Khamis, 7 Jun 2012

Newborn Baby...

Me got new kittens!!! :D

Happy? gila tak happy... happy menggedik kot. Sedih di hati terubat bila anak kucing baru aku yang first batch dulu habis hilang kena kidnap sampai tinggal sekor yang kerja melantak tu ja... So, thanks to Khiriah la kan sebab bagi aku anak kucing baru... :)

Nie kira anak kucing baru batch kedua. *Tak boleh blah betul siap ada batch2 lagi... macam sekolah pulak kan.


Aummmm!

I means... Mee owwww...

Tapi percayalahh... percayalahhh! *mood siti nurhalija.

Bukan senang family aku nak dapat anak kucing nie. Huhu... terpaksa melalui jalan yang berliku-liku beronak duri senang cakap. Susah tak susah tu, berdrama air mata gak la aku petang semalam masa nak ambik anak2 kucing nie. :( menangis betul ok. bukan stok titis eyemore kat mata tu.

Ceritanya... si Khiriah tu kalau bersalin suka bersalin dalam longkang rumah mak teh aku. *aku dah cakap kat dia. Bersalin kat hospital tapi dia tak mau! ketegaq... Lepas tu... entah dah takdir Tuhan dia terberanak pagi kelmarin (6/6/12) dalam longkang tu. Tu tak pa lagi. Naseb baik ayah aku tau...

Biasanya lepas dia bersalin, kami akan ambik anak kucing tu lepas dia dah bersih apa semua letak dalam rumah sebab takut kucing jantan lain makan anak2 kucing nie. Nak dijadikan cerita... umah aku ada orang mai. Kami postpone jap la misi nak merescue kucing2 tu. Tiba2!!

Hujan turun der... rintik2 boleh kautim lagi... sekali menderum jatuh. Lebat oii... aku dah panik dah teringat dekat anak2 kucing aku yang baru lahir. Sumpah ketaq lutut takut depa lemas... :(

Guess what? Memang nyaris2 nak lemas anak2 kucing tu... mak dia punya pasallah! aku maki tak sangka si Khiriah tu. Punyalah cerdik bestari... dia bawak anak2 dia tu masuk longkang paling hujung! memang la time tu aku nampak dia tu nak buat panggang BBQ ja. --"


Lebih kurang macam kat atas nie la tempat kejadian. Eh, kalau dah kaki panjang patutnya tak yah buh cm... erkk.. abaikan cm tu... hehe. Yang penting aku nak cakap penutup longkang tu sangat panjang. Yang hijau tu tempat anak kucing duduk mula2. Kiranya kalau depa duduk kat situ lagi masa hujan. Kami boleh ambik lagi... Kemudian yang merah tu masa mak dia ubah sebab hujan... Penutup longkang yang warna kelabu gelap boleh angkat yang kelabu light tak boleh angkat.

So, boleh imaginekan tak masa tu tengah hujan lebat gila... air longkang dah nak penuh. Anak kucing aku yang baru umur sehari ada dalam tu tapi aku tak boleh ambik! sebab tangan aku dengan adik pendek sangat tak leh nak capai bila anak2 kucing tu ada dekat hujung longkang dan penutup dia tak boleh angkat! bayangkan perasaan aku dengan family aku masa tu? sakit hati wei, panik... menangis aku takut kucing2 tu lemas.

Memang lencun la aku dengan adik aku masa tu. Nasib baiklah si Khiriah tu mau keluar dari longkang tu dalam saat kritikal time tu. Dia sempat bawak naik sekor ja. Lagi tiga ekor duduk kesejukan dalam longkang tu. Dalam air mata dok turun aku punyalah usaha jolok kayu masuk dalam longkang tu kuis sikit2 anak kucing tu sampai tangan adik aku boleh ambik dia! ketaq tangan2 tau dak bila dok kuis kucing2 tu sebab dia tak boleh jalan lagi. Sekali2 kepala terbenam dalam air! pergh... takut aku.

Tapi alhamdulillah... misi menyelamatkan kucing berjaya... ^^.. empat2 ekor dah selamat. Lega gila hati rasa. Aku punya marah dekat Khiriah tu tak habis2... siap jentik2 telinga lagi. Yala, sebab dia nyaris anak2 dia nak mati! Last2 ayah aku cakap "Hang marah dia pun bukan dia paham. Nama pun binatang... dia pun takut gak anak dia lemas tapi nak buat macam mana dia tak tau nak buat apa." Ok fine. Khiriah binatang, otak tak ada, naluri ja ada. Aku diam.

Anak2 kucing yang berjaya diselamatkan!

Panjang lebar aku cerita kat atas... dah boleh fahamkan betapa susah tak susahnya family aku nak dapat anak kucing baru kali nie. Kalau ada orang kidnap lagi aku tak tau nak kata apa... aku ambik senapang gajah tala kat kepala dia ja kot tak cakap banyak dah.

