Sabtu, 27 Ogos 2011

'Hutang' tu wajib kita bayar.


Pernah tak kita kira berapa banyak sembahyang yang kita tinggal yang nak kena kita Qada balik??

Sehari = (1x5) 5 kali sembahyang...
Seminggu = (7x5) 35 kali sembahyang...
Sebulan  = (30x5) 150 kali sembahyang...
Setahun = (365x5) 1825 kali sembahyang...

Ok, sehari kita sembahyang subuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat. Total up semua sehari 17 rakaat kita sembahyang.

Cuba kira...

Sehari = 17 rakaat
Seminggu = 119 rakaat
Sebulan = 510 rakaat
Setahun = 6205 rakaat!

Bayangkan kalau dari mula umur kita baligh sampai umur sekarang kita tak sembahyang... berapa banyak kita nak kena qada?? andai kata umur 12 tahun dah baligh sekarang kita dah 30 tahun... sepanjang masa tu kita tak pernah sembahyang... 18 tahun!! hurmm, cuba darab tengok...  18 x 5 = 32589 kali sembahyang, 18 x 17 = 111690 rakaat kita dah tinggal! Nak pengsan aku rasa... bayangkanlah yang terawih 20 rakaat pun kita rasa payah sangat nak buat nie kan pulak beratus2 ribu yang kita kena ganti? congak2 la sendiri, kalau otak dah tepu sangat guna kalkulator 350 tu.. hehe

Orang cakap hutang duit, bayaq dengan duit.
Orang cakap hutang nyawa, bayaq dengan nyawa.
Sama ja konsep dia dengan SEMBAHYANG, 
Hutang sembahyang, bayaq dengan sembahyang balik... =)

Kalau hutang dengan manusia kita sibuk nak bayaq balik, kenapa hutang DIA kita payah nak bayaq balik?? sedangkan hutang dengan DIA yang nie la benda pertama yang DIA akan tuntut kat akhirat nanti. =)

Risau ada... yala aku pun manusia biasa, ada juga waktu2 yang aku songlap... jangan jadi macam aku ya... tiba2 malam nie aku bukak buku 555 nak kira hutang yang aku berhutang dengan DIA, insyaALLAH. Bukan apa, benda nie kalau aku tak buat bukan aku sorang yang kena... ayah dengan abang aku sekali kena. Aku tak mau kaitkan depa. Cukup2 la kat dunia nie aku menyusahkan depa takkan akhirat nanti pun aku nak 'tarik' depa sekali. Hurmm.. 

Cuma nak kongsi, kita yang perempuan2 nie sapa cakap kalau kita cuti, ABC (ALLAH bagi cuti) kita tak payah ganti? boleh ja tanya ustazah2 sembahyang tetap sembahyang. Cuti kita cuma masa period tu ja lepas cuti, kita kena ganti balik. *Kalau salah tolong betulkan aku. Thanks =)

Entahlah, aku pun tak terror sangat bab2 ilmu agama nie, diri sendiri pun tak berapa nak betul sangat... tapi lepas baca Jaja & Din tadi terus tersedaq berapa banyak aku dah berhutang! YaALLAH...

Kadang2 tu bila kita baca buku berilmiah kita akan sedaq silap kita... sapa cakap baca novel  buang masa pastu tak berilmiah?? memanglah tak berilmiah kalau baca cerita pasal cinta semata-mata, cuba baca novel yang ada isi tapi pada masa yang sama kita pun seronok baca. Untung pun untung, ilmu dapat, seronok pun seronok. 

JS the best... =)



Kalau setuju boleh like...^_^

4 ulasan:

ZWAN SABRI berkata...

kalau direnungkan balik, mmg banyak kalila zwan tinggai solat.. sampai tak taw berapa banyak solat yang zwan tinggai.. so camna nk ganti klaw x taw? HUHU


MySuaraBlog: Golongan Apakah Kita?

zana berkata...

Zwan~

tu la...kita skrg bab2 smbhyg mg agk liat.. huhu, tak pa cuba ingt balik dari umur zwan boleh start smbhyg smpai skrg.. slalu ms awal2 kita jrg tgl smbhyg, hurmm..biar lebih jgn krg klu ganti.. =)

msredcheesecake berkata...

dengan taubat nasuha yang seikhlas hati, insyaAllah Allah akan maafkan...

elamat hari raya maaf zahir batin

zana berkata...

msred~

betul2...insyaALLAH...

thanks, selamat hari raya maaf zahir batin jugak ya.. =)