Khamis, 6 April 2017

Student's Life

Hidup student ni fokus dekat tiga K ja...
1. Kelas... celik mata pi kelas, assignment, test, project... etc etc...
2. Kafe... melantak, perut kena isi lepas penat belajaq. *kononnya.
3. Katil... balik terlentang atas katil. letih. tidoq.
Tapi...
Ada 1 K yang selalu terabai.
KETUHANAN... sembahyang ke laut. Subuh kui 7.01... ni cth. cth.
Yang sunat tak payah cakap la.


Aku tengok2 draf dua tahun lepas tarikh 12 May 2015 😂😂😂 berabad dah. Ni mesti aku tengah stress nak final exam + viva masa tu. Lol.

Sekarang?

Image result for arrow ke atas

Sekarang bukan student lagi... sekarang dah KiLLeja *baca kerja dah masuk alam orang dewasa giteww.. Cari duit sendiri, shopping barang guna duit sendiri, dah masuk fasa nak duit dekat mak ayah kulit muka rasa tebai berkati. Kalau tak dak duit, pastu mengidam nak beli macam2 mereput la kat situ memendam perasaan tak mampu nak beli 😂😂😂😂😂😂

But, life must go on.

Lumrah hidup beb, kena belajar hidup atas kaki sendiri.

Dulu keja tak dak, berdoa dekat tuhan... biarlah dapat keja apa pun tak apa, tak kisah. La bila dah dapat keja siap kena buat OT lagi. Jangan merungut. Tuhan dah makbul doa kita bagi dapat kerja itu pun dah besar rahmat.

Tak ada kerja mudah. Semua kerja ada cabaran masing2. *So, please jangan nak cakap kat orang--> Alah , keja hang senang. Keja hang tak sesusah keja aku.

*annoying bro.

Cik Zana... kerja kuat2 cari asset sendiri. :)

May Allah bless us.

Assalamualaikum.

Selasa, 1 Mac 2016

Review Aku Dia & Pinky Promise


Assalamualaikum.

Dah lama tak buat review novel. Dah kekok. Dah hilang 'taring' menaip rasa. Sekarang dah tak seaktif dulu baca novel. Tak sempat... banyak benda nak kena buat (yg sebetulnya byk masa tidoq!) penat oii balik kerja. Tapi ya.. who cares. Hang ingat hang sorang ja yang penat kerja? Pftt

Sekarang dah jarang borong novel secara membaby buta. Aku sangat sangat sangat sangat selective nak2 pulak sekarang berlambak novel baru keluar tiap2 bulan. Nak harung beli semua memang la tak mampu. Aku bukan anak raja Johor. Aku anak Mohd Ali ja…

Tapi semalam… masa tunggu pizza hut aku sedang dibakar dalam ketuhar oven magic dekat VM selama 18 minit katanyaaaa… aku decide nak masuk MPH and nak beli buku… tapi buku apa? That time mata aku terpandang ke Aku, Dia & Pinky Promise by Anna Lee.

Hoi, sapa yang minat novel tak kenal Anna Lee memang la hang bukan peminat tegar novel.
Aku start minat cerita Anna Lee lepas aku beli Terukir Cinta terbitan IKP. Memang superb cita tu… 5*! From that moment aku start pasang niat nak kumpul karya dia tapi masa tu minat suam2 ja… hehe. Tapi! Tapi… lepas baca AD&PP ni… minat suam2 tu dah bertukar jadi minat HOT2! Maksudnya memang nekad nak kumpul buku Anna Lee. J

Aku, Dia & Pinky Promise…

Seribu satu rasa…


Bila baca cerita ni AD&PP certain2 scene memang buat aku terkenang dan rindu dengan kenangan sekolah dulu. Terbayang sorg2 member sekolah. Terkenang2 setiap moment dekat sekolah. Ada secret admire, tukar aliran sains, gaduh dengan budak lelaki, scene dekat library, minah dengki sebab laki, koperasi kena pecah masuk, kena panggil dengan cikgu disiplin, menyorok dalam toilet dan banyak… banyak sungguh buat teringat dekat sekolah.


Dan ya, kalau aku pun boleh diberi pilihan aku memang nak sangat balik ke masa dulu. Kalau Saleha ada list tentang perkara yang dia nak ubah. Aku pun. Hajat no 1, 2, 3, 8, 9 hehe… hajat apa tu? Hang beli buku ni and baca. First pages dia dah senaraikan.

Hajat no 1 Saleha. Nak ubah aliran dari Aliran Sains ke Aliran Sastera!! Oh my… Dari dulu sampai sekarang dok terasa nak tukaq. Dulu ambik Aliran Sains sebab terikut2 orang cakap budak sains budak pandai…*perasan. Mak ayah pun bangga. Tapi hakikat subject core penting pun bengap. Spm lulus cukup2 makan. *Sigh.

Benda paling penting yang buat aku sedar masa baca buku ni. Jangan pernah rasa diri kita ni terlalu baik sampai kita rasa kita ADA HAK nak jugde orang, nak kata orang tu jahat dan tak berguna. (especially masa sekolah… aku tak tahu sapa yang salah cikgu, parent or diri sendiri? tapi dulu masa dekat sekolah memang dalam otak ada mindset kalau ambik sastera tu tak dak masa depan, budak2 kelas sastera budak yang nakai, budak yang malas belajaq. Kalau ajaq pun tak lut) bunyi kurang ajar kan? Tapi sejujurnya aku jeles dengan budak sastera masa sekolah dulu. J haha sebab aku minat benda2 sastera ni. Sains pun best tapi jiwa bukan dekat situ. Ala2 berkahwin dengan orang yang kita tak cinta. Boleh? Haha

Back to AD&PP, expect the unexpected. Hang rasa hang boleh agak jalan cerita dia. Tapi hang langsung tak tau jalan cerita dia.

Hang rasa hang boleh tau apa yang Saleha fikir tak harap maaf jangkaan hang jauh masuk ke longkang.


Bila baca AD&PP ni, sila take note. Fokus kena 100%. Kalau tak, ada yang kena ulang balik baca muka surat sebab tak faham. Novel ni penulis gunakan teknik masa/ flashback tak silap aku. Kalau salah tolong betulkan. Macam novel2 RAM tapi RAM dia provide spesifik date. Kita sebagai pembaca boleh tahu masa tu ‘Kita dekat tahun bila’ tapi dalam AD&PP tak ya. Otak tu kena bekerja sikit fikir. Dan masa ni jugak ada plot twist. Bukan sekali dua. Banyak… sebab? Hurmm… tau dak perasaan mimpi dalam mimpi. Kita rasa kita dalam reality tapi sebenarnya kita tengah bermimpi. Tapi bila sedar kita bukan sedar sepenuhnya sebab still tengah bermimpi. Dan sampai satu tahap hang akan terfikir. Yang mana satu yang realitinya! Ha… pening? Sebab tu kena ada fokus 100%.


Lagi… memandangkan cerita ni pasal Saleha yang nak kembali ke zaman sekolah dulu dan ‘impian’ dia tu jadi kenyataan, so mostly latar belakang dia pasal budak sekolah. Ya budak sekolah menengah! Sebab tu aku cakap dia menggamit memori. Tapi tapi… jangan cepat melatah. Jalan cerita dia langsung tak annoying! Anna Lee pandai olah ayat sampaikan aku rasa asal budak Saleha dengan Azri sweet sangat ni? Cara gaduh memang macam budak sekolah tapi langsung timbul rasa aku menyampah nak baca. Rasa depa ni comel pun ada. Haha.

Lagi? Ending? Sorry tak leh nak cakap. Bukan sebab tak buat spoiler tapi sebab aku tak habis baca lagi. Currently on Bab 34. Yes tak habis baca tapi dah buat review sebab hati dah menggebu sangat nak menaip. Sebab cerita ni sangat awesome!

