Isnin, 26 Disember 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (48) MANDATORI


MANDATORI
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Halaman : 505
Harga : RM 19.90
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1 - 2000
Cetakan 2 - 2001
Cetakan 3 - 2004
Cetakan 4 - 2005
Cetakan 5 - 2007
Cetakan 6 - 2008



Secara ringkas :

Pemandu Datuk Johari iaitu Tassan dijatuhkan hukuman Mandatori, mati di tali gantung kerana didapati bersalah berkaitan dengan dadah walaupun hakikatnya dia tak bersalah. Hukuman yang dijatuhkan kepada Tassan meninggalkan kesan besar kepada keluarganya terutamanya kepada anak-anaknya, Amran dan Nurimah yang masih bersekolah.

Amran sering dipulau dan dihina oleh rakan sekelasnya iaitu Juliana, Kevin dan Jane sehingga berlaku pergaduhan antara mereka akibat dari pergaduhan tu Amran dibuang sekolah. Selepas dibuang sekolah Amran nekad menjadi seorang nelayan bagi membantu mengurangkan beban ibunya, Bu Piah. Tetapi suatu hari kecelakaan menimpa Amran dan dia hilang apabila perahu mereka dipukul ombak.

Setelah beberapa tahun kisah kehilangan Amran dan kematian Tassan dilupakan begitu saja. Masing-masing meneruskan kehidupan mereka dan mereka berjaya dalam bidang masing-masing termasuklah Juliana, Kevin dan Jane. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah muncul Carlos! Lelaki misteri itu seperti penegak keadilan yang memberi hukuman kepada pesalah. Dialah hakim dan dialah peguam! Hanya dia yang berhak membuat keputusan, dan hanya satu hukuman yang dia akan jatuhkan… MANDATORI.


Komen saya :

Seperti biasa karya Ramlee Awang Murshid tak pernah mengecewakan para pembacanya. Sangat-sangat berpuas hati dengan Mandatori. =)

Unsur suspen yang dimasukkan dalam novel nie memang menjadi! Seperti novel beliau yang sebelumnya mainan masa turut ada sampai kita kena ulang selak novel supaya faham dengan jalan cerita Mandatori nie. Tapi bagi saya benda tu perkara kecil dan tak membunuh langsung rasa teruja nak habiskan Mandatori sebab saya dah faham dengan gaya penulis beliau yang suka main dengan masa.

Watak-watak dalam Mandatori juga dikembangkan dengan baik dan sangat misteri! Di ulang sekali lagi… misteri ok.  Kali nie ada banyak watak dalam satu watak. Bunyi macam mengelirukan bukan? Tapi percayalah, lepas baca novel nie anda akan faham dan boleh tersenyum puas sebab dapat habiskan novel nie dan tau siapa Carlos tu sebenarnya.

Apa yang boleh saya simpulkan rasa teruja tu mesti ada bila kita novel nie dan bila dah mula baca Mandatori rasa nak tau babak seterusnya membuak-buak tau… hehe


XX Quotes :  Mandatori novel penuh suspen dan misteri! Suka cerita thriller yang buat kita teruja? Jawapannya Mandatori pilihan terbaik. =)



Tiada ulasan: