DIA ISTIMEWA
Penulis : Ainin Naufal
Halaman : 213
Harga : RM 15.00
Terbitan : PTS One
Cetakan 1 - 2007
Secara ringkas :
Namanya biasa saja, Jamilah tetapi tuan punya diri tu sangat istimewa. Walaupun dia naïf tetapi dia tak mudah diperbodoh-bodohkan. Dia juga punya rasa hati, punya perasaan. Walaupun dia tak sebijak abang dan kakaknya, Zahid dan Yana tetapi dia tau menghormati orang tua dan disebabkan kekurangannya yang tak pandai seperti abang dan kakaknya dia dipandang rendah oleh ayahnya tetapi dia tak pernah kecil hati dengan ayahnya.
Disebabkan dia serba kekurangan orang memandangnya hanya sebelah mata tetapi tidak ibunya, Mak Jah tetap yakin dengan Jamilah walaupun dia tau anaknya tu tak bijak seperti abang dan kakaknya tetapi Jamilah ada kelebihan yang lain. Dan ternyata naluri seorang ibu sentiasa benar.
Jamilah mempunyai kelebihan dalam bidang menjahit. Setelah gagal dalam peperiksaan SRP, Jamilah belajar menjahit dari Usu Yati. Duit baju yang dijahitnya disimpan dengan cermat. Suatu hati Pak Sahar, ayah Jamilah mengalami masalah. Duit yang baru dikeluarkan dari bank untuk diberi kepada Zahid hilang dan ketika itu Zahid dan Yana sangat memerlukan wang. Siapa sangka Jamilah yang naïf dan tidak pandai ini lah yang membantu ayah dan ibunya menyelesaikan masalah itu.
Pak Sahar mula insaf dengan sikapnya yang memilih kasih antara anak-anaknya. Dia sedar Jamilah mungkin kurang dari segi akademik tetapi dari segi sahsiah diri. Jamilah yang paling terpuji akhlaknya.
Komen saya :
Ainin Naufal banyak menghasilkan novel remaja yang ringkas tetapi menarik. begitu jugak dengan Dia Istimewa. Penulis cuba sedarkan kita bahawa setiap manusia di dunia nie tidak sama. Tuhan cipta masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Watak Jamilah yang naïf pasti mencuit hati kita. Tidak pernah marah walaupun sering dibuli dan diperlekehkan abang dan kakaknya. Paling terharu semasa Jamilah membaca keluar tabung buluhnya semata-mata nak tolong mak dan ayahnya yang baru kehilangan duit kerana tercicir buatkan kita sedar walaupun dia lurus bendul tapi hatinya sangat mulia. Sampaikan ayah Jamilah sendiri pun turut insaf.
Ada jugak adegan yang boleh buat kita tersenyum contohnya semasa Jamilah lari dari rumah dan bersembunyi dalam reban ayam semata-mata tidak mahu kahwin dengan Ipin. Bila Jamilah cakap ‘Alhamdulillah’ sedangkan dia gagal peperiksaan SRPnya boleh buat kita tersenyum sambil geleng kepala.
Pendek kata sangat sesuai untuk remaja diluar sana sebabnya naskah Dia Istimewa walaupun nipis tetapi memang banyak pengajarannya.
XX Quotes : Sangat disyorkan ibubapa belikan untuk anak-anak mereka. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan