Jumaat, 6 Mei 2011

10 Muwasafat Tarbiyyah.


mood : muhasabah diri...

sumber inspirasi, perkongsian ilmu, sahabat sejati.... =)

 klik untuk tumbesaran anak2 anda..=)


 Pesanan awal : Entry nie mungkin akan panjang. Sabar ya... ; )


Mr Alim : Kita nie semua manusia biasa ada kurang ada lebih... tapi kalau dah tau diri tu banyak yang kurang dari yang lebih... cepat-cepatlah lebihkan diri... erkkk? faham tak apa yang aku cuba sampaikan nie...? 


Mr Not so Alim : Tak! tak faham.... hurmmm...

 
Mr Alim : Maksud aku... banyak cara untuk kita improve diri. Jangan bangga diri bila orang puji kita bagus. Jangan ingat bila kita dah lahir islam kita nie islam sepenuhnya. Jangan ingat kita dah cukup bagus bila baru buat amal sikit. Jangan nak perasan diri tu pejuang islam bila kita sendiri baru bertatih mengenal islam. Masih banyak ruang2, lubang2 dalam diri kita yang nak kena tampal.


Mr Not so Alim : Hahh?? apa pulak lubang dalam diri nie?lubang hidung ka? Jangan nak berbahasa pujangga, berpuitis2 boleh dak? you go straight and don't belok2!


Mr Alim : *dalam hati ~ Bm kau fail dowh!. Tak! macam nie. Pernah dengar 10 Muwasafat Tarbiyyah?


Mr Not so Alim : Mu what??


Mr Alim : *mengeluh perlahan. Sabar2 nak berdakwah nie. 10 Muwasafat Tarbiyyah nie maksudnya kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian yang syumul.


Mr Not so Alim : Syumul tu apa kebenda pulak dah?


Mr Alim : Syumul tu menyeluruh, lengkap dan sempurna. Macam agama islam yang bersifat syumuliyyah dimana ia diturunkan ALLAH s.w.t kepada nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan lengkap dan sempurna meliputi seluruh kehidupan di dunia dan di akhirat.


Mr Not so Alim : .....................


Mr Alim : Contohnya, dalam islam dah di turunkan al-quran dan dalam al-quran dah di nyatakan segala-galanya tentang seluruh kehidupan. Lagi, zakat diwajibkan bayar oleh setiap muslim untuk membersihkan hati manusia dari sifat tamakkan harta. Hukum hudud yang diperintahkan ALLAH bukan untuk menyeksa kita tapi untuk memelihara keselamatan dan keamanan hidup manusia. Tak cukup lagi?? Islam mensyariatkan perkahwinan bagi memelihara keturunan, nasab dan juga sebagai teman hidup manusia yang dicipta berpasangan. Semua ini bukti agama islam itu syumul. Ianya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Ok faham syumul tu apa?


Mr Not so Alim : Owh! faham2.... then musawafat? musa apa tadi??


Mr Alim : Bukan musawafat, MUWASAFAT. Berbalik kepada 10 Muwasafat Tarbiyyah tadi, ia ada 10 ciri yang sepatutnya dimiliki seseorang muslim sejati. =) Yang...


1. Salimul Aqidah atau aqidah sejahtera, aqidah yang bersih. Bila aqidah seseorang bersih dia akan mempunyai ikatan yang kuat kepada ALLAH s.w.t. Dan tidak akan menyimpang dari ketentuan ALLAH s.w.t kerana seseorang itu akan sentiasa ingat akhirat, sentiasa menjauhi dosa dan syubhat dan sentiasa berzikir.

2. Shahihul Ibadah atau Ibadah yang betul. Setiap ibadat yang dilakukan mesti merujuk kepada sunnah Rasulullah s.a.w dan tidak boleh ada sebarang bentuk penambahan atau pengurangan. Contohnya, menunaikan solat 5 waktu sehari, wajib berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan nazar.