Tapikan... hilang penat lelah nak kais kucing2 nie tadi bila tengok muka sekor2. :) comei.. anak2 kucing nie sangat kecik! letak empat2 ekor sekalipun besar tapak tangan aku ja... huhu. Kiut meh... tak macam yang first batch punya size. Yang tu besar sikit... 

See the colours? 3 ekor ikut warna Kadiaq... bapak segala kucing dekat umah aku. Satu ja warna kelabu. Olala... memang dah lama tunggu ada kucing warna kelabu. Dulu dah ada Mad Noq Kusyairi warna kelabu... tapi kan kena kidnap. So, dah tak da... tapi tu la. Tuhan tu maha adil, penyayang. Dia ganti yang baru dekat aku... :)

Jom tengok pic anak kucing umur baru sehari. Mata pun tak buka lagi... segaris ja. :) suara pun... nyit nyit nyit... haha

The 't' Twins... :)

Haha... sangat sama... posing pun sama. What a coincidence...

Yang dua ekor nie corak memang sebijik copy cat fotostat corak Kadiaq dengan Khiriah. Ada huruf 't' dekat belakang. Comei2... tapi ekor dua2 anak kucing nie walaupun tak kontot tapi dekat hujung tu macam patah sikit. Keturunan gamaknya... sebab Kadiaq pun ekor dia hujung tu terkelepek macam patah sikit. 

Kami serupa tapi tak sama. :)

Yang nie yang lagi dua ekor... tak ada corak 't' dekat belakang. Yang warna gelap sikit nie walaupun tak ada 't' dekat belakang tapi tak out of theme lagi sebab warna sama dengan yang lagi dua ekor kat atas tu. Yang kelabu tu la yang paling lain sekali. Dah la warna kelabu tak ada huruf 't' kat belakang. Tapi so what? janji comei... huruf t tak huruf t belakang kira. Aku sayang... jangan banyak cakap. Kelabu my fabret hokey.

Ekspedisi mendaki gunung daik bercabang empat belas! Padahal nak jalan pun tak boleh lagi... one day old... baby manusia hari pertama beranak dah boleh jalan ka? Tak kan... sama la dengan anak kucing. T.T

Oh, si kelabu kena buli sebab dia sekor ja warna lain.

Smackdown dia!! hiyakkk...

Gigit kepala dia. Pijak badan dia... Tarik ekor dia...

WWC!! World Wrestling cat... haha.

Kami gaduh lawak-lawak ja kat atas tu... adik-beradik tetap adik-beradik... hidup fourplet!! nak jugak plet kat belakang tu kan...

Penat gaduh... tido...

Depa nie suka tidur berhimpit-himpit macam nasi impit. Dah la tu tunggang langgang tidurnya. U kiss my butt I kiss ur head U hug my leg I kick ur tummy... haha... ha, gitulah cara anak kucing tidur ya tuan-tuan dan puan-puan :) 

See? :) 

Nama??? Aiceh... tu la part paling orang nak tau sekali bila masuk bab aku dapat anak kucing baru nie. Well, kucing aku kan stok2 nama klasik kampung kekedahan yang vogue ge de bass meletup-letup ohsemm... perghhh! panjang benar kata2 takbur aku puji nama kucing sendiri. Family aku tak decide lagi nak letak nama apa. Sebab tak tau jantinanya lagi. Nama pun newborn baby kan? Tak leh nak kenal pasti lagi jate ka tino...


Tapi for sure nanti dah ada nama aku bagi tau... untill that time... kita panggil ja menatang kecik2 nie... woi2... anak kucing ok?


Till then...



14 ulasan:

fynasahaja berkata...

Agak tragis cerita hang ni . Wei omey omey lah . ;) ami sedekah sekoq . Hehe .

.:: sya ::. berkata...

suka kucing erk anis...alhmdulillah dh brjya slmtkn anak2 kucing tu...comey2 :)

Fien berkata...

Homaiii , sgt comel . janji nak bagi sekoq !

Hanif berkata...

Saya tabik atas kebaikan hati anda terhadap binatang....
satu dalam seribu..ini serius..

zana berkata...

~Fyna

huhu... hang tau x pa wei.. gila tragis. :P

zana berkata...

~Sya

sangat suka!! hehe. tu la lahamdulillah anak2 kucing tu selamat. :)

zana berkata...

~Fien

comei cam aku! hak3... aku bagi mak dia boleh kat hang?? haha

zana berkata...

~Hanif

Terima kasih, tapi bukan satu dalm seribu hanif. Semua org yang sayangkan kucing pun akan buat macam tu jugak.. :)

msredcheesecake berkata...

cute la.... nak yg kelabu tu.... heee

aizamia3 berkata...

fuh.. macam akak pulak yang dalam situasi tu.. syukur semuanya selamat.. ;)

zana berkata...

~msred

a'ah kan?? klu msred nk tau kelabu paling comel n paling baik setakat tak notty sangat... hehe

zana berkata...

~aizamia


tu la alhamdulillah semua selamat.. :)

Syukri Mohtar berkata...

comel..yg warne kelabu tu cantik :)

zana berkata...

~syukri

kan.. tapi yg kelabu tu dah hilang. :(