Dalam otak ni tanda ????? banyak sangat! Saleha dengan siapa akhirnya. Daniel ke? Azri ke? Tapi Azri dah mati… tapi yang selalu jumpa dia siapa? Daniel dah berubah ke? Sekarang ni yang mana satu realiti? Haha

It’s a good book. Betul, tak tipu.

Nak sambung baca.



Rabu, 3 Jun 2015

Jangan pernah...


Jangan pernah putus asa untuk berjaya dalam kehidupan, 
Jangan pernah biar orang perkecilkan diri kita,
Jangan pernah biarkan orang mematahkan semangat kita... 
dan yang paling penting! 
Jangan pernah biarkan kegagalan menghalang keinginan, kejayaan dan semangat kita!

Go for it... chase you dreams... your dreams will become true if you dont give up.



Jumaat, 27 Mac 2015

SHADOW – BROGA HILL EXPERIENCE.

A new hiking experience.

Ok, bismillah…

Let’s begin.

Hari tu. Plan dengan member2 uni nak pi ghabat *panjat/mendaki Bukit Broga yang dalam peta terletak dekat sempadan negeri Selangor and Negeri Sembilan. Yang sebetulnya dah lama dah plan nak pi Broga ni tapi sem 5 lepas jadual kami pack. Pack gila yang sikit lagi nak gila… postpone punya postpone taraaaa sabtu (21/3/2015) kami tujuh orang berjaya jugak jejak kaki dekat sana, dekat Bukit Broga yang hot stuff sangat dalam kalangan student. Nampak tak perancangan manusia yang lebih sedekad memang tak mampu nak lawan perancangan Allah. He knows the best.


Wama karu wama karallahu wallahu khairul maakirin – Manusia merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik. (Ali-Imran 3:54)





Pagi sabtu tu awal-awal pagi lagi semua dah bangun. Pukul 3 aku dah terjaga… sebabnya antara manusia-manusia yang nak join ekspedisi ni aku paling awal tidoq. Lepas maghrib dah wassalam. Isyak pukul 3 pagi -_-“ Ok… so… ketuk semua bilik2 orang yang berkenaan. Siap! Mandi pagi tak payah cakap sejuk macam mana. Tulang bergetar tahap boleh dengar bunyi krukkrapkrup bila berjalan. Bibir terketar-ketar macam tengah tahan sebak tengok drama Hindustan.

Pukul 4.30 pagi off we go. Tak berani ikut jalan bawah pagi-pagi buta ni. So, kami masuk Kajang and ikut Semenyih. Yaaa, sampai pukul 5 lebih sikit-sikit. Mula-mula tu cuak jugak sebab pagi kan, pastu semua first time kecuali Iqha dia dah pernah mai. Tapi still mostly newbie, teruja la sikit kan. Pastu bila tengok ramaiiiiii gila hamba Allah yang lain dekat situ, rasa takut hilang sikit2.
Tak sabaq nak rasa pengalaman SERONOK yang orang dok gembar-gemburkan tu……… serius.



And…



Sepanjang jalan aku naik bukit mulut aku dengan sopannya mengatakan…

“Sapa cakap ghabat bukit ni syok aaaa!!!? *%$#%$#”

“APa aku dok buat ni pagi-pagi buta kat sini ni!!???? #$%!*#”

Ps… aku tak mencarut… aku cuma bagi semangat dekat diri sendiri. Mengah wei. Tipu la kalau aku cakap tak rasa penat. Semput. Kami pi 7 orang tapi yang naik sampai ke atas 4 orang ja sebab lagi 3 orang tu ada alasan yang tak boleh nak dielakkan.  4 orang yang naik ni pun terbahagi lagi ke 2 dua team. 


1 team terdiri daripada Sabby and Wyda yakni orang2 yang semangat teguh bak wira patriotik. Aku syak depa sempat tengok sunrise.


1 lagi team terdiri daripada orang2 yang semangat tinggi juga cuma stamina rendah dek kerana dua orang ni terlebih bijak pi minum redbull sebelum naik bukit! Iaitu aku dengan Ee. Kami stop banyak kali gak la… penat kan.

Lagipun ni first time naik bukit. Dan aku bayang bukit Broga ni jalan dia landau tahap moto pun boleh lalu. *noob I know, I know. Tu la nak pi sana bukan nak buat research sikit-sikit dulu. Aku panjat bukit ni guna handphone je kut… huhu. Pastu tumpang sikit2 cahaya torchlight Ee.

Rupanya tidak. Maka kononnya misi nak tengok sunrise tu… heh, faham2 la. Pukul 6 lebih aku dengan ee baru sampai puncak. Masa panjat tu dah tak peduli dah sunrise ka sunset ka sunterbenam tertimbul ka… dah tak peduli apa dah. Yang aku tau aku sampai atas. Sebabnya time tu nekad dah ni the first and the last aku panjat bukit ni. Jadi macam mana pun aku kena bagi sampai atas. Ya, aku tak tough. So what? Aku benci kut exercise tapi saja gedik nak cuba benda baru.  Aku siap cakap lagi kat member2 aku, ni #exerciseuntuksetahunterus! Haha.

Tapi ya… I got new experience and it was tremendously fun! J

Tak tipu bila dah sampai atas tu rasa berbaloi2 gila penat lelah panjat.


Dekat atas tu friendly gila manusia2 ni. Ada kakak tu tiba2 ajak geng aku masuk selfie dengan dia. Kami yang entah siapa ni “Okey.” Sengih, snap… sengih snap. Haha

Yang baik hati bagi pinjam tongkat selfie ada, yang tolong ambik gambar guna dslr pastu send dekat kami pun ada. Macam2 jenis manusia tapi serius best….



super viewww!

cool kan?

Tudung hitam, putih gebu yang ni namanya Ee… Nama penuh Shahirah_Firdaus. *nama dia memang ada underscore. Jangan tanya kenapa. Aku syak jpn salah daftar nama dia.

We do have fun. Panjat Broga memang best. J

Dari kiri: Sabby,Ee,ME,Wy

hahaha


I always thought I have this kind of gayat thing punya penyakit… tapi nampak gaya… macam tak ja…

Broga Hills Accomplished!





Last but not least. Aku setuju sebenarnya panjat bukit memang best!! Fall in love habaq mai. Seriusly, memang aku tengah plan dengan member2 aku yang lain lepas ni nak pi ghabat bukit mana pulak.

Bukit Tabur?

Bukit Kutu?

Bukit Jugra?

Hehehe… pi ja la semua.

Balik cuti nanti nak naik Gunung JErai!!!!


Pssttttttttt: Sebelum panjat mana2 bukit pun please, do some research. Setengah orang cakap Broga tak berapa challenging. Agaknya. Kut sebab aku nampak ada budak2 kecik umo 4 5 tahun yang dok galas beg frozen naik sampai puncak dengan parents masing2.. Sumpah aku salute dekat budak beg frozen tu.

Selasa, 10 Mac 2015

Forgiveness


Some says.. forgive the person but don't forget the pain they caused.
Some says... forgive and forget not because they deserve forgiveness but you deserve peace..
In my case. I do forgive, but not easily forget...




Kita jaga hati orang macam nak gila, sampai sanggup ketepikan rasa hati sendiri. Tapi alih-alih orang buat taik dengan kita. Memang betul orang cakap Nabi pun maafkan umat. Tapi itu nabi, syumul. aku manusia biasa. Sakit hati susah nak lupa. Maaflah... susah aku nak lupa orang yang jenis tinggal kesan hitam dalam hidup aku ni. Nak move on pun kadang-kadang rasa payah sebab masalah yang kau dah tinggalkan dalam hidup aku. Bukan nak emo, tapi aku nak luah rasa hati. Terkilan.



Khamis, 11 Disember 2014

Be kind to yourself... by be kind to others.



