AMARAN DARI TUKANG TULIS....ENTRY NIE PANJANG MACAM JARAK PINTU GUARD UITM KE KOLEJ MURNI. HARAP MAKLUM.
Ha! Liyana, aku dok sorang2 ja la nie... huhu... kali nie betoi2 room alone, ini betul2 bukan cobaan... tapi kompem hang akan cakap cam nie kan...
"eleh... relax sudah..."
Cis...
Hurmm, tadi masa melawat blog cik anaiha kita, tiba2 timbul keinsafan lak baca ayat dia nie...
"bagi ana lah, asal ade tempat tidur and makan sudah, alhamdulillah ana nikmat yang ALLAH bagi."
Perghh...time nie baru aku sedar yang aku nie kufur nikmat sangat sejak masuk uitm MERlbourne nie... (aku kan study abroad, oversea...) sikit2 merungut, sikit2 complain... tu tak kena nie tak betul. Haishhh.
Kuliah jauh complain, nak menapak penat lah, panas lah tu la nie lah... cuba renung2kan sikit, kalau jalan jauh2 tu kan bagus untuk kesihatan, kaki boleh slim, pinggang boleh ramping, perut tak da lah spare tyre ka sport rim ka... pastu yang BONUSnya badan berpeluh, tak payah gaduh2 cari perfume dah! automatik dapat perfume semerbak kasturi bila berpeluh nie... bila dah 'wangi' macam tu sah2 tak da orang berani dekat apatah lagi nak kacau. Kan dah aman hidup tu.
Makanan mahal pun bising. Tu nasib baik ada makanan... kalau tidak telan maggi cap kari, asam laksa, tom yam, ayam, mee 3 rasa hari2... hehe.. ;P cuba renung2kan sikit, kalau makanan tu tak mahal macam mana pak cik2 dengan mak cik2 kat foodcourt tu nak kaya?? kan2? kalau depa tak kaya macam mana depa nak berniaga, nak upah abang2 bangla yang hidung tinggi macam Shah Rock Khan tu... kalau depa tak berniaga macam mana hampa2 nie nak makan makanan yang sedap2 sambil jamu mata tengok artis2 bollywood tadi (khas untuk Masria..haha).. nie tak, nak complain jugak... *serius nie part paling aku tak puas hati, err part makanan ya bukan part abang bangla tu...hahaha
Assignment menimbun pun nak merungut. Ish2... aku la tu... budak kelas aku yang lain 'baik2' belaka... 'tak pernah' complain macam aku. Depa 'suka' lagi ada la kalau lecturer bagi kerja siap mintak 'tambah2' lagi bagi kerja tu, kalau lecturer tak bagi 'masam' muka memasing.... hahaha. Cuba renung2kan balik, kalau assignment tu tak da, mana nak dapatnya pointer tinggi2 gempak2 cam 4 flat, 4 kondo, 4 banglo, 4 setinggan tu?? ingat kita masuk kelas, duduk atas kerusi, tangan silang atas meja, kepala letak atas tangan, mata tutup pastu PUFFF! final exam A++++++ lecturer bagi... perghh, heaven gila macam tu. Aku pun nak... uni mana tu? gtau kat aku tengok, aku pun nak pi daftar kat situ.
Ada lagi?? ada lagi... sabar2...
Pastu bab Kipas dalam bilik... hahaha... tengok bab kipas pun jadi isu... ish2... tapi tu la hakikatnya... bilik aku tak da la kipas syiling yang ada 3 sayap yang biasa kita ada kat umah tu. Kipas bilik aku macam kipas kat surau2 tu, yang lekat kat tepi dinding tu siap ada tali2 boleh kita tarik nak ejas 1, 2, 3 tu... ha yang tu la da kat bilik aku cuma tak ada tali kena tekan pakai suis gak la. 'Memang best'. Angin dia 'laju' sungguh sampai budak bilik lain yang setingkat dengan aku mintak mak ayah dia bawak kipas lagi satu dari umah untuk dia. Boleh dikatakan selalu gak la kipas nie jadi bahan kena kutuk secara berjemaah dengan bebudak yang dapat kipas cam tu. Roommates aku tak payah kata lah... siap 'memuji2' dengan 'memuja' lagi kipas bilik kami nie... haha
hahaha... style gila kipas nie...=)
Pastu, pastu...
Bilik tingkat 4 pun nak complain... ni khas tuk budak2 yang tinggal tingkat 4 ja... yang bawah2 tu diam. Cuba renung2kan balik... untung 'gila' duduk tingkat 4 nie, banyak faedah dia... tak caya? ok tak pa aku list.
1. Jimat duit. Memandangkan kita duduk tingkat paling atas jadi kebarangkalian kita nak turun amat la tipis. Setipis kulit bawang. So, kita akan sanggup berlapar dari turun ke bawah dan beli makanan. Sebab tu adik2 rakan2 supply la sebanyak mungkin makanan dalam bilik bagi yang duduk tingkat 4 tu kan... bukan apa nak elak kes kebuluran berlaku. Kat sini ja kita dah boleh jimat duit.
