Berita terkini..... Esok result muet keluar... fuh3... Lusa result exam keluar.... Pengsan terus.
Benda nie buat aku terfikir "Macam mana nanti kalau aku jatuh cinta??" Yala, orang cakap kalau jatuh cinta nanti hati kita mesti berdebar2 berdegup kencang lah bak kudaku lari gagah berani. The fact is aku tak suka rasa berdebar2 tu... sangat tak suka bila jantung berdegup kencang. Pfttt.
Aku paling benci bila jantung aku berdegup kencang. Rasa tu buat aku tak selesa gila. Rasa macam orang tak tentu arah. Rasa macam2 la... STRESS tau. Rasa tak senang duduk. RIMAS. Rasa lapar tak pulak. demm...
Nervous and scared is the most hated feeling... rasa dua nie pun boleh buat hati tak tenteram. Sebabnya bila aku rasa dua perasaan nie aku mula jadi tak tentu arah. Dan bila aku rasa dua perasaan nie automatik aku nak gigit kuku. -_-" lepastu kena kena lempang tang belakang dengan mak, ayah, kakak2, abang sometimes adik aku. Cis, tu kiranya semua orang dalam family aku. Kalau aku benak jangan tanyalah sebab apa kan? hari2 kena lempang belakang mana tak bangang. Siapakah yang harus dipersalahkan? aku yang salah sebab suka gigit kuku atau family aku yang suka lempang belakang aku sebab aku gigit kuku? pilih2...
Jawapan orang ramai. AKU SALAH SEBAB GIGIT KUKU! cisssssssss...
Yala2 tau, tak elok gigit kuku. Kuku tu kotor banyak cacing kerawit. Nanti kuku masuk perut cacing beranak pinak buat perkampungan orang asli dalam perut. Lepas tu dia buat pesta menuai padi plak. Lepas tu aku kerja ulang alik masuk tandas. Tau2... tengah usaha berhenti la nie... haishhh.
Wei, benda tu dah jadi habit tau sejak kecik lagi kot aku dah memang macam tu. Ingat senang nak ubah bila dah besar nie? Kadang2 tu masa tengok tv pun aku tak sedar tangan dah naik ke mulut. Pastu tiba2...
BUKKKK!
kakak aku hentam belakang.
"Gigit kuku gigit kuku!"
Aku dengan muka blurr tengok tangan aku.
"Eh, bila masa dia masuk mulut...??" sangat innocent muka aku masa tu... HAHAHA
Hayyy... sebab tu aku tak suka Nervous dengan Scared.... TAK SUKA! tapi selalu aku rasa macam tu. Even bila benda kecik and sesimple mungkin pun aku dah rasa dua tu. Contohnya macam aku bagi pecah pinggan mak aku. Sumpah cuak wei. Nak2 lagi pinggan mahal import dari luar negara. England ka New Zealand ka Uganda ka... *TIPU~rumah aku tak ada pinggan mahal.
Time tu la tangan masuk mulut. Reaksi spontan. Rasa macam boleh hilangkan rasa nervous dengan takut tu sikit. Tapi lepas kena ceramah dengan mak aku ok la lepastu. Nasib bek tak suh ganti balik pinggan tu.
So, pucuk pangkalnya... aku rasa NERVOUS dengan takut sekarang nieh... Dah penat aku pujuk hati nie. "tak pa zana, usaha dah, doa dah... tawakal ja... insyaallah ada rezeki." penat dah aku pujuk hati tu. Suh, duduk diam2 jangan dok nak bergelodak bagai dilanda ombak rindu sangat. Tapi dia tak nak dengar jugak. Dia dok jugak dupdapdupdapdupdap. Sakit dada nie tau. Hurmmm...
Esok penentu aku boleh sambung law ke tak. =) Tak mengharap tapi menaruh harapan tu ada la sikit2... hehe. Apa2 pun redha. Rezeki tuhan nak bagi dekat aku banyak tu ja. Setimpal dengan usaha aku ya tak?
Warghhhh, tak mau check result. Takut luka lama berdarah kembali. Huhu... takut nak check result aku........
Khamis ~ result muet keluarJumaat ~ result exam keluarSabtu?? ~ DIE!
Bak kata Wah ~ Redha itu pasrah, berserah itu parah... eh ya ka??
P/s : dalam entry boleh lah kawal jiwa suruh cool. Realiti?? aku tengah bergolek atas katil sampai jatuh lantai macam orang mati laki. -_-"
8 ulasan:
doa banyak2. insya-Allah boleh. :)
wani thanks =')
baru nak update noh. dah lah tajuk post tak boleh blah. anyway, congratss anis :)
~liyana
kui3... saja jaa... thanks. =)
gedik saja, meluat. :p haha. you're welcome. :)
bila kita yakin semasa menjawab soalan insyaAllah result takde masalah.. doa banyak2 ek..
psstt: sama dgn anak akak yg no 2, suka gigit kuku..
~Yana
me buy nutella...me ingat2 kat u la... huhu
~kak aizamia
thanks for the supportive words... :)
pssttt: auch...susahh nak berenti lah kak habit.. :(
Catat Ulasan