Konsep dia senang ja...
Kita tolong orang, Allah tolong kita.
Kita jaga orang, Allah jaga kita.
Kita sayang orang, Allah sayang kita.
Kita doakan orang, Allah perkenankan doa kita.
Kita mudahkan orang, Allah berlipat ganda senangkan kita.
Vise versa?
Tukaq ja kata kerja dekat atas dengan ayat berlawanan.











Pokok bunganya... ALLAH sentiasa ada. 
Keep sengih

Sabtu, 29 November 2014

Jang Ok Jung

Why it end like that?

Wuaaaaaaaaaa!

Sedih... T.T
Menangis air mata lautan aku subuh2 nie... tsskkk...
Pedih mata ni...

The best King ever!!

Sumpah... dalam banyak2 historical korean drama aku tengok dialah raja yang daebak. Ah In aaaaaa...

Apasal minah ni cun sangat ha?



So... the end. 28/6/2013.

Ya... me know, everyone hope for happily ever after ending. But the truth cannot be change. Past is past and always a past. Cannot denied the fact that she died because drink the poison and it was the king himself who order it.

But...

Ah malaih nak speaking... speaking melayu please. Heh, sejarah betulnya orang cakap suk won tu yang sepatutnya baik macam malaikat pastu anak dia yang jadi raja berjaya dalam sejarah Joseon. Anak Hee bin ni cuma jadi raja sekejap ja pastu mandul lak tu... mana tak mandul dah masa dalam perut lagi pun Hee bin tu kena paksa telan racun bagai. Hurmm... kejam.

Ramai orang cakap kalau dah tengok Dong yi mesti tak suka cerita ni. PErghhh! eden tampor gak muka dia kang. Sesedap rasa cakap cam tu. Cerita ni best gila k! Aku dah tengok Dong Yi tu tapi lagi suka cerita ni. :) Dong Yi pun best tapi tak boleh lawan Jang Ok Jung, Live in Love. Memang cinta sejati la cerita ni...

Ha....

Jang Ok Jung....
Jang Ok Jung...

nak ulang tengok aa... hehehe.




pssst... entry ni aku tulis 28/6/13 ri tu tapi baru hari ni post... :)

Korang tak salah baca... memang tahun lepas entry ni.. hahaha...sekarang dah tak layan sangat drama korea. mood korea dah kelaut sikit. MOod MBLAQ ja yang ke pantai banyak... 
Baru sedar yang dalam blog aku byk gila draf... heh, so azam aku untuk tahun 2015 nak kosong draf... haha

Hidup seorang student yang perasan/bajet dia sorang ja BUSY.



aku atau DIA lagi SIBUK?

Hang rasa hang sibuk? Nak makan pun kadang2 terlupa?

Hang silap banyak wei.


Hari2 asyik merungut kerja banyak, assignment berlambak, tak cukup tidur, test beratur bersusun sampai tak sempat bernafas, tak masuk lagi bab2 quiz dengan kerja2 yg pensyarah add on lagi tu, kadang2 tu 24 jam tu macam 2 jam! (kufur nikmat?) astagfirullahalazim.

Sigh...

Baca La Tahzan tadi...

Memang dah jadi kebiasaan, kalau rasa serabut sgt. Hold jap kerja bukak buku penyejuk hati ni.

Setiap kali aku rasa resah aku akan bukak buku ni dan sambung dekat mana yg aku berhenti baca sebelum ni. Yang buat aku syg sgt dengan buku ni sebab setiap kali aku bukak buku ni n sambung baca mesti TAJUK tu bertetapan dengan rasa hati aku sekarang. Cth mcm hari ni... aku rasa sem 5 ni pack yg sgt22222... SUMPAH rasa macam ya allah aku boleh survive ke x sem ni? semua paper boleh lepas ke sem ni? 3 paper 4 kredit hour kot! sem lepas yg 2 pun dah pancit tayar. memang tak mengharap dekan dah... mengharap semua paper aku lepas ja sem ni. Tragis? Sangat! T.T


Rasa sangat SIBUK! rasa tak cukup masa...

Tapi tadi sambung pages yang sebelum ni Tajuk :171. Dalam hidup anda ada detik-detik yang berharga.

and guess what.

SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI SELALU MEMINTA KEPADANYA. SETIAP WAKTU DIA DALAM KESIBUKAN. (AR-RAHMAN 29)

FACEPALM....

malu sat. tak sedar dek untung! kalau aku sekerdil2 hambaNYa yang hidup cuma pening kepala serabut nak urus diri sendiri ja asyik merungut tak ada masa, sibuk. Dia yang Esa SIBUK mentadbir seluruh alam macam mana sibuknya? T.T again...


Fikir2 kan la...

Rabu, 26 Mac 2014

엠블랙(MBLAQ) - 남자답게 (Be a man) Music Video

Sabtu, 24 Ogos 2013

Hari Raya + Wedding Day

Ehek. Assalamualaikum.

Tahu raya dah lama dah. Tapi wish lambat tak salah kan? better late than never gitu ha... lagipun raya kan sebulan! so so so... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dan Lahiriah dan Rohaniah dan Insaniah. eh?

kredit : google

Cuti semester kali ni aku rasa aku sangat pasif. Pasif yg sangat2 pasif tahap kadiaq. (tahap kadiaq sgt teruk maknanya.) Untuk seminggu pertama raya aku satu family sibuk la... sebab wedding kakak aku yg sulung tu, kiranya ni first wedding dalam family aku. Lepas habis ja majlis kakak aku tu satu family buat puasa sunat syawal dengan pi beraya sikit2 rumah kawan mak ayah aku pastu duk rumah sampai laaaaaaa sekarang ni. Mak aku ajak keluar pun memang aku say nehi keras2. Aku malas.

Mak : Esok ada rumah terbuka dekat taman sejati. Jom pi sana esok.

Aku : Tak mau la. Malas.

Mak. : La, bukan pi buat apa pun. Kita pi makan balik la. Tak payah masak. (ceh, mak aku kalau nak umpan aku keluar rumah direct guna alasan tak payah masak. haha)

Aku : Malas nak pakai baju la mak. *terlentang depan tv.

Mak (tepuk dahi) : Ish, hang la zana oiii...

Aku : Leceh la mak nak kena cari baju elok2 nak pakai pi sana. nak kena iron tudung lagi. pastu nak kena matching2 lagi baju. satgi pakai selebeh2 orang kutuk mak tak pandai ajaq anak melawa. Malas.

Mak : Nauzubillah. Ha! tak payah pakai baju. senang telanjang kat sana. tak ada orang nak tengok hang.

Aku (muka  batu ) : Akan dipertimbangkan.

Hampeh... dan keesokkan harinya memang aku tak ikut mak ayah pi sana. Aku rasa setakat ni masa cuti ni paling jauh aku keluaq sorang tu ha pi maybank yang jugak dalam kawasan perumahan aku. tu la paling jauh tu pun sebab kena bank in duit. hahaha.







Cerita pasai wedding kakak aku lak.

Wedding sebelah perempuan.


Mak Cik tu punya wedding bagi aku alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami satu family. Masalah sikit2 tu memang ada tapi biasalah tu. Ni first majlis besaq dalam family aku mana ada perfect ada la sikit2 lompang tapi dalam kawalan lagi la. alhamdulillah :)

Ni la mempelam *mempelai  dua sejoli. Jangan risau yang bini ja kaki joli, yang laki alhamdulillah pandai merancang kewangan. lol.


Baju : Tempah dekat sini KAK SITI 
(recommended untuk siapa2 yg nak tempah baju kahwin tak kahwin and etc. Yang duduk area sungai petani, belah2 utara ni. Yg jauh dari KL, terengganu, kelantan pun ada juga tempah dekat kak siti ni. Tiga2 baju kak anis semua dia tempah dekat kak siti ni. Dengan aku2 sekali join. *tolong promote. Harga memang berpatutan.

