KAU LAKSANA BULAN
Penulis : Aina Emir
Halaman : 526
Harga : RM 19.90
Terbitan : KarnaDya
Cetakan 1 - 2006
Secara ringkas :
Mengisahkan tentang seorang penulis ‘Romance Thriller’ Adrianna yang nekad untuk berhenti kerjanya dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada bidang penulisannya tetapi mendapat tentangan dari ibunya. Ibunya, Puan Salmah merasakan bidang penulisan nie tidak dapat menjamin masa depan Adrianna dan Adrianna menganggap kata-kata ibunya sebagai satu cabaran baginya. Selain itu, ibunya juga mendesak Adrianna supaya cepat berkahwin kerana tak tahan mendengar orang bercerita buruk tentangnya.
Kerjayanya sebagai penulis ternyata membuahkan hasil apabila novel ‘Romance Thriller’nya mendapat sambutan orang ramai. Tetapi Adrianna tetap seorang gadis biasa yang punyai masalah percintaannya yang tersendiri. Gesaan ibunya membuatkan Adrianna tersepit dengan perasaannya sendiri.
Ketika dia sedang sibuk mencari idea untuk watak novel barunya Adrianna berjumpa dengan seorang lelaki iaitu Firas di dalam tren komuter. Perkenalan singkat tu berlanjutan kerana setiap hari mereka menaiki tren yang sama. Semakin lama hubungan mereka semakin rapat dan Firas mahu hubungan mereka bukan sekadar kawan biasa. Adrianna pula masih terkenangkan Razif cinta keduanya tetapi telah meninggal dunia. Dalam pada masa yang sama Syafik cinta pertamanya juga muncul menagih kasih dari Adrianna.
Adrianna terpaksa membuat pilihan dan dikala dia sudah pasti dengan pilihannya muncul pula Eizlan. Lelaki misteri yang sering mengingatkan Adrianna kepada Razif. Gerak-geri laku Eizlan betul-betul sama dengan Razif membuatkan Adrianna mula sangsi. Perilaku lelaki itu juga pelik kerana sering mengganggu Adrianna dan seolah-olah dia terlalu obsess dengan Adriana.
Adriana mula terasa dirinya diekori, Sehinggalah suatu hari satu kecelakaan menimpanya dan rahsia mengenai Eizlan terbongkar. Apakah Eizlan dan Razif adalah orang yang sama? Dan antara Firas dan Syafik siapa yang dipilihnya? Kau Laksana Bulan ada jawapannya.
Komen saya :
Salah satu novel kesukaan saya. Sangat best ya, tak tipu nie… bukan selalu kita dapat baca novel thriller yang penulisnya wanita ok. Selalu kita baca novel thriller penulisnya lelaki tapi Kau Laksana Bulan walaupun cuma thriller yang ringan tapi tetap mantap!
Idea yang terzahir dalam novel nie bagi saya luar biasa dari novel yang selalu kita baca. Walaupun terdapat banyak watak dalam novel nie tapi penulis dapat imbangkan kesemua watak dan tidak ada kekeliruan apabila kita membaca naskah nie. Jalan ceritanya juga unik dan menarik bagi saya.
Dan saya suka cerita tentang Syafik yang terlalu ‘anak mak’ sehinggakan keputusan hidupnya sendiri pun tak boleh nak tentukan sampaikan dia terlepas Adrianna pun dia masih belum sedar. Firas, hero yang cool dan boleh buat kita angau dengannya adalah seorang yang tenang dan tapi tetap pendiriannya. Kisah pertemuannya dengan Adrianna bagi saya sangat sweet! =)
Bagi saya Kau Laksana Bulan nie gabungan cerita cinta dan thriller. Cerita cinta Adrianna yang agak rumit dan thriller pada watak Eizlan. Watak Eizlan yang terlalu obsess dengan Adriana buat kita turut sama rasakan ketakutannya. Pengakhiran cerita Eizlan lelaki misteri itu memang betul-betul saya tak duga! Kalau nak tau siapa Eizlan yang sebenarnya kenalah baca.
Saya bagi 4 dari 5. =)
XX Quotes : Sangat disyorkan beli conform tak rugi punya. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan