Jumaat, 6 Januari 2012

Nak kritik tu senang ja...


Pic baru untuk profile. Cecece, bajett ambik gambaq tepi ja. Bukan pa letak gambaq penuh satgi orang mengigau lak. Aku tak berani ambik risiko.

ehem3... aku tukar background tu... ;)


----------------------


Sekarang semua tengah kecoh sebab Nur Amalina tu... Erm, kawan cakap nama glamour dia kat sana Amanda?? amboih, sedap kemain. Tengok buletin tv3 tadi? bagus... aku pun tak tengok. Aku tengok gemersik kalbu ja. Omayy, best kot. Tapi tak dapat tidak aku frust la jugak adegan tak sama lah dalam novel. Padahal aku dah excited cita kat kawan aku...

"Ha, nak dekat dah. Nak dekat dah! lepas nie tunang dia mati lemas. Kompom punya mati lemas ayaq sungai laju..."

Tup tup tup??

"La, kena tikam ka..." 

Aisehh, apa kan daya aku bukan pengarah drama tu. Kalau tak dah lama aku buat dia mati tercekik biji durian.


Tapi overall ok lah. Bagi aku best. Tengok Ayu Raudah jadi Raihanna berlakon memang mantap. Yala novel sebelum nie yang jadi drama pun banyak jugak guna muka dia kan? so, dah biasalah. Part dia nangis menjadi bagi aku. Tapi aku jiwa kenatal mana nangis. *Tipu. Watak Wan Ariffin tunang Raihanna tu pun boleh la, boleh la... sesuai di mata aku nie. Tang watak Sufian ja aku rasa nak kondem sikit! Ish, banyaklah jugak rasa nak kondem tu. Bukan pa. Tak sesuai lah Aqasha jadi Sufian. Orang bayang Sufian tu tinggi kurus sikit ka... Aqasha chubby la... no no no for Sufian. Tapi tu kalau dari pelakon yang aku komen. Dari segi lakonan Aqasha berlakon jadi ja watak Sufian tu... hehehe. Aku biase kata tak sesuai sebab tak minat Aqasha tu.



Bicara Hati pun AWESOME! pengsan tengok Sharnaaz malam tu. Bak kata Bella. "Abang bisep hensem."

Tapi ingat senang aku nak tengok cita Bicara Hati tu? jenuh berpeluh nak tukar channel tv tu pun. Ya la aku bukan tengok kat rumah menumpang tengok dekat Dewan Makan U aku ja yang termampu! pathetic... Dah la malam tu cita Vanilla Coklat kot? start kul 9 gak. Aku nak tukar bukak prima satgi kena booo lak kat tengah2 dewan makan tu. Mau malu 7 keturunan kalau kena. Tak makan dah aku kat port bangla tu... tapi memandangkan aku nak sangat tengok cita tu plus kawan2 aku pun bagi sokongan moral. Aku rembat jugak remote control tu.

5 minit kemudian. Taraaa...

Astro Prima dah bukak. Sengih melebar you... nampak gigi bersepah I. Puas hati gila tengok episod 1 tu. Memang sesuai dua2 watak tu Sharnaaz dengan Cris Cempaka. Last2 misi utama nak buat kerja group terbengkalai.... sebab aku dengan Bella dok nganga tengok abang bisep. Ahli group lain ja yang buat... puhhh... naseb bek group aku nie memang paham sangat dengan aku bila part2 novel nie. Lap you all lah! =)


Akhir kata.... 


aku sebenarnya dah tersilap taip entry nie aku nak post benda lain tapi... TERcerita pasai drama novel lak.  Tersasar jauh. Ish3... tak pa la next entry aku post balik cita pasal Amalina. Tapi bukan pasal dia yang aku nak post tapi pasal akak yang sejuk mata memandang. =)



 P/s : Aku kecewa dengan Ombak Rindu! <----- KLIK .Tak paham kenapa nak buat filem... sedangkan kita dah memang sedia tau yang novel lebih sesuai jadi drama. Bila jadi filem semua nampak macam tergesa-gesa. Tak dan nak feeling2 hindustan tau! frust...



2 ulasan:

Azzah berkata...

sis pun tekilan dengan ombak rindu.mmg jalan cerita kita dah tau tapi awat ntah dia buat mudah sangat.Kejap benar ending dia.

zana berkata...

~Azzah

yup...betul3. Tu la nmpk sgt diorang ambik mudah ja buat filem tu, kan penonton mcm kita dh frust... =(