silap hari bulan orang boikot kedai tu baru tau.

2 ulasan:

NADIAH MUHAMAD BASRI berkata...

weh sama lah dengan aku pun dulu, masa sem satu..aku punya lagi teruk kott, tggu sampai naik kematu kat buntut aku, dah masuk maghrib dah pun, tapi nasi2 aku tak sampai2 lagi..yang aku tak tahan, kawan2 aku dah dapat dah nasi2 depa, org len pun dpt dh..memang bebai gila gila aku weh..pastu aku tggu punya tggu, tba2 mak cik tu datang dan gtau aku 'adik, nasi dah habih, macam mana mana?' macam dengan !!!!!!!!!! rasa mcm nak nangis kott time tu.. huhu

zana berkata...

~Nadiah

huhu...sabaq ja la wei... sebab student yang depa wat cam tu kat kita... padahal kita makan bukannya free, kita bayaq. Hurmm... redha ja la nadiah. =(