A new hiking experience.
Ok, bismillah…
Let’s begin.
Hari tu. Plan dengan member2 uni nak pi ghabat
*panjat/mendaki Bukit Broga yang dalam peta terletak dekat sempadan negeri
Selangor and Negeri Sembilan. Yang sebetulnya dah lama dah plan nak pi Broga ni
tapi sem 5 lepas jadual kami pack. Pack gila yang sikit lagi nak gila… postpone
punya postpone taraaaa sabtu (21/3/2015) kami tujuh orang berjaya jugak jejak
kaki dekat sana, dekat Bukit Broga yang hot stuff sangat dalam kalangan student.
Nampak tak perancangan manusia yang lebih sedekad memang tak mampu nak lawan perancangan
Allah. He knows the best.
Wama karu wama karallahu wallahu khairul maakirin – Manusia
merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik.
(Ali-Imran 3:54)
Pagi sabtu tu awal-awal pagi lagi semua dah bangun. Pukul 3
aku dah terjaga… sebabnya antara manusia-manusia yang nak join ekspedisi ni aku
paling awal tidoq. Lepas maghrib dah wassalam. Isyak pukul 3 pagi -_-“ Ok… so…
ketuk semua bilik2 orang yang berkenaan. Siap! Mandi pagi tak payah cakap sejuk
macam mana. Tulang bergetar tahap boleh dengar bunyi krukkrapkrup bila
berjalan. Bibir terketar-ketar macam tengah tahan sebak tengok drama Hindustan.
Pukul 4.30 pagi off we go. Tak berani ikut jalan bawah
pagi-pagi buta ni. So, kami masuk Kajang and ikut Semenyih. Yaaa, sampai pukul
5 lebih sikit-sikit. Mula-mula tu cuak jugak sebab pagi kan, pastu semua first
time kecuali Iqha dia dah pernah mai. Tapi still mostly newbie, teruja la sikit
kan. Pastu bila tengok ramaiiiiii gila hamba Allah yang lain dekat situ, rasa
takut hilang sikit2.
Tak sabaq nak rasa pengalaman SERONOK yang orang dok
gembar-gemburkan tu……… serius.
And…
Sepanjang jalan aku naik bukit mulut aku dengan sopannya
mengatakan…
“Sapa cakap ghabat bukit ni syok aaaa!!!? *%$#%$#”
“APa aku dok buat ni pagi-pagi buta kat sini ni!!????
#$%!*#”
Ps… aku tak mencarut… aku cuma bagi semangat dekat diri
sendiri. Mengah wei. Tipu la kalau aku cakap tak rasa penat. Semput. Kami pi 7
orang tapi yang naik sampai ke atas 4 orang ja sebab lagi 3 orang tu ada alasan
yang tak boleh nak dielakkan. 4 orang
yang naik ni pun terbahagi lagi ke 2 dua team.
1 team terdiri daripada Sabby and Wyda yakni orang2 yang
semangat teguh bak wira patriotik. Aku syak depa sempat tengok sunrise.
1 lagi team terdiri daripada orang2 yang semangat tinggi
juga cuma stamina rendah dek kerana dua orang ni terlebih bijak pi minum
redbull sebelum naik bukit! Iaitu aku dengan Ee. Kami stop banyak kali gak la…
penat kan.
Lagipun ni first time naik bukit. Dan aku bayang bukit Broga
ni jalan dia landau tahap moto pun boleh lalu. *noob I know, I know. Tu la nak
pi sana bukan nak buat research sikit-sikit dulu. Aku panjat bukit ni guna
handphone je kut… huhu. Pastu tumpang sikit2 cahaya torchlight Ee.
Rupanya tidak. Maka kononnya misi nak tengok sunrise tu… heh,
faham2 la. Pukul 6 lebih aku dengan ee baru sampai puncak. Masa panjat tu dah
tak peduli dah sunrise ka sunset ka sunterbenam tertimbul ka… dah tak peduli
apa dah. Yang aku tau aku sampai atas. Sebabnya time tu nekad dah ni the first
and the last aku panjat bukit ni. Jadi macam mana pun aku kena bagi sampai
atas. Ya, aku tak tough. So what? Aku benci kut exercise tapi saja gedik nak
cuba benda baru. Aku siap cakap lagi kat
member2 aku, ni #exerciseuntuksetahunterus! Haha.
Tapi ya… I got new experience and it was tremendously fun! J
Tak tipu bila dah sampai atas tu rasa berbaloi2 gila penat
lelah panjat.
Dekat atas tu friendly gila manusia2 ni. Ada kakak tu tiba2
ajak geng aku masuk selfie dengan dia. Kami yang entah siapa ni “Okey.” Sengih,
snap… sengih snap. Haha
Yang baik hati bagi pinjam tongkat selfie ada, yang tolong
ambik gambar guna dslr pastu send dekat kami pun ada. Macam2 jenis manusia tapi
serius best….
super
viewww!
cool kan?
Tudung hitam, putih gebu yang ni namanya Ee… Nama penuh
Shahirah_Firdaus. *nama dia memang ada underscore. Jangan tanya kenapa. Aku
syak jpn salah daftar nama dia.
We do have fun.
Panjat Broga memang best. J
Dari kiri:
Sabby,Ee,ME,Wy
hahaha
I always thought I have this kind of gayat thing punya
penyakit… tapi nampak gaya… macam tak ja…
Broga Hills
Accomplished!
Last but not least. Aku setuju sebenarnya panjat bukit
memang best!! Fall in love habaq mai. Seriusly, memang aku tengah plan dengan
member2 aku yang lain lepas ni nak pi ghabat bukit mana pulak.
Bukit Tabur?
Bukit Kutu?
Bukit Jugra?
Hehehe… pi ja la semua.
Balik cuti nanti nak naik Gunung JErai!!!!
Pssttttttttt: Sebelum panjat mana2 bukit pun please, do some
research. Setengah orang cakap Broga tak berapa challenging. Agaknya. Kut sebab
aku nampak ada budak2 kecik umo 4 5 tahun yang dok galas beg frozen naik sampai
puncak dengan parents masing2.. Sumpah aku salute dekat budak beg frozen tu.
1 ulasan:
hahaha.. tak menahan dengan ayat last tu.. budak beg frozen.. tapi bukan anak akaklah sebab akak sendiri pun belum sampai lagi.. kihkihkih..
Catat Ulasan