2. Kita akan jadi rajin. Buktinya??? hari2 kita basuh baju... hahaha. Tapi orang lain la kot... kalau aku ikut mood.. =P. Sebabnya nak kalau basuh banyak2 kumpul sampai seminggu memang bestla kan nak basuh dengan tangan.. =) tapi kes nie macam tak berapa nak kukuh sangat aku rasa... hurm2... consider accept ja la... haha.
3. Tak risau baju hilang ka, baju terbang ka, baju kena curi ka... and etc. Sebabnya duduk tingkat 4 nie kita spesial kes... kalau dah basuh baju wangi2 siap letak downy4X sebaldi besar kemudian nak jemur kat bawah aras 1 yang ada ampaian tu, aku rasa agak jarang nak berlaku... ada tu ada tapi boleh kira dengan jari kaki lah. So, other alternatif, kita akan sidai baju dalam bilik... =) kan2... Tak da dah la kes2 baju kecik hilang kena curi ka, terbang dek tiup angin ka dibasahi hujan yang renyai2 mahupun lebat. Kan advantages tu.
4. Permandangan yang indah. Part nie paling best... bilik aku permandangan dia tip top! Bilik yang senerai dengan aku pun sama gak la pemandangan dia kan. Tau ada apa?? ada kolam bertaraf 5 bintang plus tasik HAnyir (loji kumbahan) ya... bukan tasik KEnyir. Pagi2 lagi dah disapa dengan bunyi2 burung berkicauan, pemandangan yang nan menghijau dan pokok2 getah dan kelapa sawit yang bertebaran . (harus guna ayat novel, ya la kenalah menjiwai watakkan.) Mana nak cari? Mahsuri kompem tak ada. Keliling bangunan ja... bukak2 tingkap nampak ampaian yang penuh dengan baju yang kecik2 tu... yang merasa pemandangan nie Masria dengan Murni ja... Lepastu kan... pagi2 lagi dah ada 'haruman' yang mengharumkan bilik aku... =) bau dia perghh! terbaik... hahaha
5. Akan jadi lebih alert... yang nie aku tak pasti. haha. Sebabnya sebelum keluar bilik tu, atau nak lagi selamat malam sebelum tidur mesti kita check barang nak pi kelas esok. Pen ada dak, buku ada dak.. etc... takut tertinggal, kalau esok dah tertinggal bila masuk kelas mesti cuak tahap ya rabbi! nak patah balik dari kuliah nak merentas gunung-ganang, blok2 kolej lain nak panjat balik tangga sampai tingkat 4.... Oh!! no no no... sorry, mintak maap, ya ampun... amat lah musykil! melainkan memang desprate gila2 benda yang tertinggal tu penting gila2... and lecturer nak benda tu gila2 la tu jugak.... huh, aku dah kena banyak kali dah. Bukan sekali, bukan dua kali tapi dah banyak kali... haha... tapi aku nie dok pelupa cam tu la jugak tak adanya nak alert mana pun...
Err, 5 cukup banyak dah kot. Ya la dah lebih dari 1 banyak lah tu... so, yang duduk kat tingkat 4 bersyukurlah yer... *tuju khas kat diri sendiri. Kita nie dok tingkat golongan atasan... yang bawah2 tu golongan bawahan ja.... hehehe... sama2 la kita bersyukurkan... =)
See, banyak gila kan aku kufur nikmat... astaga... *dok geleng kepala sambil menulis.... Lepas nie tak mau dah bising2 macam mak nenek. Aku kahwin pun tak lagi dah jadi nenek tak mau, tak mau... biar roommates aku ja yg jadi mak nenek dok mengutuk kipas kecik dalam bilik tu. Hahaha...
Konklusinya... (yala karangan panjang stok karangan SPM kenalah ada penutup tidak cikgu potong markah.) Bersyukurlah kita dengan apa yang kita dapat nieh... belajar kat mana pun sama ja. Mana ada bukak2 ja pintu bilik, nah! pintu bilik kuliah depan mata. Bab2 makanan tu... tak tau nak kata apa, ada sesetengah student2 cakap setakat 4 5 ringgit sepinggan nasi tu standard la... ada yang kata mahal. So, agaknya harga makanan nie subjektif la kot macam cantik. Cantik tu kan subjektif. haha Makanan = Cantik...
Papa pun nak kena insaf belajar syukur sikit aku nie... dah dapat sambung study dekat umah pun nak banyak bunyi... ish2...
So! renung2kan dan selamat bersyukur... ngeh3~~
Boleh ja kalau nak like... ^_^
6 ulasan:
i like, i like! ceh perli aku boleh. takmau dah bawak kipas mini aku, biar kat rumah. -.-
liyana~
hahaha... eleh, ya la tu... esok2 aku nmpk gk kipas kecik tu..huhu... bawak ja wei, t boleh aku tumpang sekaki pakai.
cehhhh. ==" sedap ja anis. hahaahaa.
eh sorry tadi takleh cakap. tgh reverse kereta.
wek3... aku memang sedap...hahaha
amboih kot ye pun nak jimat kredit.... hahaha sng ja kn pkai blog..adoi...x pa la aku ok.
Catat Ulasan