Aku retro.
Adik aku Kpop die hard tomorrow never die.
Kakak aku yg 1st mat salleh tak berapa nak celup.
Kakak aku yg 2nd indon tegar.
Abang aku rock kapak jiwang besi karat.
Nampak? lain manusia lain citarasa lagunya. Tapi boleh ja hidup satu rumah walaupun saban hari ada benda yang melayang dek kerana tak sefahaman. Agak2 kuali kat dapur tu kami tak berani nak guna buat 'bola' sebab takut 'dibola2kan' oleh mak sebab memandai menjahanamkan barang dia. Kucing lalu depan mata pun jadi bahan lempaq.
Brutal? kejam? eh... mana ada. Penyayang tu....
Talk about penyanyang... aku rasa rumah aku dah overdose kucing aaa. Sekarang dah ada 8 hekor... *angguk2 kepala. Kakak aku cakap khiriah si ibu kepada segala kucing tu pregnant lagi! homayy, produktif benar dia ni menambah umat kucing kat rumah aku. Buatnya kali ni 4 ekor keluar lagi? 8+4=12!! berapa kilo ikan aku nak kena siang hari2?? lunyai beb tangan aku... -_-"
Aku rasa... aku patut usulkan dekat ayah aku supaya semua kucing betina dekat rumah aku disunatkan. I mean dicucuK! ermmm... ala2 family planning la. Nak buang semua tu dekat pasar tani, pasar malam mahupun pasar siang aku rasa ayah aku memang tak akan sanggup. Hurmmm...
Ok. next point yg berkaitan dengan tajuk entry?
Tahu lagu gadis dan bunga? tu lagu Rahimah Rahim. Che Mah tu kenal tak? tak kenal jugak??? haishh... google.
Ha... hari tu era pasang lagu tu tapi versi modern aaa... boyband nyanyi. Aku pun syok layan. Kepala ke kiri ke kanan. Mata kenyit2, bajet diri ni gadis dalam lagu tu. *Puihhh. Pastu dengan gigih balik mencari lagu ni boyband mana suara kebabomm sedap nak mati tu.
On lappy.
Cucuk broadband. *orang kaya... haha.
Bukak Youtube.
Taip Gadis dan Bunga versi laki hensem.
TERKEJUT!!!Lagi terkejut dari aku tengok iklan Kak Ton comel!!
What the fish? Max 24/7 yg nyanyi???
Pengsan....
Kenapa mesti aku boleh TERsuka dengan lagu yg kpop melayu ni nyanyi? tamparan hebat...
Nah, dengar la sendiri. Pastu judge sedap ke tak. Kalau tanya aku.... Hurmm, kalau aku tak terbayang sorang2 muka depa sambil nari2 penuh tak semangat tu aku akan cakap sedap. Kalau terbayang... aku meraung. T.T
Ah... baik aku layan lagu Ramlah Ram.... lagi best.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan