Khamis, 28 Jun 2012

Seribu satu masalah.


Aku sedih. Bila aku sedih aku tengok hindustan. Kalau zee tak tayang hindustan... movie tamil pun aku bedal. Sekarang tengok zee ja la... dah B4U tiba2 astro ganti dengan apa ntah nama channel mexico tu. Adui... aku dah la tak minat sangat mexico2 nie. Cun memanglah cun minah2 mexico ni. Tapi tengok baju dah lah. Rasa macam nak buat parental guide ja kat tv tu takut abang aku tengok. -_-"


Dan tadi... aku pun tak tau tajuk cerita tu apa. Yang pasti cita tu memang stok zaman purba kala punya movie la kan... apa tak nya... dia punya screen solution tu memang tak boleh nak adjust dah. astro HD pun tak leh nak nolong dah... Tapi apa ada hal? hati frust semua nampak terang ja...

Hero dia nama Raghu, heroin nama Malti... ada huruf L bukan MATI. Sebab aku masa mula2 tengok tu macam bangang sikit. Apa hal nama heroin ni Mati? sangat tak komersial. Rupa2nya aku yang terlebih cerdik pandai baca nama heroin tu. Hurmm, nasib baik stok cun heroin tu. Perut tak buncit... keh3.


Setakat nie yang aku perasan la kan masa tengok movie tamil/hindustan dulu jalan cerita dia macam sama ja. Mula2 start heroin tu jumpa dengan hero. Yang best tu hampir semua cerita yang aku tengok cara depa jumpa tu heroin jatuh atas lori hero dari pokok. Tak pun hero jumpa heroin dalam belakang lori dia. Haha. Adess... hero memang bawak lori ja ke bhai? Pandai heroin dulu panjat pokok. Rupa2nya heroin tu larikan diri dari rumah sebab bapak or abang dia yang misai tebai kalah A.Galak gerak2 khas tu nak jual dia dekat laki jahat yang misai dia pun sama jugak tebai. Kalau tak kena juai mesti kena kahwin paksa... sebab tu heroin tu lari rumah sampai terjumpa dengan hero.


Lagi satu adegan yang agak cliche. Heroin selalu menyamar jadi orang laki. Yang tak boleh blah tu muka dah la sikit punya mulus macam pakai safi rania hari2, plus badan memang badan orang perempuan. Hidung memang stok mancung macam kalau tercucuk kat kulit boleh luka. Kening memang sah nipis cantik terbentuk. Heroin kening tebal mau orang bakar pawagam. Apa lagi? hurmmm.. suara! alahai, suara tu memang dah sah lah lembut macam nak menyeru itik pulang petang.  MEMANG NAMPAK SANGAT KATA DIA TU PEREMPUAN, Aci, Minachi, Tandechi and so on la... tapi... tapi!

Hero tu boleh terpedaya kata heroin tu memang jantan. -_-" Fine. Nama pun cerita... dah director suh buat2 caya kata minah tu laki. Percayakan ja lah... percaya2. Lepas dah PERCAYA kata heroin tu laki mulalah layan heroin tu macam laki. Tepuk tampar suka hati dia ja. Heroin pun konon2 tough. Tak rasa sakit padahal paling muka belah lain buat memek muka sakit. Again... pfttt...

Lepastu... cara terbongkar dia punya penipuan mesti sebab hero tu TERnampak... TERnampak masa heroin tengah mandi ka, tengah tukar baju ka... Hero sangat gatal. Lagi, yang hero tu pulak mesti dulu2 dia jahat tahap nauzubillah, mencurilah, merompaklah... kemudian dah tobat. Dah jadi baik... tu yang bawak lori tu. Tu yang boleh jumpa heroin. Heroin plak mesti jatuh hati dengan hero sebab hero kacak? mesti... baik hati... pandai lawan. Bila dia sepak orang jahat tu... ada la dalam 100 meter orang jahat tu terpelanting kebelakang. Lepas tu kalau lawan ramai2, sekali ja hero tu tumbuk habis bergelimpangan lagi 10 orang jahat. Hebat kan? Heroin pun mesti genggam2 tangan nampak bahagia pakwe dia sangat tough. -_-" Aaron aziz dalam KL gangster pun tak hebat macam tu.

Conclusionnya. Aku stress... tengok cerita tamil ni lagi buat aku stress. Tapi yang pelik tu boleh pulak aku tahan tengok smapai cita tu habis sampai bini dia pregnant anak ketiga keempat. 


Motif letak gambar shahid kapoor? Saja.... dah dia hensem letak aa...

Hurmm... perubahan era. Hero hindustan sekarang hensem banyak dari hero dulu purba kalanya.




8 ulasan:

Hanih Borhan berkata...

Salam...hahaha... lawak baca post ni. serious tu memang typical movie hindustan, terjun pokok naik atas bumbung lori memang cliche! Hahaha...

Hanif Idrus berkata...

HUh!!! cerita lompat lori..menyamar....memang detail betul sinopsis dan review ni....hahahhaa
Tapi saya sokong hero sekarang memang hensem dan tough!!

zana berkata...

~Hanih

W'slm... hehe... lawak? Thanks. :) Tu la part paling cliche. Panjat pokok terjun atas lori. :P

zana berkata...

~Hanif

Ateee... kan teman dah khabor yg teman selalu tgk hindustan. Tu pasal yang detail... haha... Evolusi zaman tu yang Hero sekarang hensem2... heroin pun cun habis kalah yang hollywood punya. kan? ;)

aizamia3 berkata...

ganti B4U tu.. Bella tapi haram tak tengok pun.. tak sesuai untuk anak2 tonton sekali..

filem hindustan/tamil dah tau jalan ceritanya camane.. hero mesti kalah dulu..

zana berkata...

~aizamia

owh bella.. hehe... saya sekali pun x penah tgk lagi channel tu kak ai.. tu la pasal tak sesuai.. huhu

hero kalah dulu, lepas menang kemudian sikit punya gah... haha

Pondok Usang berkata...

tengok laa cite tamil pulak.. skang ngah layan cite hero nama Vijay..

zana berkata...

~pondok

mg layan tamil tapi jarang. teringt dkt ex-rumate saya. dia tu hantu filem tamil. Klu sebut vijay tu mesti dia kenal. hehe