Shawl : rm _ beli dekat lagenda ja. Pun berpatutan.

Veil : online shop tapi modify sendiri. Kak anis jahit batu2 tu sendiri.


Ok... Meriah la aku rasa, ramai orang datang... kawan2, jiran2, sedara mara, family jauh dari singapore pun turun datang. Semua berkumpul sekali. Terharu.





Sepupu2 yang sporting! Mak2 sedara pun ada gak ni... :)


Yang ni jejaka2 malaya lak.

Bibik sumarti dari jawa.    
          
Bila Mek Salmah yang kemek dan Cik Siti Wan Kembang bergambar. Haha







Pengantin dengan tok wan kami!! 


Ni masa tunggu nak ambil hantaran dari pihak lelaki. sebelah2 pengantin dayang2 yang cun... :)



Penantian suatu penyeksaannn...


Eh, dah sampai.. hehe.


Dari kiri ke kanan = Tangga escalator.

Makan beradab. Motif sangat buat muncung itik.

AUmmmm! Ehhh, salah sound effect. Aaaaa... baru betul.

Tak ada kek belah perempuan. Ada pulut Kuning sahaja. Mak Ngah, Mak Chaq, Mak dan mak-mak lain yang buat sendiri pulut tu. Tak tempah kedai pun. :)

Tak ada renjis2 tepung mawar ke tepung gomak ke. Duduk atas kerusi snap2 gambar dah.

Sorang dah lepas...

Ni...

Ada lagi 4 orang tak lepas... hehe.


Family potrait. Mata masing2 semua melilau. Sigh.

Bergambar dengan rombongan sebelah lelaki. Tak semua masuk. Tak muat... tssk.




FAMILY PHOTO!!

Moh lerr tengok keturunan Che Meh. Banyak... ini pun suku ja... ada banyak lagi yang tak datang. :)

Geng perempuan.

Geng lelaki.

Kaum ibu2. Masing2 muka disimbah cahaya nur. :)

Memang kami ada tempah khas Batman. Import jauh ni... dari Kulim.. haha

Dengan sepupu-sepupu. :)

Ni semua adik beradik mak aku. Complete semua... ada sepuluh orang. Mak Chaq, Mak Ngah, Pak Lang, Mak aku (Mak Njang), Mak Teh, Pak Tam, Pak Ndak, Mak Cik, Mak Su, Pak Su.


Gambar penutup wedding sebelah perempuan jatuh kepadaaa...

*drumroll



hehe.





Kenduri sebelah lelaki esoknya pulak. 

Sebelah sana abang ipar den pakai uniform. Dia ni kerja TUDM... kerja Tuntut Utang Dekat Maniam... eh? pun boleh. haha. Ada jugak yang tanya kenapa tak buat jalan bawah pedang, tembak meriam kabat ke, pakai senapang m16 ke... etc etc. Jawapan, eh suka hatilah. haha. Tak2 yang sebetulnya. Ongkos mau keluar lagi nak buat semua tu. Nak kena practise a day before that lagi... pendek kata banyak kerja. :)


Caption : Kami dah kahwin... anda bila lagi???

Omakk bila ambil gambaq tak ready gigi keluar.

kanan ayah aku dengan pak ngah sebelah kanan.

Lagi gambar2 dekat kenduri sebelah lelaki. Ni semua kamera sendiri, tak banyak gambar sangat sebab cameraman sibuk menketedarah. Tapi bolehlah, ada juga... :)









Scene makan beradab memang wajib dah....
P/s : kek dia sedap... kek coklat. :)


Hahh... tu ja. :) Rajin benar siapa2 yang scroll sampai ke bawah entry yang panjang berjela nih. Terima Kasih... Sebenarnya banyak lagi gambar wedding hari tu. Banyak tak banyak tu beratus la jugak, berpinau mata menengoknya. Tapi nak upload semua dekat situ sampai part 44 pun tak habis lagi. Sikit2 dah la ya... :)

Till then.

Last pic... Nah!




Zorro