Isnin, 12 Ogos 2013

KPOP in ARABIC sub... perghh

Setelah lama hiatus.... (amboih, hiatus sangat... kemain kau jemah). Aku busy. PM busy? aku lagiiii busy. *tipu.

Aku busy tengok youtube. 

Heh.

Tapi memang betoi la aku busy. Busy menjalani kehidupan aku sebagai khalifah Allah di bumi yang sementara ini. *ayat novel 

Ok la... memandangkan sekarang mood raya. Aku tak mau cerita pasai raya. Aku nak cerita pasai KPOP yakni korean pop yang mana artis2nya bila menari semua tahap seksi2, lenggok gaya jalan macam pinggang depa patah dan etc.

Aku tak bias dengan Kpop sebab aku pun layan gak menda2 lagha ni. *dah tau lagha, layan jugak. dasar manusia! dulu pernah gak aku try nak buang habit berkaitan kpop2 ni. Sampai tahap aku tak layan korean movie langsung dekat dua bulan lebih, lagu kpop dalam handphone aku pun semua aku buang! *angguk kepala. Sila percaya. aku buang semua tinggal lagu2 ramlah ram aku dengan nasyid2 ja.

Tapi...

ada tapinya.

Tak lama pun tahan. Layan gak balik benda2 tu. Download balik lagu2 kpop tu. *tunduk kepala. Nak2 pulak dalam rumah aku ni supplier tegar kpop (adik aku) lagi laaaaa susah.

Benda ni macam addicted aa... kadang2 aku tengok video kpop ni aku maki2 gak menatang apa yang depa cuba sampaikan ni. sebab aku tak paham. tapi pelik bin ajaib tu aku tengok jugak! sampai habis kot. *tunduk kepala lagi.

Tapi yang ni aku terkejut la.

Sentap? sikit-sikit la...




Seriously??

Seriously???

LIKE SERIOUSLY???!

KPOP in ARABIC sub... perghh

*pengsan.


Virus kpop memang dahsyat.  Dah la viewers dia sampai sejuta lebih.

KLIK SINI kalau nak tengok sendiri video tu.

Hurmmm... apa sudah jadi. 

Orang Arab yang dah terang tang tang Al-quran turun dalam bahasa depa pun boleh terkena fitnah dunia ni? Spechless? sikit la... tapi ni kan dunia akhir zaman. Betullah orang cakap benda yang lagha tu la yang kita suka, yang kita puja... Hiburan tu kan dah macam darah kita. *tunduk lagi. 


P/S : Rasa macam nak ambik 3rd language arabic pun ada lepas jumpa video ni. Nak pastikan kesahihan lirik tu...



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alaa, zana. roommate kita dkt campus drpd arab saudi layan je girls generation tp pegi kelas purdah. x de masalah asalkan time azan pegi solat.

zana berkata...

TN:

betul2.. tu la jakun jap mula2. Then search lagi dan lagi... pikir balik.

Orang arab pun macam kita, diorang pun ada artis2 jgk. Sma mcm kita, tak pelik sepatutnya... huhu