Jumaat, 10 Jun 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (11) QUARTET

 
QUARTET

 Penulis : Saidatul Saffa
Halaman : 471
Harga : RM20.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011





Secara ringkas : 
“Dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tak terlintas dari hatinya.”


Misa, gadis yang sentiasa kecundang dalam masalah percintaannya. Sehinggakan adiknya yang lelaki berkahwin terlebih dahulu darinya. Mulut-mulut jahat mengata kononya dirinya tu ‘tak laku’. Sedangkan hakikat yang sebenar, hanya Misa yang memahami. Bukan dia tidak pernah bercinta tapi sudah takdir jodoh tak berkekalan hingga ke jinjang pelamin.


Dalam kehidupan Misa muncul empat lelaki dalam empat keadaan yang berbeza ketika empat jenis musim serta mempunyai empat jenis ragam dan semestinya empat jenis penamatnya. 


Apabila Fadhil curang dengan sahabat Misa sendiri, Aina. Misa tekad membawa diri ke negara orang berkulit putih, US untuk melayan hati yang rajuk dan sakit itu. Kemudiannya, Tasik Mendota membawa pula Misa kepada pertemuan yang tak disangka-sangkanya, quotes milik seseorang yang bakal merubah kehidupan Misa selepas itu. Tapi sayang, dah tertulis pemilik quotes yang juga ‘Bilal’ versi moden tu rupanya tunangan orang. Sekali lagi hati Misa berkecai.


Misa tak putus asa. Ketika cuti musim panas, Misa yang berada di Melaka memburu pula cinta seorang USTAZ! Ketika inilah misi ’30 hari mencari menantu untuk mak’ bermula. Tapi disangka panas sampai ke petang rupanya ribut taufan melanda di tengahari. Ustaz Mustaqim yang Misa sangka seorang yang alim rupanya hanya topeng ustaz itu. Di luar sekolah taring Ustaz Mustaqim yang sebenar terserlah. Misa hampa. Sekali lagi hatinya pecah berderai.


E-Van a.k.a Van Elektronik yang menjadi pengunjung setia blog Misa membawa kisah yang berlainan pula. Misa sangka perkenalan mereka hanya sebagai rakan maya, tapi rupa-rupanya tidak. Apabila Misa dah bersedia untuk berubah ke arah muslimah yang baik Misa tekad untuk memutuskan perhubungan mereka di alam maya kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Tapi takdir Tuhan bila dua pasang mata yang sebelum ini hanya berhubung melalui internet berjumpa lain pula jadinya. Misa kata dia tidak mahu tersalah tafsir lagi dalam hal hati ni. Kata E-Van pula dia tak pasti. Kalau sudah begini gayanya, apa kesudahannya?
Ironik bukan kisah Misa dengan empat lelaki tu. =)


Komen saya :

Quartet… I think, I’m in love with you. =)


Sungguhlah bila saya baca novel hasil Saidatul Saffa, hati ni rasa sebak ja. Rasa diri ni belum sempurna sebagai seorang muslimah. Bila baca novel ni buat saya ingat yang Tuhan tak kan duga hambanya melainkan sebab Tuhan sayang dekat kita. Bila baca novel Quartet, diri ni sedar yang dekat dunia tak ada cinta hakiki melainkan cinta kita pada ALLAH yang maha Esa sahaja yang kekal. Bila baca novel ni buat saya rasa nak berubah ke arah yang lebih baik. Tak tipu… sungguh.


Kisah Misa yang bertemu empat lelaki dalam empat musim yang berbeza dalam ragam yang tersendiri. Fadhil yang curang dengan sahabat Misa sendiri. Bilal yang Misa sangka menaruh perasaan dengannya rupa-rupanya dah bertunang. Ustaz Mustaqim yang Misa sangka sempurna rupa-rupanya ada juga cacat celanya walaupun bergelar USTAZ! Dan E-Van yang Misa panggil ‘Van Elektronik’ tu.


Penulis bijak mengatur plot cerita, tersusun dan tidak mengelirukan pembaca sebabnya setiap musim digambarkan dengan jelas. Setiap permulaan kisah Misa dengan seorang lelaki dimulakan dengan baik dan di tutup dengan sempurna. Jadi pembaca tak akan keliru dengan setiap watak yang diperkenalkan.


Siapa cakap novel berbentuk islamik boring? Salah! Quartet sangat best ya kawan-kawan sekalian. Saya ulang lagi sekali sangat best, walaupun mula-mula tu agak mendatar sikit pengenalannya tapi bila dah masuk beberapa bab kita akan rasa semangat nak baca sampai habis, sebabnya Quartet banyak pengisian yang boleh buat kita sebagai seorang wanita muslim sedar masih banyak ruang kita kena perbaiki untuk menjadi muslimah yang baik.


Apa-apa pun terima kasih kepada seseorang yang menghadiahkan novel ni kepada saya. ;)


XX Quotes : Sangat-sangat digalakkan baca… =)


Kalau suka boleh like...^_^

Tiada ulasan: