Assalamualaikum.
Dah lama tak buat review
novel. Dah kekok. Dah hilang 'taring' menaip rasa. Sekarang dah tak seaktif
dulu baca novel. Tak sempat... banyak benda nak kena buat (yg sebetulnya byk
masa tidoq!) penat oii balik kerja. Tapi ya.. who cares. Hang ingat hang sorang
ja yang penat kerja? Pftt
Sekarang dah jarang borong
novel secara membaby buta. Aku sangat sangat sangat sangat selective nak2 pulak
sekarang berlambak novel baru keluar tiap2 bulan. Nak harung beli semua
memang la tak mampu. Aku bukan anak raja Johor. Aku anak Mohd Ali ja…
Tapi semalam… masa tunggu
pizza hut aku sedang dibakar dalam ketuhar oven magic dekat VM selama 18 minit
katanyaaaa… aku decide nak masuk MPH and nak beli buku… tapi buku apa? That
time mata aku terpandang ke Aku, Dia & Pinky Promise by Anna Lee.
Hoi, sapa yang minat novel
tak kenal Anna Lee memang la hang bukan peminat tegar novel.
Aku start minat cerita Anna
Lee lepas aku beli Terukir Cinta terbitan IKP. Memang superb cita tu… 5*! From that
moment aku start pasang niat nak kumpul karya dia tapi masa tu minat suam2 ja… hehe. Tapi! Tapi… lepas baca
AD&PP ni… minat suam2 tu dah bertukar jadi minat HOT2! Maksudnya memang
nekad nak kumpul buku Anna Lee. J
Aku, Dia & Pinky Promise…
Seribu satu rasa…
Bila baca cerita ni
AD&PP certain2 scene memang buat aku terkenang dan rindu dengan kenangan sekolah dulu. Terbayang
sorg2 member sekolah. Terkenang2 setiap moment dekat sekolah. Ada secret
admire, tukar aliran sains, gaduh dengan budak lelaki, scene dekat library,
minah dengki sebab laki, koperasi kena pecah masuk, kena panggil dengan cikgu
disiplin, menyorok dalam toilet dan banyak… banyak sungguh buat teringat dekat
sekolah.

Dan ya, kalau aku pun boleh
diberi pilihan aku memang nak sangat balik ke masa dulu. Kalau Saleha ada list
tentang perkara yang dia nak ubah. Aku pun. Hajat no 1, 2, 3, 8, 9 hehe…
hajat apa tu? Hang beli buku ni and baca. First pages dia dah senaraikan.
Hajat no 1 Saleha. Nak ubah
aliran dari Aliran Sains ke Aliran Sastera!! Oh my… Dari dulu sampai sekarang
dok terasa nak tukaq. Dulu ambik Aliran Sains sebab terikut2 orang cakap budak
sains budak pandai…*perasan. Mak ayah pun bangga. Tapi hakikat subject core penting pun
bengap. Spm lulus cukup2 makan. *Sigh.
Benda paling penting yang
buat aku sedar masa baca buku ni. Jangan pernah rasa diri kita ni terlalu baik
sampai kita rasa kita ADA HAK nak jugde orang, nak kata orang tu jahat dan tak berguna.
(especially masa sekolah… aku tak tahu sapa yang salah cikgu, parent or diri
sendiri? tapi dulu masa dekat sekolah memang dalam otak ada mindset kalau ambik
sastera tu tak dak masa depan, budak2 kelas sastera budak yang nakai, budak
yang malas belajaq. Kalau ajaq pun tak lut) bunyi kurang ajar kan? Tapi
sejujurnya aku jeles dengan budak sastera masa sekolah dulu. J haha sebab aku minat benda2
sastera ni. Sains pun best tapi jiwa bukan dekat situ. Ala2 berkahwin dengan
orang yang kita tak cinta. Boleh? Haha
Back to AD&PP, expect
the unexpected. Hang rasa hang boleh agak jalan cerita dia. Tapi hang langsung
tak tau jalan cerita dia.
Hang rasa hang boleh tau apa yang Saleha fikir tak harap maaf jangkaan hang jauh masuk ke longkang.
Bila baca AD&PP ni, sila take
note. Fokus kena 100%. Kalau tak, ada yang kena ulang balik baca muka surat
sebab tak faham. Novel ni penulis gunakan teknik masa/ flashback tak silap aku.
Kalau salah tolong betulkan. Macam novel2 RAM tapi RAM dia provide spesifik
date. Kita sebagai pembaca boleh tahu masa tu ‘Kita dekat tahun bila’ tapi
dalam AD&PP tak ya. Otak tu kena bekerja sikit fikir. Dan masa ni jugak ada
plot twist. Bukan sekali dua. Banyak… sebab? Hurmm… tau dak perasaan mimpi
dalam mimpi. Kita rasa kita dalam reality tapi sebenarnya kita tengah bermimpi.
Tapi bila sedar kita bukan sedar sepenuhnya sebab still tengah bermimpi. Dan
sampai satu tahap hang akan terfikir. Yang mana satu yang realitinya! Ha…
pening? Sebab tu kena ada fokus 100%.
Lagi… memandangkan cerita ni
pasal Saleha yang nak kembali ke zaman sekolah dulu dan ‘impian’ dia tu jadi
kenyataan, so mostly latar belakang dia pasal budak sekolah. Ya budak sekolah
menengah! Sebab tu aku cakap dia menggamit memori. Tapi tapi… jangan cepat
melatah. Jalan cerita dia langsung tak annoying! Anna Lee pandai olah ayat
sampaikan aku rasa asal budak Saleha dengan Azri sweet sangat ni? Cara gaduh
memang macam budak sekolah tapi langsung timbul rasa aku menyampah nak baca. Rasa
depa ni comel pun ada. Haha.
Lagi? Ending? Sorry tak leh
nak cakap. Bukan sebab tak buat spoiler tapi sebab aku tak habis baca lagi. Currently
on Bab 34. Yes tak habis baca tapi dah buat review sebab hati dah menggebu
sangat nak menaip. Sebab cerita ni sangat awesome!
Dalam otak ni tanda ?????
banyak sangat! Saleha dengan siapa akhirnya. Daniel ke? Azri ke? Tapi Azri dah
mati… tapi yang selalu jumpa dia siapa? Daniel dah berubah ke? Sekarang ni yang
mana satu realiti? Haha
It’s a good book. Betul, tak
tipu.
Nak sambung baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan