Sabtu, 24 Ogos 2013

Hari Raya + Wedding Day

Ehek. Assalamualaikum.

Tahu raya dah lama dah. Tapi wish lambat tak salah kan? better late than never gitu ha... lagipun raya kan sebulan! so so so... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dan Lahiriah dan Rohaniah dan Insaniah. eh?

kredit : google

Cuti semester kali ni aku rasa aku sangat pasif. Pasif yg sangat2 pasif tahap kadiaq. (tahap kadiaq sgt teruk maknanya.) Untuk seminggu pertama raya aku satu family sibuk la... sebab wedding kakak aku yg sulung tu, kiranya ni first wedding dalam family aku. Lepas habis ja majlis kakak aku tu satu family buat puasa sunat syawal dengan pi beraya sikit2 rumah kawan mak ayah aku pastu duk rumah sampai laaaaaaa sekarang ni. Mak aku ajak keluar pun memang aku say nehi keras2. Aku malas.

Mak : Esok ada rumah terbuka dekat taman sejati. Jom pi sana esok.

Aku : Tak mau la. Malas.

Mak. : La, bukan pi buat apa pun. Kita pi makan balik la. Tak payah masak. (ceh, mak aku kalau nak umpan aku keluar rumah direct guna alasan tak payah masak. haha)

Aku : Malas nak pakai baju la mak. *terlentang depan tv.

Mak (tepuk dahi) : Ish, hang la zana oiii...

Aku : Leceh la mak nak kena cari baju elok2 nak pakai pi sana. nak kena iron tudung lagi. pastu nak kena matching2 lagi baju. satgi pakai selebeh2 orang kutuk mak tak pandai ajaq anak melawa. Malas.

Mak : Nauzubillah. Ha! tak payah pakai baju. senang telanjang kat sana. tak ada orang nak tengok hang.

Aku (muka  batu ) : Akan dipertimbangkan.

Hampeh... dan keesokkan harinya memang aku tak ikut mak ayah pi sana. Aku rasa setakat ni masa cuti ni paling jauh aku keluaq sorang tu ha pi maybank yang jugak dalam kawasan perumahan aku. tu la paling jauh tu pun sebab kena bank in duit. hahaha.







Cerita pasai wedding kakak aku lak.

Wedding sebelah perempuan.


Mak Cik tu punya wedding bagi aku alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami satu family. Masalah sikit2 tu memang ada tapi biasalah tu. Ni first majlis besaq dalam family aku mana ada perfect ada la sikit2 lompang tapi dalam kawalan lagi la. alhamdulillah :)

Ni la mempelam *mempelai  dua sejoli. Jangan risau yang bini ja kaki joli, yang laki alhamdulillah pandai merancang kewangan. lol.


Baju : Tempah dekat sini KAK SITI 
(recommended untuk siapa2 yg nak tempah baju kahwin tak kahwin and etc. Yang duduk area sungai petani, belah2 utara ni. Yg jauh dari KL, terengganu, kelantan pun ada juga tempah dekat kak siti ni. Tiga2 baju kak anis semua dia tempah dekat kak siti ni. Dengan aku2 sekali join. *tolong promote. Harga memang berpatutan.

Shawl : rm _ beli dekat lagenda ja. Pun berpatutan.

Veil : online shop tapi modify sendiri. Kak anis jahit batu2 tu sendiri.


Ok... Meriah la aku rasa, ramai orang datang... kawan2, jiran2, sedara mara, family jauh dari singapore pun turun datang. Semua berkumpul sekali. Terharu.





Sepupu2 yang sporting! Mak2 sedara pun ada gak ni... :)


Yang ni jejaka2 malaya lak.

Bibik sumarti dari jawa.    
          
Bila Mek Salmah yang kemek dan Cik Siti Wan Kembang bergambar. Haha







Pengantin dengan tok wan kami!! 


Ni masa tunggu nak ambil hantaran dari pihak lelaki. sebelah2 pengantin dayang2 yang cun... :)



Penantian suatu penyeksaannn...


Eh, dah sampai.. hehe.


Dari kiri ke kanan = Tangga escalator.

Makan beradab. Motif sangat buat muncung itik.

AUmmmm! Ehhh, salah sound effect. Aaaaa... baru betul.

Tak ada kek belah perempuan. Ada pulut Kuning sahaja. Mak Ngah, Mak Chaq, Mak dan mak-mak lain yang buat sendiri pulut tu. Tak tempah kedai pun. :)

Tak ada renjis2 tepung mawar ke tepung gomak ke. Duduk atas kerusi snap2 gambar dah.

Sorang dah lepas...

Ni...

Ada lagi 4 orang tak lepas... hehe.


Family potrait. Mata masing2 semua melilau. Sigh.

Bergambar dengan rombongan sebelah lelaki. Tak semua masuk. Tak muat... tssk.




FAMILY PHOTO!!

Moh lerr tengok keturunan Che Meh. Banyak... ini pun suku ja... ada banyak lagi yang tak datang. :)

Geng perempuan.

Geng lelaki.

Kaum ibu2. Masing2 muka disimbah cahaya nur. :)

Memang kami ada tempah khas Batman. Import jauh ni... dari Kulim.. haha

Dengan sepupu-sepupu. :)

Ni semua adik beradik mak aku. Complete semua... ada sepuluh orang. Mak Chaq, Mak Ngah, Pak Lang, Mak aku (Mak Njang), Mak Teh, Pak Tam, Pak Ndak, Mak Cik, Mak Su, Pak Su.


Gambar penutup wedding sebelah perempuan jatuh kepadaaa...

*drumroll



hehe.





Kenduri sebelah lelaki esoknya pulak. 

Sebelah sana abang ipar den pakai uniform. Dia ni kerja TUDM... kerja Tuntut Utang Dekat Maniam... eh? pun boleh. haha. Ada jugak yang tanya kenapa tak buat jalan bawah pedang, tembak meriam kabat ke, pakai senapang m16 ke... etc etc. Jawapan, eh suka hatilah. haha. Tak2 yang sebetulnya. Ongkos mau keluar lagi nak buat semua tu. Nak kena practise a day before that lagi... pendek kata banyak kerja. :)


Caption : Kami dah kahwin... anda bila lagi???

Omakk bila ambil gambaq tak ready gigi keluar.

kanan ayah aku dengan pak ngah sebelah kanan.

Lagi gambar2 dekat kenduri sebelah lelaki. Ni semua kamera sendiri, tak banyak gambar sangat sebab cameraman sibuk menketedarah. Tapi bolehlah, ada juga... :)









Scene makan beradab memang wajib dah....
P/s : kek dia sedap... kek coklat. :)


Hahh... tu ja. :) Rajin benar siapa2 yang scroll sampai ke bawah entry yang panjang berjela nih. Terima Kasih... Sebenarnya banyak lagi gambar wedding hari tu. Banyak tak banyak tu beratus la jugak, berpinau mata menengoknya. Tapi nak upload semua dekat situ sampai part 44 pun tak habis lagi. Sikit2 dah la ya... :)

Till then.

Last pic... Nah!




Zorro





2 ulasan:

Hanis Nizam berkata...

gambar semua comel2 :)

zana berkata...

~Hanis

hehe... terima kasih... ;)