3. Matinul Khuluk atau akhlak yang mantap. Mempunyai nilai mahmudah dalam dirinya sebagai muslim. Tidak riak, tidak takbur dan sentiasa berlumba melakukan kebaikan untuk keredhaan ALLAH. s.w.t. Sebab tu, nabi diutuskan untuk membimbing manusia dan dijadikan contoh teladan sebagai ikutan.

4. Mutsaqqaful Fikri atau berpengetahuan luas. Dalam islam diwajibkan umatnya menuntut ilmu  supaya tidak ketinggalan dalam arus dunia. Mengira, menulis dan membaca asas ilmu yang perlu di pelajari dan seseorang muslim harus melengkapkan dirinya dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Dan yang penting jangan buta al-quran. Nabi pernah berkata "tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".

5. Mujahadatul Linafsi atau melawan hawa nafsu. Hawa nafsu sesuatu yang perlu dikawal setiap manusia walaupun hakikatnya amat payah untuk ditundukkan kerana manusia cenderung melakukan sesuatu yang ditegah berbanding yang diperintahkan. Sebab itu, kita perlu menjauhi maksiat bagi mengelakkan nafsu menguasai kita. Memerangi hawa nafsu amatlah dituntut dalam islam kerana manusia yang bertuankan nafsu dimurkai tuhan.

6. Munazhzhamun Fi Syu'unihi atau tersusun urusannya. Aspek ini melibatkan disiplin dan ketrampilan seseorang dalam menguruskan kehidupan sehariannya. Bijak meletakkan keutamaannya, tidak gopoh dan bijak merancang. Dalam erti kata lainnya profesional dalam melaksanakan tanggungjawab demi mendapat keredhaanNYA.

7. Qawiyul Jism atau tubuh badan cergas. Seseorang muslim yang memiliki tubuh badan yang cergas dapat melaksanakan ibadah solat, puasa, zakat dan haji yang melibatkan aspek fizikal tubuh badan dengan baik. Sebab tu, kita digalakkan menjaga kesihatan, mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Cukup sekadar menjaga diet yang seimbang dan bersenam. Tubuh yang sihat dapat digunakan untuk mengerjakan perintah agama. Contohnya, para mujahidin islam yang menggunakan kelebihan cergas tubuh badan mereka dengan berperang menegakkan islam.

8. Qadirun Alal Kasbi atau mampu berusaha. Sikap ini harus dimiliki setiap insan supaya sentiasa berusaha memperbaiki taraf hidup menjadi lebih baik. Tapi pada masa yang sama berusaha dengan melakukan pekerjaan yang halal dan menjauhi riba atau syubhah dari pekerjaan yang dilakukan.

9. Nafiun' Li ghairihi atau berguna untuk orang lain. Berguna yang dimaksudkan adalah sentiasa memiliki sifat mahu membantu orang yang dalam kesusahan. Menunaikan hak setiap insan disekitarnya seperti tanggungjawab terhadap ibubapa dan keluarganya.

10. Harisuh Al'waqtihi atau meghargai masa. Semua makhluk diberi tempoh masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Manusia yang untung adalah mereka yang tahu menghargai dan menggunakan masa yang diperuntukkan sebaiknya dan manusia yang rugi adalah mereka yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia. *cisss... terasa aku walaupun aku sendiri yang tulis.


Mr Not so Alim : Oooooooooooooooooooooooo. Maknanya seseorang muslim tu perlu berusaha memiliki 10 kriteria muwasafat tarbiyyah nie la ya? termasuk AKU???


Mr Alim : Tepat sekali! 100 markah untuk anda. =) Setiap muslim perlu berusaha mempersiapkan diri dalam apa jua keadaan.

p/s : teringat masa aku sekolah dulu... masa tengah berhempas pulas hafal subjek tasawwur islam. =) Tasawwur islam best! tapi memang memerlukan tahap kesabaran dan kerajinan yang up, up and above... hehe sebabnya banyak tajuk, pastu satu tajuk ada anak2 dia lagi. Kemudian banyak istilah2 dia yang nak kena hafal termasuk maksudnya dari segi istilah dan bahasa. =) istilah2 dalam islam nie indah dan sedap kan bunyinya.

Kalau suka boleh like...^_^

Tiada ulasan: